2014-04-28

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 3): Air Terjun Sungai Ruok Dan Pulang.

Assalammualaikum!!!

Hujung-hujung minggu ni ramai pulak orang buat kenduri kendara, kawinkan anak kan. Penat weh minggu lepas sekali tiga kenduri kawin kazen sendiri nak kene attend. Maka terpaksa la pulak bahagi-bahagi badan sekejap kat utara sekejap kat selatan demi menjaga hati keluarga... itu lebih penting. Esok-esok aku kawin diorang jugak yang nak datang memeriahkan suasana tak gitu?

OK... Mood untuk apdet cerita Royal Belum masih bersaki baki lagi, so ayuh kita teruskan perjalanan cerita yang tak seberapa ini. 


Alhamdulillah, boleh tahan nyenyak jugakla tidur dekat atas bot ni waima beralaskan sleeping bag dan berbantalkan kusyen sahaja. Lepastu tidur bawah hammock Cawan pulak tu, buatnya dia jatuh tergolek, habis aku kene himpap. So pagi-pagi tu selepas solat subuh, kami pun ronda-ronda la kawasan sekeliling basecamp Sungai Tiang tu. Tinjau-tinjau sebelah atas sampai le ke hujung... lepas tu tak berani nak terus ke belakang, maka turun balik ke rumah bot.

Suasana pagi di Kem Sg Tiang. Masa ni lebih kurang 7 pagi.
Tansree Coco tengah buat apa la tu kan????
Ooooo tengah tangkap gambo Hang Dhamin!
Sambil diperhatikan oleh pasangan Zaraab dan Fadh.
Sementelaah Icam Si Pengembara Tumpangan tengah mamai baru bangun tido kot?
Dr. Shahrule dan tansree Coco tengah Interview Encik Helmi.
Kelihatan kampung Orang Asli kat pulau seberang.
Kat dapor pulak, akak-akak tukang masak (staf BOA) tu tengah sibuk memasak untuk breakfast kami pagi tu. Alhamdulillah, mantap sungguh makanan-makanan yang dihidangkan, ada nasi lemak, nasi goreng, dan roti-roti juga disediakan. Pendek kata memang takkan lapar la duduk atas rumah bot tu, makan minum kami semua terjaga.... alhamdulillah.

Lepas dah siap bersarapan, kami pun  terjun lagi ke dalam tasik! Hahaha kengkononnya mandi pagi la kat dalam tasik tu, senang tak payah nak berebut bilik air nan satu di atas rumah bot tu. Sebenarnya kat atas basecamp Sungai Tiang tu bukan main banyak toilet cantik yang tersedia, tapi masing-masing seronok nak mandi dalam rumah bot tu. kekeke...pengalaman katanya.

Suci pun bangun pagi nak breakfast tau.
Breakfast sambil berbual ilmiah.
Apa yang diborakkan tuuuuuu?
Ok sambung balik part mandi tasik. Kami-kami je yang gigih terjun balik dalam tasik pagi tu, sementelaah yang lain (group takut mandi tasik kot) diorang ikut team BOA pergi mana tah kami pun tak tau, kata Kak Coco yang tetibe berpaling tadah join group gadis-gadis remaja, mereka dibawa pergi tengok pokok besar!) So tinggallah kami yang gigih mandi tasik ni terkapai-kapai mendayung rakit di tepi rumah bot... (rasakan, siapa yang ikut pegi tengok pokok besar tu kene gigit pacat! HAHAHAHA gelak jahat). Masa ni pulak Kakak Santek tengah demam dan baring atas bot sebab gigih sangat angkut Suci naik atas bukit tengok Rafflesia mati, manakala suami tercinta dan anak-anak join anak-anak dara pegi tengok pokok besar, alhamdulillah Kakak Santek kata dia redho. 

Masa ni Kak Lily tengah diinterview...Wah glamer ok masuk TV!
Shahrule dah macam buat aktiviti kemasyarakatan sangat dah.
Tu dia aksi terjun dari Hang Dhamin. Na pulak tengah menggayakan aksi amik gambo.
Na puas hati gamaknya dapat amik gambo Hang Dhamin.
Gambar wajib: "tersadai di penjuru rakit"
Lama jugak la kami berenang-renang di tepian dekat sejam lebih jugak, sementara menunggu mereka-mereka yang pergi tengok pokok besar tu. Bila semua dah balik ke bot, kami pun dibawa ke destinasi terkahir untuk program lawatan kami yakni mandi di Air Terjun Sungai Ruok (mula-mula baca macam Are You OK?) yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kem Sungai Tiang. Makanya kami yang mandi tasik tu memang malas dah la nak tukar-tukar baju, just duduk je bertenggek kat bot sementelaah menunggu masa ke Air Terjun Sungai Ruok.

Ayuh ke Air Terjun Sungai Ruok.
Lepak-lepak.
Dalam perjalanan menuju ke Air Terjun Sungai Ruok, Encik Helmi (salah sorang daripada team BOA) telah bukak kelas photography! Untuk pengetahuan semua, Encik Helmi ni adalah seorang photographer professional dan pernah jual gambar dia dengan nilai RM 20K! Ha ko ada? Takde kan hehehe, aku pun takde. Makanya bagi memenuhi masa lapang sepanjang perjalanan tu, Encik Helmi tu pun bagi la sedikit ilmu mengenai composition ... alhamdulillah baik sungguh beliau.

Encik Helmi tengah bagi ilmu kat kami, sementara Hang Dhamin sibuk betul rambut dia.
Sedar tak sedar, akhirnya rumah bot kami pun berhenti di pinggir-pinggir kayu tunggul mati. Nak meneruskan perjalanan ke Air Terjun Sg Ruok kene pulak naik bot kecik memandangkan rumah bot kami tu tak boleh dah nak lalu kat situ. So ada la beberapa trip kami di bawa ke destinasi. Seronok weh naik bot sambil tangan cecah air dan lalu tepi-tepi paya. 

Ok rumah bot dah tak noleh masuk dalam tu, so kene naik bot kecik.
Bot yang bawa kami ke air terjun.
Kena tinggal sebab lambat sangat bersiap hahaha.
Afif yang tak lekang dengan joran dia...
Cawan.
Cawan lagi...dengan kemera underwater dia katanya.
Aqilah dan Mami Aqilah.
Rumah bot yang lain, yang jenis ni banyak bilik.
Pelawat dari rumah bot lain gamaknya.
Akhirnya kami pun sampai la ke tebing. Dari tebing tu, kena pulak jalan kaki dalam 10 ke 15 minit untuk ke air terjun. Nasib baik tak payah mendaki macam nak tengok bunga Rafflesia semalam, kali ni trek hanya landai dan perlu naik tangga beberapa meter saja. Dari jauh dah nampak air terjun tu, memang cantik la dan malangnya air sungai tu agak keruh... so nak mandi agak was-was pada mulanya.

OK dah sampai tebing.
Ayuh meneruskan perjalanan. Miss B dengan gaya urbannya.
Air terjun nya rendah aje
Dedaun keguguran
Nasib baik tak payah nak mendaki tinggi.
Lepas tu aku terpandang la kat tepi tebing sungai tu... nampak ada batu-batu tegak berdiri atas batu-batu lain. Haaa sudah, aku ingat tu kubur ke apa benda mistik ada kat situ... tenung la jugak dari jauh. Last-last rupanya batu-batu tu disusun sendiri oleh orang-orang yang datang kat situ. Cis panik sekejap. 

Batu berdiri.
Bila dah lama tenung air tu, tak boleh jadi...memang kene mandi jugak. So kami pun terjun je la dalam sungai... sejuk giler airnya. Dan yang penting sungai tu dalam giler weh! Tak jejak kaki! So silalah pakai life jacket untuk keselamatan. Nasib baikla aku pandai berenang kuak dada hiks.

Mau terjun? Kami punya Jurumudi kapal nak terjun tiruk.
Sedia???
Lama jugak kami kat air terjun tu, lebih kurang sejam lebih jugak. Lepas dah habis mandi, kami pun balik semula kat rumah bot kami. Sampai je makanan tengahari dah tersedia! Wahhhhh memang tak sangka dapat makan tengahari, sebab dalam itinerary takde tulis pon pasal lunch! Ni yang buat sayang lebih kat team BOA tu hehehe... Alhamdulillah banyak lauk yang akak tu masak, tetibe macam terharu pulak sebab semuanya masak on the spot atas bot tau, bukan ada import dari kampung-kampung Orang Asli berdekatan! (Eh ke ada import tapi kami tatau? Hahahah tak kisah la janji sedap). Dan yang best lagi, ikan Toman yang diorang tangkap semalm tu, akak tu buat masak lemak cili api! Terbaik!

Ayuh bergambar reramai. (Gambar oleh BOA)
Tudia tansree gigih.
Bila selesai makan, kami semua berkemas-kemas dan bot pon bertolak balik ke Jeti di Lembah Belum. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, dan rasa macam seronok pulak hidup tanpa internet dan talifon hahahaha, tapi untuk dua hari ok la takde internet dan talifon, kalau sebulan aku tak sanggup! Hahaha.

Inilah kami! 
Kami tiba di Jeti Awam Pulau Banding lebih kurang jam 3.00 petang. Masa tu hari dah gelap dah, nak hujan. Nasib baikla, sepanjang kami kat atas bot tu takde hujan lebat sangat, cuaca sangat elok dan best. Alhamdulillah.Selepas bergambar secara berjemaah dan memunggah barang-barang masuk kereta, kami pun bergerak meninggalkan Jeti Awam...sedih jugak sebab tak tau bila lagi akan sampai ke situ.

TA and friends!
Sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat lagi singgah kat Kuala Kangsar, untuk makan laksa telur goreng kat kedai faveret kami yakni Kedai Laksa Pokok Limau yang terletak di tepi jalan menuju ke Bota. Memang the best la laksa tu, kalau tak percaya silalah cuba, Google je nama Laksa Pokok Limau kat Kuala Kangsar mesti ada orang dah pernah blog about it, including me... kalau Google pon malas memang tak reti la aku nak tolong. (Bukak blog rajin pulak kan?) hikhikhik.

Ok, malam tu aku sampai Putrajaya pukul 1230 malam kot, dah masuk hari lain ok. Sharule pulak nak terus balik JB katanya, so gigihla dia terus gerak malam tu jugak. Alhamdulillah berakhir kisah Royal Belum kami. Takde la hebat mana pun, tapi memang best sebab pergi bersama kawan-kawan yang kita suka, kawan-kawan yang kalau kutuk kau-kau depan-depan pun takde nak melatah dan takde nak sentap sana-sini. Itu quality yang kami cari. Ok sehingga ke trip yang lain pula... 

POST TAG:

WASSALAM.



2014-04-23

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 2): Melawat Kampung Aman Damai

Assalammualaikum!!!

Ok memandangkan memasing gigih update kisah Royal Belum, maka aku oun nak gigih jugak la. Tak nak ketinggalan keretapi hahaha. Ayuh baca sambungan Part 1.


Selepas selesai menziarah (macam melawat orang sakit pulak) bunga Rafflesia yang terkulai layu di Tasik Temenggor tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya, yakni ke Kampung Orang Asli Aman Damai. Wah memula dengar nama kampung tu rasa macam tipu je. Tapi sebenarnya betul ye, memang kampung Orang Asli tu namanya Kampung Aman Damai. Perjalanan menuju ke Kampung Aman Damai ni lebih kurang 1 jam daripada tempat tengok bunga Rafflesia tadi. So sementelaah masa perjalanan pun lama, maka kami pun ada la yang tido atas bot tu, ada yang bergayut-gayut kat hammock dengan kadar dengki tak bagi orang lain amik hammock dia, ada yang duduk bergosip di penjuru bot, sambil-sambil tu lega la jugak sebab ada diorang sediakan minum petang.

Oh satu yang aku suka dan sangat nak puji adalah, akak kat dapur rumah bot ni (yakni krew BOA jugak la kiranya) sangat pandai masak, dan masakan dia memang ada mix western dan eastern gituh! Ok part makan nanti aku cerita kejap lagi, tapi kesimpulannya memang sedap la akak tu masak. Tapi petang tu kite minum air sirap dulu yer sementara nak menunggu sampai ke Kampung Aman Damai.

Sebenarnya sebelum mula aktiviti Belum ni pun pihak BOA dah pesan, kalau ada apa-apa sumbangan nak didermakan kepada masyarakat Orang Asli kat situ boleh la bawak. Memula tu macam terpikir nak bawak baju ke, makanan ke, buku-buku ke tapi bile kira-kira barang kat rumah rasanya macam tak sesuai je nak bagi sebab kalau nak bagi baju /pakaian pun dan buruk sangat. Orang kata kalau nak bagi barang kat orang biarlah barang tu elok, dan kita pikir kat kita sendiri, kita nak tak pakai barang tu? kalau kita sendiri pun dah taknak pakai barang tu kenapa pulak kita nak bagi kat orang, orang akan pikir benda yang sama la kan. Lainla kalau barang tu elok lagi dan masih cantik, dan kita taknak pakai sebab kita kaya raya , jenis sekali pakai pastu simpan dalam lemari taknak pakai dah. Haaa kalau macam tu boleh la korang sedekah tiap-tiap minggu. So kesimpulannya aku beli je biskut-biskut teddy bear kat Giant dua plastik besar tu untuk distribute kat kanak-kanak Orang Asli kat sana. Alhamdulillah, budak-budak mana yang tak suka kan hehehe.

Tu dia dah nampak Kampung Aman Damai.
Bot kami semakin menghampiri Jeti kampung.
So setelah hampir sejam perjalanan akhirnya kami pon tiba di Kampung Aman Damai. Dari jauh nampak la satu pulau kecik dan ada rumah-rumah yang diperbuat daripada buluh. Memang macam rumah Orang Asli la. Tetibe terbayang rumah Orang Asli kat kampung aku, jauh lebih baik dari yang kat Kampung Aman Damai ni. Lepas tu dah nampak dah penduduk-penduduk kampung yang tunggu, duduk tepi-tepi tebing tasik menyambut kedatangan kami. Ya Allah rasa macam sebak pun ada jugak bila tengok kehidupan mereka, tapi itulah cara hidup mereka sejak beratus-ratus tahun dulu dan kalau ada kemodenan sikit pun, hanya sekadar pakaian, dapur masak, tong gas dan beberapa keperluan asas yang lain. Tapi aku tengok kampung Aman Damai ni macam kampung yang agak baru la, sebab rumah-rumah pun macam tak usang sangat dan banyak juga rumah-rumah yang baru dibina.

Ramai budak-budak dah tunggu kedatangan kami!
Keadaan sekitar kampung.
Aktiviti harian mereka.
Baru balik memancing dan mandi.
Balik rumah la kot.
Ramai jugak yang memancing petang tu, mungkin untuk makan malam.
Keadaan kampung.
Jejak je kaki kat kampung tu, kami disambut dengan lambaian anak-anak Orang Asli kaum Jahai. Ye kat Belum ni ada dua kaum Orang Asli yang dikenalpasti yakni kaum Jahai dan kaum Semai. Orang Asli Jahai merupakan salah satu daripada kaum Asli yang terdapat di Hutan Belum,Perak dan kedua-dua kaum Orang Asli ini asalnya daripada kelompok Negrito.

Tudiaaaa Tansree turun padang!
Tansree dan Sami menghulurkan sumbangan.
"Ha apa lagi Sami, bagi la kat kawan tu" kata Tansree Coco.
Shahrule pun tak kurang hebatnya kempen ....
Ni Sorang lagi... Hang Dhamin. tak ketinggalan.
So apa lagi bila dah sampai situ, kami pun menghulurkanlah sumbangan yang tak seberapa kami tu, berebut-rebut anak-anak Orang Asli tu ambik makanan 'jajan' yang kami bawak. Sekali tengok Tansree Coco tu memang dah menang gaya dah macam Tansree turun padang buat kempen besar-besaran, lepastu Hang Dhamin dengan Shahrule pun masing-masing taknak kalah, masing-masing sibuk nak meraih undi lagaknya. Seronok tengok bebudak tu semua. Siap ada yang menyanyi-nyanyi lagi dalam bahasa diorang... tak paham la kan, bahasa Orang Asli Belum ni.

Kemain suka la bebudak dapat jajan ye dak.
Ha tak cukup tangan dah tu.
Ha ni Ustad ni, sebok jugak nak bergambar dengan peminat katanya.
Laaaaa aku dah jadi macam personel photograper Tansree Coco pulak.
Ini kami!!! (Gambar Hang Dhamin)
Kami lagi! Amboi adik depan tu posing Tyra Banks! (Gambar Hang Dhamin)
Antara rumah yang ada di situ.
Ni rumah ubat...ada dijual macam2 akar kayu kat sini.

Sedikit info mengenai Kampung Aman Damai, Royal Belum:
Jumlah keseluruhan penduduk kampung dikatakan lebih kurang 100 orang dan kesemuanya menganut agama kepercayaan nenek moyang mereka. Rumah-rumah baru dibina sekiranya ada pasangan baru yang telah berkahwin dan akan tinggal berasingan dari rumah keluarga mereka. Dari situ populasi mereka akan berkembang. Walau bagaimanapun, perkembangan populasi kaum Jahai ni agak perlahan.
Macam-macam jugak aktiviti ada kat Kampung Aman Damai ni antaranya aktiviti menyumpit, dan kita digalakkan untuk mengajar mereka membaca dan sebagainya.


Ok video ni aku amik dari Instagram Miss B.
Comel tak? Hehehe
Ok ni pasangan Zara dan Fadh! (Gambar Hang Dhamin)
Ni Laki Na yakni Cawan yang baik hati hikhikhik . Melawat kawasan pembinaan katanya.
Dr tengah tunggu patient. Tapi takde sapa datang.
Makcik ni tengah sebok membasuh.
Ni gadis-gadis rimba...
Ok nak balik dah.
Rumah kami dari kejauhan
Captain Amerika nak balik dah.
Ok selesai di Kampung Aman Damai, kami seterusnya akan di bawa ke Kem Sungai Tiang, di mana tempat kami akan bermalam (sepatutnya la). Perjalanan ke Kem Sungai Tiang mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak la. Sebenarnya Kem Sungai Tiang ni merupakan based camp yang sangat lengkap, ada chalet, dorm dan kemudahan tandas yang sempurna. Tapi sampai je kat kem tu,kami diberitahu yang main generator kem tersebut rosak! Makanya malam tu kami semua akan tidor di atas rumah bot secara berjemaah. (Cadangan asal adalah, perempuan boleh tidur dalam chalet dan dorm yang telah disewa oleh BOA manakala yang lelaki akan tidur atas rumah bot). Tak apa, lagi best bila ramai-ramai tidur atas rumah bot kan! Experience never fail! Tetibe.

Based camp Sungai Tiang.
Kawasan penginapan di Sungai tiang (Gambar Hang Dhamin)
Ni la chalet tu tapi apakan daya generator rosak.
Petang tu adalah masa yang ditunggu-tunggu yakni acara terjun tasik. To be honest, ni adalah pertama kali aku mandi kat tasik ye! Sebelum ni macam cuak la jugak bila terbayang tasik yang dalamnya 400 kaki, entah ada apa je kat dalam tu kan, kalau terjun pun memang sah kaki tak jejak dasar. Tapi bila nampak semua orang elok je terjun kuak dada la, kuak lentang la, so apa lagi kita pun terjun sekali la! Ada syaratnya, nak masuk tasik kene pakai life jacket! itu adalah syarat utama.

Seronok mandi kat Tasik Temenggor ni, ingatkan air dia sejuk la, rupanya bila dah masuk dalam tasik tu air dia suam-suam kuku je...memang tak sejuk pun. Sami dan  Aqilah pun masuk dalam tasik tau! Jangan main-main walau muka masing-masing kejung tahan cuak hehehe. Sementelaah Tansree Coco dan Kak Lily pulak jadi paparazi dari atas bot, maklumla ada sejarah silam katanya. Takut nak masuk air hehehe.

OK sumpah ni first time aku terjun tasik gaya gini. Siap pekup hidung tu! (Gambar HD)
Alaaaaaa aku dihalang!!! (Gambar HD)
Akhirnya misi tercapai! (Gambar HD)
Para jejaka Malaya dan suami orang (Gambar HD)
So kami mandi tasik tu dekat sejam jugak la, lepas tu kene paksa naik sebab hari dah nak hujan. Ye, petang tu hujan turun tapi alhamdulillah tak lebat sangat. Kalau tak hujan mungkin kami tak ingat nak naik lagi kot. Tapi sayang jugak sebab tak dapat nak tengok sunset sebab hari mendung. Bagi kaki pancing pulak, bukan main la diorang baling joran keliling bot, terutamanya si Afif tu la, kekdah menjoran dah macam professional dah kejap kat hujung sini, kejap belakang bot, kejap atas bukit sana.

Sebelah malam pulak, kami ada BBQ dinner di atas bot! Ha part ni la aku nak puji tukang masak bot kami, memang sedap! Siap ada kambing bakar lagi tu beserta salad sayur-sayuran. Pendek kata memang kenyang la kami malam tu. Dah macam satu keluarga yang besar bila semua duduk kat bawah sambil bergosip. Lepas makan, BOA bagi sesi taklimat ringkas mengenai Royal Belum. Masa ni lah banyak perkara baru yang kami belajar terutamanya mengenai sejarah Empangan Temenggor, pasal haiwan-haiwan kat hutan Belum ni terutamanya Harimau, Gajah dan Seladang dan macam-macam lagi.

Antara makanan yang disediakan.
Lagi, macam-macam ada!
Ruangan grill.
Nampak tak rambut Shahrule tu??? ha macamtu la kuatnya angin kat luar.
Sesi bergossip.
Satu cerita yang menarik perhatian adalah mengenai sebuah kampung asal yakni Kampum Belum yang ditenggelamkan untuk pembinaan empangan. Menurut cerita masih ada kawasan kubur lama Kampung Belum yang bersih dijaga di tengah-tengah Hutan Belum ni. Yang menjaga kubur tersebut adalah sekumpulan gajah yang dilatih sendiri oleh penduduk kampung. Sampai sekarang, kawanan gajah tersebut secara turun-temurun menjaga kawasan kubur Kampung Belum tu. Menarik kan.

Lagi satu cerita, antara tujuan asal pembinaan Empangan Temenggor ni adalah untuk tujuan belakan elektrik dan sumber air di Semenanjung Malaysia. Di samping itu jugak, ia bertujuan untuk menenggelamkan terowong-terowong dan gua-gua komunis yang banyak terdapat di sekitar kawasan Royal Belum satu ketika dahulu. Sumpah, aku baru tau benda ni hehehe.

So malam tu, lepas dah habis sesi sembang santai, kami pun tidor la bergelimpangan kat dalam rumah bot tu berbekalkan sleeping bag masing-masing. Harus diingat ye, pihak BOA dah pesan awal-awal yang kita kena bawak sleeping bag sendiri, tapi sesiapa yang takde tu boleh la pinjam dengan BOA atau tido je la beralaskan kain pelikat di penjuru bot hehehe. Sedih sangat bunyinya, takdelah... semua boleh tido dengan selesa kat atas tu. Aku ni ha tido tepi speaker TV lagi, ok je nyenyak. Sebenarnya malam tu dalam pukul 3-4 pagi tu tak rasa sejuk pun, siap berpeluh-peluh lagi tak tau kenapa. Tapi menjelang subuh tu sejuk balik. Memang sejuk tahap gigil-gigil la jugak.

Tido....macam kain kapan pon ada aku tengok...tapi kaler biru hihikhik
Ok la nanti aku sambung lagi hari kedua di Royal Belum. Untuk kisah-kisah dan penceritaan yang lain boleh rujuk blog-blog mereka ini. Pasti terhibur.

...bersambung.

POST TAG:-

WASSALAM.

POPULAR POSTS