Assalammualaikum!
Memang mengambil masa jugak nak buat satu entry ke satu entry. Maaflah sebab aku ni jenis kalau nak menaip kene pikir lama dan buat rujukan sana-sini. Ada la jugak rujuk-rujuk pada GOOGLE, dan mana yang aku rujuk tu aku aku tulis sumbernya...so orang tau la itu sumber dari mana. Tapi kebanyakkan yang aku tulis ni memang berdasarkan pengalaman sendiri, jalan cerita dan pemerhatian sendiri. So, kalau ada yang elok tu cedok lah, tapi yang tak elok sila buang jauh-jauh.
Ok jom teruskan hari kedua di Taman Negara.
Hari kedua di Taman Negara, pagi-pagi dah bangun sebab dikejut berkali-kali oleh whasapp daripada bos, tanya itu ini, walhal aku tengah cuti kot! Kalau ikutkan memang malas giler nak bangun pagi, tapi disebabkan ada beberapa aktiviti lagi yang kami nak buat hari ini maka digagahkan jugak la diri ini.
Lepas bersiap mandi dan mengenakan pakaian yang sesuai untuk masuk hutan, kami pun berjalan kaki ke sebuah restoran yang terletak ditepi simpang berdekatan dengan
Jeti Kuala Tahan. Kat kedai tu ada jual macam-macam, roti canai, nasi berlauk pelbagai bungkusan dan kueh mueh.
So pilih je la nak makan apa, tapi jangan datang lambat, sebab makanan kat situ cepat laku. Kalau lambat, alamatnya tengok bakul je la.
|
Sesambil layan roti telur sekeping juga. |
Lepas bersarapan, Madi datang join kami. Katanya pagi ni dia akan bawa kami untuk aktiviti Canopy Walk. Ha inilah acara yang dinanti-nantikan, berjalan atas pkok. Selalu tu aku try kat FRIM, Kepong je, tu pun tak panjang dia punya laluan. Tapi yang kat Taman Negara ni memang panjang dan mencabar... ada pulak berlaku kejadian dramatik dan menayat hati, nanti aku cerita.
Ok kami berkumpul lagi kat
Jeti Kuala Tahan untuk naik bot ke seberang. Untuk ke
canopy walk, kita perlu melalui
Mutiara Taman Negara Resort yang terletak di seberang sungai. Ala kalau taknak naik bot pon boleh nak menyeberang tu, korang berenang.
|
Keadaan di Jeti Kuala Tahan seawal pagi. |
Ada bot yang ala-ala teksi air la untuk bawa penumpang ulang-alik menyeberangi
Sungai Tembeling dari
Mutiara Taman Negara ke
Jeti Kuala Tahan. Bayaran aku tak sure pulak sebab semua dah masuk dalam pakej
Madi.
|
Aqilah dah mula eksaited naik bot hikhik |
|
Pakcik drebar bot. |
Sampai di
Mutiara Taman Negara Resort, terkagum kejap la tengok resort tu. Bukan apa, cantik weh! Tapi disebabkan kami ni bukan la kaya sangat nak menyewa kat situ, sekadar mampu sewa bilik RM15 semalam je, maka dapat tumpang lalu lalang kat situ pun jadilah. Kami dikehendaki
register dekat pondok ranjer yang ada di dalam kawasan
resort. Untuk permit masuk ke kawasan
canopy walk, kena bayar
RM 1 seorang. Manakala permit untuk bawa kamera adalah
RM 5 seorang. So total kalau nak dua-dua tu kenelah bayar
RM 6 seorang (sebab memasing bawak kemera).
|
Mutiara Taman Negara Resort. |
|
Mendaki lah kita. |
|
Aman damai je kat sini. |
|
Pejabat Ranjer. |
|
Pi settle hal permit dulu. Kene buat sendiri part ni, pakej Madi tak termasuk. |
|
Harga boleh rujuk sini. |
Permit Masuk Canopy Walk: RM 1.00 / person
Lesen Kemera : RM 5 / person
Permit Memancing : RM 10 / person
Bila dah
settle pembayaran semua, barulah
Madi bawak kami jalan kaki untuk ke kawasan
canopy walk, agak terperuk jugak la nak sampai ke
check point pertama, sebab kene merentas kawasan
Mutiara Taman Negara dulu. Kat
check point tu ada pegawai / ranjer dah tunggu dan minta resit dan permit yang kami dah bayar tadi.
So tunjuk je la permit tu kat diorang then kita boleh
proceed mendaki!
|
Ada aquarium ikan air tawar. |
|
Ha cer tengok Tansree tu tengah buat apa, kumpul bahan bukti letew. |
|
Jauh jugak kene jalan. |
|
OK dah sampai pintu masuk, checkpoit 1. |
Yang bestnya, kita tak perlu mendaki atau
trekking atas tanah pon sebab ada
platform dah tersedia sepanjang laluan kanopi!
So tak payah la nak panik-panik sangat takut jumpa pacat ke apa ke, sebab memang takda pon! Bukan macam trekking kat
Hutan Belum tu.
So kami pun jalan la merentas
platform tu sepanjang lebih kurang 1 atau 2 km macam tu la, jauh jugak sebenarnya. Sepanjang perjalanan tu
Madi ada la
explain tentang pokok-pokok dan serangga-serangga yang kami jumpa kat tepi-tepi laluan
platform tu. Ilmiah sangat kan.
Si Aqilah pulak bukan main eksaited berlari-lari tinggal kami semua kat belakang.
|
Macam ni la platform yang tersedia. |
|
Memang fern leaves ni banyak kat sini, kaler terqois (camtu ke eja terkois???) lagi! |
|
Ha tu kemain memasing kan. |
|
Bunga Halia Hutan. Tumbuh atas tanah je. |
|
Kekulat. |
|
Kemain Aqilah eksaited. |
Bila dah sampai point yang seterusnya yakni untuk menaiki
canopy walk, kene ambik satu lagi tiket. Harga tiket adalah
RM 5 seorang. Tapi dah masuk dalam pakej Madi siap-siap
so kami tak perlu bayar di tempat kejadian.
|
Manjat lagi. |
|
Ambil tiket sebelum masuk ke kawasan canopy walk. |
So nak dijadikan cerita, masa panjat tangga nak mula
canopy walk tu kemera aku pun rebah dan terjelepuk kat bucu tangga! Nanges weh,
cover lens pecah!!! Nasib baik
cover je yang pecah, kalau dengan lens-lens pecah, time tu jugak aku balik KL! Drama sangat. huhuhu tak sedap hati dah aku nak
bercanopy walk. Nasib baik la ada
camera henpon dan
compact yang memang aku selalu bawak untuk kes-kes kecemasan. huhuhu.
*bertafakur kejap sebab kejadian malang menimpa kemera*
.
.
.
.
.
.
Ok jom sambung balik. Perjalanan tetap diteruskan, perasaan eksaited naik titian kanopi ni memang lain, nak naik tu tak boleh sekali reramai naik, kene jalan sorang dulu....sampai 10 meter baru lagi sorang boleh jalan. Tu semua untuk tujuan keselamatan.
|
Ayuh! |
Kat atas tu memang boleh nampak pemandangan hutan je la, yang sangat menghijau dan merimbun. Tak sangka akhirnya dapat jugak jalan kat
canopy walk ni setelah sekian lama mendambakannya.
|
10 meter baru boleh lepas sorang. |
|
Awas. |
Keseluruhan perjalanan kat atas
canopy walk tu mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih la. Mana tak nya, jalan sikit berenti amik gambo...jalan lagi, amik gambo...sampai mat saleh kat belakang-blakang kite orang pasrah je la tunggu hahaha. Tapi memang penat gile weh, sebab tak fit hahaa.
|
Jalan lagi dan lagi dan lagi.... |
|
Asyik muka Tansre je penuh. |
Lepas dah habis
bercanopy walk, kami pun balik semula ke
Jeti Kuala Tahan. Tekak masing-masing mintak ais krim, nasib baik
Aqilah belanja ais krim satu
Malaysia kat jeti tu.
Thanks ye heheh.
|
Jom balik. |
|
Ada kawan nak ngikut. |
|
Pemandangan di sekitar jeti Kuala Tahan. |
Tengahari tu kami makan kat salah satu restoran kat berdekatan dengan jeti
Kuala Tahan. Makan ikan
Patin masak tempoyak weh!!!
Special order daripada
Madi, katanya kalau kat tempat lain harga ikan patin boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit! Tapi kat kedai tu sebab dah kautim baik punya, murah je kami makan, tak sampai 50 ringgit pon siap dengan nasik air dan lauk-pauk lain. Bertambah-tambah pulak tu.
Ok la nanti aku citer kisah sebelah petang pulak. Penat nak menaip (hahah paduhal alasan malas nak menaip!)
InsyaAllah aku akan cepat habiskan
entry Taman Negara ni sebab banyak lagi
entry tertangguh. Doakan aku punya masa untuk kongsi pengalaman kat sini ye!
... bersambung.
Psstt: Eh dalam beberapa hari je dah nak start puasa kan, maknanya dah masuk setahun jugak la aku duduk kat rumah baru. Cepat betul masa berlalu.