2015-01-22

Kembara Selatan Australia (Part 5): Lima Tarikan di Sydney (Part 1)

Assalammualaikum!!!

Gigil-gigil ha nak update entry ni, atas permintaan ramai tepaksalah gigihkan diri jugak. Hiks. Ok jom sambung episode 5 di Australia.


Hari kedua di Sydney plan hari ni kami akan ke Darling Harbour (naik bas sama macam semalam dengan harga AUD 3.70 sehala) dan pergi ke beberapa tempat tarikan utama termasuklah Madame Tussaud's , Sealife dan Wildlife. Sebenarnya kami dah beli tiket secara online sejak awal sebelum datang kat Australia lagi sebab dapat harga package murah.

Pagi di Malaysia Hall Sydney.
Sempat lagi ha kat tepi jalan je pun.
Dah sampai Darling Harbour!
Masa ni baru lepas hujan rintik-rintik.
Alhamdulillah langit pun lawa, biru!!!
Untuk beli tiket ke lima tarikan utama di Sydney : Madame Tussaud's Sydney, Sydney Aquarium (SeaLife), Wildlife Sydney, Sydney Tower Eye dan Manly SEALIFE Sanctuary boleh beli secara online di website https://www.madametussauds.com/Sydney/BuyTickets/Default.aspx.

Harga tiket dewasa bagi package ini adalah : AUD 69/ pax 
Harga tiket kanak-kanak adalah : AUD 39

Memang ada diskaun. Kalau beli asing-asing harga satu tiket adalah AUD 170 dewasa dan AUD 111 kanak-kanak. So kalau nak murah, belilah online.

Combo 5: AUD 69 seorang. 
Ok memandangkan hari tu merupakan Hari Malaysia (16 sept 2014) maka gigih la jugak bawak Jalur Gemilang dan posing-posing atas jambatan kat Darling Harbour tu.

Selamat Hari Malaysia dari kami di Sydney! Hahah sempat la post gambo ni kat sedara mara di Malaysia masa tu, hiks gedik tak? 
Memandangkan kami sampai awal dan semua tempat yang nak dituju tu masih belum bukak maka kami pun lepak la dulu atas jambatan ni. Tak lama pun, dah dekat-dekat masa nak bukak tu kami pun siap-siap la beratur depan pintu, kengkonon nak jadi orang pertama yang masuk dalam Madame Tussauds Sydney tu. Maklumla eksaited katanya, first time kot, mestila jakun habis.

Madame Tussauds's Sydney

Ok untuk sesiapa yang tak tahu tu, Madame Tussaud Sydney ni merupakan salah satu daripada beberapa muzium patung lilin yang ada di dunia ni. Dulu pernah la bercita-cita nak masuk muzium Madame Tussaud kat Bangkok, tapi sebab mahal dan pikir akan masuk yang di Sydney ni, maka abaikan untuk pergi yang kat Bangkok tu. Hihihi. Tercapai jugak la hasrat nak bergambo dengan selebriti dunia walaupun tak bernyawa hah!

Tiga tarikan utama Wildlife, Madame Tussaud dan SeaLife letak berseblahan antara satu sama lain di Darling Harbour.
Darling Harbour, Sydney.
Sementara tunggu pintu bukak.
Bergambar dulu dengan Ian Thorpe (Macam tu ke eja? hahah perenang australia)
Ok dah dapatkan tiket kat kaunter, jom kite masuk!
Ha posing le kome macamana gaya pun.
Ni katanya Napoleon. 
Layan je la.
Hantu selfie
Tatau siapa hahahhaa.
Sorang lagi hantu selfie hahahah
Eh, ada lagi sorang! hahaha
Ok ni ahli kumpulan apa pun tak boleh.
Sempat la tarik pakcik Einstein untuk selfie bersama (Wefie)
Ulalalalala.
Ni Johnny Depp sesat bersama anak-anaknya.
Hek eleh macam bagus je.
Inilah rupanya makcik Tussaud tu.
Souvenir Comel tapi tak beli pun.
Dah jenuh dua jam dalam muzium ni, kami lepak kejap kat luar sambil makan bekal yang di bawa yakni lebihan pie semalam bersama biskut dan roti. Lapar weh dah tengahari kan! Lepas habis makan, kami sambung pulak masuk ke SEALIFE Sydney.


Ha buatlah macam rumah sendiri ye kengkawan.

Sydney Aquarium (SeaLife)

Ok sebenarnya Sydney Aquarium ni lebih kurang macam Aquaria KLCC tu je, tapi sebab aku pun tak pernah masuk Aquaria KLCC tu, maka masukla kat sini jugak. Menarik dalam tu sebab macam-macam spesis hidupan laut ada. Yang paling aku nak tengok semestinya Platypus!!! Comel gila mahluk seekor ni, dan memang dah rare species kan, jadi kita tenung la dia lama-lama sikit.

Bergambo depan pintu masuk, wajib!
Guna tiket yang sama macam kat Madame Tussaud tadi.
OMG dah nampak dah!!
Its Platypus!
Yang lain tu macam biasa je, banyak kali tengok dah hiks.
Obor-Obor transparent.
Terowong bawah air, tengok sharks.
Macam-macam jenis ikan ada.
Nak sentuh-sentuh binatang laut pun boleh.
OK berlegar-legar dalam Sydney Aquarium ni pun lama jugak, lepas dah habis pusing, kami masuk pulak ke Wildlife Sydney.

Wildlife Sydney

Kalau tadi kita tengok hidupan laut, sekarang ni kita tengok haiwan-haiwan darat pulak. Kalau nak tahu, kat Australia sahaja ada lebih kurang 1000 atau lebih spesis yang tak terdapat di benua-benua lain di dunia! Hebat kan! Kalau dah datang kat Australia ni mestila aku nak tengok Kangaroo, Tasmania Devil, Koala Bear dan Wombat!

Masuklah.
Hi! Tasmania Devil.
Kemain santainya la si kangaroo ni.
Ok fokus kat buaya kat belakang tu je.
OK sebenarnya banyak gila binatang dalam ni tapi dah malas nak amik gambo. Penat yakmat. Hahaha. Dah berjalan dalam ni dekat sejam, kami pun keluar. Ada lagi dua tempat yang kami belum pergi yakni Sydney Tower Eye dan Manly SEALIFE Sanctuary. 

Sebelum tu, kami pegi cari makan dulu. sebab lapar sangat. Hasilnya, dapat la makan kebab kat foodcourt mana ntah, dekat-dekat dengan Darling Harbour tu jugak. Bedal la labu....

Kebab. Rotinya lupa nak amik gambar.
Masa tu jugak hari mendung macam nak hujan, tapi awan dia bukanmain lawa. Serius aku tak pernah tengok awan macam tu kat tempat lain, macam dipintal-pintal pulak.

Wuhuuuuuuu.
Cantik kan.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan kaki menuju ke Sydney Tower, Tak jauh sangat pun dari Darling Harbour tu. Ok nanti lah aku sambung part 2 pulak. Macam dah banyak sangat pulak gambar tepek kat sini. Hahaha.

Bye.

WASSALAM.

2015-01-12

Kembara Selatan Australia (Part 4): Sydney! Here We Go - Day 1

Assalammualaikum!

Semangat ni tahun baru nak sambung entry Australia! So setelah melalui minggu-minggu yang malas akibat sambutan New Year maka marilah kita cuba merajinkan diri untuk meneruskan apa yang tertangguh. Eh dengar citer ramai yang pi travel hujung dan awal tahun ni kan? So lepas ni berdoyon-doyon la yang update blog kan!

Ok aku sambung lagi entry di bumi kangaroo ni. Ayuh!


Hari ke tiga, kami akan bertolak ke Sydney! Yeay sebenarnya aku memang eksaited masa mula-mula plan trip ni dulu, sebab aku tak sangka kami akan berkelana jauh sampai ke Sydney. memula tu ingat Abu dengan Is main-main je nak jalan sampai Sydney bagai, rupa-rupanya memang betul kami akan ke Sydney! Neves! Akhirnya hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu.

Ayuh! Kita teruskan perjalanan.
Selepas breakfast ala kadar, kami pun check out dari YHA Hostel seawal pagi sebab nak memulakan perjalanan ke Sydney agak jauh. So bermulalah sekali lagi duduk lama-lama dalam kereta. Tapi takpe sebab pemandangan sekitar tu maha lawa so jalan jauh pun takda hal. Kali ni Abu yang drive sebab perjalanan ke Sydney lebih kurang 3 jam setengah je.

Muka masing-masing tak semenggah. Bangun tido bangun tido bangun... rutin berganti-ganti.
Keadaan highway berkabus.
Sampai la ke tengahari.
Kami jugak sempat lalu kat Dinasour Museum, nampak la kat tepi jalan tapi tak singgah pun sebab tak ada dalam plan. Tapi kalau ada sesiapa nak singgah boleh la.

The National Dinasour Museum.
Sambil-sambil jalan tu si Is google-google la kat internet, katanya ada satu hentian tu ada jual Krispy Kreme! Omg kat Malaysia pun aku tak pernah makan Krispy Kreme tu kan, tetibe gigih la pi cari kat tetengah highway kat OZ ni. Bedal je la sebab lapar kan. So kami ni punya la gigih singgah kat setiap hentian sebab nak cari Krispy Kreme tu, memula tu tak jumpa, dah hentian kedua atau ketiga tu baru jumpa! Rupanya dia jual dekat hentian Pheasants Nest Punyalah kami bersorak dalam kereta, kuat pulak tu macam baru jumpa set Laksa Penang kat tetengah padang pasir gayanya.

Oh manisnya!
Sebenarnya donuts ni dia jual dalam stesen minyak je, ala stall kecik je tapi dia punya usaha nak mencari tu kira macam boleh dibanggakan la. So kami pun singgah la kejap kat stesen minyak tu sambil beli donut dan minum kopi. Perjalanan ke Sydney pon dah tak jauh, lebih kurang 70 km je lagi, lepas tu kami meneruskan perjalanan. (sambung tidor).

Pekan apa ntah ni, aku lupa.
Dah nak sampai dah. Welcome to New South Wales!
Alhamdulillah, dalam pukul 12.00 tengahari macam tu akhirnya kami pun sampai la Sydney! Eksaited weh maklumla tak pernah sampai, bandar besar pulak tu kan, memang jakun habis la kan. So apa plannya bila dah sampai Sydney tu?

Kotaraya Sydney.
Banyak juge kereta.
Sydney
Kami plan, terus ke Paddy's Market. Kalau nak tahu, Paddy's Market ni adalah tempat shopping barang-barang murah macam souvenir dan macam-macam lagi kat Sydney. Aku tatau tempat lain, tapi kat situ je pun dah rambang mata. Punyalah gigih pegi park kereta kat bangunan sebelah tu (aku lupa bangunan apa), lepas tu kami jalan kaki menuju ke Paddy's Market.

Gaya pelancong sangat kan!
Ha tu dia Paddy's Market.
Sampai-sampai depan pintu je ... krik krik krik sekejap. Rupanya Paddy's Market TUTUP ok! Hari tu adalah hari Selasa. Paddy's Market tutup hari Selasa. Terus hampa giler! Tu la sapa suruh tak buat homework! Hahaha gelak kat diri sendiri. Alamatnya kami pun ubah plan, pegi check in dulu kat Malaysia Hall. Kami balik ke kereta, bayar parking.... terkejut jugak la harga park kereta kat situ, setengah jam je paking tapi harga dia RM 22 kot. Mahal nak mampos! Menyumpah-nyumpah jugak la time tu, tapi aku menyumpah dalam hati je, Is yang menyumpah-nyumpah kuat-kuat hiks.

TUTUP ON TUESDAY!
Amik gambar trem je la.
So nak ke Malaysia Hall ni pon satu hal, bukan tau jalan pun kan. Mengharapkan GPS je la. Pusing punya pusing akhirnya kami pun sampai le ke Malaysia Hall. So dapat la jumpe beberapa orang Malaysia kat sana. Terasa macam balik kampung pulak, kami disambut dengan senyuman mesre hiks. Kami pu uruskan segala urusan untuk check in. Untuk booking bilik kat Malaysia Hall ni kena awal, sebab selalu penuh, dan boleh booking online. Boleh check kat SINI.


Malaysia Hall Sydney!
Rate untuk menyewa di Malaysia Hall Sydney. (Sumber Google)
Kadar yang di tampal depan pintu Warden.
Keadaan kat dining hall bawah.
Kami menyewa 3 hari 2 malam kat Malaysia Hall ni sebab plan stay kat Sydney adalah 3 hari (Total bayaran adalah AUD226 untuk 2 bilik termasuk deposit yang akan dipulangkan semula bila check out nanti). Lepas selesai buat bayaran dan urusan check-in segala bagai. Kami pun menyelongkar dapor belakang kereta untuk makan tengahari. Masa tu memang tengah lapar ok, so mujur ada bekalan ayam goreng (dua hari lepas punya masaka) dan masak kurma ayam beserta dengan Sheppard's Pie yang ditapau dari rumah kawan Is di Canberra...hahah makan pulak dengan nasik putih, serunding dan kicap kan! Memang terbaik la lunch kami hari tu, tak sia-sia bawak periuk nasik berjalan hahaha.

Lunch kami!
Lepas dah selesai lunch di Malaysia Hall (kami belasah je makan kat ruang makan bawah tu sambil diperhatikan oleh orang-orang lain kat situ) kami pun mulakan balik plan pusing-pusing Sydney untuk haritu. Memandangkan Paddy's Market tutup, so kami plan akan ke sana esok dan hari tu kami akan naik bas ke Circular Quay dan berjalan-jalan area situ.

Tunggu bas depan Malaysia Hall.
Ok nak naik bas, kena tunggu seberang jalan depan Malaysia Hall. Tambang bas ke Circular Quay tu adalah AUD 3.70 (bus no 373). Sebenarnya kompius jugak nak naik bas secara berbayar kat sini (maksud aku tanpa beli season pass tu la). Sebabnya, ada waktu-waktu puncak yang bas tak menerima penumpang yang nak bayar cash. Agak kelam kabut di situ, nanti aku cerita lah kejadian-kejadian menakutkan masa naik bas tu hiks.

Naik bas ada la dalam 20 minit, akhirnya kami pun sampai la kat Circular Quay! Omaigod eksaited sangat ok sebab nampak laut lepas tu, jalan punya jalan dah nampak Sydney Harbour Bridge dan yang paling penting adalah Sydney Opera House!!! Omaigod impian jadi kenyataan dapat tengok Opera House depan mata. So apa lagi, posing-posing teruk la depan tu. Peduli apa orang sekeliling memandang la kan! Hiks.

Circular Quay!
Uuuuu laut!
1844.
Waterfront.
Tu diaaaaa Sydney Opera House!
Debor bertentang mata.
Agak ramai jugak la orang.
Kami!
Writers Walk.
Okid tengah amik gambo pelancong. 
Dah habis posing pelbagai gaya, kami pun plan nak naik ferry menuju ke Darling Harbour. Saja la kengkonon nak feeling naik ferry di waktu senja sambil menyaksikan pemandangan indah sekitar situ. Memang lawa la pemandangannya. So untuk naik ferry, kami ke jetty no 5, dan beli tiket ferry dengan tambang AUD 12/orang. 

Keadaan masa kat jetty.
Mana tah ferry tak sampai-sampai.
Sydney Harbour Bridge.
The Sydney Opera House!
Cuaca sangat lawa petang tu.
Nice view.
Lagi gambar Sydney Opera House
lalu bawah Harbour Bridge
Duduk kat deck atas, best dan sejuk!!!
Luna Park.
Pemandangan 1
Pemandangan 2
Pemandangan 3
Pemandangan 4
Pemandangan 5
Skodeng.
Jadinya aktiviti kami hari tu adalah berjalan-jalan sekitar Darling Harbour dan Sydney Opera House je la. lepas tu ada la lalu depan Luna Park (taman tema) tapi kami tak masuk pun, just amik gambar dari atas ferry je. Dan susuk tunggu sunset kat Darling Harbour. Memandangkan hari pun cepat gelap, so tak dapat la nak pegi tempat-tempat lain lagi.

Tu dia family photo.
Kengkonon sesat.
Sydney Opera House malam.
Malam tu kami balik semula ke Malaysia Hall naik bas, tambang pun sama AUD 3.70. Sampai Malaysia Hall memang dah kebulur la, terus kami oder makanan kat restoran bawah tu. Tetibe pulak tekak terasa nak makan Mee Goreng Mamak kan, apa lagi order saja.

Mee Goreng Mamak Malaysia Hall.
Kuey Tiaw Ladna Malaysia Hall.
So itu je la kisah kat Sydney hari pertama. Penat berjalan je kot, tapi puas la dapat jumpa Sydney Opera House dan Darling Harbour Bridge. Esok pulak satu hari suntuk kami akan pusing kat Sydney tu....ahaha tunggu sambungan seterusnya ya!

bersambung...

WASSALAM.

POPULAR POSTS