2015-02-10

Teaser: Sesat Di Macau

Assalammualaikum!

Ok nah aku tepekkan sedikit teaser sempena short trip ke Macau minggu lepas. InsyaAllah aku akan cuba cepatkan entry penuh nanti. Tunggu.... ;)


WASSALAM 

2015-02-06

Explore Philea Resort & Spa Melaka dan Media Appreciation Night

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, haritu aku dijemput untuk menyertai aktiviti "Explore Philea Resort & Spa, Melaka" untuk dua hari satu malam. Memula tu rasa macam tak boleh nak accept invitation diorang tapi, bila arrange balik jadual kerja dan sebagainya  dapat jugaklah aku bahagikan masa yang ciput untuk join Philea resort ni. Terima kasih kepada Ms. Tee Mei Fong di atas invitation, you are such an lovely lady! (hiks bukan bodek ye!)

First day, aku sampai je kat Philea Resort & Spa, Melaka ni memang rasa kagum! Apa tidaknya, konsep keseluruhan resort ni adalah Eco Resort (alam semula jadi), dan lebih kurang 70% bangunan di sini dibina berasakan kayu serta serpihan-serpihan tinggalan kapal-kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi. Sempat Ms. Mei Fong bagitahu aku, di sini mereka menjalankan proses maintenance terhadap bangunan yang di bina daripada kayu kayan dengan menyembur sejenis chemical setiap 3-6 bulan sekali. Ini bagi memastikan kesegaran dan ketahanan kayu-kayan tersebut daripada serangan anai-anai dan mahluk perosak yang lain.

Center of Attraction.
Morning view. Tak ramai lagi orang bangun pagi, mungkin lena di dalam keselesaan bilik memasing? hiks.
Berjalan mengelilingi resort ni sebenarnya agak penat sebab resort ni agak besar, tapi disebabkan ada perkhidmatan buggy yang boleh membawa penumpang ke mana-mana di sekitar resort, so tak jadi masalah untuk sesiapa saja mengelilingi resort ini.

Kebanyakan pagar di sini dibina menggunakan kayu landasan keretapi.
Pavilion Room, Ada 4 unit setiap blok.
Swimming pool dan sungai buatan, tapi dalam tu takda ikan pun.
Ruangan santai. 
Pintu masuk ke Royal Villa. Nice one.
Mana-mana saja memang cantik, kalau buat wedding photoshoot memang best giler!
Dulu katanya tak ada lamp post ni. Sekarang baru pasang kat tepi-tepi laluan, baru datangkan impak romantik. :p
Laluan di sepanjang kawasan resort, boleh buat track jogging jugak.
Philea Suite, sesuai untuk honeymoon. eh.
Dekorasi di dalam Royal Villa. Lawa!
Royal Villa.
Pavilion Room. 
Royal Villa.
Royal Villa.
Sebelah malam pulak, kami dijemput untuk menghadiri Media Appreciation Night. Ada lebih kurang 20 orang dari pelbagai saluran media datang malam tu, tetibe rasa kecik je hahaha. Apa de hal, yang peting dapat buat ramai kawan ye dak? So malam tu tema makanannya adalah steamboat, dan ada special dish iaitu 'Peking Roast Duck' untuk special offer for Chinese New Year.

Sesi penerangan oleh chef.
Demo masakan.
Binatang-binatang mentah.
Ok tak bleh masuk...
Ms. Tee Mey Fong tengah buat opening speech.
Dua chef khas untuk masak "Peking Roast Duck"
Chef tengah beraksi, begitu jugakla dengan para wartawan semua, aku duduk belakang je la mereput.
Tu dia, nak potong itik kene ada skill ok!
Dan hasilnya!
Apa lagi, pilih je la mana berkenan.
Sedia untuk dimakan
Guest Room.

Pandangan personal aku mengenai Philea Resort & Spa Melaka:

  1. High Class Resort (5 Star Hotel). Bila berada dalam resort ni seolah-olah berada di dalam satu taman yang sangat cantik, dikelilingi alam semula jadi yang jarang di-offer oleh kebanyakan hotel / resort lain di Malaysia.
  2. Frendly staff. Kebanyakan staff dekat Philea Resort & Spa ni mudah di sapa, mudah tersenyum dan menyenangkan. Tak ada drama-drama yang tidak dikehendaki berlaku :p.
  3. Ruang tidur yang sangat selesa sehingga korang boleh berangan-angan yang korang nak memiliki rumah macam kat sini. Memang selesa (sesuai lah dengan harganya) dan korang boleh pilih nak duduk kat bilik jenis macamana, samada Pavilion Room, Philea Suite atau Royal Villa (Ms Mei Fong bagitau, Dato' Shah Rukh Khan pernah menyewa seminggu kat Royal Villa masa dia buat penggambaran kat Melaka dulu).
  4. Kemudahan yang pelbagai, resort ni dilengkapi dengan 5 buah cafe, Gym, Swimming Pool, Spa, Karaoke Room, Games Room dan beberapa kemudahan lain yang berdekatan dengan resort.
Tanjung Wellness Spa
Pavilion Room.
Ok ini kami + Fuad dari Melaka Press.
Nak masuk spa tapi tutup...sekian.
Pstt: Terima kasih kepada Sharmsoul (Gaya Travel) sebab invite aku juga. Dan Marini (Lisa Magazine) selaku teman makan. Oh dan tak lupa to Sis Lily Globetrotter atas recommendation. Hiks. 

Psttt2: Ada dua special Offers sedang berlangsung sekarang ni yakni "Valentines Day Dinner' dan 'Chinese New Year Retreat Package'
CNY Retreat Package.
Valentine's Day Dinner
WASSALAM.


POPULAR POSTS