Ok sambung balik kisah di Australia setelah lama terbantut. Sorry, many things to catch up dan sekarang ni tengah nak manage balik masa yang terkucar-kacir sebelum ni. By the way undian untuk Malaysia Social Media Week masih dibuka, dah undi blog saya? Eh.
Ok kalau dari part 7 sebelum ni aku ada bagitahu yang kami bermalam di Brighton, yup betul-betul di tempat letak kereta di Brighton Beach. Memang keadaan kat luar sejuk nak mati! Nasib baik dalam kereta tak rasa sejuk sangat dan ada heater.
Pagi-pagi tu dalam jam 5, kami dah bangun dan solat subuh. Ya Ampunnn nak amik wuduk pun menggigil-gigil rasa macam pegang bongkah ais dan letak kat muka. Haaa camtu. lepas tu nampak la ada dua tiga orang mat salleh ni berjogging....ya ampunnn kulit depa tebal sangat ke tak macam kulit kita? Hahaha ok lantak diorang la nak berjogging ke apa ke kan.
Pepagi buta pun pasaraya dah bukak. Kagum jugak la.
Lepas solat kami pergi kopi dan sedikit breakfast kat convenient store di pekan Brighton. Lega la sikit dapat minum kopi panas, AUD 1 je pon, tak mahal, tu yang aku suka tu hiks. Dah beli breakfast kami pegi balik ke Brighton Beach dan apa lagi memang debor la bila tengok pondok-pondok kecik kalerfull tersusun cantik kat tepi pantai tu. Ayuh posing!
NOTA: Brighton Beach terletak di City of Bayside, Victoria. Terdapat lebih kurang 82 buah bathing boxes pelbagai warna dan corak di sepanjang pantai yang merupakan tarikan utama di pantai ini. - Google.
Brighton Beach from Melbourne takes abou 30 minutes drive.
Taksabar tengok sunrise.
Ambik gambar dari parking lot.
Toilet.
Banyak la aktiviti kat sini.
Apa lagi, memang gedik-gedik habis la masa ni sebab memang cita-cita aku kalau sampai Melbourne nak singgah tengok pondok-pondok kalerful ni. Alhamdulillah impian jadi kenyataan, dengan cuaca sejuknya pepagi buta tu, selamba je tengok ada beberapa orang swimmers tengah prepare nak berenang kat laut! Oh mai depa memang kulit kanggaroo agaknya! Takpe kita layan mata je la tengok diorang beraksi.
Suka tengok pondok-pondok ni.
Kalau kat pantai kat Malaysia ada pondok macam ni best gak kan.
Tak mampula aku nak terjun laut sejuk sejuk camni.
Hellowww~
Ok last action!
Kami tak boleh lama-lama kat Brighton Beach ni sebab masih ada tempat Mega yang kami nak pergi sebelum balik ke Adelaide! Ya kami akan lalu di Great Ocean Road! Haaaa ni yang paling eksaited sekali sebab katanya pemandangan di sepanjang GOR tu sangat awesome! Yes untuk membuktikannya kami kenalah lalu situ.
Perjalanan menuju ke GOR dari Brighton Beach lebih kurang 3jam jugak la, tu baru nak sampai permulaan jalan.
NOTA: GOR disenaraikan sebagai National Heritage dengan jarak sejauh 243 km. Jalan GOR juga merupakan the world largest war memorial yang wujud sehingga kini kerana ia dibina oleh tentera pada tahun 1919 hingga 1932. Sepanjang GOR terdapat pelbagai landmark yang menarik yang menjadi tumpuan dunia. - Google.
Follow je signboard. Senang.
Langit pun lawa...membiru je.
Rasa nak guling-guling cecelah pokok bunga tu.
OK dah sampai!!!
Ada banyak pekan nak kena lalu ni.
OK bagi teaser dulu hiks.
Bila dah start masuk highway GOR tu memasing macam dah tak senang duduk, sebab pemandangan kiri kanan lawa giler. Tak retilah nak cerita! Ha korang tengok je la gambar. Nanti aku sambung lagi kisah kat GOR. Banyak jugak tempat kami singgah, boleh dikatakan setiap 10 minit perjalanan kami stop, ntah bila nak sampai hujung daaaa hiks.
Sekarang ni kan pantang nampak je emel sales dari AirAsia, mesti jengah website diorang. Maklumlah sejak-sejak berhijrah jauh ni dah jadi pelanggan tetap Air Asia katanya. Amacam Tony Fernandes (cewah dah macam kawan baik pulak paduhal dia tak kenal pun aku siapa) bangga tak? Haks! Sebenarnya dah berderet-deret dah tiket flight balik KL aku beli, demi nak memotivasikan diri katanya...lols, yup untuk kemajuan diri dan kerjaya kenalah selalu balik kampung ye tak.
Wahhhh tengok tu Janggel naik flight kite la!!! *Sexcited!* GAMBAR: Google
Semoga banyak lagilah AA buat sales lepas ni. Eh sebenarnya aku nak tulis pasal apa tah? Oh saja nak bagitau, aku memang balik kampung tetiap minggu. Eh kbai lah.
Pstt: Sementara tu sesiapa yang sudi mengundi Blog Janggeltrekker's Life kat Malaysia Social Media Week 2015 tu boleh lah berbuat demikian...masa makin suntuk hiks. Link di SINI.
Minggu Social Media kembali lagi tahun ini. Dan surprisingly i was nominated in Best Travel Blog category? OMG!!! Siapa yg nominate ni? Anyways alhamdulillah ada jugak la yang menghargai blog picisan aku ni. Sob sob.
Malaysia Social Media Week 2015
Frankly speaking, aku tak rasa blog aku ni best. Maksud aku sebagai sebuah travel blog, blog aku ni ibarat Shahrul Ridzuan (siapa tu?) berbanding blog-blog setaraf Aaron Aziz tu. Hukhuk... See korang x kenal kan? HaHaHa!!!
Banyak blog yang lebih hebat tercalon...segannye.
Ok sebagai info Social Media Week ni merupakan inisiatif pihak-pihak tertentu untuk memartabatkan pengamal-pengamal social bukan sahaja para bloggers, termasuk juga Igers, twitters dan medium sosial yang lain. So akan ada beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti seminar, ceramah dan forum yang berkaitan social media. Boleh rujuk website www.socialmediaweek.com.my untuk maklumat lanjut.
So alang-alang dah tersenarai ni, I do hope that you guys can contributes something to me (baca: tolong undi la weh! Huhuhu segannya nak meraih undi lols). Kalau korang rasa la... (Cucuk-cucuk jari telunjuk) kalau korang rasa blog aku ni cukup syarat dan layak diundi sebagai Best Travel Blog, korang undi lah. Aku takda la nak paksa sesiapa, just playing my part and enjoying the moment of participating this event. Ececece. But seriously guys, mengundilah dengan bijak, and show to the world that Malaysia ni ramai pengundi yang educated dan responsive.
Ok? Dah la.... Aku ni tak pandai nak kempen-kempen segala bagai, maklumla pemalu. Hiks. (hulur ink untuk celup jari lepas mengundi).
Thank you / Terima kasih daun keladi, kalau sudi silalah undi. Terima kasih daun pegaga, kalau dah undi, saya pun suka. Eh. Dah lah... Nak pegi muhasabah diri.
Tengah-tengah lapar tadi tetibe henpon bebunyik (sebab emel masuk), lepas tu aku pun baca la emel tu....terus segar bijik mata. Emel dari Malaysia Airlines (MAS) rupanya. Tetibe jugak debor bertubi-tubi bila baca emel ni:
Debor baca emel ni! Hiks
Pssst 1: Tetibe rasa macam Gusti PutriRaden Adjeng RetnoDumilah datang menjemput ke Konsert Puteri Gunung Ledang.
Pssst 2: Tetibe rasa macam nak jerit-jerit sambil nyanyi lagu-lagu dari track PGLM. Eh
Thanks Malaysia Airlines for the appreciation. So jom lah kite!
Ok semalaman driveberganti-ganti dengan Abu, akhirnya kami hampir tiba di Bandaraya Melbourne. Sebenarnya ada misi khas sebab kami ke Melbourne, jadi kali ni takdalah menjelajah Melbourne secara total, kami hanya akan pergi ke beberapa tempat sahaja. Masa pun tak banyak, so kena cepat sikit la.
Cari port nak masak...
Sebelum sampai ke bandar, subuh-subuh tu (dalam jam 5.30 pagi) kami singgah solat dan breakfast di tepi highway. Kalau nak tau, di sepanjang highway ada banyak rest area disediakan, paling asas pun akan ada tandas dan beberapa meja dan kerusi. So kami berhenti di salah satu rest area dan bukak dapur! Apa lagi, memandangkan makanan pun masih penuh satu kotak, kami pun start la memasak nasik goreng, telur mata kerbau, dan pancake! Ha jangan memain, tengah gigil-gigil sejuk tu gigih jugak kami memasak. Alhamdulillah, demi perut yang kelaparan maka dapat jugak la breakfast berat pagi tu.
Toilet tepi jalan dia lawa.
OK jum masak.
Tu dia chef Abu dan Is. Subuh Cafe katanya.
Pemantau kualiti makanan hiks
Nasik goreng ayam yang tersedia dimasak.
Pancake in progress
Telur mata kerbau yang yummeh.
Breakfast is ready!
Ok jom makan.
Hijabista ke tu?
Lepas siap breakfast semua, kami meneruskan perjalanan ke Melbourne. Lokasi pertama adalah singgah di Pejabat Kedutaan di Melbourne sebab misi utama adalah untuk renew passport Is dan Adam. So sementara menunggu Is menyelesaikan banyak karenah birokrasi kat pejabat tu, kami-kami yang lain ni pi la cari tempat parking kereta tepi-tepi jalan dan lepak dalam kereta. Sambil-sambil sambung tidor jugak.
Lepas sejam rasanya, settle sudah urusan passport Is dan Adam, alhamdulillah merasa la pakai passport baru lepas ni kan. Kami seterusnya menuju ke arah Mount Buller! Perjalanan dari Melbourne City ke Mount Buller adalah sejauh 230 km atau mengambil masa 3 jam! Ha hambek ko, demi salji kami meneruskan perjalanan. Memandangkan masa pun dah nak dekat tengahari, so kena cepat la jugak sampai di kaki bukit tu.
Melbourne to Mt. Buller yuk!
Kami tiba di Mansfield's Town masa tu dah dekat pukul 2.30 petang...huhuh memang kelam kabut jugak la sebab takut sampai atas nanti dah gelap. Mandsfields ni merupakan sebuah pekan kecil di kaki Mt. Buller, dan bagi sesiapa yang tak bawak snow boot, gloves atau jaket dan kelengkapan kenderaan yang lain boleh sewa di mana-mana kedai peralatan yang ada di pekan ini. Masa kami sampai tu rupanya banyak kedai tutup! tetiba panik, sebab kami memang tak bawak snow boot dan gloves. Tapi bila pusing-punya pusing, alhamdulillah jumpa satu kedai...kami terus masuk dan cakap kat orang kedai tu nak sewa boot dan gloves.
Menuju ke Mansfield
Katanya, boot boleh sewa tapi gloves kena beli, diorang tak sewakan. Ok pasrah, kena beli pulak gloves hiks. Semua ni berlaku dalam keadaan yang pantas, sebab nak naik atas Mt. Buller tu kena amik masa 40 minit lagi. Dan menjadikan keadaan semakin panik, orang kedai tu kata kedai diorang tutup pukul 6.30 petang. Ohmai! So kami kene balik ke kedai tu sebelum 6.30 petang la! Demn hahahaha. Kami ada masa lebih kurang 2-3 jam saja untuk pergi dan balik.
Harga sewa sepasang Boot dan beli gloves : AUD 29 / orang
So kami pun pakai baju tebal-tebal semua siap-siap kat Mansfield sebelum naik ke Mt. Buller. Perjalanan diteruskan, memang lawa la kiri kanan kalau tengok. So kami pun tiba di pondok pengawal (ala-ala ranjer dia ada jaga kat situ). Untuk masuk ke kawasan Mt. Buller kena bayar AUD 40 / kereta. Ranjer tu siap pesan, kalau bawak kereta ke atas kena pasang rantai kat roda kereta. Tapi kami memang tak bawak rantai roda pun, so mengangguk tipu sunat je la. Diorang tak cek pun.
Ok pondok ranjer, bayar tiket kat sini.
Sign board menunjukkan harga yang berkaitan.
Wehooooo salji!
Perjalanan diteruskan, bila dah nak sampai puncak tu, tetibe terus eksaited bila nampak snowflakes turun kat tingkap kereta! OMG! semua macam jakun-jakun kan terutamanya aku dengan MasMZ lesebab aku memang firstime tengok real snow hahaha! darat sangat.
Lol Jakun.
Kami park kereta ke satu kawasan tu, kata pak guard kat situ kereta tak boleh naik sampai atas. Dia suruh kami naik shuttle bus yang disediakan. Nasib baik shuttle bus tu free dan kerap. So apa lagi sambil berlari-lari dalam snow tu, kami terus masuk naik bas.
Naik bus pun macam jakun sket hahaha
Nak kemana?
Habis hati la tu dapat jumpa salji?
Dah sampai atas, memang masing-masing jakun la kan. Bila tengok putih je pemandangan. Memang luck kami hari tu sebab ada snow turun lebat. Mengikut kata ranjer kat situ, semalam tak ada snow turun! Alhamdullillah perjalanan diberkati hiks.
So kat atas tu kami pun main la snowboard bagai, dengan gelongsor-gelongsor atas snow. Jakun habis la kan. Siap buat snowman ala-ala Olaf citer Frozen tu, sebab nak buat surprise present untuk Lil Adam yang sambut birthday ke 7 dia hari tu. Heheh gigih la mak dia bawak carrot sebab nak jadikan hidung sebijik macam Olaf. Nasib baik jadi!
Tudia tudia...
Jenuh la kena paksa buat snow angel dengan Lil Adib.
Tu dia OLAF!
Kami!
Dah kenapa tu?
Banyak pulak nak kena susun.
OK wajib!
OK WAJIB TENGOK VIDEO NI HIKS.
Kami kat atas tu lebih kurang dua jam la. Lepas tu kena bergegas turun semula ke Mandsfields sebab nak kena pulangkan boots. Kalau tak habis burn deposit AUD 20 huuhu. Sampai je kat kedai sewa boots tu ngam-ngam pukul 6.30 petang...alhamdulillah pekerja kedai tu still tunggu kami. Tu yang bagus pasal diorang ni, senyum je memanjang.
Dah settle pulangkan boots, kami pun singgah solat dan tukar baju kat rest area berhampiran sebelum neneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Masa ni memang dah gelap habis la. Kami akan menuju ke Brighton Town yang terletak lebih kurang 300 km dari Mt. Buller. Kiranya macam patah balik ke Bandar Melbourne la.
Malam tu memang kami tidor dalam kereta je di Brighton sementara menunggu subuh. Sebab nak save bajet punya pasal heheh. Nasib baik kereta besar dan selesa. Alhamdulillah, sampai kat Brighton dalam pukul 11.00 malam macam tu, dan kami terus tidor. Penat sangat kot, masing-masing pengsan.