2015-04-27

Kembara Selatan Australia: Its Finale!!!

Assalammualaikum!!! 

OK sementara tengah rajin ni baik aku update cepat-cepat hahaha. Sebelum tu nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang telah mengundi blog Janggeltrekker's Life untuk kategori Best Travel Blog di MSMW haritu. Alhamdulillah walaupun tak menang tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku ada penyokong jugak hiks. Thanks a lot!


Setelah sampai di Adelaide pukul 3 pagi, apa lagi tido la sementara tunggu siang. Memang flat habis la masa tu, alhamdulillah bila dah dapat tido kat katil dan tilam empuk tambahan pulak cuaca sejuk huish memang lena habis la.

Pepagi tu kami breakfast di Subuh Cafe (haha dapur rumah Abu ni dia gelar Subuh Cafe) dapat la makan cucur kodok dengan apa lagi makanan tah Abu masak. Untuk pengetahuan, Abu ni chef tetap kat Subuh Cafe ye, bertuah sungguh bini dia tu hahaha.

Tudiaaaa Subuh Cafe bersama Chef nya.
Ok aktiviti untuk hari terakhir di Adelaide adalah meronda-ronda bandar sampai pengsan. So pepagi tu kami semua naik kereta dan pergi singgah kat beberapa garage sale di sekitar taman perumahan tempat Abu dan Is tinggal. Yang bestnya, bile owner garage sale bubuh signboard kecik kat tepi-tepi jalan bagitau ada garage sale kat rumah diorang hehehe comel je.

OK jumpa satu, ayuh terjah!
Rumah makcik ni banyak jual barang.
Antara barang-barang yang dijual.
Kami singgah la kat dua buah rumah, dan ada la yang sempat membeli, frame gambar la, jaket la.... hahaha aku beli seketul buku novel. Tapi entah mana aku letak buku tu skarang pun aku tatau hukhuk Murah je kot AUD 1 makcik tu jual kekeke.

Buku-buku terpakai. Keh keh keh
Ha tu berlonggok-longgok tu.
Abu tengah belek-belek apa tah tu.
Kat luar pun ada lagi.
Seronok pulak bila ronda-ronda kat garage sale ni, bagi sesiapa yang bajet tak cukup duit dan nak cari barang-barang terpakai boleh la pegi. Kekadang tu barang-barang yang depa jual tu baru-baru jugak. Dah habis ronda-ronda kat garage sale rumah orang, kami meneruskan perjalanan menuju ke pasar karat, entah celah mana entah depa bawak aku. Pasar ni ada hari minggu je, dan kebanyakannya orang jual barangan terpakai kat sana. YaAulloh memang menarik la pada sesiapa yang gemarkan barang-barang antik, banyak gila jual kat situ. Aku ni sabit tak cukup muatan je nak bawak balik, ditambah pulak dengan ongkos yang dah kekeringan, kalau tak memang dah beli macam-macam dah. Harga pun murah semua bawah AUD 10 dah boleh dapat macam-macam barang.

Pasar karat hahaha.
Penuh padang ni dengan orang berniaga.
Macam-macam ada!

Gorge Wildlife Park.

Balik dari pasar karat tu, kami singgah di Gorge Wildlife Park. 

Opening Hours
We are open daily from 9am – 5pm (Except Christmas Day) 

Admission Prices 
Adults $15
Children (3-15 years) $9-00
Student & Senior Concession* $12
Family Passes start at $42 (2 Adults & 2 Children)

Ayuh main kanggaroo.
Entrance fee AUD15/orang.
Ok konsep Gorge Wildlife Park ni sama macam Caversham Wildlife Park kat Perth yang aku pernah pergi dulu. Ala-ala petting zoo la kita boleh main-main dengan kangaroo/wallaby, peluk koala dan semua binatang yang ada kat dalam tu la. Binatang yang ada pun bukan jenis yang ganas-ganas boleh makan orang punya, banyak binatang yang sopan-sopan je.

Eh ada sedara kat sini.
Itu je la keje deme...tido.
Tak tido, deme makan.
Jinak-jinak wallaby kat sini.
Yang Albino pon ada!
Comel!
Ha gasak, berebut la korang nak peluk koala!
Keh keh keh kita selfie dulu!

So kat situ kami pun main kejar-kejar dengan kangaroo, peluk-peluk koala dan bagi makan burung semua lah. Bila lagi nak merasa ye dak. Orang kata kalau pegi Australia, tak peluk koala maka tak lengkap la trip Aussie korang tu hiks.

Lepas melawat Gorge Wildlife Park kami singgah makan tengahari kat sebuah taman permainan depan park tu. Nasib baik dah bawak bekal siap-siap so makan je la kat bawah-bawah pokok ala-ala piknik. Sesambil tu buat surprise birthday untuk MasMZ hahaha. Sempat lagi si Is beli kek dan pasang lilin bagai dalam kereta, lepastu aku pulak kena umpan si MasMZ pegi jauh-jauh sikit dari kereta kengkonon ajak amik gambo kat tiang bendera hahaha.

Cari port makan tengahari.
Tu dia sempat sambut besday!
Mount Lofty Summit

Lepas makan, kami pergi naik Mount Lofty Summit. Tinggi bukit ni dan ada satu mercu tanda macam rumah api tapi bukan rumah api kat situ. Tugu lebih tepat. Dari atas bukit tu boleh nampak hampir keseluruhan bandar Adelaide. Lawa! Dan hari pun dah nak malam, so tak boleh lama-lama atas tu, sebab diorang nak tutup dah.

Dah nak tutup...
Capture sunset kononnya.
Mercu Tanda.
Bandar Adelaide.
Suasana petang di Mt. Lofty
Keesokan harinya kami berkesempatan menyertai Nusantara Open Day yang dianjurkan oleh bebudak University of Adelaide, so banyaklah booth kebudayaan dan makanan depa bukak kat tengah padang tu. Dan banyak jugak la student Malaysia yang berkompol kat situ, so aku dengan MasMZ pun fefiling la student kan. Hahaha, merasa la makan ayam penyet, laksa segala bagai. Rajin pulak deme masak makanan tu semua. Di samping tu ada jugak persembahan kebudayaan, main kawin-kawin, silat segala bagai dipersembahkan kat situ. Seronok la jugak.

Bandar Adelaide
Anak Mat Salleh tengah melukis batik. Khusyuk.

Ni pulak tengah mengaler batik jugak.
Malaysian Carnival La!
Tu bebudak tengah bersilat.
Lepas dah kenyang makan, kami berlegar-legar sekejap kat area town tu, amik la beberapa gambar kat tempat-tempat popular dan settlekan last minute shopping sebelum nak balik esok. Lebih kurang kami buat aktiviti santai je la hari ni. Penat dah berjalan sakan seminggu kan, balik rumah kami peking semua barang dan siap sedia nak balik esok.

Budak ni menyanyi dengan penuh konfiden sambil mintak derma. Mujur suara sedap!
Jalan-jalan tengah pekan.
Fresh Flowers...bestnya.

Bergambar dengan babi, mercu tanda Adelaide. Hahaha
Lawa bangunan cokelat ni.
Bergambar kat University of Adelaide.
OK lah bye!!!!
Sedih pulak nak meninggalkan Aussie sebab pengalaman dan keseronokan yang diperolehi sangat best. Rasa nak duduk terus kat situ tapi....Malaysia tetap di hati! HAHAHAH. Oklah, terima kasih kepada Abu, Is, Adam dan Adib sebab melayan karenah kami dan sanggup meredah beratus-ratus kilometer untuk memenuhi hajat kami ni ha.

InsyaAllah next trip kita jumpa lagi! Fuh habis jugak kisah Kembara Selatan Australia ni setelah beberapa bulan tergendala. Syukurrr.... (cium skrin komputer).

WASSALAM.

2015-04-20

Kembara Selatan Australia (Part 9): Great Ocean Road, Victoria

Assalammualaikum!!!

Dah masuk bulan April, tapi sebenarnya aku rasa bulan Mac pun lambat sangat nak habis hahaha tatau le kenapa, mungkin sebab bosan kot membilang hari sebab tu jadi lama. Anyways, jom sambung kisah perjalanan mengharung Great Ocean Road (GOR), Victoria.


Untuk sesiapa yang tak tahu, GOR sebenarnya merupakan satu laluan yang dibina oleh para tentera yang pulang ke negara asal sebagai memperingati para tentera yang terkorban. GOR merupakan tempat untuk world class surf (Bell Beach) dan world heritage 12ve Apostles ! Banyak lagi tempat-tempat menarik di sepanjang GOR ni. Sampai tak tahu nak cakap macamana. Korang tengok rumput tepi jalan pun rasa cantik (nangis) Hahaha.

Tenang, damai tak?
 NOTA: This dramatic region also offers fishing villages, migrating whales, shipwrecks, golden beaches, rainforests and national parks. Tackle the Great Ocean Walk or drive the Great Southern Touring Route between Melbourne and Adelaide. -Google
Ha sebab tu kami balik ke Adelaide ikut GOR ni, kalau tak memang rugi la. So ada beberapa tempat kami berhenti. Sebanrnya sepanjang jalan tu banyak je tempat-tempat berhenti dan ada juga disediakan platform-platform untuk pengunjung menikmati pemandangan di sepanjang GOR.  Kami bermula di Anglesea, di mana terdapat sebuah rumah api yang tersergam indah kat situ. Nak naik ke rumah api ni macam kena mendaki sikit la, tapi bukan la mendaki masuk hutan bagai, just jalan ikut jalan tar yang ada kat situ. Masuk free je, cuma masa kami datang tu tak bukak pulak pintu nak masuk dalam rumah api tu sebab tukang jaga dia pergi mana entah, lunch kot rasanya.
 
Ku ingin memintal buih yang memutih...hiks.
Berangan membina istana di pinggir pantai.
Banyak disediakan kerusi meja macam ni sepanjang jalan di GOR.
Split Point Lighthouse (1890)

Sebelum ke rumah api ni, kami singgah sekejap di pantai kat bawah rumah api tu. Tak sure apa nama tempat tu, tapi sebab cantik, so kami singgah je lah. memang lawa pun, tambah-tambah pulak cuaca sejuk kan, memang mengundang nak terkinja-kinja la kat situ. So kami jalan-jalan kat pantai sekejap sambil ambil gambar.

Mercu tanda masuk ke GOR
Banyak juga tugu-tugu peringatan sebegini.
Ok masa untuk beraksi!
Sebenarnya kat sini sangat cantik tapi entah dalam gambar nampak biasa je...huhuh
Kita lompat dulu lah.
Jom menyamar bersama rumput!
Adam pun nak menyamar jugak!
Jom turun ke pantai!
Laluan yang selamat, insyaAllah.
Nampak dah lighthouse dari pantai
Lawa pantai ni.
Di mana ombak?
Mentibang laut nak pose.
Selepas tu baru kami naik ke light house. Tak kuasa la nak memanjat tangga bagai kan, so kami pergi atas tu naik kereta saja. Cuma kereta tak boleh masuk sampai depan rumah api, kena parking jauh sikit. Sepanjang jalan nak ke lighthouse tu ada beberapa buah cafe, tapi nampak macam mahal je depa duduk-duduk minum kopi dan makan biskut kat situ...emmm tak apalah, kami meneruskan perjalanan.

Lighthouse ni juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk program Masterchef Australia! Dan ia juga dikenali sebagai The White Queen, mungkin sebab warna dia putih dan ada tompok merah kat kepala tu. So kami just duduk berlegar-legar di sekitar lighthouse sambil tengok pemandangan yang memukau. Memang lawa giler. Kalau tak percaya korang pegilah.

Jalan kaki menuju lighthouse.
Lawa tak? Hiks.
Pemandangan sekitar lighthouse.
Cak!
Apollo Bay / Town 

Ok seterusnya kami singgah di Apollo Bay. Sebab dah terlampau lapar, maka kami singgah kat satu taman ni, apa lagi untuk masak la. Bekalan makanan masih banyak, kami pun makan la apa yang ada, kalau boleh nak habiskan la semua megi, ayam, roti yang ada sebab dah nak balik kan. Masa tu pulak hujan renyai-renyai fuh bila dapat megi bertambah lazat la jadinya.

Singgah je tepi-tepi jalan.
OK dah sampai pekan.
Deretan kedai menjual souvenir.
Kami lunch kat bawah pondok tu sebab hujan.
Kat Apollo Town ni jugak ada kedai-kedai jual souvenir, ok la jugak takde la murah dan takde lah mahal. Harga standard. Sempat la jugak beli FM dengan poskad untuk diri sendiri, nak beli untuk orang lain tak mampu weh! Hahaha.

Memandangkan hari pun dah nak petang, lepas tu banyak kali pulak singgah kat tepi-tepi jalan untuk bergambar, so kami kena rushing sikit untuk menuju ke tarikan utama yang dinanti-nanti yakni Twelve Apostles!

Twelve Apostles

Kami sampai kat tempat ni dah magrib (bayangkan berapa jauh dan lama perjalanan tu). Masa terbaik untuk tengok sunset! Ramai jugak orang petang tu, tapi jangan risau sebab memang ada tempat parking disediakan di seberang jalan, dan kita kena jalan kaki sikit menuju ke platform yang disediakan.

NOTA: The apostles were formed by erosion: the harsh and extreme weather conditions from the Southern Ocean gradually eroded the soft limestone to form caves in the cliffs, which then became arches, which in turn collapsed; leaving rock stacks up to 50 metres high. Now because of this erosion there are fewer than ten remaining.[1] The site was known as the Sow and Piglets until 1922 (Muttonbird Island, near Loch Ard Gorge, was the Sow, and the smaller rock stacks were the Piglets);[2] after which it was renamed to The Apostles for tourism purposes. The formation eventually became known as the Twelve Apostles, despite only ever having nine stacks - Google.
Ok faham dah macamana Twelves Apostle ni berlaku? Kalau nak diikutkan memang sepajang kawasan tu boleh nampak formasi batu-batu di sebanyak 12 buah terbentuk. Itulah kebesaran Allah, menjadikan sesuatu yang cantik, unik, menarik untuk manusia menilai dan berfikir tentang kewujudanNya.

Yeay dah sampai!
Lawanya sunset!
Rasa macam nak duduk lama-lama kat sini.
Memang kami sampai tempat tu ngam-ngam time sunset, ramai jugak orang kat situ, kira macam berebut-rebut jugak la nak cari port yang best. Ya Allah, cantik sangat weh tempat ni, tatau nak cakap macamana, korang kena datang sendiri.

Cak lagi!
Sunset!
Jalan-jalan sepanjang platform yang disediakan.
Hari makin gelap.

Dah dekat dua jam kami kat situ, dan hari pun dah makin gelap maka kami pun  meneruskanlah perjalanan pulang ke Adelaide. Ada beratus-ratus kilometer lagi weh!!! Matila. Malam tu kami singgah di pekan Warnambool! Ha nama pekan kat sini semua aku suka, ada bau-bau etnik lagi kan hiks. Kami singgah makan kat satu restoran India - Indian Gate. Merasa la makan roti nan dengan nasik bukhara bagai malam tu...lega kenyang perut.

Jom balik!

Restoran India.
Tak sabar nak makan.
Tudiaaaa nasik!
Roti Nan pun ada.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan balik ke Adelaide yang berbaki beratus KM lagi. perjalanan dari Warnambool ke Adelaide lebih kurang 3 ke 4 jam jugak la, aku gilir-gilir drive dengan abu...dan last skali aku yang bawak kereta sampai depan rumah! Alhamdulillah berjaya jugak kami balik ke Adelaide dengan selamat!!!!

ok nanti aku sambung lagi cerita di Adelaide.

bersambung...

WASSALAM.

POPULAR POSTS