2015-05-20

Penang Kami Mai! : TriPenang Sempena Bachelor Party Mr P

Assalammualaikum!

Hahah dah kenapa tetibe keluar entry ke Penang pulak ni? Paduhal entry Bangkok pun tak habis lagi. Ok sabar, sabar... bagi laluan kat Penang ni sat sebab empunya diri yakni Mr, P dah nak kawen. Jadi kengkonon buat Bachelors Party Mr P (ewah bachelors party la sangat!). Dan ini firstime jugak naik keretapi KTM Senandung Langkawi direct dari KL Sentral ke Butterworth (tiket berharga RM36/pax) . Berakar jugak la bontot duduk dalam train tu sebab nak ambik sleeper coach dah penuh!

Ok tamau cerita panjang, layan je la video kemeriahan di Penang. Biasa la kami pi ronda Padang Kota Lama, makan kat Padang Brown, breakfast kat Medan Selara Datok Sargon, naik Bukit Bendera, mandi laut kat Batu Ferringhi dan macam-macam lagi la. Ok lah jom layan video...hahaha. 

Video Sharing:- 


WASSALAM.

2015-05-08

Misi Mencari Bunga Matahari: Ke Bangkok Ke Kita? (Part 1)

Assalammualaikum!!!

Ahaaaaa, apa khabar semua. Kita bukak chapter baru pulak. Macamana nak mula eh? Kisah Bangkok yang dah lama giler pegi tapi tak update-update sebab memberi laluan kepada kisah di Australia dulu. Ok kali ni memandangkan kisah Aussie pun dah setel, baru boleh mula kisah Bangkok pulak! Ayuh!

Bahagian 1: Semuanya Bermula di Sini.

Sebenarnya ramai yang tanya pasal Bangkok dan macamana nak menjejak ladang bunga matahari (sunflower) kat sana. Tapi macam aku bagitahu kat atas tu, aku memang tak boleh skip tulis Aussie (sebab takut lupa) so aku habiskan dulu entry ikut turutan. Sekarang ni baru boleh teruskan pengalaman ke Bangkok dan melawat ladang bunga matahari.

Kisahnya macaman boleh plan nak ke Bangkok ni bila aku dan #TeamSelatan berbincang di Senibung, Johor dulu. Biasa la, dulu aku memang selalu ada kerja kat Johor, dan kalau ke sana aku mesti nak jumpa dua orang ni yakni Pae (TravelYuk) dan Shahrule (MyStoryIsOnLifetime). Sembang punya sembang, akhirnya semua sepakat nak pi cari bunga kat Bangkok. Perbincangan tak tamat kat Senibung tu, sebab kami tak habis war warkan lagi pada yang lain. Mana la tau ada yang nak join kan. 

Jadinya, setelah macam-macam drama akhirnya pada tanggal 12 Disember 2014, kami berlima bertolak ke Bangkok dengan menaiki Royal Jordanian Airline !!! Berlima? Ye, yang join misi ini adalah Aku, Shahrule, Pae, Kak Anash dan MasMz.

Harga tiket Royal Jordanian Airline adalah RM 260 returned! Ok kira murah la tu sebab kami tak beli tiket time promo. Thanks to Pae sebab gigih hari-hari bukak SkyScanner cari tiket murah ke Bangkok. (Sebab cek tiket MAS harganya RM 400++, tiket Air Asia pun lebih kurang RM400++ jugak). 
NOTA: Kenapa pilih tarikh tu? (Disember 2014) Sebab kalau nak tengok bunga matahari berkembang mekar kena pergi sana antara November hingga Januari! Ingat ye sebab masa itu adalah masa bunga matahari tengah kembang dan selepas Januari, proses harvesting akan berjalan. So kalau korang pergi lepas Januari, mungkin akan dapat tengok batang bunga matahari je lah ye. 
Sebenarnya eksaited jugak la sebab first time nak naik flight Royal Jordanian Airlines ni, dan kami naik di KLIA, So masa nak pegi tu memasing propa tayang tiket kengkonon nak fly pergi Jordan la kan!!! Hahaha siap tutup ruangan destination bagai dengan passport kat tiket tu, lepas tu post kat IG kan? elehhhh korang pun selalu buat macam tu jugak kan? Hahahaha.

Ekceli aku pun buat juga pos kat IG hahahahahaha!
Kami bertolak dari KLIA pada pukul 10 malam (lebih kurang la sebab aku tak ingat) dan sampai di Bangkok pada jam 11.00 pm waktu tempatan. Alhamdulillah flight tak delay, sebab flight ni hanya transit di Bangkok dan akan meneruskan perjalanan ke Jordan bawak jemaah umrah ke sana.

Rombongan pakcik makcik nak pegi Umrah.
Dapat makan best. Kek tu sedap!
Sampai je kat Airport di Bangkok, kami terus pegi cari teksi dan bergerak menuju ke hotel yang telah di booking awal melalui Booking.com. Kami akan bermalam di Hotel @Hua Lamphong yang terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok. Nak cari teksi kat epot tu satu hal jugak, melilau-lilau la jugak pusing akhirnya dapat jugak sebuah teksi yang kengkononnya macam van tapi seat blakang satu row je boleh duduk! Maka berhimpit la deme empat orang kat belakang...hiks. (Mujur aku duduk depan). Pakcik yang bawak teksi tu pulak muka masam je, bawak kereta pun laju nak mati...macam tak ikhlas. Mungkin culture shock dapat penumpang yang bawak anak gajah, anak tapir, anak khinzier segala bagai (beg lugej) macam kami ni kot hahaha.

Pi cari teksi kat tingkat bawah.
Tudia teksi kami, nampak besar tapi kena berhimpit jugak akhirnya.
Sewa Hotel : 2400 TBH / 5 Orang.
Sewa Teksi dari Airport ke Hotel : 700 TBH / Teksi.

Hotel @Hua Lamphong, Bangkok depan dengan Hua Lamphong Train Station
bergambar dalam lif yang kadar kelajuannya 10 saat per 1 meter tinggi.
Bilik kami, dah macam jenazah tunggu disemayamkan je.
Sampai kat hotel, pintu hotel tu dah kunci hahahah! Maklumla dah dekat tengah malam. Bile ketuk pintu kaca tu ada la sorang pekerja hotel (muka mamai macam baru bangun tido) datang bukak pintu. So kami pun teruskan upacara check in dan tido! Memang plan kami esok pagi-pagi baru nak eksplore Bangkok.

Masuk bilik je terus tak sabar cari wifi.
Sebenarnya, kalau ikut perancangan asal, kami nak ke Lopburi (satu wilayah yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bangkok) pada keesokan harinya. Tapi kami ubah itinerary kami untuk pusing-pusing Bangkok dulu dan hanya akan ke Lopburi pada hari kedua. Bermaksud, kami akan bermalam lagi di Bangkok.

Hotel @Hua Lamphong diwaktu pagi.
Keesokkan paginya, setelah bersarapan pagi (makan la segala benda Megi, tuna, kerepek segala bagai) di hotel, kami teruskan misi tukar hotel (sebab hotel @Hua Lamphong yang kami duduk malam pertama ni penuh pulak untuk malam ke dua) so kami pun cari hotel-hotel atau guesthouse lain yang berdekatan dengan train station. Alhamdulillah dapat lu satu guesthouse ni yang kira agak murah yakni 750 TBH / 2 orang. Sebenarnya lagi mahal dari hotel pertama yang kami duduk, tapi memandangkan banyak hotel yang kami survey hari tu dah penuh, maka terpaksala juga sewa kat situ. Oh nama hotel tu adalah Your Place Guesthouse...nak masuk hotel ni kena lalu cecelah lorong sikit. bertabahlah kalau tak jumpe. Sila Google.

OK pi check in hotel lain.
Your Place Guesthouse ni macam klasik sikit. Terletak di celah-celah lorong.
Bilik air.
laluan nak ke bilik dari kaunter reception.
Selesai urusan check in di guesthouse baru, kami tinggalkan bagais segala macam anak binatang tu kat bilik. Lokasi kami hari ini adalah ke pasar Chatuchak! Yess aku suka gila kot Chatuchak ni, sebab apa? Macam-macam ada!

Chatuchak Market.

Kami menaiki tren subway ke Chatuchak dengan tambang 40 TBH seorang. Nak tahu kaedah ke pasar tu korang Google je la eh, malas pulak nak tulis kat sini. Info banyak kot kat internet, sila rajinkan diri. Punyalah panas Bangkok ni, dah rasa macam berjalan-jalan dalam swimming pool dah, lencun! So sampai Chatuchak tu memasing pun macam naik syeikh pi shopping. Siap berpecah kepada small group lagi tu, sebab ada yang nak ke utara dan ada yang nak ke Selatan! Hahahah nampak tak betapa besarnya Chatuchak Market ni?
Sampai-sampai je terus terkam benda air ni! Ya tuhannnn sedapnyer.
Oh ya, untuk makluman juga, Chatuchak Market ni hanya dibuka dengan meriah pada weekend sahaja ye (Sabtu dan Ahad), hari-hari lain, market ni agak sendu. So rancanglah perjalanan anda dengan betul. Sekian. Lagi satu nak habaq, Kak Anash siap jumpa peminat blog dia kat Chatuchak!!! Ha gile ke tak glamer kak Anash tu! Hahahaha.

Ok jom cuci mata sambil shopping
Paling Win!!!
sambil menunggu orang shopping, kita selfie duluan.
Makan lunch sambil berjalan.
Dah habis pusing Chatuchak, kaki pun dah macam nak tercabut, kami pergi jalan-jalan kat Bandar Bangkok lagi. Hari pun dah nak malam, so kami menerima cadangan Shahrule untuk lepak di Red Skybar!!! Wah dah feeling-feeling orang kaya sangat kan. Nak naik Red Skybar ni free je, tapi bila dah duduk kat situ korang kene la order air tau! So terpaksa la order air jus yang paling murah kat situ hahahah, sorang pekej dapat dua gelas sambil makan kacang. Lols. Bila dah bayar duit air bagai tu rugila kalau tak lepak lama-lama. So malam tu kami lepak je kat skybar tu tengok pemandangan kota Bangkok dari terang sampai la ke gelap.

Bangkok dikala petang.
Bangkok dikala malam.
Acah-acah je.
 LAYAN VIDEO YUK!

Puas hati la jugak. Lepas tu balik gusethouse dan tido. Sebab esok pepagi nak gerak ke Lopburi!. Oh lupa nak cerita, kengkononnya kami nak booking awal tiket pegi Lopburi tu, tapi bila dah riki kat train station, orang sana bagitau, tak perlu booking tiket, just walk in je pada hari nak pergi tu sebab diorang tak jual tiket in advance. Konsep macam naik Bas Leng Seng la, tak pun Bas Mogah. Tau ke? Hahahaha. 

Ok nanti sambung lagi ye kisah ke Lopburi.

WASSALAM.

POPULAR POSTS