Posts

Showing posts from July, 2015

JOM Menderma Dengan Kempen TM #PakcikMisteri!

Image
Assalammualaikum!!! Kemain lama aku cuti raya kan!!! Siap demam-demam bagai penangan balik raya. Kekekeke. So macamana raya korang? Meriah tak? Dah submit ke belum #TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 ? Sebab dah banyak penyertaan yang kami terima! Korang jangan terlepas peluang dapat hadiah best tau! OK entry ni nak ajak korang menderma sikit...bukan susah pun just click pada LINK ni dan insyaAllah setiap kali click tu membawa nilai yang besar untuk menderma pada orang yang memerlukan. Apa yang tetiba aku cakap pasal derma-derma ni, sebenarnya TM ada anjurkan satu kempen yang dinamakan TM Raya #PakcikMisteri. Kempen ni bertujuan untuk memberi derma kepada mereka yang memerlukan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Senang je caranya just click kat link yang diberikan dan akan terhasillah digital coin sebagai jumlah derma anda. Makin banyak anda klik makin banyaklah digital coin yang didermakan! Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat bawah ni:- ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri : Maaf Zahir & Batin 2015

Assalammualaikum!!! Wah! Esok dah nak raya!!! Amacam dah standby ke dengan persalinan raya memasing? Ada ke yang takde mood nak raya? Aku ada baca keratan akhbar mana ntah haritu, katanya menurut kajian sape yang takde mood nak raya tu tanda pendek umur! Hahaha baca boleh percaya jangan, yang penting, siapa yang ada kampung, ada sedara mara, dan paling penting masih ada orang tua (mak bapak) tu balik la jumpa diorang, eratkan silaturrahim sesama keluarga. Dikesempatan ni, macam biasalah seperti tahun-tahun sebelum ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN! Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampung! Lepas ni nak balik kampung ayah pulak di Sungai Besar, Selangor. So sesiapa yang raya kat Sungai Besar tu jemput la datang rumah nenek aku! (Hahaha tak malu betul aku ajak beraya kat rumah orang). Hari Raya kedua pulak aku akan balik Ipoh, Perak ziarah rumah arwah atok dan opah sebelah mak pulak. InsyaAllah kami buat kenduri doa selamat ...

JOM Macau (Part 2): Monte Fotress Melihat Sunset Dan Venetian Macau

Image
Assalammualaikum!!! Sebelum meneruskan kisah Macau ni, just nak bagi gentle reminder: Jangan lupa join #TRAVELOHILAWESIME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015" (Ketik situ untuk LINK terus ke enrty contest ). Masih banyak masa untuk korang semua plan idea yang creative dan menarik untuk masuk contest tu. Ingat! Hadiah lumayan ye, tak nak ke? Hiks yang penting pandai-pandai lah improvised kalau tak cukup kelengkapan di mana anda berada. OK jom sambung kisah Macau. [ Sambungan daripada Part 1 ]  Dari Ruin Of St Paul's kita boleh mendaki naik bukit (pakai tangga ye bukan kena panjat batu segala bagai) menuju ke Monte Fotress , satu kubu tinggalan Portugis di atas bukit bersebelahan dengan Ruin of St. Paul's. Kalau sesiapa pernah ke Melaka dan melawat A Famosa , kan kena naik bukit belakang dia tu kan untuk ke Ruin of St Paul's tu kan? Ha keadaannya sama jugak di Macau ni, kena naik bukit macam tu la, panjat la tangga mana yang korang berkenan sebab...

Ada Apa Dengan MyTeksi?

Assalammualaikum!!! Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan , so ada yang dah balik kampung ke? Kemain ha cuti awal bebeno. Ke ada yang tak sempat nak beli tiket bas? Kalau tak sempat jangan risau, korang boleh try guna apps MyTeksi ni. Saja nak promote sebab haritu aku try, memang sangat mudah ok! Tak payah tunggu lama-lama, sekejap je pakcik teksi tu sampai. Ringkas, cepat dan mudah! Ha pasal teksi ni, aku nak cerita sikit. Semenjak dah 'berhijrah ke Negeri Di Bawah Bayu' ni, aku rasa macam 'patah kaki' bila balik Putrajaya, yelah kan kereta aku semua dah aku angkut ke Sabah . Jadi nak ke mana-mana tu agak terbatas la. Bayangkan selama sepuluh tahun aku duduk kat Putrajaya , aku tak pernah langsung naik bas yang berlegar-legar sekitar Putrajaya tu, teksi apatah lagi. Bila dah 'patah kaki;' macam ni baru la terhegeh-hegeh belajar bus routes kat sekitar Putrajaya, dan yang best tu sibuk pulak simpan nombor driver teksi! Cerita pasal teksi ni, a...

@BackpackingMY - Info Travel Dari Twitter

Image
Assalammualaikum!!! Salam Ramadhan ke 14! Dah setengah bulan dah berpuasa, so macamana, ada perubahan tak? InsyaAllah Brader/sis slow-slow Hiks. Sebelum tu nak tanya, ada yang dah buat persiapan untuk #TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015? (Ketik tulisan tu untuk LINK) Masih ada masa untuk atur strategi dan gunakan daya kreativiti korang untuk menang hadiah yang lumayan! Ayuh!   Back to the story, ok antara medium sosial yang paling mudah aku rujuk untuk cari info pasal travel selain daripada melalui BLOG , adalah TWITTER!  Sementelaah kemunculan akaun Twitter yang bernafas baru oleh mereka-mereka yang gemar travel tak kiralah secara backpack ke, mewah ke, santai ke waima hardcore sekalipun, so kat sini nak promote sikit la...saja nak share sebab kat sana kita boleh direct tanya pada curator pasal travel .  @backpackingMY JOM FOLLOW Untuk sesiapa yang aktif bertwitter mungkin pernah tengok akaun ni. Oh sebenarnya dahulu akaun ni ...