2015-10-19

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.

Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.

Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej tu). 

Perjalanan ke Bandar Semporna dari Bandar Tawau mengambil masa selama 1 jam 30 minit (lebih kurang). Dalam perjalanan tu kami didendangkan dengan lagu lagu malar segar rock kapak tahun 90-an hahah rasa macam nak karoks je kuat kuat dalam bas tu. Oh lupa pulak, masa ni jugak aku kenal dengan beberapa kawan baru di Tawau, pangkat adik-adik semuanya huhu.

Jeti Semporna, Sabah.
Ekceli ramai jugak orang hari tu.
Dalam perjalanan tu tetiba hujan pulak sekejap walaupun hujan rintik-rintik. Kami sampai ke Bandar Semporna dalam jam 10 pagi. Masa tu kami semua berkumpul dan dibahagikan kepada tiga groups (sebab ada 3 buah bot yang disewa). Destinasi pertama adalah ke Pulau Bohey Dulang! Wuhuuuuu memang dah eksaited dah masa naik bot tu tapi kena kontrol sikit la sebab nanti orang kata buang tebiat pulak, dah la semuanya baru kenal hiks.

Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Masa mula-mula sampai tu memang mendung dan hujan pun dah mula turun renyai-renyai. Adoi pasrah je la. 

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau di dalam gugusan Taman Laut Tun Sakaran. Ada beberapa buah pulau lagi di sekitar peraiaran Semporna. Setelah mendaftarkan nama di pos pengawal, kami pun bergerak naik ke atas menuju ke puncak Bohey Dulang. Nak mendaki tu kena ikut turn sebab di atas puncak tu tak boleh duduk ramai-ramai.
Puncak Bohey Dulang terletak setinggi 250 -300 meter dari aras laut dan kita kena mendaki sejauh 600 meter ke puncak. Part mendaki ni memang lemah sikit la. memandangkan aku ni dah pencen manjat-manjat bukit /gunung maka ianya agak semput jugakla. Sebenarnya track mendaki dia tak susah pun, dan siap ada tangga dan sesetengahnya perlu bergayut-gayut pada akar pokok. Seronok! first 200 meter tu boleh la senyum-senyum lagi, masuk 300 meter dah semput hahahaha.

Akhirnya dengan berkat kesungguhan dan berpandukan cogankata "Kalau Chawanna pun boleh panjat sampai puncak, kenapa aku tak boleh!!!" maka aku pun berjaya sampai ke puncak! Yeay! Alhamdulillah. Subhanallah cantiknya pemandangan sekitar kawasan pulau dari atas puncak ni. Macam tak percaya pulak aku dah sampai kat atas ni, so kira macam achievement unlock la! Kami lepak lama-lama atas tu, menghayati pemandangan yang indah walaupun sedikit berjerebu. Tapi tak kisah lah, yang penting aku taknak panjat situ lagi, cukupla sekali Hahahaha!
MALAYSIA!
Dah puas bergambar kat puncak Bohey Dulang, kami pun turun ke bawah semula. Perjalanan turun tak sesukar mendaki. Sekejap je kami dah sampai ke jeti. Di jeti kami diberi bekalan makanan tengahari. Masa tengah kebulur lapar disua makanan, makanya masing-masing senyap la makan.

Ahahah dah nak turun baru ada mood nak amik gambar kat papan ni.
Bersama geng baru.
Laluan mendaki.
Ada tangga, lega sikit.
Ok pegang tali kuat-kuat ye semua.
LUNCH!
Destinasi seterusnya adalah Pulau Sibuan. Perjalanan dari Pulau Bohey Dulang ke Pulau Sibuan mengambil masa 45 minit. Pulau Sibuan merupakan sebuah pulau yang tidak mempunyai penempatan, cuma ada sebuah pejabat Taman Laut dan Pos Pengawal. Tandas juga tidak disediakan di pulau ini. So kalau nak tukar baju, atau bilas badan kena pandai-pandai lah minta ehsan di Pejabat Taman laut tu.

Pulau Sibuan!
Register dulu
Di Pulau Sibuan kami boleh snorkling, dan yang paling penting air laut dia sangat jernih! Jernih gila! Macam tak percaya je kat Malaysia ada laut jernih macam tu hahaha. Ok aku memang kat Malaysia. Kami diberi masa selama sejam untuk mandi manda dan snorkeling kat situ memandangkan tidak boleh tinggal di pulau tersebut selepas jam 5 petang.
Jom balik!
Setelah semuanya selesai, kami pun pulang semula ke Jeti Semporna. petang tu hujan masih lagi renyai, tapi tak apalah sebab dah nak balik. Kami sampai di Bandar Tawau dalam jam 8 malam. Secara keseluruhannya, trip singkat ke Semporna ni memang best la, aku berjaya sampai ke pulau-pulau yang selalu dilihat dalam tv saja dan dapat juga kenal beberapa kawan baru. InsyaAllah lepas ni boleh la datang lagi. Hiks.

Tu dia bas kami hiks.

WASSALAM.

2015-10-15

Projek Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Teater Muzikal)

Assalammualaikum!!!

Setelah sekian lama, baru reti nak update blog? HaHaHa!!! Sorry la agak busy sikit dengan hal duniawi. 

Ok nak cerita sikit, aku baru lepas nonton Teater Muzikal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya. Sebagai orang yang pernah menonton filem Indonesia ini, apa yang boleh aku cakap mengenai teater ini adalah:-

Bagus, lakonan para pelakon (Nabila Huda, Ammar Bahrin, Shahrul Ridzuan, Liza Abdullah, etc) boleh dikatakan bagus dengan penghayatan yang tinggi. Walaupun ada orang kata Ammar Bahrin tak sesuai pegang watak Zainuddin, tapi bagi aku dia berjaya.

Props pentas yang sangat banyak, dan cantik. Di samping tu ada visual effects yang berkualiti tinggi dari Lès Copaque (penerbit animasi Upin dan Ipin).

Lagu-lagu biasa je (ciptaan Pak Ngah), dan semua pelakon nyanyi miming. Tu yang spoil. Kalaulah para pelakon semuanya konfiden macam Datin Seri Tiara (nyanyi sendiri walau suara tak sedap sangat) kan bagus.

Apa pun aku bagi 7/10 untuk persembahan teater ni. Siapa yang nak tengok masih sempat sebab ia masih ditayangkan sehingga 18/10/2015.

Eh!
Barisan pelakon yang berbakat!
WASSALAM.

POPULAR POSTS