Assalammualaikum!!!
Apa khabar semua? Dalam mengharungi jerebu yang maha hebat melanda Malaysia dan negara-negara jiran yang lain, diharapkan semua pembaca blog aku ni dapat menjaga kesihatan masing-masing ye, kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air masak. Kalau boleh pegilah travel ke luar negara yang takda jerebu! Hiks (optional lols).
Tibalah masanya aku menulis pasal trip aku, Kaki Berangan (John) dan Kaki Jalan (MasMZ) ke Cambodia...lebih spesifik ke Siem Reap dan Phnom Pehn pada September 2015 yang lalu. Sebenarnya trip ni dah lama di rancang, setahun yang lalu kot. Masa tu John masih di Berm dan dia yang beria mengajak aku dan MasMZ dan dia jugak yang belikan tiket AA yang katanya tengah promo masa tu. Jadi memandangkan aku ni memang tak ada langsung trip oversea tahun ni selain ke Macau pada February haritu, aku setuju je la. Bayar duit tiket kat John pun secara ansuran! Hahaha punyalah sengkek. Ok cukup cerita pasal tiket, aku tak ingat berapa tapi tak sampai RM 500 pun la.
Kami bertolak ke
Siem Reap pada hari Rabu (16 September 2015) Sempena
Hari Malaysia jam 1.00 tengahari. Aku pun tak tahu kenapa kami bertolak tengahari (mungkin masa tu je yang ada tiket murah hiks). Untuk ke
Cambodia tak memerlukan visa, hanya sediakan
passport sendiri yang masih valid sahaja (kalau ada yang tanya lagi tak tau lah sebab aku dah tulis terang-terang kat sini).
|
Sesambil memakan kek Red Velvet yang dimasak oleh John. Yummeh. Nak oder? boleh melalui saya. Hiks. |
Penerbangan ke
Siem Reap (
Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap) dari
KLIA2 mengambil masa 1 jam 50 minit (lagi cepat daripada aku balik
Tawau 2 jam 40 minit!) dan kami tiba di sana pada jam 3 petang.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan agak ok dan kami dapat tengok
Tasik Tonle Sap (Tasik ketiga terbesar di dunia) dari atas
flight! Mula-mula tu terpikir jugak, tu laut ke sungai? Rupa-rupanya selepas diselidik-selidik barulah tau itu tasik.
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap |
|
Ada replika Angkor Wat. |
Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap sangat cantik dengan rekabentuk klasik dan kebanyakan kawasan sedang dalam pembinaan / pengubahsuaian. Kagum juga la bila mula-mula sampai kat airport ni, dan yang penting ada
wifi free yang laju. Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami pun berjalan keluar dari
arrival hall. Misi utama adalah mencari
simcard untuk internet! Menurut hasil bacaan di beberapa blog (antaranya: blog
BibieKarim,
Wanderlust DJ,
Shahrule dan beberapa blog lain) kami bersepakat untuk beli simkad
FREE SIM. Kedai jual simkad tu betul-betul di hadapan
Arrival Hall, dari jauh dah boleh nampak.
So kami beli plan data internet dengan kapasiti 5 gb dengan harga 5USD (tempoh luput dalam masa sebulan). Kira macam berbaloi jugak la sebab dapat 5 gb data internet! (sempat la aku layan drama Korea 6 episod tu pun ada baki 3 gb lagi hahaha). Walaupun kami hanya ambil plan internet tanpa panggilan, tapi sebenarnya kita masih diberi 9 minit untuk panggilan percuma menggunakan plan internet ni. Jadi senang la ko nak call pemandu tuk tuk nanti.(berguna tau).
|
Ni la kaunter Free Sim tu. |
|
Gumbira ada internet Hahahaha dasar! |
Di
airport kami akan dijemput (wah dijemput lagi tu) oleh pihak hotel yang kami dah
booking. Hotel tu ada menyediakan
free pickup di
airport.
So senang la. Kami telah mem-booking
Jasmine Lodge. untuk info hotel seperti berikut:-
National Road N 6, 307 Taphul Village, Svay Dongkum Commune, Siem Reap, Kingdom of Cambodia.
Phone : +855 (0)12 784 980 /( 0)97 77 90 119/,(0)81350690,(0)63 760 697
Fax : +855 (0)63 76 42 47
E-mail : kunn@jasminelodge.com,info@jasminefamilyhostel.com
So, keluar je
arrival hall dah ada sorang pemandu tuk tuk yang pegang kertas tulis nama
HelmiYusuf! Hahah ok
best, kami lepas tu dibawa naik tuk-tuk ke hotel (perjalanan dalam 20 minit). Seronok jugak la naik tuk tuk tu sebab
open air.
|
Ni la pemandu tuk tuk (free pick up) ke hotel. |
|
Teruja naik tuk tuk |
|
Lagi dan lagi! |
Sampai di hotel, pemandu tuk tuk tu tanya kat kami samada dah ada
booking tuk tuk ke untuk ronda-ronda
Siem Reap? Kengkonon dia nak
offer diri la. Tapi kami cakap kat dia yang kami dah pun tempah tuk tuk dari
Karia (Zakaria) tu pun cedok dari blog
BibieKarim dan
Wandurlust DJ. No telefon
Zakaria ni +855(0)962020307. Senang je nak berurusan dengan dia ni tambah pulak dia seorang
Muslim. Lagi senang dan pandai pulak cakap
bahasa Melayu.
Whatsapp je buat perjanjian dan
everything's done!
Usai urusan
check in, hari pun dah petang dan agak lapar la jugak. Kami bercadang untuk keluar jalan-jalan ke
night market (katanya boleh jalan kaki dalam 15 minit je). Tapi sebelum tu kami telah membeli tiket bas ke Phnom Penh di kaunter hotel. Mujur ada jual kat situ, so tak payah la nak pergi cari kat mana-mana. Lepas bertanya itu ini pada penjaga kaunter (aku lupa namanya) dan dia mencadangkan supaya kami naik
bas Mekong Express, katanya selesa dan ramai yang naik. Oklah, memandangkan kami pun tak tau mana yang ok mana yang tidak, so kami beli je lah tiket tu dengan harga
16 USD seorang.
|
OK tiket bas ke Phnom Penh dah beli! |
Dah dapat tiket bas, maka kami pun meneruskan rancangan untuk ke
night market. Kami panggil budak yang bawa tuk tuk dari
airport tadi untuk bawak kami ke night market, sebab hujan
so malas la nak jalan kaki. Lagipun kami tak tau arah mana sebenarnya night market tu. Sebenarnya kalau jalan kaki dari hotel tu amik masa 15 ke 20 minit jugak, ikut kadar kelajuan berjalan la. Naik tuktuk tu diorang caj
2USD. Cis mahal jugak, paduhal dekat je.
|
Ayuh! |
|
Naik tuk tuk ke Night Market |
|
Baru lepas hujan... |
|
Nak kemana kita? |
|
Gerai buah buahan banyak sepanjang jalan. |
|
Hello! |
|
Pakai WAZE cari KFC hahaha kan penting tu. |
Kami turun di satu simpang, ada banyak kedai menjual jus buah-buahan segar...dan kebanyakan gerai masih belum dibuka (sebab petang lagi). So memandangkan kami ni tengah kebulur (ingat tak kami belum makan apa-apa sejak sampai di hotel tadi?) kami terus pegi cari
KFC! Untuk makluman KFC kat
Siem Reap ni halal ye, ada sijil Halal dan tertera logo Halal di muka pintu.
So sebab dah lapar sangat
so belasah je la amik nasik dengan ayam goreng, dengan
cost 3 USD. Ok la lebih kurang
standard harga kat Malaysia.
|
JUMPA! |
|
Harga dia dalam USD. |
|
Semua amik meals sama je ahhahahha |
|
OK lets eat! |
Lepas makan baru kami meneruskan perjalanan meronda pekan
Siem Reap dan
Night Market. memang meriah la malam-malam kat pekan ni, Macam-macam kedai ada dan kebanyakannya pub dan restoran. Kedai menjual cenderamata pun banyak. Kami jalan-jalan dekat area Night Market tu dan tengok-tengok kalau ada benda nak di beli. Survey dulu katanya sebab malas nak beli apa-apa dulu.
|
Payung dia tak lawa sebab takde kaler. |
|
Pub Street ni memang banyak pub la. |
|
Persembahan jalanan. |
|
Cak! |
|
Night Market! |
Ada la beberapa kawasan yang menjual
souvenir (ala-ala
Chatuchak Market di
Bangkok). Tapi kawasan dia tak la besar. Ada jual T-shirt,
key chain, fridge magnet dan macam-macam lagi. Ada juga pertunjukan
boxing dan
ladyboy! Hahaha semua tu
free je tak payah bayar,
open in public.
|
OK jom masuk dalam tu. |
|
Panas! |
|
Baju-baju kat sini kualiti kurang, nipis yaamat! |
|
Takde selera nak beli, bende paling murah pun 1 USD. Pitam. |
Dah puas dekat 2 jam berjalan, kami pun bercadang nak balik ke hotel. Penat pulak rasanya dari pagi sampai ke malam berjalan tak henti-henti. Kami balik ke hotel dengan berjalan kaki je, kengkonon dekat sangat la, sekali tu semput jugak weh! Jauh jugak sebenarnya dengan ada anjing merata-rata, aku ni dah la fobia anjing! Hahaha
Malam tu, lepak-lepak je kat hotel sambil melayan
social media. Tak heran sangat pun dengan wifi hotel sebab dah ada data internet 5 gb hahaha (bongkak-siap layan movie kat youtube). Oklah, esoknya ada yang lebih mencabar. Kami dah plan dengan
Kariya (ingat tak yang aku cerita pasal tuk tuk kat atas tu?) untuk ronda-ronda
UNESCO site di
Siem Reap! Tak sabar.
ok bersambung.
WASSALAM.