2016-03-31

Travel in absolute comfort - Malaysia Airlines #KelilingDunia

Assalammualaikum...

Some updates about Malaysia Airlines Bhd. (sebab dapat surat cinta dari Ezra ;p) Thank you MAB for the latest info, dah boleh start berangan dah sekarang kot-kot ada Tansree nak taja naik flight baru ni kan? *tangan di bahu mata menjeling ke langit*

On Tuesday, 22nd March 2016, Malaysia Airlines unveiled its first A330-300 aircraft fitted with the new Business Class seats at its Engineering Complex in Sepang. The new seats has taken off on its first flight, MH141, from Kuala Lumpur to Sydney on 23 March 2016.

The launch event was officiated by Malaysia Airlines’ Chief Commercial Officer, Paul Simmons, who was joined by the airline’s staff, invited guests as well as members of the media. All guests were given the opportunity to experience the fully revamped Business Class cabin.

Here are some cool facts on those seats;
  • Measures at 44 inches, with a width of 20 inches, and a length of 76 inches when it’s laid out flat.
  • One of the best received business class seats in the industry.
  • Come with increased working space, with 90% of all seats having direct aisle access.
  • 1-2-1 and 1-2-2 seat layout.
  • Extra stowage space for personal items.
  • Each seat is equipped with a 16 inch touch screen inflight entertainment system.

The new Business Class seats are available on Malaysia Airlines’ A330 flights between Kuala Lumpur and Australia, New Zealand, Japan, Korea, China and India from March 2016 onwards.

#Kelilingdunia

Besar dan luas kan. (Gambar sumber MAB)

Pssstt: Hmmmmm mampu tengok je la kan, nak merasa naik entahkan bila entahkan tidak. *Berangan sambil kuis-kuis kaki nyanyi lagu Rosalinda.*

Psttt 2: Tengah dilanda kemalasan maha dahsyat. Korang pls buat solat hajat doakan aku rajin update blog pls!!!

WASSALAM.

2016-03-02

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 5) - Tonle Sap Lake And Culture Village

Assalammualaikum!!!

Hari ni 2 Mac genap setahun aku kat Tawau! Yeay im a survivor! blergh.... ok to cut the story short, lets sambung entry Cambodia! (Entry Japan kita tengok bila nak sambung eh hiks).


Hari berikutnya pepagi lagi kami dah janji dengan osman untuk bawa kami ke Tasik Tonle Sap, yang merupakan tasik air tawar nombor 3 terbesar di dunia! ha jangan main-main! Nampak dari atas flight pun macam laut, terkonfius jugak sekejap, takkan Siem Reap ada laut kan? Rupanya tasik! Kalau nak tahu, kat sekitar tasik ni banyak kampung dan macam-macam aktiviti berlaku, dan tasik ini juga merupakan sumber air utama di sekitar kawasan SR, dan yang berhampiran.

Ayuhlah!
Kami menaiki tuk-tuk Osman menuju ke Kampung Chong Khneas, salah satu kampung yang terletak di pinggir tasik. Hari ni Hassan tak ikut kami sebab dia ada exam katanya. Oh Hassan ni tengah sambung degree dalam bidang tourism kalau tak silap aku, so bagusla kiranya.

Perjalanan ke Kampung Chong Khneas dari bandar SR mengambil masa lebih kurang satu jam. Masa kami pergi tu, keadaan jalan raya sangat teruk sebab sedang dalam pembaikan dan menaiktaraf jalan. So memang jalan dia berlecak dan banyak lencongan. Bayangkan kami naik tuk tuk dah macam naik kuda! lols.

Pepagi macam tak banyak kereta.
Memula nampak macam elok je jalan kan... ko sabar sat.


A video posted by ReN (@janggeltrekker) on
Sekali ha tengok la jalannya macamana! 

Sepanjang jalan juga terdapat banyak ladang teratai, I mean pokok teratai tumbuh di dalam kawasan paya dan tasik. Memang cantik la jugak sebab masa tu tengah blooming bunga-bunga teratainya.Teringin juga nak singgah bergambar, tapi terpaksa sabar je dulu sebab nak settlekan misi ke floating village Chong Khneas tu.

Sampai di jeti, kami membeli tiket bot dengan harga USD 15/orang. Beli kat kaunter, kat situ dan akan banyak bot tunggu. So kami bertiga naik satu boat dan ada la sorang menumpang nak pegi kerja sukarela bagi beras pada penduduk miskin.

Kaunter tiket.
Ayuh, ko tengok berapa ramai orang beratur kat situ!
Naik bot yuk!
Perjalanan dari jeti ke kampung Chong Khneas mengambil masa lebih kurang 20 minit, tapi kami tak singgah kampung tu dulu. Kami dibawa sehingga betul-betul memasuki tasik Tonle Sap, yakni di muara sungai. Masa tu keadaan tasik dah bergelora, dan kami nampak ada banyak river cruise yang bersaiz besar di merata-rata arah. Bot kami berpatah balik dan menuju semula di kampung Chong Khneas. 

Kampung Chong Khneas merupakan sebuah kampung terapung di mana bekalan elektrik hanya menggunakan generator dan penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada sumber daripada tasik. Kami dapat la tengok kedai terapung, sekolah terapung dan macam-macam lagi yang terapung. Ada juga aktiviti naik sampan masuk ke kawasan paya bakau. tapi kami tak ambil aktiviti tu sebab tengok keadaan paya bakau dia tak menarik sangat dan harga pun mahal!

Kami kami je.
Kami kami lagi.
Ha macam ni je lah pemandangannya!!!!
Kami seterusnya dibawa ke ladang buaya terapung. Atas tu ada la kandang buaya diternak, aku tak pasti diorang buat apa dengan buaya tu, rasanya diorang makan dan buat ubat. Memang banyak la buayanya. Kat situ kami ambil-ambil gambar dan blah.

Semua pun terapung
Gigih.
Makcik ni pun gigih!
Sekolah terapung.
Entah dari mana agaknya.
OK ni ladang buaya
Banyak jugak.
Naik rooftop...cewah rooftop katanya!
Pemandangan sepanjang sungai.
Seterusnya bot tu singgah kat pusat sukarelawan, kat situ pemandu but tu kata boleh la kalau nak derma apa-apa bagi kat anak-anak yatim di kampung tersebut. tapi derma dia kena beli beras atau barang-barang dapur yang ada kat situ! Lols, kami ni takde la kaya sangat kan, so kami kata, no thanks je la....huhuhuhu....so kami terus balik ke jeti.

Ada la lebih kurang 2 jam menjenguk kampung air tu. Jujur aku cakap, tak berbaloi langsung pergi Tasik Tonle Sap ni, sebab tak ada apa yang menarik sangat untuk di tengok. Jadi bukan aktiviti yang di cadangkan lah. Korang tak payah pergi pun takpe.

Kami balik semula ke SR tengahari tu, tapi sempat jugak minta Osman singgah tepi-tepi jalan untuk ambil gambar pokok teratai. Memang banyak gila pokot teratai, dan diorang jual hasil dari pokok teratai ni.

Begamba la jugak dengan Osman.
Sayup ke hujung ha.
Bunga-bunga teratai.
Deme jual jugak tepi2 jalan.
Sampai di SR, kami lunch KFC je, sebab rasa tu yang paling murah. Lols. Sebelah petang pulak kami pergi ke Cultural Village!. Tapi sebelum tu kami pegi pekena air tebu limau! Ha sape pi SR tak pekena air tebu limau memang rugi! Sedap weh, Osman bawak kami pi minum air tebu limau kat tepi jalan, sambil makan pengat labu, sedap weh!

Air tebu limau!!!!
Sesambil beli pengat labu.
Ok kalau ke SR, memang wajib pegi Cultural Village ni, berbaloi!. Bayaran masuk adalah 15 USD / orang. Kat dalam Culture Village tu ada macam-macam persembahan korang boleh tengok yang kebanyakannya menyentuh pasal budaya dan adat resam orang Cambodia. So memang menarik lah. Lama jugak kami duduk ikut semua persembahan dalam tu, dan memang berbaloi!.

Yuk masuk!
USD 15 seorang ye.
Tengoklah macam-macam persembahan, pelakon dia recycle2 je.
Kisah raja merak pun ada.
Kisah carik jodoh pun ada.
Pilih nak amik yang mana jadi isteri katanya.
Hahah yang ni aku tak ingat kisah apa, pelakon semua sama. Gigih diorang ni lari-lari tukar costume.
Keluar dari culture village pun dah malam. So malam tu Osman bawa kami makan di kedai daging bakar. Nama kedai tu Gerai 62, hanya satu gerai khemah dibuka di tepi jalan. Tapi halal la, dan ramai orang. Malam tu Kariya datang join kami makan skali. Itulah kali pertama kami jumpa Kariya. Sembang-sembang malam tu dan dia bagi juga nombor contact sepupu dia di Phnom Pehn kalau nak pakai tuk tuk!

Nama kedai ni Gerai 62.
Kat tepi jalan je, ramai orang.
Tu ha daging bakar makan dengan sayur sayuran.
Osman tengah tunjukkan cara makan yang betul.
Gambar bersama Osman dan Zakariya
A photo posted by H|Y (@just.hy) on
Gambar bersama Osman dan Zakariya

So selesai dah malam tu untuk hari ketiga di SR. Esok kami nak ke Phnom Pehn pulak. So kita rehat-rehat je malam tu. Tiket bas ke PP pon dah beli.

Sambung nanti ye.

WASSALAM.

POPULAR POSTS