2016-05-07

Eight Acres - The Wonderful Experience!

Assalammualaikum!!! 

Hahahaha gigih pulak update blog kan! So masih ada ke pembaca blog ni? Eh tak tak...blog ni belum nak hiatus mode lagi, masih bernyawa-nyawa ikan. InsyaAllah boleh la dihulurkan bantuan pernafasan untuk terus hidup.

Ok ADA APA DENGAN EIGHT ACRES?

Sebenarnya aku dan beberapa orang blogger tersohor suatu ketika dahulu telah berpeluang menghabiskan hujung minggu kami di sebuah resort di ceruk kebun kelapa sawit di negeri Pahang! Eight Acres Resort merupakan sebuah resort di bawah D'Jungle Resort terletak di Daerah Raub, Pahang. Untuk lokasi terperinci boleh taip je dekat Waze atau Google Map, kompom jumpa. Sila klik SINI.

Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang, Malaysia
GPS N3°43’ 43.68” E 101° 59’ 41.74


Aku, MasMZ Kakijalan, Kaki Berangan, Anash Coco-Nutz dan AJ bertolak ke Eight Acres seawal jam 8 pagi dari Kuala Lumpur. Kalau dicongak-congak, perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui Lebuhraya Karak.

Dalam perjalanan, sempat lagi kami singgah di Pekan Bentong untuk pekena ice cream di kedai popular Kow Po, katanya memang paling popular di Bentong la sebab ice cream buatan sendiri. Ya kami sahkan memang kedai ni dikunjungi oleh ramai orang dan ice cream pelbagai perisa dia memang sedap. Untuk yang teringin nak rasa Ice Cream Bentong, bolehlah berkunjung ke kedai Kow Po yang terletak di Bandar Bentong. Waze je senang, kata canggih sangat kan henpon memasing!

Kow Po, Ice Cream Bentong!
Let's Eat!
ABC Special with Durian Ice Cream!
Lepas pekena Ice Cream Bentong, kami meneruskan perjalanan ke Raub. Menurut Justin (person in charge penginapan kami di Eight Acres) waktu chcek in adalah jam 2 petang. sebab tu kami berlengah-lengah singgah sana-sini.

Nak masuk ke kawasan resort tu agak mencabar ye memandangkan resort ni terletak di dalam kawasang ladang kelapa sawit. Faham-faham je lah, kalau dah masuk ladang keadaan jalannya macam mana. So sila berhati-hati memandu sebab struktur jalan yang berbatu-batu dan berlobang-lobang. Biasa lah tu, kalau masuk ladang memang macam tu, dan jalan-jalan ladang tu pun bukannya milik resort tersebut.

Welcome to Eight Acres Resort!
Agak jauh masuk ke dalam (lebih kurang 6 km) akhirnya kami sampai di pintu masuk resort! Yeay! Apa yang mengejutkan kami adalah, kami disambut oleh Athenia dan Lambchop!!! Hahahaha ok comel je nama seekor kuda betina dan seekor kambing biri-biri jantan dah duduk depan pagar masuk resort sambut kedatangan kami!

Hahaha nampak bontot Athenia je :p

Masa tu memang teruja habis la sebab dah nampak binatang kat resort tu! Kami terus menuju ke arah rumah reception. Tapi tak ada orang, tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai John! Hahah ok ada dua John la kiranya sekarang ni (sambil perhati John). John merupakan salah seorang pekerja di situ...dan dia memberitahu kami untuk lepak dulu di bangunan utama sementara menunggu lagi 3 groups pelawat yang akan datang pada hari tu.

Sesambil tu John membawa kami pusing-pusing bangunan utama yang terletak di tengah-tengah kawasan resort! Fuh memang lawa, masuk-masuk je ada hall dengan lantai tatami yang asli ok! Memang luas, sebelum bersambung ke kawasan dapur dan rest area yang sangat selesa. Di bangunan utama terdapat beberapa buah bilik di tingkat atas (ekceli bangunan utama ni dinamakan The Brick House). Di tingkat atas terdapat beberapa bilik dengan tema-tema yang berbeza iaitu Surreallity, Culture, Renewal, Contemplation, Discovery dan Geography). Memang menarik setiap konsep yang ditunjukkan dan yang paling aku suka adalah bilik berkonsep Discovery! Korang boleh cek di website mereka.

Tenang. Nyaman.
 Ruang Santai.
The Brick House
Tatami Hall!
Ruang lepak tingkat atas.
Discovery Room!
Setelah dibawa menjelajah The Brick House, kami dijamu makan tengahari. Alhamdulillah setiap pengunjung di Eight Acres akan di jamu makan tengahari dan malam dan makanan dimasak sendiri oleh pekerja resort dengan hasil dari kebun mereka sendiri! Sedap!

Lunch hasil masakan pekerja resort.
Semuanya fresh dari ladang.
Kami diberi peluang menginap di rumah Mulberry. Kenapa namanya mulberry? sebab sekeliling kawasan rumah tersebut ditanam dengan pokok mulberry! Best! Boleh petik dan makan sorok-sorok hiks. Selepas check in, dan berehat sekejap, kami kemudian Mr. Kam, yang merupakan owner kepada Eight Acres Resort membawa kami menjelajah sekitar kawasan resort. Mr Kam sangat berpengalaman dan beliau juga yang membangunkan kawasan resort ini daripada hutan kepada yang ada sekarang. Macam-macam sejarah diceritakan dan semua info sangat menarik.

Kami di bawa pusing kolam, pusing ladang, dan ke air terjun! oh lupa nak habaq, kawasan Eight Acres ni ada air terjun ye!!! So boleh la sesiapa nak berendam kat situ. Sesekali tu kami nampak la Lamb Chop dan Athenia berlari-lari sekitar kawasan, bebas tak perlu diikat pun. Mr. Kam juga ada cerita sejarah dua kawan baik tu, kisah sedih jugak la. Kalau nak tahu kena pergi ke Eight Acres dan tanya sendiri pada Mr. Kam! Hahaha

Para itik dan angsa tengah bersantai.
Itik pulang petang.
Mr. Kam tengah bercerita asal usul resort.
Jalan-jalan pusing kawasan.
Athenia dan Lambchop bebas berkeliaran.
Java house.
The Brick House.
Tatami Hall at night.
Ruang santai.
Ruang makan.



Sebelah petang tu kami pi terjun sungai, walaupun air cetek (sebab kemarau) tapi masih boleh mandi dan ada banyak ikan yang gigit-gigit kaki! Dah macam natural fish spa dah! Hiks. Malam tu kami hanya lepak-lepak di bangunan utama je, sambil layan movie. Sebenarnya kawasan di resort ni sangat tenang dan damai. Seronok bagi sesiapa yang nak lari dari hiruk pikuk kota.

Air tak banyak sebab kemarau.
Kawasan air terjun.
Kami.

Keesokkan pagi, kami bangun awal sebab nak tengok suasana pagi di ladang. Seronok, dan boleh juga cuba aktiviti flying fox! Bayar RM40 boleh naik 2 kali siap dengan insurans sekali! Ha berbaloi! Kawasan resort ni jugak menjadi tumpuan program-program team building memandangkan fasiliti yang disediakan dapat menampung jumlah peserta yang ramai! 

Sepanjang berada di Eight Acres Resort, kami dijaga dengan baik, makan minum semua cukup dan semua pekerja ramah-ramah belaka. Thanks to Mr. Kam dan team sebab sudi melayan kerenah kami semua. InsyaAllah boleh datang lagi lain kali dan stay lama sikit kot? hehehe.

Untuk pertanyaan lanjut boleh call atau emel je:

T: +603 7877 5048
F: +603 7877 6125
E: info@eightacres.net

Tak reti nak cerita panjang, jom layan gambar-gambar dulu ya!

Flying Fox!



Kedai cenderamata.
Jumpa kawan lama.

with Lambchop.
WASSALAM.



POPULAR POSTS