2020-12-31

Tahun 2020 Yang Unik Dan Berbeza

 Assalammualaikum!!!

Terkejut jugak kan know-know muncul entry terbaharu. Di akhir tahun 2020 pulak tu. Macam tu lah, bila mood tu tetibe datang, maka timbullah idea dan muncullah entry di blog yang sendu. (Walaupun dah lama canang nak bersara jadi blogger hiks).

Tahun 2020 yang unik dan berbeza. Aku pasti ramai yang terkesan dan merasai kelainannya tahun 2020 daripada tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, seumur hidup aku (kita) tak pernah terjadi duduk di rumah, jangan keluar ke mana-mana melainkan jika ada urusan penting....selama berbulan-bulan pulak tu. Pasti itu merupakan salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali diadakan pada bulan Mac 2020, siapa sangka sampai tarikh 31 Disember 2020 ni pun PKP masih berkuatkuasa di Malaysia. Itu belum kira yang PKPB, PKPD, PKPP dan pelbagai abjad lagi selepas itu...entah sampai bila pun tak tahu.

Yang paling penting pengalaman duduk di rumah sewaktu PKP fasa 1 dulu mengajar aku macam-macam perkara, hidup dalam norma baharu, nak pi kedai beli barang-barang dapur pun kena beratur panjang luar supermarket, nak beli pelitup muka pun takda stok kat kedai, harga hand sanitizer pun mencecah harga kayangan... semua tu kenangan. Masa mula-mula PKP, negara masih terkejut dengan perubahan drastik. Tapi alhamdulillah sekarang rasanya masing-masing dah terbiasa dengan keadaan. Norma Baharu yang kadang-kadang ramai yang degil taknak ikut. Bagi aku, yang degil tu memang bebal, menyusahkan semua pihak. Titik!

OK lah, taknak cakap banyak pasal PKP, sebab stress jugak tahun 2020 ni banyak plan tergendala. Mujur sempat plan travel ke Cebu, Philippines dan Koh Lipe, Thailand pada awal tahun 2020 haritu, so takde la terkilan sangat hahahaha. Ada orang tu, tak sempat ke mana-mana pun, terus kena lock dalam Malaysia, bertabahlah. Yang penting kita lihat dari sudut positifnya, banyak tempat pelancongan di dalam negara yang dulu orang tak hirau dan tak perbah tahu, tetiba jadi popular. See! Ada khikmahnya kan? Sampai ceruk-ceruk hutan, kampung, gunung pun dah ada yang pergi dan tahu, explore Malaysia and appreciate the gems. 

Ada ke yang kena cancel tiket flight? Hahahah aku dengar cerita ramai jugak yang kena cancel plan bercuti ke dalam dan luar negara. Termasuklah aku hahahahah (gelak kat diri sendiri). Aku cancel flight ke Tawau pada September 2020 sebab masa tu kes di Tawau dan Lahad Datu tengah meletop-letop! Konon-konon dah berangan nak bercuti ke Mabul la lepas PKPB ditamatkan pada Jun 2020 haritu, sekali ambik kau, datang pulak gelombang kedua. Reda je lah. Nak buat macamana, sekarang ni semuanya tak dijangka. 

Apa pun, pengalaman yang kita kumpul pada tahun 2020 di jadikanlah sebagai iktibar dan penanda aras untuk teruskan kehidupan di tahun 2021. InsyaAllah kita akan kembali bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada tahun hadapan. Hidup dalam new normal dan pastikan segala SOP dipatuhi, insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. OK? So, plan ke mana pulak tahun 2021??? Hiks. AWAS! 

Psttt: Sekarang ni pun tengah sibuk menyiapkan rumah baru yang tinggi menjulang ke awan tu. Doakan supaya aku tabah ye! 

Cebu International Airport, suka gambar ni sebab langit tu cantik :p - Feb 2020
 
Pengalaman paling berharga, berenang bersama whale shark di Oslob - Feb 2020

Koh Lipe, Thailand - Jan 2020
Pulau Pangkor, Malaysia - Ogos 2020

So kemana pulak kita 2021?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021!


WASSALAM.

2020-02-27

Cebu, Pertama Kali Bertemu Whale Shark Di Lautan

Assalammualaikum!!!


Permulaan tahun yang baharu kita jejaki ke pulau Cebu, Philippines dengan Amier dan Nas (Ye kami bertiga) tanpa Pingu. Sebenarnya dah lama plan nak berenang-renang bersama whale shark sebab asyik dok tengok orang lain pi sana macam best je, macam syok je. Last-last aku dengan Amier nekad nak pi jugak. So kami pun beli je tiket AirAsia dengan harga RM 659/pax. Agak mahal gila tapi apa boleh buat sebab nak pegi jugak pada tarikh yang kami dah deciede so teruskan je lah. Nas pulak beli tiket kendian, tak tau la harga tiket dia berapa...hahaha. By the way, aku beli tiket guna Trip.com sebab harga tiket dia murah sikit dari web AA. 

Jadi pada 24 Januari 2020 kami pun memulakan perjalanan ke Cebu City. Part kelakar nya masing-masing tak tau sebutan yang betul macamana nak sebut Cebu tu. Adakah Cebu, atau Cebu? Bila dengan pengumuman dari stewardess AA tu dia kata Cebu (ce seperti cerita) tapi setelah disemak-semak dan hasil perrtanyaan dengan orang Philippines senidiri, sebutan yang betul adalah Cebu (ce as SEbu - se as seronok). So ayuh kita ke Cebu!

Kita breakfast dulu kat gerai nasi lemak Abang Jo Dengkil yang fames tu.
Seperti biasa pose wajib KLIA2. Heks
Kami bertolak dari KLIA2 pada jam 12:45 tengahari dan tiba di Mactan - Cebu International  Airport pada jam 4:45 petang. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Sampai airport kena pulak beratur kat imigresen dua jam!!! Punya lah lama dan ranmai orang yang sampai masa tu. Kaunter yang ada pun tak mampu nak menampung keramaian orang kat airport Cebu hari tu. Kami syak sebab cuti CNY so ramai yang balik kampung atau holiday ke Cebu termasuklah kami. Hek hek.

AirAsia Philippines to go!
Selesai urusan imigresen, kami pun berjaya keluar dari airport...alhamdulillah, airport Cebu ni cantik juga maybe sebab baru sempena Sukan Sea tempoh hari. Malagnya nak cari teksi atau Grab car sangat susah ye di sini. Rata-rata lebih suka naik van yang berharga 1000 peso sekepala. Mahal nak mampppppus. So nak tak nak kena la jugak beratur tunggu teksi kat luar airport. (Pelik jugak ye di airport tak de teksi berebut-rebut ambik penumpang, kalau kat MALAYSIA tu, jangankan teksi, pemandu Grab pun tak cukup-cukup, siap bergaduh-gaduh nak rebut penumpang!). Di sini ada dua jenis teksi, iaitu Teksi Kuning dan Teksi Putih. Untuk makluman, teksi kuning ni jenis teksi mahal sikit tapi kalau ada apa-apa masalah senang untuk kita buat report pada company dia. Manakala teksi putih agak murah macam teksi biasa, cumanya diorang boleh letak harga tak ikut meter, so kena pandai ejas la. Kami naik teksi kuning je untuk ke hotel. Sebab tengok kat situ macam teksi kuning yang cepat dan kerap sampai. Teksi putih macam lambat sangat, kekerapan dalam 10 minit sekali satu teksi....huhuh banyak buang masa macam tu je.

Tambang teksi dari airport ke hotel kami yang terletak di Southpole Central Hotel berdekatan dengan Central Plaza. Jaraknya lebih kurang 13 km tapi sebab jem nak mati sejam setengah baru kami sampai hotel hahahaha. Pokoknya memang malam la kami sampai. Selesai urusan check in kami letak barang di bilik dan turun semula untuk cari makan. lapar ye, seharian dalam perjalanan. Mujur beli makanan dalam flight tadi. Memandangkan hari pun dah malam, so kami decided untuk order makanan melalui Grabfood saja. Senang jugak cari kedai makanan halal dalam apps tu, so hasilnya kami makan nasik goreng malam tu hahahaha. Puas! Kami tak ke mana-mana pun sebab esok seawal jam 3 pagi kami kena bangun dan bertolak ke Oslob untuk aktiviti berenang bersama whale shark!

Dinner kami malam tu.
Kami beli pakej Oslob Whale Shark Watching melalui web KLOOK.com dengan harga RM 177/pax untuk non Philippines. Beli siap-siap dari Malaysia dan pihak KLOOK akan bagi kita contact number agent yang telah dilantik. So pagi tu agent kami akan tunggu dan ambil kami di lobi hotel jam 4 pagi.

Pukul 4 pagi kami bertolak ke Oslob

Nama pemandu yang akan bawa kami ke Oslob adalah Tonton, so pagi tu kami dijemput naik van dengan 7 orang pelancong yang lain, semua foreigners. Kira macam rombongan van sekolah la ke Oslob. Seronok jugak sebab bercampur dengan orang lain, sebab masing-masing sporting dan menghiburkan hahaha. Perjalanan dari Cebu City ke Oslob mengambil masa lebih kurang 3 -4 jam tergantung keadaan perjalanan. Awal pagi memang tak jem la so cepat sikit la sampainya. Cumanya keadaan jalan agak melambung-lambung ye dan si Tonton tu pulak bawak macam pecut F1. Aku pulak duduk atas tayar van, memang melambung-lambung setinggi alam la, mujur tak mabuk je.

Kami tiba di Oslob Whale Shark Watching Centre pada jam 6 pagi. Masa tu dapat la tengok sunrise sekejap tapi yang lebih mengejutkan adalah punyalah RAMAI UMMAH MANUSIA pagi tu dah siap beratur ambik nombor kat situ! Ye sistem kat sini kena beratur ambil nombor giliran untuk naik bot. Mujur juga agent kami dah tolong ambilkan nombor so kami tak perlu beratur, kami dapat nombor 56. Jam menunjukkan pukul 7 pagi ye dan kami bernombor 56! Hahahah bertabahlah demi keriangan berganda!


Tudia pepagi dah meriah
Sunrise sambil bertemankan jutaan ummah.
Jutaan ummah memenuhi kawasan.

Kat situ bolehla kalau nak pi beli sarapan ke apa ke, sebab ada kedai-kedai tepi tu cumanya kami dah siap bawak bekal roti, maka makan roti je la. Tengok dari jauh bot-bot yang ke tengah laut tu macam dah boleh agak apa bakal berlaku kepada aku. Hahaha teringat peristiwa di Pantao Lovina Bali, masa pi tengok dolphin dulu.....aku pitam tahap dewa sampai tak boleh bangun ye hahahaha. Mabuk laut!

Takpe kita tunggu sampai no 56 dipanggil. Dekat situ juga ada tempat simpan beg dan tandas disediakan percuma. So kalau nak tinggalkan beg pun boleh. Ye la ko nak naik bot pi berenang takkan nak bawak beg kan.

Kasi wefie satu kali.
Jam demi jam akhirnya selepas 2 jam 30 minit menunggu maka tibalah giliran kami sepuluh orang untuk naik bot menuju ke whale shark! Hahahah eksaited gila lah, sebab dah lama mengidam nak pi tempat ni. Satu bot boleh muat dalam 10 orang penumpang bersama 4 orang pengemudi bot. Bot pakai kayuh tangan ye bukan pakai enjin. Memang gagah la diorang ni ulang-alik meredah ombak untuk bawak pelancong. Respect. Sebelun naik bot kami diberi taklimat ringkas oleh pengurusan centre tersebut mengenai tatacara dan pantang-larang semasa berada di laut bagi melindungi spesis whale shark tersebut.

Dengar taklimat dulu.
Keadaan sebelum berlayar
Ramai yang masih menunggu giliran.
Suasana pagi yang meriah.

Kami dibawa ke kawasan lebih kurang 500 meter dari pantai di mana terdapatnya ikan-ikan whale shark sedang sebok membuat aksi pertunjukan bersama pelancong. Huhuhu memula tu memang neves weh! Ko bayangkan ikan tu punyalah besau! Sekali dia ngap baru tau, tapi sebenarnya ikan-ikan whale shark ni hanya makan plankton dan microorganisma kecil sahaja. Mereka tak makan daging-daging besar, so jangan takut lah. Nama je jerung tapi sangat baik tingkah lakunya.

Akhirnya sampailah giliran kami!

Berdebar jugak la sikit sikit.
Sampai di tempat yang ditetapkan, kami dibenarkan terjun ke dalam laut. Memula tu cari-cari la jugak kat mana ikannya, tak nampak sekor pun. TAPIIIIIIIIIIII sekali tu dua ekor ikan lalu bawah aku weh! Berdebar aku terjerit-jerit dalam hati hahahaha takut campur eksaited. Aku on je camera video untuk rekod apa yang berlaku. Subhanallah besar betul ikan tu, bukan sekor, berekor-ekor ye muncul. Sebab ada petugas yang lepar udang kat kawasan kami so ikan tu pun macam beramai-ramai datang situ sebab nak makan udang. Hahahaha. Pengalaman yang memang seronok dan tak dapat dilupakan. Lama jugak kami dalam air tu lebih kurang 30 minit. Masa ujung-ujung aku dah mula mabuk laut,....tahan je nak muntah ni. kepala pun dah rasa tak sedap. Dalam hati berzikir cepatlah bot sampai ke pantai.... alhamdulillah selamat sampai tanpa muntah.

Tadaaaaaaa saksikanlahhhhhh.
berenang-renang
Tudiaaaaa
Hang nak pi mana tu?
OK mai sini.
Kita selfie dulu na...
Sampai pantai, kami terus bilas badan dan salin baju. Dan kami balik ke van untuk ke lokasi seterusnya. Kalau ikut pakej kami akan dibawa ke air terjun Tumalog. Tapi Tonton cakap air terjun tu takde air masa tu, musim kemarau so dia ganti dengan visit ke kawasan lain....which is aku taknak amik tahu lah sebab kepala tengah mabuk. Aku tidor je dalam van smentelaah orang lain pi keluar amik gambar kat Immaculate Concepcion Church (ye kat Philippines memang banyak church je), sebuah bangunan gereja lama yang cantik. Aku malas turun sebab mabuk so aku amik gambar dari dalam van je. Hahahahaha (sebab hajat nak berenang dengan whale shark dah kesampaian so why bother nak pi tempat lain lols).

Saksikanlah... melambung-lambung

Immaculate Concepcion Church
Usai melawat church (hahaha) kami pun bertolak balik semula ke Cebu. Perjalanan balik sama lah macam tadi 4 jam! Kali ni lebih teruk sebab jem dan melambung-lambung. Tapi yang peliknya dalam keadaan melambung-lambung pun kami boleh tido hahahahahahaha.

Jalan-jalan pasar malam.

Sampai di hotel, kami bersiap-siap dan keluar semula untuk cari lunch+dinner. Gila kot lapar seharian tak makan, cuma beralaskan roti je pagi tadi. Kami pi la cari makan kat kedai-kedai yang dikatakan halal melalui penyemakan di dalam web. Yang penting singgah Starbuks Cebu kengkonon nak beli tumbler Cebu, hampeh rupanya tumbler yang slalu aku collect tu dah tak dikeluarkan...baru tau. So takde la beli apa-apa. Lepak-lepak kejap minu kopi dan berjalan di pasar malam dalam perjalanan ke hotel. Kami jalan kaki je sebab loaksinya dekat-dekat.

Red Velvet Snowy apa tah
Yang ni blue velvet la kot?
OK dah habis seharian.
OKlah nanti aku sambung balik part 2, meronda-ronda sekitar Cebu City.

WASSALAM.


2020-02-06

Umrah SIJ 2019 - Part 7: Perjalanan Umrah Bermula - Madinah Al Munawwarah

Assalammualaikum!!!

Alhamdulillah selesai urusan ziarah ke tanah Mesir. Untuk sesiapa yang nak baca bolehlah klik ke link-link di entry terdahulu, Ok, aku sambung kisah perjalanan umrah pula.

Sepertimana yang aku tulis dalam entry sebelum ini, kami akan bertolak ke Jeddah melalui Oman memandangkan kami menaiki Oman Air dan perjalanan dari Oman ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 3-4 jam penerbangan. Waktu kami tiba di Oman adalah waktu pagi. Dan kami tiba di airport Jeddah pada waktu tengahari. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, wakil Andalusia Travel pun dah menunggu di Jeddah dan akan terus membawa kami ke Kota Madinah! 

Ta Allah perasaan masa tu bercampur baur. Aku pernah jejak Kota Madinah dulu tahun 2008 dan aku boleh bayangkan macamana keadaan di Kota Madinah. Jadi perasaan rindu tu membuak-buak dan ada sedikit berdebar jugak. Dari dalam bas dah nampak tiang-tiang menara Masjid nabawi. Masa tu memang rasa macam nak menangis, sambil dengar ceramah dari ustaz sepanjang perjalanan dan berselawat.

Kami tiba di Kota Madinah dalam pukul 7 malam. Selesai urusan check in dan makan malam, kami berehat sebentar di bilik sebelum ke masjid untuk solat isya'.Malam tu jugak ustaz bawa kami pusing keliling MAsjid Nabawi dan memperkenalkan pada kami tempat-tempat yang ada di sekitar dan dalam masjid. Alhamdulillah memang mengimbau kenangan sungguh masa tu. Aku tengok memang banyak perubahan berlaku di sekeliling masjid. Macam-macam pembangunan dah ada berbanding tahun 2008 dulu. After more than 10 years!

Begitulah perjalanan umrah kami. Kami akan berada di Madinah dalam 5 hari dan rutin kami adalah ke masjid dan menziarahi beberapa tempat bersejarah di madinah. 

Aku rasa macam tak perlulah aku tulis details pasal umrah ni, kebanyakkannya hanya kepada ibadah antara kita dan maha pencipta. Cuma bolehlah aku share sikit gambar-gambar supaya boleh menjadi inspirasi untuk sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke sana. IsnyaAllah. (sebenarnya kau malas nak menaip hahahahaha). Kbai.

1. JEDDAH

Airport Jeddah
Baru sampai di Airport Jeddah.
Perjalanan ke Madinah
Perjalanan Menuju Madinah.
Lunchbox 

2. MADINAH

Madinah waktu malam

Masjid Nabawi

Subuh 
Perkarangan Masjid Nabawi
Pintu Masuk No 23.
Santai Menunggu Masuk Waktu Sambil Beriktiqaf


Ciapan Burung Sewaktu Khemah Terbuka dan Tertutup

Dalam Raudhah
Minum Petang
Minum Petang
Alhamdulillah Rezeki.

Laluan ke Makam Nabi
3. MASJID QUBA'

Masjid Quba'


4. JABAL UHUD

Jabal Uhud


5.  PERKUBURAN BAQI'

Perkuburan Baqi'

Masjid Nabawi
Masjid Awan
6.  LADANG KURMA




WASSALAM.



2020-02-01

Umrah SIJ 2019 - Part 6: Last Day In Cairo

Assalammualaikum!

Pejam celik pejam celik dah masuk hari kelima di Cairo dan hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Mesrir sebelum berangkat ke Madinah. So hari terakhir kami mengunjungi universiti Al Azhar, sebenarnya program ni tak ada dalam itinerary tapi sebab ada request dari pasangan jemaah sebab nak hantar anak diorang balik uni (anak diorang join kami tour Cairo - Alexandria -Sinai) so kami pun setuju untuk jalan-jalan di sekitar Universiti Al Azhar dan pasar Khan el Khalili, salah sebuah pasar menjual cenderamata dan hasil kraf di Cairo.

Jom gerak.
Style
Kami sampai di Khan el Khalili dulu untuk shopping apa yang patut, last minit shopping la kiranya kalau-kalau ada yang nak beli buah tangan dari Cairo. Aku just beli sekeping lukisan dari kertas papyrus dengan harga RM 20. Boleh letak kat rumah nanti hahaha. 

Rancak bershopping
Nampak Masjid Al Azhar dulu sebelum pi shopping 
Mr Omar bagi instruction tempat berkumpul
Keadaan dalam pasar.

Kebanyakan barang yang dijual kat sini harganya boleh tahan mahal jugak tapi kenalah pandai tawar menawar. Aku tak ada la shopping beria, sebab pikir panjang lagi perjalanan kami ni nak ke Madinah dan Mekah lagi...nanti berendet rendet bawak banyak barang pun payah juga hahahhaa.

Habis melontar di Khan el Khalili, barulah kami semua masuk ke dalam kawasan universiti. Ish kagum la tengok universiti yang cantik-cantik ni, maksud aku bangunan bangunan lama yang masih terpelihara. Tetibe rindu zaman belajar kat uni dulu. Eh merasa jugak la jejak kaki ke Uni Al Azhar sebab dulu pernah la bercita-cita nak masuk uni ni, tapi sebab tak berapa cerdik dalam Bahasa Arab, makanya kita pi masuk uni lain je hahaha.


Ruang tengah masjid.





Kami sempat solat asar dan maghrib kat masjid sini. Cumanya ada kejadian tak best berlaku sebab kawan aku hilang kasut kat masjid ni. Ingatkan kes hilang-hilang kasut ni kat Malaysia je ada hahaha aku silap. Mujur pak guard bagi kat kawan aku selipar-selipar yang orang tinggalkan kat masjid. 


Selesai urusan di Uni Al Azhar, kami menuju ke sebuah restoran di pinggir sungai Nil untuk makan malam trakhir di Cairo. Hahah sedih pulak nak meninggalkan Cairo ni walaupun hanya 5 hari kami kat sini. Kat sini juga kami bakal berpisah dengan Mr Omar, pemandu pelancong kami yang dilantik oleh Andalusia. 





Selesai makan malam, kami semua bergerak ke airport. Kami akan kembali transit ke Oman sebelum menuju ke Jeddah. Kiranya jauh lagi perjalanan kami. Di Oman ni kira singgah-singgah je la, tak sempat pun nak ke mana-mana, mata wang pun gila mahal, 13 Ringgit Malaysia lebih kurang 1 Oman Rial! Bayangkan kalau nak makan KFC bayar 1 Oman Rial je hahahahaha.

Oklah, habis dah kisah Kembara Egypt. Untuk rangkuman entry-entry terdahulu boleh ketik di link di bawah ye. InsyaAllah kalau rajin aku sambung kisah umrah pula.



WASSALAM.

POPULAR POSTS