Permulaan tahun yang baharu kita jejaki ke pulau Cebu, Philippines dengan Amier dan Nas (Ye kami bertiga) tanpa Pingu. Sebenarnya dah lama plan nak berenang-renang bersama whale shark sebab asyik dok tengok orang lain pi sana macam best je, macam syok je. Last-last aku dengan Amier nekad nak pi jugak. So kami pun beli je tiket AirAsia dengan harga RM 659/pax. Agak mahal gila tapi apa boleh buat sebab nak pegi jugak pada tarikh yang kami dah deciede so teruskan je lah. Nas pulak beli tiket kendian, tak tau la harga tiket dia berapa...hahaha. By the way, aku beli tiket guna Trip.com sebab harga tiket dia murah sikit dari web AA.
Jadi pada 24 Januari 2020 kami pun memulakan perjalanan ke Cebu City. Part kelakar nya masing-masing tak tau sebutan yang betul macamana nak sebut Cebu tu. Adakah Cebu, atau Cebu? Bila dengan pengumuman dari stewardess AA tu dia kata Cebu (ce seperti cerita) tapi setelah disemak-semak dan hasil perrtanyaan dengan orang Philippines senidiri, sebutan yang betul adalah Cebu (ce as SEbu - se as seronok). So ayuh kita ke Cebu!
Kita breakfast dulu kat gerai nasi lemak Abang Jo Dengkil yang fames tu. |
Seperti biasa pose wajib KLIA2. Heks |
AirAsia Philippines to go! |
Tambang teksi dari airport ke hotel kami yang terletak di Southpole Central Hotel berdekatan dengan Central Plaza. Jaraknya lebih kurang 13 km tapi sebab jem nak mati sejam setengah baru kami sampai hotel hahahaha. Pokoknya memang malam la kami sampai. Selesai urusan check in kami letak barang di bilik dan turun semula untuk cari makan. lapar ye, seharian dalam perjalanan. Mujur beli makanan dalam flight tadi. Memandangkan hari pun dah malam, so kami decided untuk order makanan melalui Grabfood saja. Senang jugak cari kedai makanan halal dalam apps tu, so hasilnya kami makan nasik goreng malam tu hahahaha. Puas! Kami tak ke mana-mana pun sebab esok seawal jam 3 pagi kami kena bangun dan bertolak ke Oslob untuk aktiviti berenang bersama whale shark!
Dinner kami malam tu. |
Kami beli pakej Oslob Whale Shark Watching melalui web KLOOK.com dengan harga RM 177/pax untuk non Philippines. Beli siap-siap dari Malaysia dan pihak KLOOK akan bagi kita contact number agent yang telah dilantik. So pagi tu agent kami akan tunggu dan ambil kami di lobi hotel jam 4 pagi.
Pukul 4 pagi kami bertolak ke Oslob
Nama pemandu yang akan bawa kami ke Oslob adalah Tonton, so pagi tu kami dijemput naik van dengan 7 orang pelancong yang lain, semua foreigners. Kira macam rombongan van sekolah la ke Oslob. Seronok jugak sebab bercampur dengan orang lain, sebab masing-masing sporting dan menghiburkan hahaha. Perjalanan dari Cebu City ke Oslob mengambil masa lebih kurang 3 -4 jam tergantung keadaan perjalanan. Awal pagi memang tak jem la so cepat sikit la sampainya. Cumanya keadaan jalan agak melambung-lambung ye dan si Tonton tu pulak bawak macam pecut F1. Aku pulak duduk atas tayar van, memang melambung-lambung setinggi alam la, mujur tak mabuk je.
Kami tiba di Oslob Whale Shark Watching Centre pada jam 6 pagi. Masa tu dapat la tengok sunrise sekejap tapi yang lebih mengejutkan adalah punyalah RAMAI UMMAH MANUSIA pagi tu dah siap beratur ambik nombor kat situ! Ye sistem kat sini kena beratur ambil nombor giliran untuk naik bot. Mujur juga agent kami dah tolong ambilkan nombor so kami tak perlu beratur, kami dapat nombor 56. Jam menunjukkan pukul 7 pagi ye dan kami bernombor 56! Hahahah bertabahlah demi keriangan berganda!
Tudia pepagi dah meriah
Sunrise sambil bertemankan jutaan ummah. |
Jutaan ummah memenuhi kawasan.
Kat situ bolehla kalau nak pi beli sarapan ke apa ke, sebab ada kedai-kedai tepi tu cumanya kami dah siap bawak bekal roti, maka makan roti je la. Tengok dari jauh bot-bot yang ke tengah laut tu macam dah boleh agak apa bakal berlaku kepada aku. Hahaha teringat peristiwa di Pantao Lovina Bali, masa pi tengok dolphin dulu.....aku pitam tahap dewa sampai tak boleh bangun ye hahahaha. Mabuk laut!
Takpe kita tunggu sampai no 56 dipanggil. Dekat situ juga ada tempat simpan beg dan tandas disediakan percuma. So kalau nak tinggalkan beg pun boleh. Ye la ko nak naik bot pi berenang takkan nak bawak beg kan.
Kasi wefie satu kali. |
Dengar taklimat dulu.
Keadaan sebelum berlayar |
Ramai yang masih menunggu giliran. |
Suasana pagi yang meriah.
Kami dibawa ke kawasan lebih kurang 500 meter dari pantai di mana terdapatnya ikan-ikan whale shark sedang sebok membuat aksi pertunjukan bersama pelancong. Huhuhu memula tu memang neves weh! Ko bayangkan ikan tu punyalah besau! Sekali dia ngap baru tau, tapi sebenarnya ikan-ikan whale shark ni hanya makan plankton dan microorganisma kecil sahaja. Mereka tak makan daging-daging besar, so jangan takut lah. Nama je jerung tapi sangat baik tingkah lakunya.
Akhirnya sampailah giliran kami!
Berdebar jugak la sikit sikit. |
Tadaaaaaaa saksikanlahhhhhh.
berenang-renang
Tudiaaaaa |
Hang nak pi mana tu? |
OK mai sini. |
Kita selfie dulu na... |
Saksikanlah... melambung-lambung
Immaculate Concepcion Church |
Usai melawat church (hahaha) kami pun bertolak balik semula ke Cebu. Perjalanan balik sama lah macam tadi 4 jam! Kali ni lebih teruk sebab jem dan melambung-lambung. Tapi yang peliknya dalam keadaan melambung-lambung pun kami boleh tido hahahahahahaha.
Jalan-jalan pasar malam.
Sampai di hotel, kami bersiap-siap dan keluar semula untuk cari lunch+dinner. Gila kot lapar seharian tak makan, cuma beralaskan roti je pagi tadi. Kami pi la cari makan kat kedai-kedai yang dikatakan halal melalui penyemakan di dalam web. Yang penting singgah Starbuks Cebu kengkonon nak beli tumbler Cebu, hampeh rupanya tumbler yang slalu aku collect tu dah tak dikeluarkan...baru tau. So takde la beli apa-apa. Lepak-lepak kejap minu kopi dan berjalan di pasar malam dalam perjalanan ke hotel. Kami jalan kaki je sebab loaksinya dekat-dekat.
Red Velvet Snowy apa tah |
Yang ni blue velvet la kot? |
OK dah habis seharian. |
OKlah nanti aku sambung balik part 2, meronda-ronda sekitar Cebu City.
WASSALAM.