2020-12-31

Tahun 2020 Yang Unik Dan Berbeza

 Assalammualaikum!!!

Terkejut jugak kan know-know muncul entry terbaharu. Di akhir tahun 2020 pulak tu. Macam tu lah, bila mood tu tetibe datang, maka timbullah idea dan muncullah entry di blog yang sendu. (Walaupun dah lama canang nak bersara jadi blogger hiks).

Tahun 2020 yang unik dan berbeza. Aku pasti ramai yang terkesan dan merasai kelainannya tahun 2020 daripada tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, seumur hidup aku (kita) tak pernah terjadi duduk di rumah, jangan keluar ke mana-mana melainkan jika ada urusan penting....selama berbulan-bulan pulak tu. Pasti itu merupakan salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali diadakan pada bulan Mac 2020, siapa sangka sampai tarikh 31 Disember 2020 ni pun PKP masih berkuatkuasa di Malaysia. Itu belum kira yang PKPB, PKPD, PKPP dan pelbagai abjad lagi selepas itu...entah sampai bila pun tak tahu.

Yang paling penting pengalaman duduk di rumah sewaktu PKP fasa 1 dulu mengajar aku macam-macam perkara, hidup dalam norma baharu, nak pi kedai beli barang-barang dapur pun kena beratur panjang luar supermarket, nak beli pelitup muka pun takda stok kat kedai, harga hand sanitizer pun mencecah harga kayangan... semua tu kenangan. Masa mula-mula PKP, negara masih terkejut dengan perubahan drastik. Tapi alhamdulillah sekarang rasanya masing-masing dah terbiasa dengan keadaan. Norma Baharu yang kadang-kadang ramai yang degil taknak ikut. Bagi aku, yang degil tu memang bebal, menyusahkan semua pihak. Titik!

OK lah, taknak cakap banyak pasal PKP, sebab stress jugak tahun 2020 ni banyak plan tergendala. Mujur sempat plan travel ke Cebu, Philippines dan Koh Lipe, Thailand pada awal tahun 2020 haritu, so takde la terkilan sangat hahahaha. Ada orang tu, tak sempat ke mana-mana pun, terus kena lock dalam Malaysia, bertabahlah. Yang penting kita lihat dari sudut positifnya, banyak tempat pelancongan di dalam negara yang dulu orang tak hirau dan tak perbah tahu, tetiba jadi popular. See! Ada khikmahnya kan? Sampai ceruk-ceruk hutan, kampung, gunung pun dah ada yang pergi dan tahu, explore Malaysia and appreciate the gems. 

Ada ke yang kena cancel tiket flight? Hahahah aku dengar cerita ramai jugak yang kena cancel plan bercuti ke dalam dan luar negara. Termasuklah aku hahahahah (gelak kat diri sendiri). Aku cancel flight ke Tawau pada September 2020 sebab masa tu kes di Tawau dan Lahad Datu tengah meletop-letop! Konon-konon dah berangan nak bercuti ke Mabul la lepas PKPB ditamatkan pada Jun 2020 haritu, sekali ambik kau, datang pulak gelombang kedua. Reda je lah. Nak buat macamana, sekarang ni semuanya tak dijangka. 

Apa pun, pengalaman yang kita kumpul pada tahun 2020 di jadikanlah sebagai iktibar dan penanda aras untuk teruskan kehidupan di tahun 2021. InsyaAllah kita akan kembali bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada tahun hadapan. Hidup dalam new normal dan pastikan segala SOP dipatuhi, insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. OK? So, plan ke mana pulak tahun 2021??? Hiks. AWAS! 

Psttt: Sekarang ni pun tengah sibuk menyiapkan rumah baru yang tinggi menjulang ke awan tu. Doakan supaya aku tabah ye! 

Cebu International Airport, suka gambar ni sebab langit tu cantik :p - Feb 2020
 
Pengalaman paling berharga, berenang bersama whale shark di Oslob - Feb 2020

Koh Lipe, Thailand - Jan 2020
Pulau Pangkor, Malaysia - Ogos 2020

So kemana pulak kita 2021?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021!


WASSALAM.

POPULAR POSTS