::Eco-Quest - Treasure Hunt::

Tetiba hari ni aku nak abadikan kisah penglibatan aku dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sememangnya aku suka kat dalam blog nih. Actually this is a classic memory but stil fresh dalam kepala otak aku. Aku tak berapa ingat tarikh sebenar program ni berlangsung tapi agak advanture jugak sebenarnya. Aku dan 4 orang member [ Acid, Zeema, Sha dan Burn ] telah menyertai satu pertandingan mencari harta karun " Eco-Quest " anjuran UiTM di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Sebenarnya ini semua idea Acid, sebab dia yang dapat info event ni dari salah seorang kawan dia. Jadi setelah berfikir panjang dan bertungkus-lumus mencari orang untuk mencukupkan jumlah ahli kumpulan, akhirnya kami pun meneruskan niat suci-murni tersebut.Dalam hati memang dah berkobar-kobar dah nak menang dan yang paling penting nak enjoy bersiar-siar di sekitar Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam itu. Aku punyalah excited bersiap, awal-awal pagi lagi aku dah sedia nak pegi jemput kawan-kaw...