Showing posts with label Hatnyai. Show all posts
Showing posts with label Hatnyai. Show all posts

2012-05-08

Thailand Overland Trip Part 1: From Shah Alam To Hat Yai

Assalamualaikum!!!

Minggu ni agak kucar-kacir sikit sebab banyak out station dan agak cuak sebab nak cuti. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Ok aku nak mulakan cerita Overland Trip ke Krabi, Thailand. Segala-galanya bermula sejak 5 bulan yang lalu, ketika kami (aku, MasMZ, Danny yang pada ketika itu dikenali sebagai John dan Kak Coco) bercuti ala-ala anak jutawan menaiki Star Cruise Libra di Penang. Terdetik masa tu nak ke Krabi melalui jalan darat dan sejak itu macam-macam plan dan macam-macam halangan kami lalui. Akhirnya Alhamdulillah, plan kami berjaya dilaksanakan.


Ok secara dasar, plan kami akan bertolak dari KL pada hari Jumaat malam, 27 April 2012, tapi atas desakan kerja, Kak Coco terpaksa akur dengan kehendak bos untuk mengangkat tangannya pada hari Sabtu. Jadi kami terpaksa ubah plan ke Plan B di mana, aku, Kak Coco dan Danny bertolak dari KL pada pagi Sabtu. Hahah belom apa-apa dah ada macam-macam #drama! 

Perjalanan ke Ipoh mengambil masa 2 jam. MasMZ pulak dah tak senang duduk tunggu kat Ipoh tu sebab plan nak sampai ke boarder di Bukit Kayu Hitam sebelom hari gelap. Nak masuk Ipoh je pon dah jem, sebab rata-rata rakyat Perak masa tu sebok nak pergi JOM Heboh. Hadoi sampai beratur kat McDonald pon berkereta-kereta!!!! Lastly terpkasa beratur kat Burger King but end up beli makanan kat McD!!! Hahaha macamana tu!? Kekkee. Kat situ pun banyak #drama yang berlaku, tapi rahsia!!! Sebab tu Kak Coco tengok Danny kecik je hehe.

Kami memang plan lunch dalam kereta je sebab kejar masa. Separuh masa pertama, aku dan Kak Coco drive.... sampailah ke hentian Bukit Gantang steering dipaskan kepada Danny. Dalam kereta tu tak usah cakap la, kalo tak mengumpat, kami berkongsi ilmu ataupun buat konsert secara berjemaah! Best giler. Tak terasa pon kejauhan perjalanan itu!

Kami singgah di Hentian RnR Gurun untuk beli insurans kereta dan isi white card. Senang giler, tempat buat insurans tu di stesen minyak Caltex Hentian RnR Gurun. Untuk kereta, bayaran sebanyak RM15 dikenakan dan bayaran untuk isi white card (ala Embarkmen card) adalah RM1 per person. Kat situ jugak ada perkhidmatan money changer. Sempat lagi kalau nak tukar duit. Oh ya, kereta akan diberi satu pelekat biru dan hendaklah ditampalkan di bahagian hadapan cermin kereta.

Singgah buat insurans, isi white card dan tukar duit di RnR Gurun (Stesen Minyak Caltex)

Lepas dah settle semua perkara insuran, white card dan tukar duit, maka perjalanan kami memasuki sempadan pon diteruskan. Excited gile sebab tak pernah buat sebelum ni. Total masa perjalanan dari Shah Alam ke Bukit Kayu Hitam adalah 7 jam. Itu pon takda singgah lama-lama kat satu-satu tempat. Alhamdulillah kami sampai Bukit Kayu Hitam pada jam 630 petang.

Sampai di boarder, kawasan Kastam, kami melalui prosedur biasa. Orang imigresen cek semua passport dan geran kereta. Jangan lupa ya bawak geran kereta, kalau boleh bawak je la yang original. Senang nanti urusan di sempadan. Lepas pemeriksaan di pihak kastam dan imigresen Malaysia, kami masuk pula ke kawasan imigresen Thailand. Untuk pemeriksaan imigresen di sempadan Thailand, kita perlu keluar dari kereta dan semua penumpang hendaklah laporkan diri di kaunter imigresen untuk cop passport. Kereta kena parking kat tepi-tepi jalan ye sebab kat kaunter imigresen tu tak boleh parking lama-lama dan orang sangat ramai.


 Nota: parking kereta di tepi-tepi jalan sebelum atau selepas kaunter imigresen Thailand untuk mengelakkan kesesakan di kawasan imigresen. Jangan lupa sediakan RM 2 sebagai 'rasuah' kepada pegawai imigresen Thailand. Aku pon taktau la nape kene bayar RM2 tu, sebab berdasarkan pengalaman, kat negara lain yang aku pernah pegi tak payah bayar apa-apa pun.

Ok selepas selesai pemeriksaan imigresen dan passport pon dah di cop, kami pon memasuki pekan Danok! Wah masa ni dah teringat pulak masa mula-mula sampai ke Phuket pada tahun 2009 dulu. Perasaan yang sama. Kami memasuki Thailand tanpa sekeping peta mahupun GPS!!! Hanya mengikut gerak hati je, hahaha gila kan! 

Berpandukan kepada papan tanda, kami jalan lurus dan menurut uncle yang keje kat tempat insuran tadi, perjalanan dari Danok ke Hat Yai mengambil masa 40 minit atau 1 jam. Ya, tempat persinggahan pertama kami adalah Pekan Hat Yai!!!!
 
Sepanjang perjalanan, kami berkonvoi dengan group bantuan bencana dari Malaysia, kalau tak silap aku, diorang menuju ke Bangkok! Haha kami tengok-tengok dan jeling-jeling diorang, diorang pon tengok-tengok dan senyum-senyum kat kami kekeeke. Ramai jugak group diorang dekat nak 10 buah kereta. Lega jugak sebab jalan ke Hatyai lurus dan tak mengelirukan.

Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai jua ke pekan Hat Yai! Yeay! Kami berjaya! Tapi dah sampai pekan Hat Yai, terkapai-kapai pulak nak cari Tune Hotel kat mana! Haha jenuh pusing-pusing kat pekan Hat Yai tu sebab peta memang kami tak bawak. Last-last berhenti kat satu hotel ni dan tanya lokasi Tune Hotel. Hehehe belasah je tanya hotel kat hotel lain kan. Alhandulillah, rupanya Tune Hotel ni letak kat belakang hotel yang kami bertanya tu je! Syukur, gerak hati kami betol.

Tetibe jakun sekejap dengan mende alah ni! Asal lalu depan lift je singgah ambik gambo hehehehe.

Bile dah sampai Tune Hotel, check in dan mandi bagai, kami turun semula untuk jalan-jalan dan cari dinner. Masa tu jam dah pukul 8.30 malam, masih muda lagi. Kami tanya pada receptionist hotel cara nak ke pasar malam berdepan dengan Le Garden Hotel (hotel yang kena bom tempoh hari) menurut sumber, kat sekitar hotel tu ada banyak howker stalls dan ada jual macam-macam! Ya memang tepat, kami jalan kaki lebih kurang 15 minit ke arah pasar malam tu, takda la jauh sangat. Keadaan malam di Hat Yai pon agak meriah dan ramai orang Malaysia yang kami jumpa! Ngeee senyum-senyum je dengan diorang! Kami tak sombong!



Kami jalan-jalan di sepanjang kaki lima di mana terdapat banyak gerai menjual pakaian dan makanan. Terus terfikir plan nak pakai baju sama untuk ke Krabi esok! Lalu kami pon belilah sorang sehelai baju I Love Hat Yai dengan harga 120 Baht (RM 12 ). Dah habis shopping baju, kami pun beli makan malam pulak. Tapau nasik putih dan ayam goreng! Makanan yang dijual kat tepi-tepi jalan tu kompom menggiurkan!!! Lobster goreng yang besar tu cuma RM 30 je!!! Kalau kat KL mau beratus-ratus ringgit harganya!


Dah habis tapau makanan dan shopping kami berjalan kaki balik ke hotel. Tak sabar dah nak balik makan sebab masing-masing perut dah berkeroncong, maklumlah makan lunch tadi pon makan McD dalam kereta jer...kekeke. Di samping tu ada jugak beli pencuci mulut iaitu pulut mangga! Original Siam mari tau!.

Ok dah habis makan, aku pon dah tak larat nak berjaga, aku tidor je kat bilik tapi si MasMZ dan Danny gigih lagi pergi shopping balik ke kedai baju yang kami pergi tadi!!!!. Kekekeke... Itu jelah kisah di Hat Yai hari pertama, sampai pon dah malam dan hajat nak ke floating market pon tak kesampaian. Mungkin di lain kali la pulak.

Bersambung ....

WASSALAM.

POPULAR POSTS