Showing posts with label Hop-On Hop-Off. Show all posts
Showing posts with label Hop-On Hop-Off. Show all posts

2010-02-04

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 3

Tak habis-habis lagi aku nak menulis tentang Hop-On Hop-Off aku. Idea tengah datang berjimba-jimba jadi aku rasa this is the right time to expess all of my thoughts. Jika entry lepas aku ada menyatakan tentang kemuncak lawatan HOPON-HOPOFF aku ialah ke Taman Burung Kuala Lumpur, jadi inilah sedikit sebanyak cerita yang boleh dikongsikan selagi tangan boleh berdetak, selagi mata boleh melihat dan selagi mulut boleh berbicara. (Eh eh merepek meraban dah nih!)

Ok, aku selitkan sedikit info mengenai Taman Burung Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah taman burung bertutup yang terbesar di dunia! (the largest covered birds park) dengan menempatkan lebih 3,000 ekor burung dari 200 spesies di dalam sebuah taman yang indah. Harga tiket adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak (based on local citizen price).

Sebaik sahaja melepasi pintu utama, fuh aku terkesima melihat burung-burung yang bebas berlari-lari anak di depan mata. Itu bukan burung gagak atau pipit yer! Ia adalah burung Merak (peacocks), Bangau, dan macam-macam spesis unik yang jarang kita lihat beterbangan bebas di kotaraya. Yang paling best, bila aku lalu kat tepi depa, sekor pon tak lari. Jinak dan friendly! Mungkin sebab dah terbiasa dengan keadaan. Bila lagi kita nak rasa pengalaman sebegitu kan? Highly recommended to all parents to bring their children here.
Taman burung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya Dunia Kakak Tua (aku translate bulat-bulat jer nih hahaha), World of Eagle dan banyak lagi. Aku lupa sebab terlalu asyik memerhati si Merak yang sangatlah bongkaknya menayang bulu-bulu ekor dia yang dikembangkan! Kagum aku. Dan Merak sangat banyak di situ yer! Sehingga aku rasa macam teringin je nak buat binatang peliharaan kat rumah.

Paling best bila aku terserempak dengan sepasang burung Enggang yang sangat kiut di celah-celah pokok! Aku rasa Enggang ni couple kot. Tak tau la kapel sejantina atau sebaliknya sebab tak sempat pulak aku nak belek tengok. Tapi yang paling menakjubkan adalah, pasangan Enggang ini sebok mengutip makanan di atas tanah dan menyuapkan kepada mulut pasangannya yang satu lagi. Aduh so sweet, tengok, binatang pon tau hargai nilai kasih sayang! Pertunjukan itu tidak lama sebelum pasangan Enggang tersebut terbang meninggalkan aku terkapai-kapai dengan kamera aku. Heheh.

Seterusnya masa untuk melihat Pertunjukkan Burung (Birds Show). Apakah Pertunjukan Burung tu? Ada sebuah kawasan yang dibina khas untuk pertunjukan burung. Di sini akan dipersembahkan gelagat burung-burung terlatih seperti menaiki basikal, mengira, berkata-kata, dan burung-burung itu sungguh bijak. Kebanyakkannya adalah burung Kakak Tua, kerana burung ini dikatakan antara burung yang paling bijak di dunia.! Memang terbukti! Pertunjukkan burung diadakan 2 kali sehari pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang selama setengah jam. Memang berbaloi menonton pertunjukan tersebut. Aku pon tak sangka dapat melihat live show, selalu hanya tengok dalam tv saja.

Selepas tamat pertunjukan tersebut, edisi jelajah diteruskan. Aku sekali lagi ke World of Parrots dan kali ini adalah untuk berjimba-jimba denga parrot-parrot sekalian! Memang best bila semua parrot itu hinggap di tangan sambil memakan kuaci. Dengan harga RM 2, kita boleh memberi kuaci dan jus buah kepada burung-burung itu! Best kan! Terdapat juga sudut untuk bergambar bersama burung-burung pilihan seperti Helang, Kakak Tua dan Burung Hantu. Dengan Bayaran RM 15, gambar yang siap diprint dan dibingkaikan terus menjadi milik kita. Aku tak buat pon benda tu, sebab tak minat. Lagipon aku ada kemera sendiri, boleh berjimba-jimba di tempat lain hehe.

Lengkap 2 jam berlegar-legar di Taman Burung, badan pon dah lunyai. Maklumlah dari pagi sampai ke petang dok merayap tak henti-henti. Aku meninggalkan Taman Burung petang itu dengan perasaan puas dan kagum. Mungkin aku akan ke sana lagi suatu hari nanti.

Oitt1: Harga mineral water kat situ RM 4!!! Mahal giler~ Tapi sebab terlampau haus, ku teguk jua.
Oitt2: Banyak lagi taman kat situ yang aku tak sempat pergi...bile nak pergi ye???

Oitt3: Jalan kaki dari Taman Burung ke Masjid Negara memang best!


PEACE!



































2010-02-03

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 2

Lagi kisah Hop-On Hop-Off

.....Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan-pemandangan tipikal bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang sudah biasa melalui Bulatan Pahang, Chowkit Road, Bukit Bintang dan beberapa tempat popular di sekitar Kuala Lumpur. Tapi apa yang menarik bagi perjalanan hari itu adalah melihat jendela bandaraya dari sudut yang berbeza, dari satu sudut yang lebih tinggi dari biasanya.

Menyelusuri pinggir Bukit Nanas sehingga ke puncaknya, dimana terletak menara tertinggi di Malaysia (cukup sekadar aku nyatakan ini) iaitu Menara Kuala Lumpur tersergam gah di puncak bukit ini. Lama juga aku tak ke situ. Banyak perubahan telah dilalui oleh menara ini. Terbayang pulak kisah silam, bersama teman-teman 'senipis kulit telur' ku mendaki Bukit Nenas, meredah denai dan laluan trekkingnya untuk ke puncak Menara Kuala Lumpur! Best!

Sekadar menikmati pemandangan dari atas bas, seterusnya melalui Kompleks Kraf, di Jalan Conlay (serius aku tak pernah sampai situ sebelum ni), Bukit Bintang (yang dikatakan tempat hiburan paling sibuk di Kuala Lumpur - aku dengar dalam penerangan di atas bas), seterusnya meredah Jalan Petaling (atau Petaling Street) sehinggalah ke Central Market. Kesemua laluan ini amat biasa bagi sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur, tapi seperti apa yang aku katakan tadi, bila kita melihat tempat-tempat itu sebagai seorang pelancong, ianya sangat menarik!

Hentian pertama aku adalah Central Market, pusat pengumpulan hasil seni buatan Malaysia. Tempat yang sudah banyak berubah. Aku lunch di CM sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan ke dua - Istana Negara. Sepanjang perjalanan ke Istana Negara, ada beberapa fakta yang menarik tentang lambang institusi beraja itu. Asalnya ia merupakan rumah kepada seorang peniaga Cina beristeri 8, yang sangat kaya Encik Chan Wing pada tahun 1928. Kerajaan Persekutuan telah membeli rumah tersebut pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara. DAN ini meupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di perkarangan Istana Negara!!! (Selalu tengok dari jalanraya, nampak ramai pelancong sebok bergambar dengan pengawal berkuda istana..kali ni aku pulak dapat rasa semua tu hahaha!).

Selepas ke Istana Negara, bas ini terus menuju ke green belt of Kuala Lumpur (Gelaran bagi kawasan hijau di sekitar Jalan Lembah Taman Tasik Perdana). Apa yang menari di sini adalah himpunan taman-taman utama yang sangat mudah diakses seperti Taman Tasik Perdana, Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Burung (The largest Covered Bird Park in the World!) dan Memorial Tun Abdul Razak. Aku dan Kaki Jalan memilih untuk masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur yang dicatatkan sebagai Taman Burung tertutup yang terbesar di dunia!! Fuh memang best!!! Kagum aku bila melangkah masuk ke Taman Burung tu, seoalah-olah berada di Jurrasic Park! Hahaha nanti aku ceritakan macamana kat dalam Taman Burung tu...(next entry kot)

Berada di Taman Burung sekitar 2 jam. Penat jugak meronda dalam taman tu. Aku memang dah lunyai dah. Dari pagi sampai ke petang merayap. Lepas habis di Taman Burung, aku singgah di Masjid Negara dan berakhir di KLCC untuk makan malam. Walaupun tak lengkap lagi edisi jelajah KL aku kali ni, tapi memang berbaloi. Penat, tapi Puas... Banyak lagi tempat di KL aku nak pergi, dan maybe next time akan ada edisi Jelajah KL ke-2?


Oitt-1: Taman Burung memang best. sesiapa ada anak kecik tu try la bawak ke sana..memang berbaloi!
Oitt-2:Nak plan sesuatu yang lagi havoc lepas nih! heheh~


PEACE!


Bukit Nanas

Menara Kuala Lumpur



Jalan Bukit Bintang



Central Market

Hentian No. 9, Pasar Seni

Istana Negara...agaknya apalah bro askar ni tengah pikir kan?


Taman Burung Kuala Lumpur

Masjid Negara

Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Pencarian~


2010-02-02

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 1

Cuti Hari Wilayah Persekutuan yang disambut tahun ini (1 Februari 2010) sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun lepas, aku sambut cuti Hari Wilayah di Taman Alam Kuala Selangor, berpoya-poya dengan kelip-kelip Kampung Kuantan dan menerjah Red Eagle kat hutan paya bakau, tapi tahun ni memang sangat berbeza. Dah nama pun Hari Wilayah kan? So aku plan nak masuk bandar. Nak jengah Bandaraya Kuala Lumpur. Rasanya memang dah familiar benar dengan KL ni, rupa-rupanya banyak lagi tempat yang aku belum terjah!!!! Huhuhu aku ni orang kampung, so bile sesekali masuk bandar terus culture shock! wakakaka.

Edisi terjah Kuala Lumpur kali ni memang best. Dengan bertemankan Kaki Jalan, akhirnya rancangan untuk ber "Hop-On Hop-Off" tercapai juak! Pusing-pusing bandaraya naik bas tak beratap! Walaupon panas terik dengan sinaran sang mentari tapi memang best wooo. Feeling dia lain tau!. Bayangkan kalau ko naik bas tak berbumbung, lepas tu lepak atas bas sambil menembak, then meredah bandaraya pulak tu. Orang yang lalu kiri kanan bas semua tengok seakan-akan jeles dengan ko yang bersantai-mantai tu (erk ada tak perkataan ni?)....tak ker best namanya??? Hahahaha. Memang super best tau!

Ok, biar aku cerita sikit asal-usul bas HOPON-HOPOF (aku panggill bas tu macam ni). Bas setinggi 2 tingkat ni beroperasi di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Ada 22 stesen perhentian semuanya bermula daripada Malaysian Tourism Centre (MTC) dan berakhir di KLCC. Ada 6 buah bas semuanya (2 half-covered dan 4 lagi fully covered) dan beroperasi setiap 30 minit di setiap perhentian.

Lagi info:

Tambang: RM 19 (Dewasa) dan RM 12 (Kanak-Kanak)
(Masa aku naik tu ada promosi dari 1 hingga 7 Februari- so dapat tiket harga RM 12!!!)

Masa Beroperasi: 8.30 pagi hingga 8.30 malam (setiap hari) - bas terakhir adalah pada jam 7.30 malam.

Harga tiket adalah untuk perjalanan 24 jam. Jadi satu tiket boleh simpan selama sehari dan korang boleh la naik turun bas tu sampai muntah dalam masa yang diberi. :p

Ok, nak cerita pasal perjalanan aku. Aku bermula menaiki bas tersebut di stesyen Dataran Merdeka, bersebelahan Kelab Diraja Selangor (Stesen16). Mula-mula tak tahu jugak kat mana ada stesyen untuk bas HOPON-HOPOF ni sebab kami main redah saja. Dari station LRT Masjid Jamek, kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Lepas bertanya pada akak-akak manis di kaunter pelancongan di pinggir padang Dataran Merdeka tu, akhirnya jumpalah juga stesyen kecik untuk bas HOPON-HOPOF tu. And kami bernasib baik sebab di Dataran Merdeka ada sambutan Hari Wilayah. Agak ramai juga orang kat situ dan ada juga pertunjukan pakaian seragam sedang berlangsung!!!

Bila dah naik saja bas, fuh memang atas tu Mat Saleh jer yang ramai. Kira nya aku dan Kaki Jalan saja orang Malaysia (tak termasuk driver bas dan brader pemandu pelancong). Ramahnya pemandu pelancong yang sambut kami, bila buat announcemen siap ucap welcome to All Malaysians (kami la tu) hahahha. Kami diberi simple briefing tentang perjalanan bas dan apa yang bakal disajikan.

Walaupun cuaca panas terik, tapi aku nekad, bersidai atas bas tu sambil menembak. Huhuhu memang best la. Bila dah separuh perjalanan ada la lagi beberapa orang Malaysia dan pelancong asing yang naik. Kiranya dah ramai la time tu. Paling best bila bas tu redah Petaling Street, masuk celah-celah lorong. Suasana huru-hara kat Petaling Street memang best tambahan pula time dah dekat Chinese New Year!

Aku meneruskan perjalanan ke Central Market, Stesen 9. Dah lama jugak tak ke CM. Kat sana, aku ambil lunch dan merayau-rayau di sekitar CM. Memang puas hati, bile lagi kan nak merasa merayau-rayau macam ni.

Banyak lagi tempat yang aku pergi. Naik turun bas dan meredah sana-sini di sepanjang 22 stesen. Merasa la jugak naik 3 bas HOPON-HOPOF tu. Perhentian terakhir aku di Bukit Bintang sebelum mengambil monorail dan LRT ke Bukit Jalil (sebab aku park kereta kat situ). Sampai rumah je dah pukul 9.30 malam. Penat tapi puas! Rasa macam nak try sekali lagi la naik benda tuh!!!!

Erk..something missing here..Oh ya aku lupa nak citer pasal tempat-tempat rondaan aku sepanjang ber HOPON-HOPOF. Next entry lah yer!.

Layan gambar dulu... Ù©(͡๏̯͡๏)Û¶ Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶ Ù©(×̯×)Û¶

PEACE!~




Sambutan Hari Wilayah - Perbarisan Kadet Bomba






Keadaan dalam bas.



Brader tour guide sedang sebok melayan pelancong...









POPULAR POSTS