Janggeltrekker's Life: JanggelXChiangMai
Showing posts with label JanggelXChiangMai. Show all posts
Showing posts with label JanggelXChiangMai. Show all posts

2025-02-12

THAILAND: Terbang di Langit Chiang Mai (Skyline Adventure)

Angin pagi Chiang Mai sejuk gila! Aku, Eerie, dan Umar dah terpacak depan pintu masuk salah satu tempat ziplining paling popular kat sini: Skyline Adventure Chiang Mai. Aku dengan Eerie dah lama excited nak cuba benda ni, tapi Umar macam biasa, banyak songeh. Dia ikut pun sebab nak tengok je.

"Betul ke korang nak buat ni?" Umar jeling ke arah menara tinggi yang jadi starting point ziplining.

"Mestilah! Bukan selalu dapat peluang ni," balas Eerie sambil tersengih.

Aku angguk. Dah alang-alang sampai sini, rugi kalau tak try. Lepas beli tiket, staf bagi kami set gear keselamatan dan bawa ke kawasan latihan. Diorang ajar cara nak ziplining dengan betul, cara landing, dan semua langkah keselamatan yang kena ikut.

"Okay, Umar. Kalau kau tak nak join, duduk je kat checkpoint pertama. Nanti jumpa kat sana," kataku sambil tepuk bahunya.

Umar angkat bahu. "Kau orang hati-hati sudah. Jangan lupa rakam video, aku nak tengok nanti!"

Aku dan Eerie panjat menara permulaan. Fuh, tinggi gila! Dari atas sini nampak hutan hijau dan gunung-ganang sejauh mata memandang. Jantung dah start berdegup laju. Staf pasangkan tali keselamatan.

"Siap?" tanya jurulatih.

Aku tarik nafas. "Jom!"

Kami dibawa menaiki hilux ke checkpoint pertama, bersama kami ada beberapa orang yang turut serta dalam gruop kami. Kesemuanya dalam 10 orang.

"Satu, dua, tiga!"

Dalam sekelip mata, aku meluncur laju kat udara. Angin kuat betul, bunyi zipline gesek tali tambah rasa thrill. Kami bergerak satu persatu, mengikut giliran yang ditentukan oleh staf. Aku jerit, Eerie pun jerit, tapi bukan sebab takut, sebab excited gila!

Kami lalu beberapa platform, makin lama makin mencabar. Ada yang tinggi, ada yang panjang. Paling best, ada satu yang lalu atas air terjun kecil. Rasa macam dalam filem!

Lepas beberapa jam, akhirnya sampai kat checkpoint. Umar dah tunggu dengan muka penuh tanda tanya.

"Macam mana? Best?" Umar tanya, mata dia bersinar curious.

"Kau kena cuba sendiri baru tau!" kata Eerie sambil gelak.

Aku angguk. "Serius, kau rugi tak join."

Umar senyum, geleng kepala. "Cukup lah aku jadi cameraman."

Tips & Info Ziplining di Chiang Mai:

  1. Harga Tiket– Harga dalam 1,500-3,500 Baht seorang, bergantung pada pakej. Termasuk gear keselamatan & staf guide.
  2. Tempah Awal – Book online awal-awal boleh dapat diskaun dan slot best. Tapi kami beli pakej di kedai-kedai sekitar bandar Chiang Mai saja, banyak kedai yang menawarkan pakej dengan harga berpatutan.
  3. Pakai Baju Selesa – Kasut bertutup & pakaian sukan paling sesuai.
  4. Had Umur & Berat – Biasanya max berat 120 kg, umur minimum 7 tahun.
  5. Insurans – Pastikan ada insurans asas dalam pakej.
  6. Cuaca – Elak musim hujan sebab takut aktiviti cancel last minit.

Kalau datang Chiang Mai, wajib try ziplining! Memang satu pengalaman yang takkan lupa!

WASSALAM.


Skyline Adventure, Chiang Mai - February 2024


POPULAR POSTS