FOOD HUNTER: Zam Zam Restaurant, Singapore – Murtabak Legend Sejak 1908!
Hari itu matahari belum lagi sampai ke kemuncaknya bila kami sampai di kawasan Kampong Glam , salah satu kawasan paling berwarna di tengah kota Singapura. Deretan bangunan warisan dengan seni bina lama, ditambah pula dengan bayang megah Masjid Sultan , membuatkan langkah kami perlahan – bukan kerana letih, tapi kerana terpesona. Tapi kan, ada satu misi yang lebih penting sedang menanti. “Zam Zam,” bisik aku perlahan. Nama itu disebut-sebut ramai – restoran mamak legenda yang katanya telah bertapak sejak tahun 1908 . Seratus tahun lebih, dan masih berdiri gah di tengah hiruk-pikuk kota moden. Tak hairanlah pintu kacanya sentiasa berayun, dengan pelanggan keluar masuk tak putus-putus. Kami masuk, disambut bau kari dan rempah yang seolah-olah mahu membalut tekak kami dari luar. Suasana di dalam sederhana, meja penuh, suara pelanggan bersahut-sahutan, ada yang pesan nasi, ada yang tunjuk murtabak sebesar dulang. Kami duduk, dan tanpa berbincang panjang, satu demi satu pesanan keluar dar...