::Review Filem: Madagascar 2: Escape to Africa::

Alex :: I like to move it..move it.. Gloria :: He like to move it..move it Marty :: She like to move it..move it Melman :: We like to move it..move it Itulah antara lirik lagu yang mampu memecahkan panggung!!! Dengan aksi chomel dan bergaya dari ke-empat-empat ekor haiwan iaitu Alex si singa, Gloria seekor badak air, Marty seekor kuda belang dan Melman seekor zirafah!Keempat-empat haiwan ini mempunyai watak-watak yang berbeza dan menghiburkan! Khamis lepas, aku berpeluang sekali lagi menonton filem yang hebat tahun ini heheheh Madagascar 2! Dah lama merancang nak tengok dan akhirnya menjadi kenyataan. Madagascar 2: Escape to Africa adalah sambungan daripada filem tahun lalu Madagascar di mana setelah sekumpulan haiwan daripada salah sebuah zoo di New York melarikan diri kini merka bercadang untuk pulang semula ke New York. [Pelik bunyinya kan?] Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan oleh filem animasi ini. Ketepikan segala logik akal dan fikiran. Sepanjang perjalanan menaiki kapal terba...