Showing posts with label Sosial Media. Show all posts
Showing posts with label Sosial Media. Show all posts

2015-07-02

@BackpackingMY - Info Travel Dari Twitter

Assalammualaikum!!!

Salam Ramadhan ke 14! Dah setengah bulan dah berpuasa, so macamana, ada perubahan tak? InsyaAllah Brader/sis slow-slow Hiks. Sebelum tu nak tanya, ada yang dah buat persiapan untuk #TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015? (Ketik tulisan tu untuk LINK) Masih ada masa untuk atur strategi dan gunakan daya kreativiti korang untuk menang hadiah yang lumayan! Ayuh!
 
Back to the story, ok antara medium sosial yang paling mudah aku rujuk untuk cari info pasal travel selain daripada melalui BLOG, adalah TWITTER! 

Sementelaah kemunculan akaun Twitter yang bernafas baru oleh mereka-mereka yang gemar travel tak kiralah secara backpack ke, mewah ke, santai ke waima hardcore sekalipun, so kat sini nak promote sikit la...saja nak share sebab kat sana kita boleh direct tanya pada curator pasal travel

@backpackingMY

JOM FOLLOW
Untuk sesiapa yang aktif bertwitter mungkin pernah tengok akaun ni. Oh sebenarnya dahulu akaun ni dikenali sebagai @twt_backpacker tapi disebabkan ada beberapa insiden dan masalah, akaun tu telah dipadam dan digantikan dengan akaun yang baru @backpackingMY . Korang try la follow, boleh dapat macam-macam info.

Kadang-kadang tu ada jugak contest yang diorang buat, contohnya macam semalam, ada contest ni:

Tema travel dan architecture
Hahah gedik kan. Lols
So aku pun try la join untuk memeriahkan suasana. Hahaha biasala aku memang suka menyebok kalau ada contest-contest ni. Syukur dapat la terpilih jadi Top 10. Tetibe macam bangga kejap sebab para juri dia bukan calang-calang kurator tau. Tapi aku tak menang pun sebab ada gambar yang lagi memenuhi tema. 

Wuhuuuu Top 10.
Pemenang.
OK, tu contoh la...contoh aktiviti yang kita boleh sertai kalau join @backpackingMY. So apa lagi, jom follow!

WASSALAM.

POPULAR POSTS