Showing posts with label Tapah. Show all posts
Showing posts with label Tapah. Show all posts

2013-01-22

Wajah Upgrade Hutan Lipur Kuala Woh Kini

Assalammualaikum!!!

Satu tempat yang paling dekat dengan diri aku, paling dekat dengan rumah aku dan paling banyak aku belajar berenang kat sini, Hutan Lipur Kuala Woh. Yup, salah satu hot spot di Negeri Perak katanya. Terletak di laluan utama menuju ke Cameron Highland, hinggakan sesiapa yang nak naik atau turun ke Cameron Highland akan singgah kat Hutan Simpan Kuala Woh ni untuk melepaskan lelah atau berrekreasi bersama keluarga.

Tempat parking kereta, kalau time cuti, memang penuh giler la tempat ni... siap berlapis2 lagi orang parking.
Baru-baru ni aku berkesempatan menjengah tempat ini yang pernah menjadi tempat bermain satu ketika dulu. Kat situ jugak la aku angkut kawan-kawan dari sekolah asrama kalau balik kampung, untuk lepas stress di sungai. Best gilak!

Kawasan keseluruhan Hutan Lipur Kuala Woh.
Satu-satunya kedai makan yang terdapat di situ.
Kebanyakan laluan pejalan kaki dah di upgarde sebegini. kalau dulu kita akan jalan celah-celah akar kayu je.
Sekarang, Hutan lipur Kuala Woh dah berwajah baru, dah di upgrade dengan banyak facilities yang lebih baik seperti tandas awam yang lebih banyak dan besar, tapak-tapak perkelahan keluarga (berbumbung) dan sebagainya. 

Satu lagi tarikan utama di sini adalah jambatan gantung! Dan terdapat juga sebuah muzium hasil hutan di seberang jambatan gantung tu...tapi tu dulu, sekarang ni aku tak tau muzium tu dah jadi apa, dah banyak juga bangunan baru dibina di keliling muzium tu.

Lebih banyak papan tanda sebegini diletakkan di kawasan ini, dulu tak ada.
Dan banyak juga info-info sebegini diletakkan, jadi sambil berekreasi boleh dapat ilmu! Ni semua hasil upgrade kawasan ni.
Tapak perkhemahan yang disediakan. Kalau time cuti sekolah, memang penuh rombongan sekolah camping di sini.
Kawasan sungai yang lebar menjadi tarikan utama di sini.
Kalau lepas hujan, airnya sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang sum sum.
Port faveret aku dan kawan-kawan. hehe.
Tapi sebenarnya aku lebih suka Hutan Lipur Kuala Woh yang dulu... lebih natural dan tersembunyi. Sekarang ni, tempat air panas ia pon dah bertutup dan tak nampak natural lagi.... apa-apa pun zaman dah berubah kan... kalau perubahan tu kepada yang lebih baik, terima lah ia dengan hati yang terbuka.

WASSALAM.

2012-04-26

Hutan Lipur Kuala Woh || The Place To Remember

Assalammualaikum!!!!

Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO 



* * *

Tetiba minggu ni macam terasa nak kembali berharmoni dengan alam sekitar. Maklumlah dah lama tak jejak hutan, masuk laut, mandi sungai, panjat bukit bagai. Kiranya macam nak lepas geram la. 

Alhamdulillah jugak aku ni orang yang lahir-lahir je dah merasa nampak hutan, nampak gunung dan sungai, jadi kelebihan menjadi 'orang hutan' tu dah ada la sejak kecik, plus aku boleh duduk kat tempat-tempat sejuk je kekekkee maklumlah kat kaki gunung nak ke Cameron Highlands!!!

Ok straigth to the point, aku sebenarnya nak cerita pasal Hutan Lipur Kuala Woh (Oh rupanya aku tak pernah blog about this place!), lokasinya dekat je dengan rumah aku kat kampung, kalau kire pakai batu, lebih kurang 7 batu, sebab tu masyarakat kampung sini panggil 'Batu Tujuh' nama lain selain Kuala Woh.

Sumber google
Sumber google
 Apa yang uniknya pasal Kuala Woh ni??? 
  1. Ada sumber air panas! Jangan tak percaya, kalau letak telor kat dalam air kompom jadi telor rebus! Lokasi air panas terletak di tengah2 antara kawasan tumpuan utama. Kalo masa kecik-kecik dulu ada satu kolam yang dibina khas untuk orang-orang yang nak mandi ayor panas kat situ. Tapi, kolam tu dah ditutup sejak beberapa tahun dulu sebab tak terjaga, banyak sangat orang buang sampah! Haish takde kesedaran langsung!!!

  2. Ada sebuah titi gantung! Bagi aku titi gantung ni merupakan tarikan utama jugak sebab jarang kita boleh jumpa titi gantung di mana-mana. Dulu-dulu aku selalu main kejar-kejar atas titi gantung tu dengan sanak sedara, lepas tu bila da sampai tengah-tengah kami ramai-ramai goyangkan titi tu hahaha ngeri jugak!

    Ops....ada 3 dara pingitan.... kekeke. TITI GANTUNG KUALA WOH
  3. Kawasan camping! Ya memang ramai gila program camping yang dibuat samada oleh bebudak skolah, IPT dan agensi. Aku tak sure kena bayaran ke tak untuk sewa tapak tapi sila laporkan diri kat pihak pengurusan kat situ.
  4. Kat Kuala Woh juga ada beberapa chalet untuk disewa! Keadaan chlet amat memuaskan dan sesuai untuk sesiapa yang sukakan kedamaian dan alam sekitar.
Ok aku rasa 4 perkara tu je dah cukup untuk menarik perhatian orang ramai ke sana. Bukan saja orang tempatan, ramai jugak pelancong luar yang singgah situ, especially masa nak naik atau dah turun dari Cameron Highland!!!
Terasa nak suruh group #travelholicawesome buat trip pegi situ pulak la... Kompom meriah dan bergegar Hutan Lipur Kuala Woh tu!!! Wow tak sabarnya!!!!!
 

WASSALAM.

2012-01-03

Projek Star Cruise - Libra : Jejak Mula

Assalamualaikum!!!

Mana nak mula ni? Ok mula dari pesanan BBM Bdk2@John ajak bermewah-mewah di atas kapal...kengkononnya ada special offer. Tiket harga RM 400++ jadi separuh harga (untuk Cabin pax)..mau tak pitam? OK ni episode jenjalan pertama sebagai pembuka tirai 2012!!!

Sebenarnya aku idaklah pernah ngidam nak naik Star Cruise, sebab aku ni jenis 'pemabok' (Jangan pikir lain eh, aku ni mudah mabuk laut...tetibe teringat kisah ngeri kat Pantai Lovina, Bali). Tapi Bila pikir balik, kapal Star Cruise tu bukan main besau, kalah deenasor dan mungkin tak mabok, lalu aku pon setuju la untuk join John. Kena pulak ajak MasMZ sekali sebab sepatutnya aku ada trip lain, so kansel trip asal dan join John berangan jadi orang kaya! Weeeheeee!. Untuk melengkapkan geng menganyam ketupat, maka Kak Coco yang sedang gigih dalam percutian ke Perlis pon kami heret bersama dalam komplot geng Jalan-Jalan Makan Angin (John, Janggel, MasMZ, Anash - JJMA, ammaaaa~) nih.

Setelah berhempas pulas cuba memecahkan tabung katak aku, tapi tak pecah-pecah jugak akhirnya kompom sudah kami semua terjebak. Tak sabar pun ye jugak, maklumlah masa tengok filem 'Pisau Cukur' yang Fazura dengan Maya Karin berlakon bersama Harun, tetiber terbayang kami semua akan duduk bersantai tepi kolam macam dalam filem tuh hahaha...epik kot kalau btoi-betoi jadi! Hahaha. Pastu tetibe teringat pulak citer 'Titanic'...alamak, jangan tetibe kapal karam di Selat Melaka sudahh...choiiiiiiii!!!.

Maka, terjadilah kejadian, makan terlebih lalu tapi tidor yang tak lena sebab asyik pikior nak cuti memanjang, nak naik Cruise. Dan yang paling penting, ini kali pertama aku akan travel dengan John dan Kak Coco, entah macamana lah kisahnya nanti kan. Diorang tu dah kire otai bab-bab jenjalan ni, aku ni hanya melukut di tepi gantang je.... (*sambil kuis ibu jari kaki kat dalam pasir).

Tiba hari kejadian, pepagi buta lagi aku dah keluar rumah. Kami akan ke Pulau Pinang menaiki kereta, so aku yang akan drive kereta aku ke Penang. Jadi perjalanan bermula dengan menjemput MasMZ kat umah adik dia, then pergi ke opis Kak Coco di Shah Alam (katanya dia tido kat opis, betol ke????) Hahaha dan akhir sekali, part yang paling mencabar adalah menjeput John kat rumah dia di Damansara. Part ni memang pening kepala sebab jalan berpintal-pintal pada mulanya tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. Dari jam 8.00 pagi, akhirnya sampai betul-betul bawah rumah John dekat pukul 9.00 pagi. Kami terus bergerak ke utara dan plan untuk breakfast di hentian Tapah. Alhamdulillah highway tak jem walaupon banyak kereta.

Dalam kereta, sepanjang perjalanan tak henti-henti si John ni berceloteh, memang banyak cakap mamat nih. Tapi its fun! Kalo dia tak bercakap, boring pulak. Kengkononnya kami ni nak pergi bercuti, lupakan perihal kerja kat opis, tapi...... Kak Coco siap pakai remote control cakap dengan budak opis dia, suruh photostet surat la, selak-selak attachment C la (ek apakah itu?), cari atas meja la, macam-macam lagi button remote ditekannya ...KO MAMPU???

Kami sampai di hentian Tapah pada jam 10.30 pagi, masa tu naga dalam perot dah mengamuk-ngamuk sebab tak bagi makan. Kami pon makan la apa yang patut, breakfast merangkap lunch la. Sambil-sambil makan, ngumpat jangan di lupa..haish apa la nak jadi kan, asyik ngumpat je kejenya.  Tetibe dapat pulak ilham nak buat keje gile bile teringat yang Biqque dan Chawana (Kenal tak diorang nih? kalau tak kenal sila tekan SINI dan SINI) ada kat Ipoh, bercuti bersama keluarga katanya. Jadi tetibe kami plan nak buat seprais kat diorang memandangkan diorang pon tatau plan percutian kami. Maka aktiviti koling-koling pon berlaku.

Tak tau nak kate, ni breakfast ke makan tengahari .....siap berulam bagai...gigih kan!
Dapat sebenier dari John!!! Yeeeepieeeee....sepasang couple Korea!!!
Rupanya Biqque dan Cawana plan nak masuk Gua Tempurung hari tu, ke Gopeng kisahnya. Jadi kami pon janji dengan diorang untuk jumpa seminit dua di Gopeng. Seminit dua je tau, kalau tak terlepas pulak kapal Cruise kami hehehe.

Ok sambung nanti...kisah seminit dua di Gopeng....

Psstt: Harga tol dari Sungai Buluh ke Gopeng adalah RM22.00
Psstt 2: Minyak kereta aku RM 50.00 sampai ke Seberang Perai.
Psstt 3: Untuk kisah versi yang lain boleh baca kat blog Bdk2 @ John di SINI.
Psstt 4 : Kalau Kak Coco dan MasMZ dah update citer diorang, aku bubuh link jugak kat sini. 

WASSALAM.

Selamat datang ke Gopeng, Perak! *Plaza Tol Gopeng, pusat berjumpa seminit dua kami.

2011-02-06

Eksplorasi: Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang



Assalamualaikum!!!

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Chinese New Year kat member-member berbangsa Cina di Malaysia dan luar negara. Semoga anda semua happy ya! Sempena cuti CNY minggu ni, cuti panjang pulak tu, sekali lagi aku telah pulang ke kampung. Ya teman balik Pehgak! Walaupon baru je balik minggu lepas, tapi dek kerana kebosanan yang maha dahsyat (semua member balik kampung daaaa) jadi minggu ni aku balik kampung lagi.

Tak best la kalo cuti-cuti takda aktiviti eksplorasi kan! OK kali ni punya eksplorasi aku menjengah satu tempat kat kampung aku yang dah lama bebenor aku tak pergi, padahal kalo lalu kat highway PLUS tu boleh nampak tempat tu tersergam indah. Tempat yang  aku maksudkan adalah AIR TERJUN LATA KINJANG! Aku percaya ramai jugak yang pernah pergi ke situ. Air terjun Lata Kinjang ni letaknya di dalam Daerah Batang Padang, Perak. Lokasinya adalah lebih kurang 10 km dari Pekan Tapah dan berada di dalam kawasan Chenderiang. Bagi yang tak biasa ke Pekan Tapah senang saja, dari KL masuk highway PLUS dan susur keluar ke Tapah. Dari plaza tol tu dah nampak signboard ke Air Terjun Lata Kinjang.

Kalau nak diikutkan, waktu dulu-dulu (masa zaman sekolah-sekolah dulu) keadaan di Lata Kinjang ni sangat berbeza. Hutan pon masih tebal lagi, dan satu-satunya jalan nak ke pekan Chenderiang dari Pekan Tapah adalah melalui jalan lama yang berbengkang-bengkok serta sempit. Tapi sekarang tidak lagi, jalan yang lurus telah dibina dan memang sangat mudah kalau nak ke Air Terjun Lata Kinjang. Kemudahan juga telah banyak disediakan antaranya surau, gerai-gerai jualan dan pondok-pondok untuk berkelah banyak terdapat di sekitar kawasan Air Terjun Lata Kinjang.

Apa yang istimewanya eksplorasi kali ni, aku pergi bersama keluarga tercinta! Ibu, ayah, abang, kakak, anak buah, sedara-mara semua join sekali! Best sebab dah lama tak meluangkan masa dengan diorang semua!.

Sebenarnya plan asal kami adalah untuk meredah GUA TEMPURUNG!!! Tapi disebabkan ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka plan berubah ke Air Terjun Lata Kinjang. Alhamdulillah walaupon plan jauh tersasar tapi masih best! InsyaAllah plan ke Gua Tempurung masih on! Tunggu!!!!

Kalau dulu, kawasan tempat letak kenderaan tidak banyak disediakan, tapi kini keadaan persekitarannya sudah jauh berubah. Banyak tempat parking kereta disediakan dan ianya lebih menjanjikan kselesaan. Apa yang penting ianya PERCUMA!!!

Ok bagi sesiapa yang teringin nak ke Lata Kinjang, jemputlah datang. Tak rugi sebab airnya sangat sejuk dan pemandangannya sangat indah!

Jom layan beberapa keping gambar yang telah berjaya ditembak oleh aku dan sepupu aku Dila.

PsssssTTT: Teringat kenangan di Air Terjun Git Git Bali....haishhh RINDU BALI!!!!


PEACE!
Aksi Wajib Aku!
Ni lunch kami!
Rombongan Cucu Embah Siti!








   

POPULAR POSTS