Teluk Intan (Majlis Kahwin Azwan) Dan Rumah Pakcik Berahim
Assalamualaikum!!! Minggu lepas, aku balik ke kampong di Perak bersama 2 orang kawan jurutembak beserta isteri dan anak salah seorang daripada mereka. Lokasi tempat menembak kali ini adalah di Teluk Anson (nama lama bagi Teluk Intan ) dan subjek tembakan adalah adek kepada KJ. Sebenarnya bukan le nak story sangat pasal tugas-tugas menembak ni, apa yang aku nak tulis kat sini adalah mengenai pengalaman sepanjang berada di Teluk Intan . Kami bertolak daripada KL pada jam 10 malam hari Jumaat. Lewat giler kan, tambahan pulak malam tu jalanraya agak jem sebab ramai yang mengambil cuti tersepit sempena Hari Wesak yang jatuh pada hari Selasa. sebelum ke Teluk Intan , kami singgah dulu di kampung aku, maklumla sebab dah janji dengan ibu dan ayah nak balik rumah. Tapi singgah sekejap saja sebab hari dah lewat malam dan KJ dah menyediakan tempat tidur di Teluk Intan . Maka malam tu jam 12.30 malam kami bertolak dari kampung aku ke Teluk Intan. Kami tiba di Teluk Intan pada jam 1.30 ...