Pesta Flora 2011 : Putrajaya
Assalamualaikum!!! I'm back! Banyak betul event berlaku minggu ni samada yang HALAL atau yang HARAM . Tak kisahlah apa pun, yang penting hidup mesti diteruskan, ye tak? Ok antara yang menarik minggu ini adalah berlangsungnya Pesta FLora Tahun 2011 atau nama glamernya FLORIA 2011 . Dikesempatan ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menjengah acara tahunan yang berlangsung di Putrajaya, Presint 2. Sedikit info mengenai Floria 2011 , acara ini berlangsung selama seminggu bermula 9 Julai 2011 dan akan berakhir pada 17 Julai 2011. Apa lagi, masih sempat lagi kepada sesiapa yang belum berkesempatan ke sana. Aku dan beberapa kawan (biasa la muka-muka itu juga) telah menerjah Floria 2011 bermula hari pertama dan bersambung ke hari kedua. Sebab teruja punya pasal, dan semangat nak menembak menjadikan perjumpaan bersama kawan-kawan kali ini amat bermakna. Apa yang dapat dilihat, tema Floria 2011 kali ini adalah Bunga Ros atau Mawar . Jadi memang banyak bunga ros di sana-sini ...