2009-06-29

Juara Asyik!

Ni satu lagi citer about last week. Sebelum menjengah ke Tanah Tinggi, aku sempat juga pulang ke pangkal jalan kampung halaman di Perak. Maklumlah, dah alang-alang on the way to Cameron Highlands, singgah la balik kampung. Sekangkang kera je kampung aku ngan Cameron Highlands tu.. Tak jauh mana pon. Bak kata Orang Bukit, sepelaung, Orang di Baruh boleh dengar suara Orang di Bukit! hahahahah..apa da..

Bercakap dengan Orang Bukit nih, atau lebih dikenali sebagai Orang Asli atau kaum peribumi nih, ada la satu cerita best aku nak share kat sini. Untuk pengetahuan semua, kampung tempat aku membesar ni, kaum-kaum utamanya adalah Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kalau kat sekolah dulu pon member-member sekelas aku pon ada la dua tiga orang dari kaum Asli. Alhamdulillah sepanjang yang aku kenal, ada yang dah berjaya jadi Doktor pulak tuh!

Ok, berbalik kepada cerita yang aku nak share tu. So masa aku sampai di kampung pada hari Sabtu, mak ngan ayah aku mintak tolong hantar barang-barang catering kat bandar. Ada job katanyer. Aku pon bukannya tak biasa nolong orang tua aku, so aku ngangkutla pinggan mangkuk ngan lauk pauk semua ke dewan Komuniti di bandar. Sebetolnya aku tak tau apa program yang ada kat situ. Memula aku ingatkan ada majlis kawin ker, jamuan sempena mesyuarat Agong PUSPANITA ker [mak aku orang kuat PUSPANITA ok!!!] atau yang sewaktu dengannya. Rupa-rupanya hari tu ada Ujibakat Juara Asyik.FM!!! Huh apakebendanya Asyik FM tu??? Aku masuk-masuk jer dalam dewan,.. tuuuuuudiaaa ramai betol Orang Asli tengah dok mendengar orang tengah berkaraoke.
(Pertandingan Ujibakat Juara Asyik FM bertujuan mencungkil bakat nyanyian di kalangan Masyarakat Orang Asli.)

Apa yang paling mengejutkan, suara diorang semua best GILER!!! Aku memang tak sangka la suara-suara diorang ni power-power. Malah ada yang lagi sedap dari suara-suara bebudak AF tuh. Huhu!Ada jugak peristiwa-peristiwa lucu yang berlaku, antaranya, ada la dua orang peserta yang tak puas hati nyanyi sekali, siap daftar lagi untuk kali ke dua dan ketiga. Ada jugak yang satu keluarga masuk! Cayalah! Macam-macam gaya dan fesyen jugak!

Pemenang ujibakat ini akan di bawa ke Kuala Lumpur untuk bertanding di peringkat Kebangsaan pulak..Mana tak diorang beriya-iya nak masuk..pegi KL beb! Siapa yang tak nak! hehehhe..

Apa-apa pon, pengalaman 2 hari bekerja ngan mak bapak aku hari tu memang best!! Lepas habis hari kedua tolong parents aku, aku terus gerak ke Cameron Highlands. Best-best, aku tak tau peserta mana yang terpilih sebab aku kena balik awal nak prepare barang ke Cameron Highlands. Tapi apapun, sora depa semua memang best!

PEACE!

Ni salah satu aksi yang sempat aku rakam. Dia masuk 3 kali kalau tak silap aku... hehhe


Rajin tol aka-akak ni nolong mak aku...

Sebahagian penonton dan peserta

Ready to serve

Dewan mula penuh.



2009-06-28

Cameron Highlands : Sejenak di Tanah Tinggi

tup...tup..dah seminggu berlalu. Habis sudah urusan di Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Erk? Cameron Highlands? bile masa lak aku pegi Cameron Highlands? Ha ni yang nak citer ni. Minggu lepas aku kena bertugas di Cameron Highlands...eh bukan bertugas tetapi menghadiri satu kursus yang sangat bermakna.

Sebenarnya dah lama aku tak naik ke tanah tinggi ni walaupun kampung halaman aku terletak betul-betul kat kaki bukit tuh. Hahaha bukan apa, mengenangkan jalan mendaki yang berliku-liku tu yang membuatkan aku memikirkan banyak kali untuk naik ke atas.

Di Cameron Highlands, sebenarnya banyak perkara baru yang aku belajar dan banyak juga tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ni, aku dapat pergi. Antaranya adalah Gunung Berincang, Kilang Teh Boh, Mossy Forest dan Big Red Strawbery Farm!!! Best giler kalau selalu dapat peluang macam ni, belajar sambil berlibur hahahhaa. [ramai ler yang jeles baca statement aku nih] hehhee.

Tempat penginapan aku dan kawan-kawan seluruh Malaysia adalah di Country Lodge Hotel. Aku tak pernah pon menginap di hotel ni sebelum ni, tapi yang paling aku suka adalah makanannya! ya ampunnnn sedap giler masakan kat hotel ni...hotel-hotel lain tak boleh challange ok! Tahniah buat chef dia..tak silap aku nama cheff dia Cheff Rahman, orang utara. [sila google untuk tau lebih lanjut mengenai hotel ini]

Sepanjang 4 hari di Cameron Highland, memang tenang. Tak payah nak pikir masalah kerja kat Putrajaya tuh. Tapi bila dah balik ni, masak la...macam-macam dah tunggu kat opis tu...Aduiii tak boleh nak pikr dah...aku out dulu...nak stanby kepala otak menghadapi hari Isnin esok...ok..babai..PEACE!

Layan gambar sudah...




Geng Motor Besar pun ada yang shopping sayur.

Singah di Raju Strawbery Farm pekena Strawbery Cream dulu!


Hotel tempat kami menginap

Pekan Brinchang.




Ladang Teh Boh, Gunung Brinchang



Puncak Gunung Brinchang







Mosy Forest, Gunung Brinchang










Red Strawbery Farm




POPULAR POSTS