2009-06-08

Putrajaya Inernational Dragon Boat Festival - Aku pergi!!!

First of all, antara sebab wujudnya entry ini adalah kerana Camera aku sudah kembali pulih! Yippie!.

Ok lets start the story. Last saturday, many things happened. Pertama, member baik dari kampung kembali mengunjungi aku di KL. Kedua, member dari Bangkok turun KL to go to KB. Ketiga, went to Putrajaya International Dragon Boat Festival dan Keempat, melepak di Pavi sampai hilang suara!

Fokus entry kali ini hanya pada satu peristiwa yang julung-julung kalinya berlangsung di Malaysia, iaitu International Dragon Boat Festival yang berlangsung di Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2009. Sebenarnya takda plan langsung nak pergi tengok benda ni. Hanya sekadar tahu saja festival ini berlangsung melalui banners yang berlambak digantung di sepanjang jalan di Putrajaya.

Sebelah pagi, aku menerima satu panggilan telefon daripada seorang kawan yang katanya ada di LCCT, transit from Bangkok to KB. Lama katanyer dan dia kata nak jumpe aku dan juga member aku yg baru datang dari kampung tu. Jadi kami berdua pon bergerak la ke LCCT. Sampai LCCT dah tengahari, jadi terus ke lunch di Food Garden LCCT. Sebenarnya Food Garden ni baru jugak bukak. Pertengahan tahun lepas rasanya. Makanan dia, not bat. Ada pelbagai masakan dijual di situ. Kami pon just lepak-lepak sampai jam 1.15 petang sebab member yang nak ke KB tu akan naik flight jam 1.40. So lepas semua dah settled, kami pon pulang semula ke rumah.

Then, aku dapat satu sms dari rakan sekerja. Katanya, datang la ke Putrajaya, tengok Dragon boat. Dia pon ada jaga booth jual bag kat sana. Wah macam menarik bunyinya. So aku dan member aku pon berangkat la ke Putrajaya, nak pergi tengok Dragon Boat katanyer. Aduiii dalam kepala otak aku dah terbayang-bayang dah macamana rupa dragon boat tu. Mesti cantik dan ada macam-macam bentuk naga! Hahahah ternyata aku silap. Semua dragon boat tu sama je bentuknya, cuma warna je pelbagai. Huh tak kesah la janji aku dapat tengok sesuatu yang baru di sana.

Susah jugak nak cari Presint 6 di Putrajaya ni. Kalau bukan sebab aku kerja kat Putrajaya, aku rasa dah sesat larat dah.Tak tau sampai mana. Mujur aku pernah berkursus di Pullman, sebuah hotel baru yang terletak di Presint 6 [haahah tolong promote nih]. Sampai di Presint 6, memang banyak kereta yang dah memenuhi bahu jalan. Wah memang grand nih. Dari jauh dah nampak satu team rowing yang tengah melompat-lompat di tengah padang. Warming up la kot. Rupa-rupanya itu team dari National University of Singapore.. Wah bersemangat sungguh!

Kami pon berjalan menuju ke pentas utama. Kat sana nampak ramai pengunjung sedang menyaksikan pertandingan perahu naga nih. Meriah jugak ler. Sepanjang laluan ke pentas utama, kami melalui gerai-gerai jualan dan juga gerai-gerai peserta yang mempromosi produk kelab atau agensi mereka. Menarik!

Untuk hari itu, sebanyak 61 pusingan telah berlangsung dan di akhir perlawanan, acara penyampaian pingat diadakan. Acara ini disertai oleh pelbagai negara antaranya Singapura, Jepun, China, Britain dan Indonesia. Dari Malaysia jugak tidak kurang hebatnya! Banyak agensi yang menyertai pertandingan ini antaranya daripada Kelab Tasik Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, PosLaju Malaysia, Navy Crew, Wakil-wakil Universiti tempatan dan sebagainya.

Keputusan pertandingan aku tak tahu sangat sebab banyak msangat pusingan.Pening sudah.. Tapi antara yang aku tau, POSLAJU Malaysia menang bagi Kategori Wanita Dewasa! Hebat jugak. Dan pasukan Kelab Tasik Putrajaya memenangi Kategori Lelaki Dewasa. Hebat kan team Malaysia! Syabas.

Ok rasanya itu je kot entry untuk kali ini. Nanti kalau ada citer menarik, aku post kat sini lagi.

PEACE!

Lunch dulu di LCCT..menarik taklauk pauk nih?

Kerabu mangga dan Ikan Bawal masak Cili Padi..yummm.



Berusaha cari tempat parking yang agak lengang..tapi jauh la.


Group Navy Crew sedang bersiap sedia untuk beraksi


Ni pusat media.

Sebahagian peserta sedang menunggu turn.

Kawasan pentas utama

Berlatar belakang kan Pullman Putrajaya.






Bot juri







Team Poslaju Malaysia


Team Persatuan Kanser Singapura.

Acara penyampaian pingat kepada pemenang

Team Poslaju menang kategori Wanita Dewasa

Team Navy Crew Menang Kategori Wanita Junior


Team Kelab Tasik Putrajaya Menang Kategori Lelaki

Ni team mana plak ntah.




11 comments:

  1. nnt kt penang pun ada gk Dragon Boat Festival

    tp di sebabkan x minat...bt x tau jer

    hehe

    ReplyDelete
  2. @KhairiL's

    ceh...camtu pun ada..heheh

    ReplyDelete
  3. La..tak tau pun ada Putrajaya Inernational Dragon Boat Festival..kalau tau mesti pergi gak..time tu ada di kuala lumpur plak tu..

    adoiii..ruginya,,nk tunggu jb buat,,gamaknya lmbt la lagi..

    ReplyDelete
  4. @AiE bAhRi

    Huhuhuh..tula dia masalahnya, kurang promosi..rasanya orang2 putrajaya jer yang tahu pasal nih.. heheh

    ReplyDelete
  5. @si comot

    ooo...
    biasala skg kan musim panas~

    ReplyDelete
  6. amboiiii kemaen banyak gakz gambo ko snap!!! :)

    ReplyDelete
  7. @masMZ

    Mestilah banyak cikMAS ...ini pon ada lagi yg tak publish, untuk simpanan sendiri hahaha.

    p/s= Folder gambar Taman Alam aku lenyap!!! Sedih giler~ All sweet photos was missing!

    ReplyDelete
  8. yg sorang posing kat kepala naga tu team mana?
    hahahhaha....team kepala naga eh?
    sengal la lu....
    pi tgk event nih tak hajak pun eh
    orang call pun dah tak nak angkat...
    takper....takper.....

    ReplyDelete
  9. weiiii... apsal tak bg tau ko menyemak kat situ.. aku terlibat la game tu.. ces!!!!

    ReplyDelete
  10. @Ecah
    Hehehe aku tau ko terlibat sebab aku nampak macm ko je hari tu...tapi maklumla ko kan masa tu tengah hyper. heheheh ..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS