2012-03-30

TRAVELHOLIC | Misi Suci

Assalamualaikum!!!

[ Pause kejap dari entry Incredible India ]

Esok, kami nak buat hal lagi ...Walau tak semua ada, tapi kami boleh 'makankan' untuk semua (jangan risau) sambil layan sunset gamaknya...

Tuai  padi antara masak.... Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak....Esok Jangan rindu-rinduan.

#Travelholicawesome out to Sekinchan....Selangor je. Meeting new person who just came out to see the world! "SUCI"
And more interesting plan to be done!
 
TUNGGU....


Pssttt: Lamanya tak jumpa Kakak Cantek.


WASSALAM.

2012-03-29

Incredible India Part 5: Jaipur and the Amber Fort

Assalamualaikum!!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Hari terakhir kami di New Delhi sangat la tak best, penuh dengan tipu muslihat manusia dan sebagainya. Tak perlulah aku ceritakan di sini apa yang berlaku, yang penting kami selamat dan dapat meneruskan perjalanan dan pengembaraan dengan sempurna.

Hari ni merupakan hari ke 3 kami berkelana di Bumi Kari. Plan asal menaiki keretapi seawal pagi dari New Delhi Train Station menuju ke Jaipur, tapi kami terpaksa bertukar kaedah perjalanan mengikut jalan highway. Takpelah, ada hikmahnya sebab kami dapat tengok ladang gandum yang cantek!!!! Best giler (dalam nada pasrah hehehe).
Nota: Berhati-hatilah ketika berada di stesen keretapi, tak boleh ambil gambar dan jangan mempercayai sesiapa. Tambah-tambah kalau pakaian kita dah memang menyerlah seperti pelancong asing! So BEWARE! Don't trust ANYONE accept you and your travel buddies. Sentiasa merujuk kepada Train Master di pejabat stesen kretapi tersebut.
Sewaktu di New Delhi Train Station, sempat aku merakamkan beberapa keping gambar menunjukkan keadaan sebenar di sana. Kebanyakan penumpang yang menunggu train akan tidur bergelimpangan di sekitar kawasan stesen. Kencing dan berak di landasan keretapi adalah pemandangan / aktiviti biasa bagi mereka. Sila biasakan mata dan hidung dengan keadaan sebegitu.

Kaunter tiket di stesen keretapi
Kami tanya mengenai train kami di kaunter.
Ramai yang tidur bergelimpangan kat stesen ni.
Nama penumpang akan di print di atas kertas. Sila semak di papan-papan kenyataan. Nama kami ada disitu hehehe.
Jamban merangkap landasan keretapi.
Ada jugak kedai buku kat stesen kertapi ni.

Perjalanan dari New Delhi ke Jaipur mengambil masa lebih kurang 4 jam! Lama giler ok. Dah berapa kali pejam celik pon tak sampai-sampai. Sempat jugak la singgah kat satu pit stop (ntah kat mana ntah) sebab nak berenti kencing. Lepas tu sambung tido balik.

Tempat persinggahan di pertengahan perjalanan.
Ada macam kat kampung aku je ni.
Muka-muka mangsa.
Dapat tengok ladang dan kampung!
Jom pergi kerja...agaknya la .
Ladang apa ntah.

Setelah hampir 4 jam akhirnya kami tiba juga di bandar Jaipur! OMG Jaipur lebih tenang dan nyaman berbanding New Delhi! Orang pun tak ramai sangat dan keadaan di bandarnya lebih bersih berbanding New Delhi! Ala aku asyik compare dengan New Delhi je kan! Of kos la sebab aku baru je pergi satu city kat India ni kekekke.

Kami memasuki kawasan PINK CITY yang sangat terkenal dengan Hawa Mahal, bangunan yang bewarna pink (oren sebenarnya) dan diukir dengan penuh corak. Kami sempat la lalu depan Hawa Mahal tu dan subhanallah, memang cantik bangunan tu. Lokasinya betul-betul di dalam Pink City dan dikelilingi oleh kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, dari makanan sehinggalah ke cenderamata. Tapi keadaan jalan raya di situ seperti biasa, sesak dan tidak teratur.

Nota: Pink City mempunyai 5 buah pintu masuk dan salah satu daripadanya adalah Amer Gate di mana pintu tersebut kami lalui untuk ke Hotel yang telah kami booked melalui internet. Jaipur is one of the finest planned cities of India, located in the semi-desert lands of Rajasthan. The city which once had been the capital of the royalty now is the capital city of Rajasthan. The very structure of Jaipur resembles the taste of the Rajputs and the Royal families. At present, Jaipur is a major business centre with all requisites of a metropolitan city. In 1876 Jaipur was colored in terracotta pink to welcome Prince Albert, and thus the name “Pink City” was attached with the city. Sumber dari SINI.
Kebanyakan bangunan di Pink City adalah bewarna macam ni.
Kalo dulu-dulu mesti lagi cantik kan...
Inilah bangunan Hawa Mahal.

Kami tiba di depan Maya Niwas Hotel, hampir pukul 1 tengahari. Ya ampun, terpegun kami bila mula-mula masuk dalam lobi hotel sebab keadaan hotel tu sangat cantik dan agak mewah!!!! Padahan satu malam baru RM 60 !!!! Kat Malaysia mana dapat hotel macam tu dengan harga murah! Alhamdulillah bersyukur sangat.

Arjun kuchhal
Mobile No. : +91 9829063600 
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001 
Email: mayaniwas@gmail.com
 
Oh ya, sampai-sampai je hotel ada sorang pemandu tuk-tuk dah menyapa kami. Namanya Mohamad Gulzar, muslim (siap bagitau nama pulak tu!!!!). Macam biasa la, cuba naseb kot-kot kami nak ambik tuk-tuk dia. Kami buat dek je terus check-in dalam hotel.

Fuh keadaan hotel sangat menakjubkan!!!! Aku suka gile, ni dah bukan jenis anak jutawan memilih jalan susah dah ni, tapi anak orang miskin terkinja-kinja dapat bilik mewah! Hahahaha. Masuk je bilik , kami terus order nasik putih dua pinggan kat pekerja hotel dan telur mata goyang ala Jaipur, nak makan bersama-sama serunding bilis yang di bawa dari Malaysia. Ha kan jimat tu!

Ini adalah lobi hotel...cantik tak?
Keadaan dalam bilik yang sesangat selesa.
Bilik air pon besar! Boleh buat tidor kat dalam tu.
BRUNCH kami, semaangkuk sorang nasi putih dan 2 biji telor mata goyang Jaipur. Yummy! Akan dimakan bersama serunding ikan bilis..... tidak dilupa air PINEAPPLE

Lepas makan dan selesaikan apa yang patut, kami bersiap-siap untuk keluar. Akhirnya kami bersetuju untuk mengambil perkhidmatan pemandu tuk-tuk tadi sebab dia masih menunggu di depan hotel. Rezeki dia la, lagipon dia muslim so kami tak berapa kisah sangat. 

Setelah nego macam-macam dengan dia (kami panggil Bhaijan bermaksud abang dalam bahasa Urdu) akhirnya kami bersetuju untuk mengambil perkhidmatan tuk-tuk Bhaijan sepanjang berada di Jaipur. Ok set, hari tu kami akan bayar dia Rs500 untuk bawak kami ke Amer Fort (Amber Fort) (jauh jugak dalam 16 km dari hotel kami), kemudian kami akan ke Jal Mahal (Water Palace), Monkey Temple (Sunset), kilang kain dan balik semula ke hotel. Kira ok la, lagi pun hari dah petang, tak dapat nak pergi banyak tempat.

Amer Gate salah satu dari 5 gate yang ada di Pink City
Unta pon ada orang naik sebagai salah satu pengangkutan di sini.

Lokasi pertama adalah Amber Fort. Dari jauh dah boleh nampak, tersergam indah di atas bukit. Ada jugak orang panggil tempat ni Great Wall of India! Tapi memang panjang pon dinding pagar dia, mengelilingi bukit! Kagum.
  
Nota: Amer Fort, also spelled and pronounced as Amber Fort is located in Amer (a town with an area of 4 square kilometres (1.5 sq mi)), 11 kilometres (6.8 mi) from Jaipur, Rajasthan state, India. It is one of the principal tourist attractions in the Jaipur area, located high on a hill. Amer Fort was made by Meenas king Raja Alan Singh Chanda later occupied by Kachhawa rajput . Amer Fort is known for its artistic style, blending both Hindu Rajput elements. The fort with its large ramparts, series of gates and cobbled paths, overlooks the Maota Lake, at its forefront. Sumber dari SINI

Sampai di pintu masuk Amer Fort, Bhaijan pesan macam-macam kat kami. Katanya, kat atas tu, kalau ada orang ajak masuk kampung, jangan ikut sebab at the end dia akan minta duit. Jangan layan orang-orang yang mintak-mintak duit nanti ramai yang serbu dan macam-macam pesanan lagi. Dalam hati aku cakap, bagusnya la mamat ni, siap bagi tips-tips lagi. Mudah-mudahan dia bersikap jujur. Bhaijan kata dia akan tunggu di kawasan tempat letak tuk-tuk. Takut kena saman katanya. Wah memang ada sistem yang bagus di Jaipur. Aku rasa kat Delhi pon ada sistem yang bagus jugak tapi sebab dah ramai sangat, keadaan jadi tak terkawal dan kucar kacir. Lagi satu, tuk-tuk di Jaipur lagi bersih dari tuk-tuk Delhi! Bhaijan kata, dia menyewa tuk-tuk tu dari satu syarikat, so setiap bulan dia akan bayar sewa tuk-tuk tersebut, dan sehari dia akan bekerja lebih 12 jam!

Merentasi tembok untuk masuk ke kawasan Amer Fort.
Tu diaaaa tersergam indah atas bukit!
Kawasan parking tuk-tuk.
Bhaijan kata, nak naik atas Amer Fort ada banyak cara samada nak jalan kaki, naik unta atau pun naik gajah. Tapi masa kami sampai hari tu bayangan unta dan gajah langsung tak nampak. So kami pon menapak je la naik atas. Nasib baik cuaca tak berapa panas, cuma cabaran nak mendaki tu agak tinggi jugak la sebab banyak anjing kat tangga-tangga tu.

Pemandangan sekitar Amer Fort memang superb! Tu baru kat luar, belum masuk dalam lagi. Orang pon agak ramai jugak yang mengunjungi tempat ni. Seperti biasa, rakyat India jugak yang penuh...aku tak pasti la, gamaknya time tu adalah cuti sekolah kot??? Sebab meriah semacam je.

Sign board sebelum masuk ke gate Amber Fort
Pemandangan sekitar Amer Fort
Tu dia tinggi atas bukit!
Bukan setakat anjing, kambing pon bersantai-santai di anak tangga.
Laluan pejalan kaki naik sebelum masuk ke pintu gerbang Amer  Fort
Keadaan di dalam Amer Fort
Sangat luas dataran ni!
Seperti biasa, kene beli tiket dulu, Rs250
Ruangan di hadapan kaunter tiket

Sebelum meneruskan penjelajahan di dalam Amer Fort, kenalah beli tiket dulu. Harga tiket adalah Rs300 bagi pelancong asing dan Rs20 untuk pelancong tempatan. Tiket tu kami beli untuk semua tempat tarikan pelancong di Jaipur, maksudnya hanya sekali bayar dan kita boleh masuk ke lima (5) tempat yang utama iaitu Amber Fort, Albert Hall, Jantar Mantar, Mahargarh Fort, dan Hawa Mahal. Huh lagi sekali di situ, sangat diskriminasi. Lepas dah beli tiket baru la boleh masuk ke dalam kawasan istana. Subhanallah, memang cantik betul la binaan di dalam ni, terfikir jugak macamanalah semua tu di bina pada zaman yang tak berteknologi tinggi macam sekarang ni, yang penting semuanya diukir teliti dan cantik! Paling penting semua dinding dan lantai dibuat daripada batu mar mar! Memang sejuk dan nyaman je bila berada di dalam tu.

Jenuh jugak kami berlegar-legar kat dalam tu.Dan part yang paling best bila dah nak turun. Dekat 2 jam lebih jugak la masa berlalu dan kami terjumpa dengan kedai-kedai menjual cenderama terutamanya Fridge Magnet. Banyak kedai sebenarnya, tapi sila tanya harga betul-betul sebab setiap kedai harganya berbeza. Sekeping FM ada dalam range Rs40 hingga Rs100 sekeping.

Tiket untuk 5 tempat.
Kawasan perkampungan di dalam Amber Fort
Tangga untuk masuk ke kawasan Istana
Pintu gerbang nak masuk ke dalam Istana.
Kawasan perkarangan istana.
Cantik kan senibinanya.
Taman-taman istana.
Dayang Istana?
Shopping Fridge Magnet!!!  Yeeay!


Hmmmm..... alamak macam panjang sangat pulak entry ni, nanti aku sambung lagi aktiviti selepas melawat Amber Fort. 

Psstt: Dah jadi macam album gambar la pulak entry ni...lebih gambar dari karangan....hmmm ok next entry aku kurangkan gambar ye.Takde la mata kome juling nengok gambo je.

WASSALAM.

POPULAR POSTS