[Countdown: 4 days to go...]
Ok hari tu aku ada keluar teaser pasal Visa kan? Nak masuk ke India bukan seperti masuk ke Singapura, Thailand atau Korea Selatan. Kita memerlukan VISA, tak kiralah samada Business Visa, Conference Visa, Diplomatic Visa, Employment Visa,
Emergency Visa, Entry Visa, Journalist Visa, Medical Visa, Missionaries
Visa, Permit to re-enter within 2 months, Research Visa, Student Visa,
Tourist Visa, Transit Visa. Dalam kes aku yang nak melancung ke sana, aku perlu memohon Tourist Visa.
Aku apply Visa ni pon dah kira last minute jugak, lagi dua minggu sebelum berangkat barulah kelam kabut nak isi borang, ambik gambar dan sebagainya. Penat tau sebab rushing! Lepas tu jenuh pulak fikir macamana nak hantar borang Visa ke Pejabat Kedutaan India tu sebab masing-masing kerja dan tak boleh nak cuti. Alhamdulillah, Cawan (Chawana) sudi menolong kami memandangkan beliau bekerja shift malam tambahan pula Cawan pernah pergi ke pejabat tu. Macam-macam cerita sebenarnya yang berlaku kat kami pasal nak buat Visa ni, sampai nak lengkapkan borang pon kena isi kat Stesen Minyak, berkampung kat situ hehehe. Kak Coco yang tak ikut kami ke India pon turut memberikan sokongan join berkampung kat situ hehehe...kenangan.
Terpaksa isi borang kat stesen minyak! Drama sangat kan hehehe. |
Sambil-sambil tu boleh beli *'jajan'.... *jajan ni bahasa Jawa ye bermaksud kudapan* |
Ok borang dah siap...boleh pass kat Cawan. |
Ok, untuk mengelakkan beberapa masalah yang sering berulang sebab nak buat Visa ni, aku share sedikit sebanyak ilmu yang aku tau. Ini mengikut steps yang telah kami buat untuk apply Visa kami, dan ianya berjaya. Syukur...
CARA-CARA APPLY VISA KE INDIA
Permohonan Visa ke India perlu dibuat dengan mengisi borang secara on-line di website berikut : http://www.indianhighcommission.com.my/service_new.php. Banyak jugak butiran yang perlu diisi (biasa la, maklumat-maklumat butiran peribadi dan sebagainya). Dan pastikan setiap ruang lengkap diisi kecuali pada ruang-ruang yang tidak berkenaan la.
Website Pejabat Kedutaan India di Malaysia |
Tips: Sila isikan nombor passport dengan penuh (termasuk abjad di hadapan nombor passport anda contohnya A 1999999). Sekiranya anda tidak meletakkan abjad tersebut permohonan anda akan di reject!. Baca betol-betol borang tersebut supaya tiada ruangan yang tertinggal.
Borang online yang perlu diisi. |
Setelah siap mengisi borang Visa tersebut, sila semak sekali lagi. Ingat ye, borang kena LENGKAP. Bila dah puas hati dengan borang anda, sila tekan butang PRINT dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti di senarai semak di bawah.
Senarai Semak:
- Borang yang siap di cetak.
- Gambar Visa dengan latar belakang PUTIH bersaiz 2 inci x 2 inci
- Tentatif ITINERARY sewaktu berada di India.
- Passport anda. (Pastikan tarikh luput passport anda tidak kurang dari 6 bulan ke tempoh perjalanan tersebut).
- Bayaran VISA sebanyak RM 168.00 (Tourist VISA)
Setelah kesemua dokumen yang dikehendaki disediakan, kita kena menghantar borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen tersebut ke Pejabat Kedutaan India atau pejabat-pejabat perwakilan mereka seperti di alamat berikut:-
G-01,STRAITS TRADING BUILDING,
NO.2, LEBUH PASAR BESAR,
50050 KUALA LUMPUR,
Tel: 03-26922692
Fax: 03-2698 2692, 03-2692 2692
Website : www.indiavisa.com.my
Email : kl@indiavisa.com.my
NO.105 LEBUH CHULIA,
10200 PENANG
Tel: 04-2505 000
SUITE 325, 3RD FLOOR,
PAN GLOBAL PLAZA
JALAN WONG AH FOOK,
80000 JOHOR BAHRU
Tel: 07-2223 325
Adalah penting untuk memastikan waktu-waktu operasi pejabat-pejabat tersebut untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari. Waktu operasi penghantaran Visa adalah pada hari Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dan tempoh pemprosesan adalah selama 3 hari bekerja. Untuk mengambil semula passport anda, waktu yang dibenarkan adalah pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang sahaja. Sila kemukakan resit yang diberikan sewaktu menghantar borang permohonan ke kaunter untuk mengambil semula passport anda.
Inilah hasilnya! Wink~ Berwarna pulak tu! |
Aku rasa ini merupakan perkara-perkara wajib untuk apply Visa ke India, InsyaAllah takde masalah kalau follow semua instruction yang diberikan. Yang paling penting, sila semak semula dokumen-dokumen anda sebelum hantar.
To be continued...
WASSALAM.
Akak lalu jab..
ReplyDeletekak Anash!
ReplyDeleteWow!!! speechless! hahaha kompom tak baca ni! haip!
kak anash????? lalalalalalala.....
ReplyDeleteMe FIRST!!! <- sebab Kak Anash tak cakap okey!!!! hahahahahahahaha......
saje kannnnn dramaaaaa..... memacam nak jadik..... huuuuuuu....... jangan lupe tengok print pdf kua tulisan apa jugak!!!!!!! haiiii larrrrrr drama sungguh!
ReplyDeletetu blum lagik guna lappy kt umah patu suh fwd email patu charges RM3/hr smpai skang xbayo lagik haha! mmg drama sungguh! seb beik ade chawan. diharap dpt la kumpul scoop menariks kt sana.. jgn lupe blk jgn nk pandai2 mintak sedekah. xcukup duit aku sanggup trf! hahahaha
ReplyDeleteMasMZ:-
ReplyDeleteSangat! tetibe boleh print macam2 bahasa plak! Canggih bebeno printer tu!
Kakak Santek!
ReplyDeleteYaAllah tak bleh blah yang tu! Siap tetinggal bagai pastu kene emel hahahaha gigih! *ops terbocor rasyier! kekekeke
InsyaAllah ...saya dh tak jadi nak mintak sedekah kat sana dah.....hish moga dijauhkan!
cara dan form visa india dah mcm sama ngan jepun and amerika...dulu takde online, skang dah online...
ReplyDeletejgn lupa, utk yg single, utk ruangan bahagian spouse, dia paksa gak korang kawin, maka letak la laki/bini korang dengan nama N/A. hahaha! kalo tak, janggel kata tak leh continue submit :D
hala...akak first tauuu....
ReplyDeletepanjang entry nak baca dlm hp cenonit...tulisan pun cenonit nak baca...
aik? akak terbabit dlm kancah nih jugak???(menjadi supir untuk mkn mlm di cyberjaya..)...
yes ely...deme lupa nak bayo le tuh..hahah
tahniah! tahniah! baru nk tanya apa jadi kat visa korang, kot2 la Cawan kianat p hantar kat embassy russia ke hahahahah
ReplyDeleteBiq: visa jepun ada buat online ke??
ReplyDeletebiqque:china pun ade online tp kene g embassy jugak serah passport..
ReplyDeletejanggel:takleh blah tau nk isi form mcm nk hantar orang isi form kawin.. haha takpe2 nnti nk kawin dh tau la sape ko kne bincang..haha
na, tu ayat campur sekali harung...sama tu dari segi form online, submit embassy, gambar background putih...hahahaha!
ReplyDeleteBiqque:-
ReplyDeleteKekeke sebenarnya ada la ruangan untuk status tu...dia belah atas termasuk dalam celah bedah lain....so sape2 yg single sila tandakan UNMARIED yer.
kekeke. ye kebanyakan visa dah mendekati aplikasi online skg ni....
Kak anash:-
ReplyDeleteHamboih akak, buat-buat terkejut pulak yer! Ni semua akak punya hal! *tetibe kkekeke.
Nanti saya belanja kak Ely *tetibe kakak* makan donut sebijik yer.
Thanks
BlueEwoke;_
ReplyDeleteYer itulah ropernya Visa nak ke Yindia aku..erk cawan tak citer ke?? kekekeke..
banyak lagi untold story sebenarnya...tapi biarlah ia segar dalam lipatan kenangan.... *wah tetibe lipatan!*
Shahrule:-
ReplyDeleteYer sekg ni dah banyak yg pakai online..
Ops jap, isi borang kawin pon dah pakai online ke?? mana ko tau??? *jeng jeng jeng!
Biqque:-
ReplyDeleteKo memang suka skaliharung-skaliharung ni kan! hehehe'
Suke entry ni. Sbb x penah travel nak kene pakai visa2 ni. so wonder la macam mana la nak wat visa. Leceh gak nak kene anta kat kedutaan. Lagik2 aku kat JB. Haduh...
ReplyDeleteeh lagi 3 hari nak pegi. x sbrnyaaaa nk kuch kuch hotak ang kat sana. kekeke.
ReplyDeletemane sambungannye?
nak poskaddddddd...
ReplyDeleteokbai!
hahahah
pesal akak plak yg kena??
ReplyDeletehaaa??cer explain???
(sambil pegang pisau wat muka saiko...)
lama dah tak potong buah mangga kotak-kotak pas tu cucuk kat lidi....
(motif??)
tik tok tik tok
ReplyDeletewah..mesti enjoy pergi India! Pergi jalan2 kt mane?
ReplyDeleteIza:-
ReplyDeleteHmmm takpe nanti ada rezeki bleh la pegi tempat2 yg ada Visa kekek.
InsyaAllah.
Ye JB mmg jauh. :)
John:-
ReplyDeleteYer so;a kuch kuch Hotak Hang kat sana yer!
Tu pi baca sambungannya .
Kak Anash:-
ReplyDeleteMOTIFFFF!!!!!
MasZuber:-
ReplyDeleteSila konci jam kasi betol hehehe
Hanie:-
ReplyDeleteSila PM alamat kalo nak Poskad hehehe
Amer:
ReplyDeleteMemang enjoy, jalan2 kat Golden Triangle je kekeke.