2012-05-28

Perghhh Its Perth! Part 4: Lancelin (Sandboarding) And Lake Clifton (The Thrombolites)

Assalamualaikum!!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok lepas dah puas bergambar dan menghayati sunrise di Pinnacles Desert, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin, yang terletak lebih kurang 89.5km dari Pinnacles Desert. Perjalanan merentasi Indian Ocean Drive mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang agak bosan pemandangan sepanjang perjalanan tapi kadang-kadang nam[ak jugak pemandangan yang mengasyikkan, apa lagi berhenti la ambik gambar hehehe.


Kami hanya dapat melihat kincir angin di Emu Wind Farm dari jauh je sebab dah tak sanggup nak lalu balik jalan semalam untuk ke sana, agak jauh sebenarnya. Kami melalui pekan Gingin lebih kurang jam 12 tengahari. Sempat lagi singgah di sebuah supermarket untuk beli roti dan makanan-makanan lain sebagai lunch kami. Dah habis shopping barang-barang makanan, kami terus mencari kedai untuk menyewa sandboard, katanya kat kedai Lucky Seven (7) ada menyediakan sandboard untuk disewa. Kedai Lucky 7 ni senang je nak cari, terletak di tepi jalan menghala ke Lancelin, tempat sandboarding dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. pekerja kedai meminta kami membayar deposit untuk menyewa sandboard sebanyak AUD50 dan AUD10 untuk sewa sebuah papan sandboard. Duit AUD50 tu akan dipulangkan semula selepas sandboard dipulangkan. Tempoh masa sewaan adalah selama 2 jam. Bagi aku, sewa satu papan dah cukup sebab boleh gilir-gilir main luncur pasir tu, setakat nak mencuba je pon kan, bukan untuk pertandingan hehehe.


Pengalaman meluncur pasir memang best! Mula-mula tu ingat luncuran akan laju berdesup ke bawah, rupa-rupanya dia jalan slow je mengikut kehalusan pasir! Best giler! HAHAHA. Kat Lancelin ni macam-macam pe'el jugak keluar dan yang paling penting kami jumpa lagi Pak Arab dan konco-konconya kat situ...huh mengikut rupanya diorang tu.


 


Ok habis kisah kat Lancelin, kami meneruskan perjalanan menuju ke selatan Perth pulak, titik fokus adalah ke Augusta yang terletak 436 km di WA. Ha hambek ko pukul berapa la nak sampai kan, kami bertolak pukul 1.30 petang. Perjalanan merentasi Perth City melalui Old Coast Road dan kami dapat lihat kawasan perkampungan di kiri dan kanan jalan. Sempat jugak kami singgah di supermarket Coles yang katanya ada jual coklat murah, aku taktau le puka, diorang yang cakap. So kami singgah le kejap kat pasaraya tu untuk tengok apa yang patut. Haah la memang coklat kat situ murah! 


Dari pasaraya Coles, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki 3 jam. Sebenarnya total perjalanan dari Lancelin ke Augusta akan mengambil masa 5jam 30 minit. Di tengah perjalanan kami singgah di Lake Clifton untuk melihat Thrombolites yang sangat unik. Aku pernah terbaca pasal thrombolites ni yang merupakan batuan-batuan hidup di pinggir tasik, memang unik giler dan tempatnya terletak sangat dalam dari jalan besar.Kawasan thrombolites ni berada di dalam Yalgorup National Park.


NOTA: Thrombolites are clotted accretionary structures formed in shallow water by the trapping, binding, and cementation of sedimentary grains by biofilms of microorganisms, especially cyanobacteria (commonly known as blue-green algae). Stromatolites are similar but consist of layered accretions.
Kat kawasan ni ada satu walkaway yang merentasi kawasan thrombolites untuk memudahkan pengunjung menyaksikan sendiri fenomena tersebut dengan lebih dekat! Paling best, kami berada pada masa yang betul sebab kami dapat menyaksikan sunset paling indah di Lake Clifton! Subhanallah memang cantik giler pemandangan petang tu, dan suhu pon dah menurun tak tau berapa darjah Celsius sebab sangat sejuk. kami lepak kat situ sampai keadaan bertambah gelap. Takut jugak duduk situ lama-lama sebab orang pon dah tak ramai dan dalam hutan pulak tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Augusta dalam kelam malam.


Perjalanan ke Augusta masih berbaki lebih kurang 2 jam. Hadoi lamanya, tapi demi menerjah kawasan-kawasan cantik, kami sanggup! Malam ni kami akan bermalam di Clovelly Holiday Unit, Augusta. Owner chalet tu dah sedia menunggu kami yang tak kunjung tiba hehehe bertabahlah.

Ok nanti aku sambung kisah di Augusta pulak ya. Tunggu....

WASSALAM.

2012-05-27

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya: Panasnya.

Assalammualaikum!!!

Start awal minggu lepas lagi Putrajaya dah kucar kacir, banyak jalan tutup, khemah dipasang di sana-sini...nak pergi kerja pon susah kena ikut jalan jauh...fuh sungguh mencabar. Ini semua gara-gara Himpunan Jutaan Belia 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ya, opis KBS ni sebelah je dengan opis aku dan rasa macam untung jugak la dapat tengok program-program pelancaran dari celah tingkap je kekeke.

Trem yang disediakan


OK, Himpunan Jutaan Belia 2012 ni merupakan tahun kedua ia diadakan di Putrajaya. Kalau tahun lepas, namanya adalah Perhimpunan Sejuta Belia, tapi tahun ni dah jadi 'Jutaan' belia pulak. Diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 dan penganjuran kali ni katanya yang terbesar setakat ni! Kalau tahun lepas ada 200 live show dan program diadakan, tapi tahun ni ada 500 live show dan program! Fulamak...tatau le macamana diorang handle. Dan program ini melibatkan kawasan sepanjang 6 km di sekitar Persiaran Perdana, Putrajaya.

Semalam aku pon pergila terjah, meronda-ronda kawasan nak tengok bagaimana kehebatan penganjuran tahun ni. Ya tahun ni ada jugak Jom Heboh sempena Hari Belia, dan aku rasa, ramai orang datang pon sebab nak tengok Jom Heboh! Kan ke tak? Aku rasa betul dah tu. Tapi tak dinafikan jugak memang banyak program menarik yang disusun khas untuk semua pengunjung yang datang, dan yang paling menarik minat aku adalah program pelancaran Youth Tourism Fair yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Pelancongan Malaysia , Y. B. Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen. 

Menteri Pelancongan Malaysia

Pelancaran Youth Torism Fair 2012
Macam-macam peluang sebenarnya diberikan untuk para belia terutamanya program perlancongan di dalam negara. Dan sebenarnya aku jugak baru tahu wujudnya Persatuan Asrama Belia Malaysia! (Malaysia Youth Hostels Association, MYHA) yang bertindak secara langsung menjayakan perasmian Youth Tourism Fair ni. Macam-macam peluang ada sebenarnya.

Tak larat nak cerita panjang sebab banyak sangat kawasan yang dilawati. Cuma satu je yang agak mengecewakan, sistem trem (bas) yang ditugaskan untuk membawa pengunjung di sepanjang 6km Persiaran Perdana yang tidak mengikut jadual dan kadang-kadang tak muncul-muncul. Jenuh jugak aku tunggu hampir 20 minit untuk menaiki trem tersebut tapi kelibatnya tak kelihatan. Ya, tempat menunggu trem disediakan tapi kelibat tremnya tak ada. Mungkin perkara ini boleh diperbaiki di masa akan datang.

New Record, Malaysia Longest Batik Painting.
New record, Kawad Berirama teramai di Malaysia.

Konsert? Memang banyak tapi satu pon aku tak tengok sebab dah tak larat nak bersesak-sesak macam tahun lepas tengok konsert K-POP (SUJU) hahaha. Ok lah...jom layan gambar di sekitar peristiwa.


Macam-macam karektor ada, antaranya Naruto!
Power Ranger Merah.

Yang ni aku tatau binatang apa hahahaha
Fixie ...
Boleh disewa.
Antara pameran yang ada
Persembahan kebudayaan

Persembahan muzik tradisional
JOM Heboh, TV3
Ada Tomok! Hhahahaa
Persembahan Cheer-leading
Perlumbaan Jet Ski
Mendapatkan khidmat nasihat...gerai-gerai jualan.
Lelongan, Ribena murah!
Konsert di Japan Feast!

WASSALAM.

POPULAR POSTS