2012-05-28

Perghhh Its Perth! Part 4: Lancelin (Sandboarding) And Lake Clifton (The Thrombolites)

Assalamualaikum!!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok lepas dah puas bergambar dan menghayati sunrise di Pinnacles Desert, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin, yang terletak lebih kurang 89.5km dari Pinnacles Desert. Perjalanan merentasi Indian Ocean Drive mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang agak bosan pemandangan sepanjang perjalanan tapi kadang-kadang nam[ak jugak pemandangan yang mengasyikkan, apa lagi berhenti la ambik gambar hehehe.


Kami hanya dapat melihat kincir angin di Emu Wind Farm dari jauh je sebab dah tak sanggup nak lalu balik jalan semalam untuk ke sana, agak jauh sebenarnya. Kami melalui pekan Gingin lebih kurang jam 12 tengahari. Sempat lagi singgah di sebuah supermarket untuk beli roti dan makanan-makanan lain sebagai lunch kami. Dah habis shopping barang-barang makanan, kami terus mencari kedai untuk menyewa sandboard, katanya kat kedai Lucky Seven (7) ada menyediakan sandboard untuk disewa. Kedai Lucky 7 ni senang je nak cari, terletak di tepi jalan menghala ke Lancelin, tempat sandboarding dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. pekerja kedai meminta kami membayar deposit untuk menyewa sandboard sebanyak AUD50 dan AUD10 untuk sewa sebuah papan sandboard. Duit AUD50 tu akan dipulangkan semula selepas sandboard dipulangkan. Tempoh masa sewaan adalah selama 2 jam. Bagi aku, sewa satu papan dah cukup sebab boleh gilir-gilir main luncur pasir tu, setakat nak mencuba je pon kan, bukan untuk pertandingan hehehe.


Pengalaman meluncur pasir memang best! Mula-mula tu ingat luncuran akan laju berdesup ke bawah, rupa-rupanya dia jalan slow je mengikut kehalusan pasir! Best giler! HAHAHA. Kat Lancelin ni macam-macam pe'el jugak keluar dan yang paling penting kami jumpa lagi Pak Arab dan konco-konconya kat situ...huh mengikut rupanya diorang tu.


 


Ok habis kisah kat Lancelin, kami meneruskan perjalanan menuju ke selatan Perth pulak, titik fokus adalah ke Augusta yang terletak 436 km di WA. Ha hambek ko pukul berapa la nak sampai kan, kami bertolak pukul 1.30 petang. Perjalanan merentasi Perth City melalui Old Coast Road dan kami dapat lihat kawasan perkampungan di kiri dan kanan jalan. Sempat jugak kami singgah di supermarket Coles yang katanya ada jual coklat murah, aku taktau le puka, diorang yang cakap. So kami singgah le kejap kat pasaraya tu untuk tengok apa yang patut. Haah la memang coklat kat situ murah! 


Dari pasaraya Coles, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki 3 jam. Sebenarnya total perjalanan dari Lancelin ke Augusta akan mengambil masa 5jam 30 minit. Di tengah perjalanan kami singgah di Lake Clifton untuk melihat Thrombolites yang sangat unik. Aku pernah terbaca pasal thrombolites ni yang merupakan batuan-batuan hidup di pinggir tasik, memang unik giler dan tempatnya terletak sangat dalam dari jalan besar.Kawasan thrombolites ni berada di dalam Yalgorup National Park.


NOTA: Thrombolites are clotted accretionary structures formed in shallow water by the trapping, binding, and cementation of sedimentary grains by biofilms of microorganisms, especially cyanobacteria (commonly known as blue-green algae). Stromatolites are similar but consist of layered accretions.
Kat kawasan ni ada satu walkaway yang merentasi kawasan thrombolites untuk memudahkan pengunjung menyaksikan sendiri fenomena tersebut dengan lebih dekat! Paling best, kami berada pada masa yang betul sebab kami dapat menyaksikan sunset paling indah di Lake Clifton! Subhanallah memang cantik giler pemandangan petang tu, dan suhu pon dah menurun tak tau berapa darjah Celsius sebab sangat sejuk. kami lepak kat situ sampai keadaan bertambah gelap. Takut jugak duduk situ lama-lama sebab orang pon dah tak ramai dan dalam hutan pulak tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Augusta dalam kelam malam.


Perjalanan ke Augusta masih berbaki lebih kurang 2 jam. Hadoi lamanya, tapi demi menerjah kawasan-kawasan cantik, kami sanggup! Malam ni kami akan bermalam di Clovelly Holiday Unit, Augusta. Owner chalet tu dah sedia menunggu kami yang tak kunjung tiba hehehe bertabahlah.

Ok nanti aku sambung kisah di Augusta pulak ya. Tunggu....

WASSALAM.

34 comments:

  1. omg!!! para ulama main sandboarding kat lancelin??? curlasttt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. John:

      Ulama' la sangat! Orang kaya Dubai ok!

      Delete
  2. Ok, gambar2 anda sangat cantik sekali. Saya sungguh teruja. Terima kasih kerana membuatkan saya bermimpi dan berkhayal seketika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Hamboi bermimpi dan berkhayal ye??? Tang mana gamaknya tu.

      Kekekee

      Delete
  3. Betui la kata Danny, para2 ulama main sandboarding pakai jubah!! memang curlasttttttttttttttt..tak takut terselak ke jubah tu? kekekekeke..

    Kene pegi gak perth gayanya aku nih hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:

      Hartawan Dubai ni gamaknya! Terselak? Wow i like selak2 hahahaa. Ada inner kat dalam kekee *tetibe

      Sila dtg kg saya!

      Delete
  4. okek bgambo smbil pegang sandboard yg menutupi perut mmg nmpak segak and hensem, bergambo spt para ulama mmg nmpak sgt mcm pak arab yg kayas dari dubai melancong naik jet okeh! hahahahhahaha


    na.. takut terselak? hahahahhahahahahhahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely:

      Itu adalah teknik bergambo paling berkesan ye. Sila amalkan. Pak arab dubai? I like! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮
      Selak2? I like jugak! Hahaa

      Delete
  5. jom ke sisi laen australia pulak jom! hahaha

    ReplyDelete
  6. Begitu bertabah tuan hamba demi keriangan berganda... :P

    ReplyDelete
  7. ok dh baca sume. ade beli tak coklat bar brand MILO? kat msia takde jual tau. tp sumpah mmg sedap giler!!! owh mai, rindu pulak kat perth.

    korang main brape round? penat x nak panjat balik bukit pasir tu? kekek

    ReplyDelete
  8. tumpang lalu~~
    gambo cantik gilos!!! daebak sungguh! ^^V

    ReplyDelete
  9. halahaiiiii
    janggel...jom gi lagi sekali perth...
    waaaa...
    jumpa Hj Yon org kampung akak tuh (tetiba ngaku sedara plak?)

    hahah..
    serius cantik gambo sana..

    ReplyDelete
  10. Cuaca cerah seronok nak jalan2 dan ambil photo. Walaupun singkat trip awk ke Perth ni tapi banayk tempat yang cuba di jejak. Bagus lah tu. Tentang coklet murah tu ada tak borong berkotak2 bawa balik Msia?

    Saya masih tak dapat tengok keseluruhan photo2 ni... line slow...liat nak terpampang depan screen ni, nanti bila laju kita tengok sekali lagi ya...

    ReplyDelete
  11. HD:

    Sisi lain australia? hmmmm not in the short period of time la kot. Dunia ini luas untuk diterokai ekkeke.

    ReplyDelete
  12. Zila:

    Haah saya sangat bertabah, sebab yakin hasilnya berlipat ganda

    ReplyDelete
  13. Danny:

    Tak beli pon, aku beli 2 ceklat tu je hahahaha. Jom lawat kampung aku kat Perth tu.

    Aku main 2 round je, tapi masih kuat. hahahaha

    ReplyDelete
  14. Miss:

    Thank you miss! :)
    Debak tu mende? Debab tau la hehehe

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:

    Jom dengan syarat akak belanja hahahaha.

    ye Hj yon memang org kg akak kekeke.

    ReplyDelete
  16. Andaque:

    Ya betol, kalo cuaca baik semua mood pon jadi baik dan gambo pon cantik!
    Aku tak memborong sebab amalkan konsep kedekut hahaha, tapi kengkawan lain ada borong banyak.

    nanti kalau sudi singgah la lagi tengok gambar!

    Thanks. :0

    ReplyDelete
  17. Wahhh2 kemain pak arab mlompat kt pdg psir,musti lme dok msia ni hehehe ..nape xbuat gaya prince of persia ;p
    Nk tny time awk g ni...weather waktu siang cmne?sejuk or juz nice je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamra:

      Ntah la pak arab tu, over pulak dia tetibe kat sana hahaah .

      Masa saya ke sana dah hujung autumn nak masuk winter. So keadaan agak sejuk waktu siang dan sangat sejuk waktu malam.

      Delete
  18. Gile lama korang drive dr utara ke selatan wei.. Kalo drve waktu malam kenkadang bahaya sbb kangaroo slalu nerentas jalan..utu yg ade yg kena langgar n mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasZuber:

      Haah memang lama, berjam2. Mmg nampak banyak kanggeru mati tengah jalan. Sian depa.

      Delete
  19. Riang ria betol gambar2 ni semua...:) Sunset is always the best view... By the way, i like yr tagline...very catchy...keh..keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica:

      Heheheh thanks! You are right! Sunset is always the best time to capture good picture!

      :)

      Delete
  20. dalam photo pasir tu putih sekali pandang cam sajli lah pulak... enjoy nampak masa main gelungsur tu.....Saya pun pernah hampir try gelunsur papan dipadang pasir di Dunhuang dulu, tapi oleh kerana gayat berada di puncak pasir saya terus tak jadi gelunsur hehe....bila fikir balik... rugi jugak tak try kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque;

      HAah memang pasir tu putih dan halus. Ala nape tak try, tak laju mana pon masa gelungsur tu sebb pasir tu halus melambatkan penggelungsuran hehee. Takpe nanti bleh cuba lagi. Seronok!

      Delete
  21. gambar awal2 ko sume ok, nak sampai ke hujung tu aku terpaksa raup muka berkali2 sebab....semput! ustaz don versi ostolia ke ni weh? sengal...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatt:

      Hahhaah kata nak keriangan berganda kan! Kenalah jadi sengal barang seketika! Kekkekeke. Ustad don? Wallaaaaaaaaa!

      Delete
  22. daebak tu bahasa koya means 'hebat gilos' hehehee

    ReplyDelete
  23. Miss:

    OOO itu ke maksudnye kekek ok noted.

    ReplyDelete
  24. nak tanya kalo winter dia open tak for sandboarding ni?

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS