Assalammualaikum!
[Ketik sini untuk Teaser 1, Teaser 2, Teaser 3, Teaser 4 dan Teaser 5 ]
Ye banyak sungguh teaser yang telah dikeluarkan (bertabahlah sebab masih lama lagi aku di sini). Bukan apa, untuk minggu pertama ni tak sempat lagi nak menulis panjang lebar tentang perjalanan aku ke Negara Matahari Terbit ni. macamana kisah ini bermula? Nanti akan aku ceritakan satu persatu secara terperinci.
Memandangkan sekarang ni masih dalam mood Hari Raya Aidil Fitri, tercatat jugak sejarah pertama dalam hidup aku berHari Raya di perantauan. Ok tu nanti akan aku ceritakan jugak pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantauan. Mungkin tak sehebat dan tak sebest mana pon kisah aku ni, tapi cukuplah sekadar menjadi memori terindah dalam hidup... janji ada!.
Aku dijadualkan untuk berlepas ke Jepun pada 11 Ogos 2012, untuk menimba ilmu katanya. Takde la lama mana ke Jepun tu, cuma beberapa minggu sahaja, tapi ia merupakan tempoh berada di luar negara paling lama bagi aku! Sebelum berangkat ke Jepun, kenalah buat macam-macam persiapan. Terus terang aku cakap, memang persiapan yang aku buat semuanya last minit. First sekali yang paling penting adalah menguruskan beberapa dokumen penting termasuklah Visa.
Alhamdulillah, dengan surat tawaran tu aku tak perlukan kerumitan untuk memiliki Visa ke Jepun. Pertama kali jugak aku dari KLCC berjalan kaki di bulan Remdan menuju ke Pejabat Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak. Memang berpeluh jugak la ketiak, jalan kaki, katanya 10 minit tapi sebenarnya 10 minit tu ikut cara orang Jepun berjalan! Kalau ikut cara orang Malaysia berjaan kompom-kompom 30 minit!
Urusan Visa mengambil masa 3 hari untuk siap (bagi kes aku di Semenanjung Malaysia) tapi untuk kes kawan aku yang tinggal di Sabah dan Sarawak, urusan Visa mereka hanya mengambil masa sehari sahaja. Selesai urusan Visa, dan urusan dokumen-dokumen pelepasan yang lain maka bermulalah ketaksuban aku nak menerjah Negara Matahari Terbit ni. (Sebelum tu tak berani nak taksub-taksub dulu sebab takut tak jadi pergi hehehe).
|
Ni la rupanya Visa ke Jepun. Laku untuk 3 bulan je dalam kes aku ni. |
Maka tanggal 11 Ogos 2012, bersamaan hari Sabtu seminggu sebelum sambutan
Hari Raya Aidil Fitri di
Malaysia, aku pon terbanglah bersama seorang kakak dari Sarawak (aku namakan
Kak Mah) atas tujuan yang sama menaiki
Japan Airlines (terima kasih kepada
Kerajaan Jepun sebab taja trip aku) jam 10.50 malam. Untung juga aku dah
start kenal-kenal dengan akak ni dan dia seorang yang sangat ramah dan
easygoing...jadi takda masalah untuk aku di
Japan nanti. Dalam
flight pon
alhamdulillah, tak ada masalah, makan minum kami semua terjaga. Sempat jugak la layan
filem Mirror Mirror lakonan
Julia Robert sementara menunggu masa bersahur. Sebenarnya aku takda la buat
research sangat pasal tempat yang aku nak pergi kat
Jepun ni, jadi waktu sahur pun aku tak tau pukul berapa habis. Makanya berkali-kali jugak la jenguk kat luar tingkap, kalau-kalau terampak fajar terbit waktu tu dah dekat pukul 5 pagi.
|
Ni semua bagasi aku. Eh yang depan tu anak buah aku (tak termasuk dalam bagasi hahaha) |
|
Ok tak exceed 46 kg. So legaaaa.... kalau tak kena bayar duit sendiri pulak kekeke. |
|
Punya lah mahal air tin Coca Cola ni sampai RM 8 setin! Adoi memandangkan teringin sangat nak minum lepas buka puasa sebelom ke Jepun (Macam la kat Jepun takde Coke kan!!!) terpaksa beli jugak. Pasrah. |
|
Tiket dan passport dah ready untuk boarding! |
Dalam
flight memang susah nak lelap, sebab kerusi tak berapa empuk (maklumla bukan
business class) jadi cuma tidur-tidur ayam je la. Perjalanan dari
Kuala Lumpur ke
Narita International Airport mengambil masa selama 7 jam. Lama tu!!! Sampai di
Narita International Airport, dan selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam aku dan
Kak Mah berjalan membawa beg berkilo-kilo menuju ke pintu
arrival (kami diberi
luggage 46 kg seorang ye,
so bayangkan berapa beg aku boleh bawak!) Masa ketibaan adalah pada jam 7.05 pagi waktu
Jepun yakni awal sejam dari waktu
Malaysia (masa ni kat Malaysia masih jam 6.05 pagi).
|
Layan movie berapa kali tah... |
|
Ni makanan sahur kami. alhamdulillah, kenyang la jugak. |
Keluar je dari
arrival hall maka ada sorang mamat
Jepun ni dah tunggu kami, pegang sepanduk lagi. Ha merasa jugak la macam drama-drama dalam tv tu kan ada orang tunggu pegang sepanduk kat
airport! Kami di bawa ke tempat menunggu sebab ada lagi 2 orang dari
Indonesia yang akan
joint kami. Beberapa minit menunggu akhirnya muncul
Pak Agus dan
Mbak Ajeng dari
Indonesia yang akan bersama-sama aku dan
Kak Mah di
Jepun.
Selesai urusan pendaftaran, kami dibawa menaiki bas menuju ke
Tsukuba, Ibaraki di mana terletaknya
Tsukuba Science City. Aku pon tak dapat bayangkan macamanalah rupanya tempat nama
Tsukuba ni, adakah seperti
Kuala Lumpur? atau cuma sekadar seperti di
Sekinchan? Tunggu je lah dalam teksi tu. Perjalanan dari
Narita Internationnal Airport ke
Tsukuba,
Ibaraki mengambil masa hampir satu jam. Sepanjang perjalanan tu kami melalui kawasan pekan-pekan kecil dan jugak sawah padi!
SAH! NI MEMANG MACAM KAT SEKINCHAN! Pemandangan sawah padi tu memang tak boleh blah! Terus terbayang kampung ayah aku kat
Sabak Bernam tu, memang penuh dengan bendang.
Time ni pulak memang padi semua dah nak masak, tunggu masa menguning je.
SubhanAllah memang tak sangka sungguh dapat tengok sawah padi kat
Jepun.
Dalam perjalanan hujan turun walau tak lebat, tapi keadaan memang mendung pagi tu. Suram je, lagipon hari Ahad, jadi jalan agak lengang dan mungkin sebab rakyat
Jepun masih ramai yang membuta. Kami tiba di
Tsukuba, Ibaraki pada jam 9.00 pagi
(plus minus masa menunggu teksi dan sebagainya). Sah, memang kawasan hostel tempat aku akan tinggal ni dikelilingi sawah padi,
meaning that aku akan duduk di kawasan perkampungan di
Jepun! Tetibe pulak aku teruja masa tu, sebab tak sangka pulak kat
Jepun ni masih ada kawasan kampung-kampung macam ni kekekeke (pemikiran kuno lah katakan sebab selalu dibayangi
Jepun sebuah negara Maju).
Selesai urusan pendaftaran dan
check in bilik (
alhamdulillah dapat bilik yang amat selesa) kami di beri penerangan mengenai peraturan asrama dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Petugas pendaftaran tu kata, kat sini memang jauh dari
Tsukuba City Centre, jaraknya lebihkurang 13 km dan pengangkutan yang ada hanyalah Bas dan
BASIKAL (
Speda kata orang
Indonesia). Huh? Maksudnya kawasan ni memang terpencil dan sunyi! (Ye memang sangat sunyi sehingga riang-riang (serangga) dapat menyanyi dengan kuatnya sehingga mengganggu gegendang telinga kalau tak tutup tingkap! Tambahan pulak, sekarang ni tengah
summer, keadaan kepanasan memang sama
level dengan
Malaysia, jadi terpaksa bertabahlah menempuh ujian di bulan
Remdan di negara orang.
|
Lokasi penginapan aku untu hari-hari berikutnya. |
|
Keadaan bilik aku untuk hari-hari berikutnya. |
Masuk je bilik, aku tak pikir benda lain dah, terus terjun atas katil dan tidur! Memang penat gile masa tu sebab tak dapat lena atas
flight semalam. Beg-beg pon tak sempat punggah. Aku terjaga bila
Kak Mah call bilik aku ajak keluar jenjalan lawat kawasan. Huh nasib baik dia ajak! Kalau dia tinggalkan aku memang aku amuk! hahaha. Aku,
Kak Mah dan
Mbak Ajeng keluar jalan kaki tanpa arah tuju pada jam 4 petang. (
Pak Agus tak tau kemana dah tetiba hilang, sebab dia pernah duduk kat
Tsukuba ni setahun pada tahun 2003 katanya). Cuma nak membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Masa tu tak tau pon nak pinjam speda kat mana, kedai terdekat kat mana,
so kami main redah je la. Seronok pulak bila lalu lalang depan rumah orang tempatan yang cantik-cantik. masuk lorong sana dan keluar lorong sini dan akhirnya terjumpalah satu
Mini Mart kat tepi jalan besar setelah 30 minit jalan kaki. Itu adalah satu-satunya kedai yang paling dekat dengan asrama aku.
Lepas meninjau-ninjau apa yang ada dijual kat dalam
Mini Stop (nama kedai) tu, kami pon patah balik ke asrama. Dalam perjalanan balik sempat jugak singgah lepak kat satu taman permainan kecik je berhampiran asrama. Penat le katakan sebab bulan-bulan puasa, gigih jalan kaki jauh-jauh kan. Tapi syukur lah sebab
Allah bagi kekuatan pada kami untuk meneroka buminya.
Waktu berbuka puasa di
Tsukuba adalah pada jam 6.30 petang waktu
Jepun (kalau kat
Malaysia jam 5.30 petang).
So balik je asrama kami semua terus ke dewan makan. Banyak juga rupanya makanan yang ada kat situ, dan yang penting
Halal food disediakan. Pilih je mana yang berkenan sebab aku diberi elaun 700 yen sehari untuk makan malam. Hahaha banyak tak?
So boleh la makan mewah-mewah sikit, takde la kebulur sangat.
Alhamdulillah, kami dapat berbuka puasa bersama-sama untuk pertama kalinya di
Jepun!.
Kami jumpa Pak Agus di dewan makan, katanya dia dah merayau sampai ke Tsukuba City! Takut nak ajak kami sebab risau kami tak larat! Aduhhhhhhhhhh masakan kami capek, kan kami ni meronta-ronta mau explore kawasan. Hehehe jadi esok, kami dah set plan. Ke mana pulak plan kami esok?. Tunggu kisah selanjutnya ya!
To be continue...
WASSALAM.