[Ketik sini untuk Teaser 1, Teaser 2, Teaser 3, Teaser 4 dan Teaser 5 ]
Ye banyak sungguh teaser yang telah dikeluarkan (bertabahlah sebab masih lama lagi aku di sini). Bukan apa, untuk minggu pertama ni tak sempat lagi nak menulis panjang lebar tentang perjalanan aku ke Negara Matahari Terbit ni. macamana kisah ini bermula? Nanti akan aku ceritakan satu persatu secara terperinci.
Memandangkan sekarang ni masih dalam mood Hari Raya Aidil Fitri, tercatat jugak sejarah pertama dalam hidup aku berHari Raya di perantauan. Ok tu nanti akan aku ceritakan jugak pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantauan. Mungkin tak sehebat dan tak sebest mana pon kisah aku ni, tapi cukuplah sekadar menjadi memori terindah dalam hidup... janji ada!.
Aku dijadualkan untuk berlepas ke Jepun pada 11 Ogos 2012, untuk menimba ilmu katanya. Takde la lama mana ke Jepun tu, cuma beberapa minggu sahaja, tapi ia merupakan tempoh berada di luar negara paling lama bagi aku! Sebelum berangkat ke Jepun, kenalah buat macam-macam persiapan. Terus terang aku cakap, memang persiapan yang aku buat semuanya last minit. First sekali yang paling penting adalah menguruskan beberapa dokumen penting termasuklah Visa.
Alhamdulillah, dengan surat tawaran tu aku tak perlukan kerumitan untuk memiliki Visa ke Jepun. Pertama kali jugak aku dari KLCC berjalan kaki di bulan Remdan menuju ke Pejabat Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak. Memang berpeluh jugak la ketiak, jalan kaki, katanya 10 minit tapi sebenarnya 10 minit tu ikut cara orang Jepun berjalan! Kalau ikut cara orang Malaysia berjaan kompom-kompom 30 minit!
Urusan Visa mengambil masa 3 hari untuk siap (bagi kes aku di Semenanjung Malaysia) tapi untuk kes kawan aku yang tinggal di Sabah dan Sarawak, urusan Visa mereka hanya mengambil masa sehari sahaja. Selesai urusan Visa, dan urusan dokumen-dokumen pelepasan yang lain maka bermulalah ketaksuban aku nak menerjah Negara Matahari Terbit ni. (Sebelum tu tak berani nak taksub-taksub dulu sebab takut tak jadi pergi hehehe).
Ni la rupanya Visa ke Jepun. Laku untuk 3 bulan je dalam kes aku ni. |
Ni semua bagasi aku. Eh yang depan tu anak buah aku (tak termasuk dalam bagasi hahaha) |
Ok tak exceed 46 kg. So legaaaa.... kalau tak kena bayar duit sendiri pulak kekeke. |
Tiket dan passport dah ready untuk boarding! |
Layan movie berapa kali tah... |
Ni makanan sahur kami. alhamdulillah, kenyang la jugak. |
Selesai urusan pendaftaran, kami dibawa menaiki bas menuju ke Tsukuba, Ibaraki di mana terletaknya Tsukuba Science City. Aku pon tak dapat bayangkan macamanalah rupanya tempat nama Tsukuba ni, adakah seperti Kuala Lumpur? atau cuma sekadar seperti di Sekinchan? Tunggu je lah dalam teksi tu. Perjalanan dari Narita Internationnal Airport ke Tsukuba, Ibaraki mengambil masa hampir satu jam. Sepanjang perjalanan tu kami melalui kawasan pekan-pekan kecil dan jugak sawah padi! SAH! NI MEMANG MACAM KAT SEKINCHAN! Pemandangan sawah padi tu memang tak boleh blah! Terus terbayang kampung ayah aku kat Sabak Bernam tu, memang penuh dengan bendang. Time ni pulak memang padi semua dah nak masak, tunggu masa menguning je. SubhanAllah memang tak sangka sungguh dapat tengok sawah padi kat Jepun.
Dalam perjalanan hujan turun walau tak lebat, tapi keadaan memang mendung pagi tu. Suram je, lagipon hari Ahad, jadi jalan agak lengang dan mungkin sebab rakyat Jepun masih ramai yang membuta. Kami tiba di Tsukuba, Ibaraki pada jam 9.00 pagi (plus minus masa menunggu teksi dan sebagainya). Sah, memang kawasan hostel tempat aku akan tinggal ni dikelilingi sawah padi, meaning that aku akan duduk di kawasan perkampungan di Jepun! Tetibe pulak aku teruja masa tu, sebab tak sangka pulak kat Jepun ni masih ada kawasan kampung-kampung macam ni kekekeke (pemikiran kuno lah katakan sebab selalu dibayangi Jepun sebuah negara Maju).
Selesai urusan pendaftaran dan check in bilik (alhamdulillah dapat bilik yang amat selesa) kami di beri penerangan mengenai peraturan asrama dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Petugas pendaftaran tu kata, kat sini memang jauh dari Tsukuba City Centre, jaraknya lebihkurang 13 km dan pengangkutan yang ada hanyalah Bas dan BASIKAL (Speda kata orang Indonesia). Huh? Maksudnya kawasan ni memang terpencil dan sunyi! (Ye memang sangat sunyi sehingga riang-riang (serangga) dapat menyanyi dengan kuatnya sehingga mengganggu gegendang telinga kalau tak tutup tingkap! Tambahan pulak, sekarang ni tengah summer, keadaan kepanasan memang sama level dengan Malaysia, jadi terpaksa bertabahlah menempuh ujian di bulan Remdan di negara orang.
Masuk je bilik, aku tak pikir benda lain dah, terus terjun atas katil dan tidur! Memang penat gile masa tu sebab tak dapat lena atas flight semalam. Beg-beg pon tak sempat punggah. Aku terjaga bila Kak Mah call bilik aku ajak keluar jenjalan lawat kawasan. Huh nasib baik dia ajak! Kalau dia tinggalkan aku memang aku amuk! hahaha. Aku, Kak Mah dan Mbak Ajeng keluar jalan kaki tanpa arah tuju pada jam 4 petang. (Pak Agus tak tau kemana dah tetiba hilang, sebab dia pernah duduk kat Tsukuba ni setahun pada tahun 2003 katanya). Cuma nak membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Masa tu tak tau pon nak pinjam speda kat mana, kedai terdekat kat mana, so kami main redah je la. Seronok pulak bila lalu lalang depan rumah orang tempatan yang cantik-cantik. masuk lorong sana dan keluar lorong sini dan akhirnya terjumpalah satu Mini Mart kat tepi jalan besar setelah 30 minit jalan kaki. Itu adalah satu-satunya kedai yang paling dekat dengan asrama aku.
Lokasi penginapan aku untu hari-hari berikutnya. |
Keadaan bilik aku untuk hari-hari berikutnya. |
Masuk je bilik, aku tak pikir benda lain dah, terus terjun atas katil dan tidur! Memang penat gile masa tu sebab tak dapat lena atas flight semalam. Beg-beg pon tak sempat punggah. Aku terjaga bila Kak Mah call bilik aku ajak keluar jenjalan lawat kawasan. Huh nasib baik dia ajak! Kalau dia tinggalkan aku memang aku amuk! hahaha. Aku, Kak Mah dan Mbak Ajeng keluar jalan kaki tanpa arah tuju pada jam 4 petang. (Pak Agus tak tau kemana dah tetiba hilang, sebab dia pernah duduk kat Tsukuba ni setahun pada tahun 2003 katanya). Cuma nak membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Masa tu tak tau pon nak pinjam speda kat mana, kedai terdekat kat mana, so kami main redah je la. Seronok pulak bila lalu lalang depan rumah orang tempatan yang cantik-cantik. masuk lorong sana dan keluar lorong sini dan akhirnya terjumpalah satu Mini Mart kat tepi jalan besar setelah 30 minit jalan kaki. Itu adalah satu-satunya kedai yang paling dekat dengan asrama aku.
Lepas meninjau-ninjau apa yang ada dijual kat dalam Mini Stop (nama kedai) tu, kami pon patah balik ke asrama. Dalam perjalanan balik sempat jugak singgah lepak kat satu taman permainan kecik je berhampiran asrama. Penat le katakan sebab bulan-bulan puasa, gigih jalan kaki jauh-jauh kan. Tapi syukur lah sebab Allah bagi kekuatan pada kami untuk meneroka buminya.
Waktu berbuka puasa di Tsukuba adalah pada jam 6.30 petang waktu Jepun (kalau kat Malaysia jam 5.30 petang). So balik je asrama kami semua terus ke dewan makan. Banyak juga rupanya makanan yang ada kat situ, dan yang penting Halal food disediakan. Pilih je mana yang berkenan sebab aku diberi elaun 700 yen sehari untuk makan malam. Hahaha banyak tak? So boleh la makan mewah-mewah sikit, takde la kebulur sangat. Alhamdulillah, kami dapat berbuka puasa bersama-sama untuk pertama kalinya di Jepun!.
Waktu berbuka puasa di Tsukuba adalah pada jam 6.30 petang waktu Jepun (kalau kat Malaysia jam 5.30 petang). So balik je asrama kami semua terus ke dewan makan. Banyak juga rupanya makanan yang ada kat situ, dan yang penting Halal food disediakan. Pilih je mana yang berkenan sebab aku diberi elaun 700 yen sehari untuk makan malam. Hahaha banyak tak? So boleh la makan mewah-mewah sikit, takde la kebulur sangat. Alhamdulillah, kami dapat berbuka puasa bersama-sama untuk pertama kalinya di Jepun!.
Kami jumpa Pak Agus di dewan makan, katanya dia dah merayau sampai ke Tsukuba City! Takut nak ajak kami sebab risau kami tak larat! Aduhhhhhhhhhh masakan kami capek, kan kami ni meronta-ronta mau explore kawasan. Hehehe jadi esok, kami dah set plan. Ke mana pulak plan kami esok?. Tunggu kisah selanjutnya ya!
To be continue...
WASSALAM.
Best nye... tak sabar nak tunggu cerite seterusnya... Selamat Hari Raya Aidilfitri :-)
ReplyDeleteyeay cite dah kuarrrr!
ReplyDeletebestnyer jepang...tak sabar nak pi lagi!
ok, nexttttt!
haha dah kuar cite! mesti ko gigih kan duk karang nih! muahaha.
ReplyDeletebtw, takkan baru sampai 1 hari dh kuruih? muahhaa...
nak lagi nak lagi!!!
Lavender:
ReplyDeleteYe selamat hari raya! Sabar naaaa tengah gigih nak mengarang ayat tu.
Biqque:
ReplyDeleteYe best! Tapi summer tak berapa best! Kene dtg tang musim sakura baru best, hehehe.
Sabor naaaaaa
John:
ReplyDeleteMemang gigih! Bosan giler memalam tak buat apa. Tapi kat TOKYO ni memalam haruslah merayau! HAHAHAHA
Kurus la sangat! Aku rasa makan banyak je kat sini.
Ohmaiii untungla beraya di jepun. Huhuhuhuhu... Selamat ari raya...
ReplyDeleteseronoknyeee...
ReplyDeletecountryside dia macam best je.
Yeayyyy citer dah start kuar!! Hahahhahahaa,,,, dok nengok teaser jer nyampassss.... hahahahaha #jeles okayyyyyy......
ReplyDeletederang bagi dok kat Tsukuba dulu sebab nak bagi fefiling raya kat kampung la tuhhh.... #syukurlah
Nak lagi! Lagi!
Izahyun:
ReplyDeleteRejeki jangan ditolak katanya.. Thanks! Selamat Hari raya!
Dzuchan:
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok le jugak.
Memang tak dijangka countryside dia macam tu..lawa. hehehe
MasMZ:
ReplyDeleteGitew...kampung sangat kan...
sabo...akan ada banyak lagi teaser akan keluar ... bertabahle. HAHHAHAA
huh
ReplyDelete...
best la dia
.
.
kbai...
(sambil tunggu entry seterusnya..no more TEASER!!!!)
Ohaiyoo! Cantik sawah padi tu...VERY GREEN...bertuah Janggel dapat ke tempat menarik dgn alam semulajadi dan kampung yg permai. Saya tak pernah sampai, cuma berehat setakat airport Narita je....Anak saya pernah ke kampung di Jepun, di Yamagata, tinggal dgn keluarga angkat Jepun. Janggel ke situ juga ke?
ReplyDeleteJadual waktu solat/berbuka/imsak kena semak dulu sebelum bertolak. Tengok kat Islamic Finder. :)
Kak Koko:
ReplyDeleteGitewwww kan.. Sabo la. Banyak nak tulis ni hehehhe.
Naramas Aman.
ReplyDeleteYe suka jugak dapat merasa suburban punya kawasan. Hijau dan beso2 padinya.
Saya kat Tsukuba. ada Tsukuba University kat sini.
Yup. Kene cek sebab waktu sangat lah lain. Summer holiday la katakan.
oh maiiiiiiiiiiiiiiii ini BUKAN JEPANGGGGGGGGGGGG!! ini SEKINCHAN!!!!!!!!! ahahahaahha (ok saja nk buat ko sentap)
ReplyDeleteapa2 pn slmt hari raya! jgn lupa diri sampai tak balik sudahhhhhhh...
BlueEwoke:
ReplyDeleteKORANGG!
Sebenarnya aku kat sekinchan je...tak g jepun pon. Heheheh
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin!
Thanks bro. Nice picture and very good info. InsyaAllah ahad ni saya fly ke Tsukuba under Jica Program. 3 bulan! Huhuhuhu
ReplyDeleteOasis:
DeleteWah sambut raya kat tsukuba la ni? Best best. Pengalaman tuuuu. Anyway goodluck!
Nak pi Jepun...tengah membaca dan mencari informasi.
ReplyDelete