2014-09-20

Teaser: Sejenak di Bumi Kanggaroo

Assalammualaikum!!!

Maaf sebab tak sempat nak teruskan entry Lombok, insyaAllah lepas pualng dari sini aku sambung balik. Need more time to relax and enjoy the good environment here hiks.

Debor tengok gambor? Hiks

Roadtrip with friends from Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne and back to Adelaide. Penat tapi puas!

Ok, doakan aku selamat pulang ke tanahair!

WASSALAM.


2014-09-02

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali kat Johor rumah Pae dan Shahrule kengkononnya sebab tu la proceed je beli tiket dari JB.

Lepas tu kami pun war-warkan lah niat nak menjejak tanah Lombok kepada kengkawan yang lain dan akhirnya aku berjaya hasut Kak Coco, Hang Dhamin dan TeamChawaNa untuk turut serta dalam misi ke Lombok ni. Kak Coco akan gerak sama dengan aku ke JB, manakala Hang Dhamin dan ChawaNa akan naik flight dari KLIA2 terus ke Lombok.

Ok masalah ahli jemaah dah selesai. Kiranya kami ada dua team yakni satu bertolak dari JB dan satu lagi bertolak dari KLIA2.

Masa Kejadian 

Setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debor, disulam pulak dengan kes-kes MH370 dan MH17 (Al-Fatihah)...maka akhirnya tibalah hari kejadian. Aku dan Kak Coco bertolak dari Bangi jam 10 malam. Gigih meredah highway PLUS menuju ke JB. Kami gilir-gilir drive, 2 jam pertama Kak Coco yang drive lepas tu aku sambung drive sampai la ke rumah Pae Kpop. Alhamdulillah perjalanan lancar, kami tiba di rumah Pae Kpop dalam jam 3 pagi. Masa tu Pae dah standby tunggu depan rumah. Sampai je rumah Pae Kpop kami rest sekejap....hanya ada sejam dua je masa untuk rehat sebab pukul 5 pagi kami dah kena bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Johor. 

Bangun je pagi tu, aku tengok mak Pae Kpop dah siap menggoreng karipap, buat kopi bagai! eksaited sungguh mak Pae jumpa aku dengan Kak Coco. Gigih memasak di pagi hari siap bagi bekal untuk makan kat epot nanti hahaha. Terima kasih la antie sebab bersusah payah. Lepas tu mak Pae siap bagi amanat lagi tu suruh bawak balik Pae ke Malaysia dengan selamat, jangan bagi orang Lombok colek!

Kami bertolak ke epot pukul 5 pagi (dihantar oleh adik Pae yang dipaksa bangun tidur). Dimaklumkan jugak, Shahrule masa ni tengah gigih bekerja di sepital ye. Kami sebenarnya dah cuak sebab Shahrule kata patient tetiba ramai pagi tu sebab ada rusuhan Warga Nepal.... debor pulak dengan drama si Shahrule ni, takut dia terlepas flight pulak nanti, mana taknya flight kami katanya jam 6.05 pagi, tapi pukul 6 pagi Shahrule tak muncol-muncol! Siap suruh Kak Coco baring atas landasan untuk halang kapal terbang berlepas! Hahaha.

Tudia macam nak tinggal terus kat Lombok dah!
Sesambil layan sunrise kat atas awan.
Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak Shahrule ke epot, dan nasib baik flight delayed pagi tu. Jadi kami berempat bertolak ke Lombok pada jam 6.45 pagi. Sepanjang perjalanan tu, subhanallah cantik giler kot tengok sunrise dari tepi tingkap kapal terbang. Penerbangan dari JB ke Lombok mengambil masa 2 jam 45 minit. So masa ni la kalau nak kaver balik tido yang tertangguh malam tadi.

Sampai dah!
Welcome To Lombok!

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok 10 minit awal daripada jadual yakni jam 9.45 pagi. Alhamdulillah perjalanan pun tenang dan selamat. Lapangan Terbang Anatarbangsa Lombok ni kecik je, tapi agak selesa la jugak dibandingkan dengan International Airport kat Philippines yang aku pergi dulu tu. Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami pun melangkah keluar dari Balai Ketibaan. Ha masa tu lah kemain ramai yang serbu tanya nak transport ke tak, tanya duduk kat hotel mana, tanya nak kemana...dan macam-macam soalan lagi la. Nasib baik kami dah buat arrangement dengan supir di Malaysia siap-siap. So kami akan tunggu supir yang kami dah ambik tu kat airport. Part AJK Supir adalah tugas Pae Kpop, dia yang uruskan semua tempahan supir dan kenderaan.

VIDEO #1
Bergambo berjemaah kat Airport Lombok dulu.
Keadaan Airport Lombok yang sentiasa ramai orang.
Kegigihan Kak Coco membuat banner.
Tapi, Pae janji dengan supir suruh ambik kami pukul 11! Erk... ada lebih kurang sejam lebih lagi tu. Dan team ChawaNa dan HD pulak akan tiba di epot jam 11.45 pagi. So sementara menunggu team kedua sampai, kami duduk lepak je kat lobi airport tu sambil main internet. Mujur jugak la airport Lombok ni ada provide free wifi! Memang bersyukur sungguh la masa tu, post gambar kat IG berdoyon-doyon! Hahaha.

Memang supir tu sampai jam 11 kat airport, dia pon terkejut jugak bila tau kami sampai jam 9.45 pagi. katanya kalau dia tau, dia boleh datang awal dan bawak kami jalan-jalan dulu sementara tunggu HD dan ChawaNa sampai. Errrr tu la pasal, ada sedikit misscom kat situ so takpelah, abaikan. Yang penting supir tu sampai dan nampak memang baik.

Dalam jam 12.00 pm team HD dan ChawaNa pun keluar dari Balai Ketibaan, haaa kami siap pegang kertas tulis nama memasing tu kengkonon nak sambut ketibaan deme la tu...hahah fefiling warga Lombok sangat. Bila semua dah berkompol, maka kami pun memulakan trip kami!

Welcome to Lombok dari dua gadis Lombok. Eh!
Sasak Village (Sade Village), Lombok.

Memandangkan kami sampai pun dah tengahari, maka destinasi pertama kami adalah Sade Village atau perkampungan Sasak yang merupakan sebuah perkampungan asal asli di Lombok! Sekali tengok kampung ni memang unik dan tradisional! Semua rumah masih lagi dibina menggunakan buluh dan kayu. Penduduk kampung pun masih mengamalkan adat dan tradisi asal mereka.

Ayuh ke Sade Village!
Welcome!
Tempat letak kereta di Sade Village. Bas pon diorang park kat sini.
Masa kami sampai ke Sasak Village ni, ada la jugak ramai pelancong yang rata-ratanya mat saleh turut sama melawat kat situ. Sasak Village ni kira macam perkampungan budaya Sarawak atau Kampung Morten kat Melaka tu la, cuma bezanya ia lebih asli dan memang betul-betul kampung.
INFO: Sasak merupakan kaum asli di Lombok, dan sebanyak 85% daripada masyarakat Sasak adalah penganut Islam walaupun pengaruh Hindu daripada Bali amat kuat mempengaruhi Lombok, namun agama Islam adalah majoriti di Lombok. Kebanyakan sumber ekonomi masyarakat Sasak di Sade ini adalah melalui aktiviti menenun kain di samping aktiviti pertanian.
Antara cenderamata yang dijual.
Masjid di Kampung Sade
Masjid di Kampung Sade.
Masjid di Kampung Sade
Di Sade Village, kami singgah solat dulu di masjid yang terletak di tengah-tengah kampung. Masjid ni nampak kemas dan bersih.  Rata-rata masyarakat Islam di Sade Village ni adalah penganut agama Islam. Usai solat, barulah kami dibawa oleh seorang pemandu pelancong (penduduk Sade Village jugak) untuk pusing-pusing keliling kampung. Kami diberi penerangan mengenai adat dan budaya masyarakat Sasak termasuklah amalam mencolik perempuan untuk dijadikan Istri!
INFO: Amalan menculik wanita merupakan adat masyarakat Lombok untuk dijadikan isteri. Menurut penduduk Sade, penculikan wanita hendaklah dirahsiakan tanpa pengetahuan kedua ibu bapa si perempuan. Sekiranya rancangan penculikan itu dihidu oleh kedua ibu bapa wanita, maka pihak lelaki yang nak menculik terpaksa mengatur strategi baru untuk menculik. Kebiasaannya penculikan dilakukan dalam kumpulan 3-5 orang. Selepas di culik, barulah majlis keramaian menyambut pengantin dijalankan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Kebiasaan juga, pasangan pengantin telah saling bercinta sesama mereka terlebih dahulu sebelum penculikan dijalankan.- sumber dari mulut penduduk Sade.
Haaaaa, rupanya macam tu kekdah depa nak kawin ye, katanya lagi, mereka tak ada upacara merisik atau meminang macam yang selalu diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Katanya, merisik dan meminang itu kalau dilakukan akan memalukan keluarga masing-masing.

VIDEO #2
Tourguide kami.
Sesi taklimat.
Ok bumbung berbentuk kubah kat belakang tu adalah tempat simpan beras. Senibina ini merupakan trademark Lombok.
Jualan cenderamata.
Banyak.
TIPS: Kami di bawa pusing-pusing kampung sambil tengok kaedah menenun kain. Memang cantik la kain batik, kain pelekat dan kain songket yang dijual di Sade Village ni....tapi AWAS!!!! Jangan tertipu dengan harga jualan mereka! Sehelai kain pelekat dijual dengan harga 100 hingg 125 ribu rupiah!! (dalam RM 30 tu!) agak mahal ye, berbanding yang dijual di Bandar Mataram 100 ribu rupiah boleh dapat empat helai kain pelekat yang sama! Katanya jugak, kat tempat lain tak ada jual kain-kain tu, paduhal ada je jual kat bandar. So hati-hati lah memilih barang...kalau boleh tawar menawar lah sehingga ke titisan harga yang terakhir!
Ada gaya tak???
Kain tenun yang banyak kat Kampung ni.
Rata-rata kaum wanita yang menenun kat sini.
Antara kain kain yang dijual.
Penjual kain.
Gembira nampak?
Jom pusing keliling kampung!
Kalau dah nenek-nenek ni, depa akan pindahkan ke rumah kecik yang tak ada tangga, so senang nenek-nenek nak keluar masuk rumah.
Sade village dari tepi jalan.
Kami di Sade Village lebih kurang sejam lebih jugak la. Lepas dah habis pusing, kami dibawa supir ke destunasi seterusnya yakni Kuta Beach!

Kuta Beach, Lombok.

Ha jangan ingat kat Bali je ada Pantai Kuta, di Lombok pun ada jugak Pantai Kuta ni, tapi keadaan memang jauh beza la antara Bali dengan Lombok. Kalau kat Bali, Pantai Kuta dia sangat la meriah dengan sotong kering dan sotong bakar bergelimpangan di pantai...tapi di Pantai Kuta, Lombok keadaannya tenang, tak berapa ramai orang dan keadaan pantainya agak berbatu-batu.

Perjalanan dari Sade Village ke Pantai Kuta mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Sampai di Pantai Kuta kami singgah makan tengahari dulu di Bamboo Kitchen. Kedai le kat tepi-tepi pantai tu je. Kononnya kami nak la rasa masakan asli Lombok yakni Ayam Teliwang, tapi bila dah order nampak macam ayam masak merah biasa je? Aku yakin yang tu bukan Ayam Teliwang seperti yang diperkatakan. (Rujuk Gambar).

Restoran Bamboo Kitchen, Kuta Beach.
Selfie berjemaah sebelum makan.
Grill Chicken Breast (with Taliwang Saouce)
Lepas makan, kami berjalan-jalan la kat Pantai Kuta tu, seronok jugak, walau panas terik, tapi angin dia sejuk giler. Boleh bikin sunburn tanpa disadari. Lama jugak la kami lepak-lepak kat tepi pantai tu  sambil tengok air laut yang menerkois! (erk ada ke perkataan tu?)

Lagi selfie berjemaah di Pantai Kuta!
Pantai Kuta yang berbatu berlumut.
Ramai jugak la orang.
Pantai Kuta
Berbicara sama Pokok?
Lagi gambar Pantai Kuta.
Dah puas duduk lepak bergedik melaram tepi Pantai Kuta, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yakni Pantai Seger yang katanya macam surga donia! Wah terbeliak mata memasing gigil-gigil nak tengok cemana yang cantik sangat pantai Seger Beach tu kan... perjalanan dari Pantai Kuta ke Seger Beach lebih kurang 30 minit je, tak jauh.

Seger Beach, Lombok

Memula sampai kawasan Seger Beach tu agak mengecewakan la sebab sampah sarap banyak gile bersepah sepanjang pantai. Kan bagus kalau depa pi kutip sampah-sampah tu pastu recycle. Sebenarnya ada satu lagi pantai yang cantik kat area situ yakni Tanjung Aan, tapi kami tak pegi situ sebab tak cukup masa. So kami lepak je kat Seger Beach. Kira ok la Seger Beach ni, memang lawa dan air laut dia sangat biru ok! Dari jauh ko dah boleh intau batu karang kat dasar, tak payah nak snorkeling ke scuba diving bagai, ko intai-intai dari atas batu dah boleh nampak! Tak ke jernih namanya tu.

Pemandangan di Seger Beach.
Fefiling lonely haahahaha.
Kalau pijak je pasir kat sini kompom tenggelam...tapi makcik jual kain tu elok je dia berjalan tanpa tenggelam! ilmu apa dia pakai????
Tengok air laut dia, macam nak pitam cantik!
ChawaNa 
Orang-orang tengah memancing di tengah laut.
Kekanak Lombok tengah memain.
Kawasan Seger Beach ni ada satu bukit batu yang kita boleh panjat kat atasnya. Walau Si Na tu mengandung 5 bulan, tapi tetap gigih tau memanjat sampai ke atas! Haaa mampu? Kat atas bukit tu kalau bergambar dah ala-ala macam kat New Zealand dah..tapi ko jangan bagitau la ko kat Lombok, mesti orang percaya weh! betapa lawanya pemandangan kat situ. Kalau berkesempatan, boleh la pegi kat Seger Beach ni dan surfing. Selalunya orang datang ke area-area Kuta, Seger, Tanjung Aan ni untuk surfing. Ombak memang agak besar la. Tapi memang subhanallah lawa yakmats!

Padang rumput?
Pemandangan dari atas
Tangga naik ke atas bukit.
Pae fefiling layan lagu kpop kot?
Pemandangan atas batu.
Pantai Seger dari atas batu.
Kanak-kanak menjual cenderamata.
So kami layan sunset kat situ la, lama jugak kami lepak. Dah puas duduk kat Seger Beach (tak mandi manda pon kat pantai tu sebab kami memang tak plan nak mandi laut di hari pertama tambahan pulak pakaian semua masih dalam luggage).

Dari Seger Beach kami akan bertolak ke Sengigi.  Kami dah tempah hotel siap-siap kat sengigi yakni Hotel Bumi Aditya Hotel, Sengigi. Nampak memang macam hotel mewah weh! Siap ada swimming pool bagai, tapi bayar dia macam harga hotel bajet. Kami hanya bayar RM 30 je untuk satu malam. Murah kan??? bagi aku dah murah dah dengan kemudahan sebegitu. Kata nak percutian mewah kan? Dapat sipi-sipi mewah pun kira ok la, hiks.

Perjalanan dari Seger Beach ke Sengigi bapak lama giler, mengambil masa dekat 3 jam jugak la ditambah dengan jem bagai! Kami sampai kat hotel lebih kurang jam 8 malam, masa tu memang dah gelap la. Selesai urusan check in, mandi dan bersiap kami keluar balik dengan pak supir untuk makan malam.

Malam tu pak supir bawak kami makan di pekan Sengigi. Dan sekali lagi kami order Ayam Teliwang! (Sebab tak puas hati makan ayam teliwang yang macam tipu kat Kuta Beach siang tadi). Kedai yang kami makan malam ni pun agak mahal pulak tu, tapi memandangkan kat depan kedai tu ada tulis Ayam Teliwang, maka kami pun redah je la.

Ha cuba kenalpasti mana kepala, mana kaki dan kuku? AYAM TELIWANG, Lombok.

Sekali bila order dah sampai memasing terkejut! Tengok ayam tu siap ada kepala dengan kaki berkuku bagai elok je atas pinggan! Erk!!!! Kembang tekak nak makan. Tapi memang macam tu katanya cara hidangan ayam tu kat Lombok. Dan untuk makluman, sambal ayam teliwang adalah sangat PEDAS! Awas ye untuk lidah-lidah lembut.

Ok la nanti aku sambung kisah hari kedua di Lombok. Rasanya macam dah panjang sangat aku tulis entry ni. Bosan... hahaha.

...bersambung.

WASSALAM.

POPULAR POSTS