2014-10-27

Kalaulah...

Assalammualaikum!

Sebenarnya... Tengah berangan.

Kalaula tetibe dapat hadiah iPhone 6 Plus.... Mesti sengih seminggu tak hilang. Kalau....

Ye kalau.
(Sorry la termerepek, tengah stress)

WASSALAM.

2014-10-20

Lombok (Part 4- Finale): Air Terjun Sendeng Gile

Assalammualaikum!!!

Ok taknak membebel panjang, aku nak terus sambung cerita pasal Lombok.


Hari kedua di Pulau Gili, kami akan bertolak balik ke Sengigi. So pepagi tu kami dah bangun bersiap dan breakfast di hotel (hotel ada menyediakan sarapan pagi). Tapi sebelum tu Tansree Coco dan Pae dah gigih pagi-pagi buta jalan tepi pantai, katanya amik gambo sunrise. Aku pun kengkonon nak pi amik gambar sunrise le, tapi memandangkan matahari dah tinggi sejengkal dari paras laut, maka amik gambar diri sendiri je la.

Pagi di jeti Gili.
Pagi di jeti gili, dah ada yang menunggu bot.
Tenang.
Tenang jugak.
Cafe Gili T Resort
Gili T resort, depan ni cafe dan bar diorang.
Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.
OK semalam kami berbasikal dari jeti ke Sunset Beach (yang bertanda bulat tu). 
Lengang sikit sebab ramai tak bangun subuh.
Yang dah siap-siap nak balik pun ada.
Lepas breakfast dan check out hotel, kami tunggu di jeti. Semalam dah janji dengan abang boat laju tu untuk ambil kami di jeti Gili. Memula tu panik jugak la sebab janji pukul 9.30 pagi tapi bot tu tak muncol-muncol. Dah la ramai orang kat area jeti tu, masing-masing nak balik ke Lombok. Akhirnya bot yang kami tunggu-tunggu pun tiba...alhamdulillah kami tak ditinggalkan di pulau.

Add Breakfast dulu yuk!
Inilah breakfast yang disediakan.
Jom balik ke Sengigi!
Kami bertolak balik ke Pantai Sengigi lebih kurang jam 10.00 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai di Pantai Sengigi, pak supir kami dah sedia menanti. Alhamdulillah lagi. Tanpa membuang masa, kami akan terus bertolak ke kaki gunung rinjani untuk ke Air Terjun Sendeng Gile. Perjalanan dari Sengigi ke kaki Gunung Rinjani tu mengambil masa lebih kurang 2 jam, sempat lagi singgah tepi jalan beli pisang goreng, maklumla ada ibu mengidam nak makan pisang goreng katanya. Nasib baik ada! 

Sepanjang perjalanan tu, macam biasa la kami disajikan dengan pemandangan kampung, sawah padi, gunung ganang.... sempat jugak singgah kat tepi sawah sambil bergambar. Macam tu lah kalau travel dengan kaki bergambo, asal jumpa tempat menarik je berhenti. Hahaha.

Subjek yang gelap..sorry.
Mak buyong duduk dalam kete je, panas katanya.
Dalam jam 12.00 tengahari kami pun sampai ke Kampung Senaru Bayan yang terletak di kaki Gunung Rinjani. Sekarang ni tenung je la puncak Gunung Rinjani tu dari bawah, "InsyaAllah nanti aku sampai atas tu ye", tetibe bermonolog dalam hati. Hacamtu.

Gunung Rinjani.
Kami singgah dulu di salah sebuah restoran kat kampung tu untuk tapau apa yang patut, maklumla dah tengah hari kan, kompom lapar. So bila semua dah sedia, dah tukar baju mana yang patut (konon-konon nak mandi sungai la kan), kami pun bergerak menuju ke air terjun Sendeng Gile!!! Yeay.

Entrance fee untuk masuk ke kawasan air terjun ni adalah IDR 10,000/orang, manakala lepas tu kita kena berjalan dan mendaki tangga lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Air Terjun Sendeng Gile. Sebenarnya, ada dua air terjun tarikan utama kat kawasan tu iaitu Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep. Untuk ke Air Terjun Kiu Telep, kena berjalan dan mendaki lebih kurang sejam. Memandangkan kami ni tak berapa nak sedia jalan jauh-jauh dan ada pulak ibu mengandung (alasan kukuh) maka kami pun decide cukupla sekadar ke air terjun Sendeng Gile sahaja. Itu pun dan kagum gile dengan keindahan air terjun dan kejernihan air dia. Fuhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhh fuyuhhhhhhhhhhh dalam hati..

Entrance, bayar IDR 10,000 kat sini.
Tatatertib.
Jalan lah kome....
Turun tangga.
Naik tangga.
Sampai di kawasan air terjun, kami pun cari port yang sesuai dan lepak la kat situ, mandi manda dan makan. Seronok sangat sebab macam dah lama tak mandi sungai. Kami lepak kat situ lebih kurang sejam je, malas nak lama-lama hahaa. Yang iya nya memasing penat. Lepas dah habis mandi dan makan dan bersalin semua, kami pun mendaki pulang ke restoran tadi, tempat supir kami tunggu. Penat weh, sebab tak fizikally dan mentally prepared. 

Air dia kaler biru!
Air Terjun Sendeng Gile
Sejuk dan angin sangat kuat kat sini.
Tudia Tansree berposing.
Dua dalam satu..hahaha.
Setting dulu.
Ko dah kenapa macam tu???
Tak masuk frame la Pae...mai sini semua!
Orait! Shahrule dengan Tansree takde sebab tak mandi.
Fuyuh, duyung ke dugong? Jernihnya air!
Hmmmm...
Seterusnya kami akan balik semula ke Sengigi. Dalam perjalanan tu sempat singgah makan nasi goreng kat tepi jalan, ada satu gerai kat tepi laut. Memang masing-masing pelahap, dah lapar tahap gaban dah tu. Dan kami meneruskan perjalanan ke hotel yang ke 3! Ye kami memang berpindah randah hotel, semua sebab nak merasa duduk hotel-hotel mewah katanya hahaha thanks Tansree Coco sebab sponsor! (kene bold ayat ni) 

Singgah lunch kat sini.
Tansree tengah korek duit ke tu?
Hotel ketiga yang kami book adalah Hotel Pacific Beach, yang terletak di Sengigi! tengok dalam internet bukan main cantik gile lah hotel ni! Harga hotel pepandai la korang check kat internet. Sampai hotel dah petang dalam pukul 4 macam tu, kami rehat sekejap kat bilik lepas tu kami keluar semual jalan-jalan kat pantai. Pantai sengigi ni cantik sebenarnya cuma pasir dia warna hitam. Dan paling penting dapat tengok sunset kat situ. Bila dah agak gelap, kami sambung pulak mandi swimming pool... (sebab kecewa tak mandi laut kat Sengigi). 

Hotel Pasific Beach
Sekitar hotel.
Swimming pool!
Sunset di Sengigi.
Pantai Sengigi.
Pantai Sengigi.
Selfie lah lagi.
Deme berseket!
Di sebalik tabir.

Sebelah malam pulak, pak supir bawak kami shopping di bandar Sengigi. Kalau sesiapa yang pernah pegi Indonesia, mesti tau keadaan tempat shopping dia macamana kan, so aku pun beli la beberapa helai t-shirt untuk family...Yang paling frust, kain pelikat Lombok yang aku beli kat Sade Village dengan harga IDR 100,000 tu, kat kedai yang supir bawak ni boleh dapat 3 helai!!! Gile penipu orang Kampung Sade tu, cekik darah punya! Ha tips kat sini, kalau nak beli souvenir sila beli kat pekan jangan beli kat kampung-kampung macam tu, mahal!

Mandi lagi.
Shahrule tunjuk skill.
Nak jugak tiru!
Berjemaah..kak Coco dalam air.
Lepas shopping, kami singgah makan kat sebuah resto kat bandar. Dapat la merasa makan bakso ayam. Belasah je la apa yang ada sebab tengah lapar. Habis makan kami balik semula ke hotel dan packing barang, sebab esok pepagi buta dah nak gerak ke airport.

Alhamdulillah, perjalanan ke Lombok ni takde la banyak sangat drama, sebab dah biasa dengan geng-geng travel ni, dan tak banyak benda yang menyusahkan. Kiranya smooth je la perjalanan kami (sambil dengar lagu kpop dari henpon Pae). Pagi tu kami bertolak keluar dari hotel jam 6.30 pagi, sebab perjalanan nak ke airport mengambil masa leboh kurang 2 jam ditmbah pulak dengan macet orang nak pergi kerja, pergi sekolah bagai.

Kami naik flight dari Lombok dan turun di JB. Alhamdulillah memang penerbangan pun lancar. Sampai JB, kami lepak kejap kat rumah Pae, sebab mak dia dah siap masak maveles punya! Dah macam lauk kenduri dah! Yang penting mak Pae siap pegi beli pinggan mangkok baru sebab nak jamu kami makan! Hahahah yang tu memang terharu! Masuk-masuk rumah je aku tengok Na dah siap bersila depan makanan...amboih memang tak sabar sangat dah tu.

Bye!
JOM LAYAN VIDEO OLEH HANG DHAMIN...TRIP KAMI KE LOMBOK!


Lepas makan kami bertolak balik ke KL.... memang la kalau baca ni, macam penat giler weh! Tapi SERONOK, eh BERONOK-RONOK la. Walaupun takde trip banyak tahun ni, tapi bila dah ada yang satu ni, terasa macam best gile. So kemana pulak kita lepas ni? Hahaha.

RUMUSAN:

Hari Pertama:

Tiba Lombok ---> Sade Village ---> Kuta Beach ---> Pantai Seger ---> Tanjung Ann
Bermalam di Hotel Bumi Aditya, Sengigi

Hari Kedua:

Gili Island ---> snorkeling (Snorkeling IDR 130,000/orang) ---> Sunset beach (Sewa basikal IDR 40,000/basikal)
Bermalam di Hotel Gili T Resort

Hari Ketiga:

Sengigi ---> Kampung Seneru Bayan ---> Air Terjun Sendeng Gile (Entrance IDR 10,000/orang)
Bermalam di Pasific Beach Hotel

Hari Keempat:

Balik! (Airport Tax: IDR 150,000)

Supir:

Mas Adi : +62818543576
Pak Muji: +60818371961
Bang Dedy: +6281805228292
Pak Joko: +62818371961
(Kos Supir: IDR 500,000 x 3 hari + IDR 150,000 (setengah hari ke Gili) / 7 orang.
Duit minnyak kereta dalam IDR 150,000/4 hari.

Ha ni semua supir-supir yang kami dah try contact dan buat tawaran harga. Kalau korang nak silalah contact semua tu dulu lepastu pilih mana yang berkenan.

Psttt: Lagi kisah Lombok di http://anash-coconutz.blogspot.com/ | http://travelyuks.blogspot.com | http://hangdhamin.blogspot.com

WASSALAM.

2014-10-15

Lombok (Part 3): Mengintai Sunset di Sunset Beach, Gili.

Assalammualaikum!!!!

Kembali bersiaran setelah berjaya menangkis tahap kemalasan mega. Minggu lepas aku ada family day dekat kampung, so memang tak sempat nak apdet blog sebab busy buat preparation semua.... tapi insyaAllah minggu ni agak free sikit so boleh la update entry baru!

Jom kita sambuk entry Lombok. 



Sebelum pegi lebih lanjut, aku tayang video dasar laut dulu. Layan~

Setelah bersnorkeling dan merendamkan diri di laut dan kolam renang. Petang tu kami pergi layan sunset pulak! Sebenarnya kan, aku bayangkan Pulau Gili Trawangan ni besar dia macam Pulau Pangkor kot, tambahan pulak bile orang-orang kat situ bagitau, kalau nak tengok sunset kena pegi sebelah balik pulau sana, baru nampak sunset lawa. So memang aku terbayang la, jauhnya nak menapak, kene naik bukit bagai kan (maklumla pulau). Tapi kan sebenarnya Pulau Gili ni kecik je la! 

Tak percaya? Jom sambung baca.

So aku, HD dan Shahrule decide nak kayuh basikal. Sementelaah Kak Coco, Pae, Cawan dan Na pulak akan sewa kereta kuda. Maklumla tak larat pulak mak buyong nak mengayuh basikal nanti. Saje je aku nak naik basikal sebab macam teringin tengok orang lalu lalang kat pulau tu naik basikal. Untuk pengetahuan jugak, aku rasa lebih 80% pelancong kat Pulau Gili ni adalah Mat Salleh! Ko pusing la kepala celah mana pun ko akan nampak Mat Salleh merata-rata (dan kebanyakannya berpakaian kekurangan kain, hiks).

Kat sini lebih mudah naik basikal.
Ini bukan HD mahupun Shahrule.
Banyak lorong-lorong macam ni kat Gili.
Untuk sewa basikal di Gili, kami pegi walk in je kat mana-mana kedai sewa basikal yang bersepah-sepah kat tepi jalan tu. Setelah membuat pilihan akhirnya kami berjaya sewa basikal dengan harga IDR 40,000 / basikal. Itu pun dah jenuh menawar-nawar....takpe kira murah jugak la tu. Manakala harga sewa kereta kuda tu pulak aku tak ingat berapa ringgit, boleh rujuk kat blog PAE di SINI untuk keterangan lanjut.

Kedai tempat kami sewa basikal.


Maka mengayuh la kami di pulau Gili menuju ke Sunset Beach (nama tempat yang kami nak pegi layan sunset tu la).... kayuh punya kayuh rupanya 15 minit dah sampai! Takde la jauh sangat! Rupanya Pulau Gili ni kecik je hahaha. So memang tak menyesal pun kayuh basikal, in fact seronok lagi pulak tu.

Sunset Beach
Melayan sipot.
Kawasan sunset beach ni memang agak biasa je sebenarnya. Pantai pun tak de la lawa sangat tapi sepanjang pantai tu ada la orang lepak sambil bentang kain, duduk-duduk atas tunggul kayu ataupun bersantai kat kerusi-kerusi yang banyak tersusun di sepanjang pantai. Sape datang awal dapat la duduk kat kerusi dan meja yang tersedia, tapi kalau datang lambat duduk je la atas pasir.

Dah sampai Pantai Sunset.
Keadaan pantai yang memutih.... (ewah ayat)
Pemandangan dari sisi lain. Kelihatan Pae sedang termenung.
Tunggu sunset...eh sapa tu?
Main selfie-selfie dengan doc dulu.
Selfie sorang-sorang pulak.
Sementelaah yang lain tengah sebok selfie jugak...cer tengok Kak Coco tu.
HD pulak tengah mencari angle nak rakam video dia.
Sebenarnya kami sampai pun dah pukul 5 lebih (petang), agak awal sebenarnya... masa tu pun matahari tengah terik memancor-mancor atas kepala. Kami lepak kat meja dan kerusi yang tersedia kat pantai tu sambil sembang-sembang. Kat sini sunset dia awal, dalam pukul 6 petang dah mula gelap. Orang pun makin lama makin ramai berkerumun kat sepanjang pantai tu. memang meriah la, macam ada pesta apa pulak kat situ.

Masa ni tak ramai orang lagi.
Lengang lagi tak da orang.
So kami pon layan la sunset kat situ sampai bosan. Bila dah agak-agak matahari tak nampak sangat, kami pun siap-siap nak balik. group yang naik kereta kuda tu kena gigih la berebut-rebut cari kereta kuda mana yang kosong. Last sekali deme balik jalan kaki sebab harga sewa kereta kuda yang dikenakan dari Sunset Beach balik ke jeti sangat mahal! Haish kemain sungguh deme cekik darah. kesian jugak diorang yang jalan kaki tu,tapi apakan daya, kaki aku terus mengayuh je tak de nak tunggu . Hiks.

Tetibe orang dah mula ramai.
Tudia sunset dah nak hilang.
Yang bergelimpangan pon ramai.
Macam best je longgok ramai-ramai camtu kan.
Lagi best kalau dapat jenjalan camni.
Jalan kaki menuju pulang.

Ko dah kenape? Hahaha

Sampai je kat jeti, kami terus proceed untuk makan malam. Kami ke kawasan foodcourt depan jeti tempat yang sama kami makan tengahari tadi. Sekali terkejut tengok kawasan tu, Dah jadi macam pasar malam! Banyak kedai-kedai makan diorang pasang kat area tu, dan yang paling best banyak pilihan makanan!

Kami decide untuk makan kat kedai Green Cafe sama macam tengahari tadi. Makanan kat situ pun sedap. Malam tu aku order ayam goreng lalapan dengan harga IDR 29,000. Ok la...sebab masing-masing dah lapar tahap kebulur, maka telan je apa yang ada. Janji bukan ayam berkepala dan berkuku macam semalam hehe.

Lepas makan, kami merayau-rayau di sekitar pasar malam dan sepanjang jalan di Gili. Memang sepanjang jalan tu agak banyak pub dan kedai makan, kalau pernah ke Phuket atau Bali, lebih kurang la suasananya, cuma di Gili ni agak kekampungan sikit. Dan kedai-kedai kat sini banyak yang tutup awal! Pukul 9.00 malam dah tutup.

Dah habis meronda, kami balik semula ke hotel dan lepak tepi kolam. Sembang-sembang dan terus lapar balik. So malam tu aku dengan Shahrule keluar balik ke pasar malam tu sebab teringin nak beli pancake. Kan popular pancake-pancake ni kat Indonesia...(padahal apam balik je kan heheh). Tapi banyak stall yang dah tutup, mujur masih ada satu stall bukak dan orang beratur sangatla panjang!

Kami beli Pancake Nutella Cheese (baca ikut menu yang ditampal kat cermin stall). Lepas tu ada sorang mamat Germany ni tanya kat aku dengan Shahrule (aku translate siap-siap lah):

Mamat Germany: "Korang beli apam balik Nutella dengan Keju?"
Aku: "Haah, kenapa?"
Mamat Germany: Sambil senyum dan gelak-gelak dengan kawan dia. "Kami tak pernah makan coklat dengan keju, TAK PERNAH. Selalu kami makan coklat dengan pisang, strawberry, kacang...tapi tak pernah makan dengan keju."
Aku dan Shahrul: (Dalam hati aku cakap - Ada aku kesah? Hahaha.) Tapi sebenarnya aku cakap - Korang tak pernah cuba, jadi cuba la, dah dia lekat menu kat situ.

Terus kami buat tatau kat diorang. Pastu dalam hati nak je cakap ("Korang pernah cuba apam balik dengan sambal belacan? Kalan nak cuba datang la Malaysia! Hiks).Lepas dah dapat apam balik yang dioder, kami pun balik bilik dan makan. Penat jugak sebenarnya hari kedua ni, sebab banyak aktiviti melibatkan tenaga. So malam tu pon awal jugak kami tido. Esok dah nak balik ke Sengigi.

Nanti aku sambung kisah lanjut ye.'

Psstt: Sorry gambar sebelah malam aku semua dah terdelete dari henpon. Nanges seminggu bila mengenangkan.... 

WASSALAM.

POPULAR POSTS