2014-10-07

Random Facts About Me | When I am Travelling

Assalammualaikum!!!

Haritu masa aku tengah bersiar-siar mengambil angin malam (konon bersiar-siar la sangat kan padahal ko jadi kutu rayau sukat jalan kat Putrajaya), aku main la balas-balas twit dengan Kaki Berangan. lepas tu dia tanya aku: "Ko tak buat ke Tag yang si nana tron bagi tu?" (rujuk blog dia kat SINI

Tetibe je soalan tu keluar paduhal aku tatau pun kejadian-kejadian kat dunia blog sejak dua tiga minggu ni. Maklumla busy sesangat katanya. Ye sungguh memang aku malas busy nak update blog sebab banyak faktor sekeliling yang mengganggu. So bila aku baca balik blog Nana Tron, haah la dia ada tag aku suh buat menatang alah "20 Facts About Me When I Am Travelling" ... hahahah teringat zaman Blogger tengah popular satu ketika dulu, ye masa tu kiranya semua pakat nak jadi blogger. Lepas tu main tag-tag macam-macam la kuiz la, pertandingan gambo la dan macam-macam lagi....hmmmm how I miss those days. Tapi sekarng ni dengan kemunculan FB, Twitter dan IG, blog ni macam dah jatuh ranking dah (pasrah) sebab pakai benda-benda tu lebih cepat nak update, tak payah nak taip panjang-panjang macam aku buat dalam blog ni kan.

So bile ada orang tag aku balik sekarang ni, zaman millenium 2014 ni, tetibe rasa macam kenangan silam menggamit jiwa pulak (KLMJ) Hahaha over tak? Terus tereksaited nak buat. So aku try la buat ye, tapi tak tau la ada berapa facts sebab rasanya kalau sampai 20 tak mampu kot...maklumle aku ni biase-biase je. Eh.

Ok jom mula fakta-fakta tentang aku sewaktu travel! (gile tak sedap bunyi dia bile translate!)

#1
Suka travel berkumpulan, paling sikit setengah 2 orang, paling ramai pernah cecah hampir 20 orang! (tetibe teringat trip #TravelholicAwesome ke Singapore dulu, macam rombongan Cik Kiah dah tapi bukan naik bas, kami konvoi kereta! Siapa ada baca entry tu? Kalau rajin pi la selongkar balik entry lama-lama aku. So apa aku nak bagitau, aku suka travel dengan kengkawan, sebab masa tu lah aku nak kenal hati budi kawan-kawan aku. Sebab jugak, orang kata sifat sebenar manusia tu akan keluar masa kita berada jauh dari rumah sendiri, jauh dari tempat sendiri dan hanya ada kita-kita saja yang ada untuk satu sama lain. Dan dari situ jugak la kita boleh dapat the best travel-buddy kita. Betol, tak tipu! Aku pernah try travel solo, tapi sorry la, takleh ar... rasa macam orang tak betul sangat. Hoi ini aku cakap pasal diri aku ye! Korang punya cara travel aku tak nak komen.

Psstt1: Eh panjang pulak ulasan no satu ni.

Antara best travel-buddies aku. Semua Best!
#2
Kalau time travel tu kalau boleh semua benda aku nak angkut, kalau ada poket Doraemon tu dah tentu aku dulu yang nak pegi beli....selalunya aku akan bawak baju (pelbagai jenis dan warna) supaya bila ambik gambar takde la pakai baju sama je walau dah pegi banyak tempat kan. Kasut pun kalau boleh nak bawak dua tiga pasang...konon nak bergaya la padahal muka tak seberapa. Hahah tu la perangai! Tapi apakan daya, kalau dah bawak backpack, terpaksala tapis-tapis jugak barang apa nak bawak. Demi keriangan bergada kan!!! Cara aku, aku yang nak angkut, aku punya suka la. Sebab tu kene tembam debab macam ni supaya larat angkat beg besar!.

#3
Masa travel, aku akan bawak semua gajet yang ada fungsi kamera. Yang wajib adalah Miskiah (Kamera Canon aku), kemera Henpon (paling penting supaya boleh update dalam IG nanti), kemera compact Sony (sebagai backup bila bateri Miskiah habis), Cik Temah (kemera GoPro - yang tetibe ada dalam simpanan untuk amik gambo-gambo yang memerlukan kemalasan nak usung kemera besar). Ye memang banyak kemera aku bawak sebab semua moment tu adalah penting bagi aku, so gambar apa yang aku rasa nak ambik, aku akan ambik dan simpan. Tu pun salah satu penyumbang lebihan muatan bagasi aku jugak tu....eleh korang pun lebih kurang je kan? Paling tidak ada kemera besar satu kemera henpon satu.... jangan nak membohong!

#4
Bertabahjelah sapa yang travel dengan aku, sebab kalau part bergambar atau ambik gambar tu kompom akan lama dan banyak pose nak kene buat! Hiks gedik kan. Ofkos la! Ko ingat senang ke nak datang balik kat tempat tu? Kompl duit berbulan-bulan tau nak travel! Kekadang tu nak pergi jalan dari hostel ke stesen bas je pun, perjalanan kaki amik masa 15 minit boleh jadi dekat sejam...sebab nak ambik gambar hehehe. Ala semua travelmates aku macam tu, so tak pernah ada masalah la pasal perkara ni. Tambah pulak bila sorang-sorang nak pose macam-macam, lepas kau, kau, lepas kau kau lagi...lepas tu aku, aku, aku lagi, lepas tu kau lagi....ha begitulah seterusnya. Sampaila korang kene hambat dengan ketua rombongan (kalau ada la) hahaha.

#5
Part makan, memang aku tak kisah masa travel. Tapi aku ni memang jenis cepat lapar la jugak....dan tak pernah kesah kalau hari-hari makan megi je (sebab nak jimat atau susah cari makanan halal). Kalau dulu tu, sehari tak dapat makan nasik, boleh gigil-gigil la jugak. Tapi sekarang ni dah tak kisah, tak dapat nasik pun tak apa, janji boleh makan dan alas perut (faktor penuaan kot).

Psttt2: Teringat masa kat Manila dulu, hari-hari makan megi sebab susah nak cari makanan halal. Makan megi berlauk serunding pulak tu... balik Malaysia terus kurussss......sekejap.

Antara menu wajib... Megi dan serunding.
#6
Kalau nak pegi travel tu selalunya aku tak suka bagitau orang, paling tidak pun aku hanya bagitau mak dengan ayah aku je. Kawan-kawan opis, malah kawan-kawan rapat pun aku takkan bagitau. malas nak kecoh-kecoh aku nak ke mana-mana. Biarlah mereka tahu sendiri, kekadang tu aku akan upload gambar kat IG atau buat teaser kat dalam blog. Tu pun masa dah pergi.  So masa tu barulah orang akan tahu aku nak kemana. Ye kekadang tu penting jugak bagitau orang mana kita nak pergi kan, untuk keselamatan dan sebagainya....so berpada-pada la, tak perlu nak canang setahun kau nak pergi travel, takut nanti orang meluat pulak. Eh. 

#7
Benda wajib beli masa travel adalah souvenir untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Selalunya aku akan beli FM (fridge magnet) sebab tu jelah benda yang aku rasa murah dan best kalau nak simpan buat kenang-kenangan. Setiap tempat yang aku pergi aku akan cuba la cari walau seketul FM. Alhamdulillah setakat ni, semua tempat yang aku pegi ada la FM dia satu atau lebih (Ikut tempat). Kengkawan pon seronok bile dapat FM...so kalau orang suka, kita pun gembira la, tak begitu?

#8
Poskad untuk diri sendiri dan geng #travelholicawesome. Dah jadi macam satu tradisi untuk aku dan kengkawan #TA kalau pergi mana-mana kami akan pos poskad kepada masing-masing. Seronok sebenarnya buat macam tu sebab dalam poskad tu akan tulis macam-macam dan semua akan turun tanda tangan. Perasaan paling best bila ko dah balik Malaysia, dua tiga minggu lepas tu poskad yang ko pos tu sampai! Boleh la tayang kat kengkawan lepas tu! Hahaha riak.

Poskad poskad dan poskad!
#9
Aku ni jenis tak banyak cakap dan tak banyak songeh, so kebanyakannya aku akan ikut je apa yang geng travel nak buat (tapi kekadang tu aku take over jugak la). Bukan apa, aku malas nak timbulkan situasi tegang masa travel. Tak best la kalau gaduh-gaduh kan dan selalunya aku akan senyap je dan cuba elakkan dari berlaku pergaduhan. Being neutral... ala bukan gaduh apa sangat pun, gaduh pasal nak makan kat mana, nak pegi tempat tu naik apa....biasa la tu...tak travel la kalau tak gaduh. #tetibe.

#10
Sebenarnya aku rasa yang aku tak boleh meninggalkan Malaysia dalam satu tempoh yang lama la. Aku akan rasa rimas dan rasa tak sedap hati. So aku ni kira tak boleh pergi travel lama-lama. Serius! Paling lama pun 10 hari aku travel, tu pun asyik pikir bilalah nak balik....walaupun tempat yang aku pegi tu best. Sebab aku rasa secure bila berada di tempat sendiri, ada katil sendiri, boleh makan kat mana-mana saja, boleh buat apa-apa je yang aku dah biasa buat, haaaa macamtu.... pelik tak? So boleh ke aku nak migrate ke luar negara kalau dah macam tu pe'el aku? Huhuhuh .

Hmmmmmmm nak sambung lagi ke tak eh? Tetibe otak tepu. Tengoklah, kalau aku rajin dan kalau ada permintaan aku buat la sambungan (part 2)! Hahah tetap nak ada sambungan ye tak? Sukati la!

Ok ...sebenarnya boleh tak aku nak request, nak tag Kak Anash a.k.a Tansree Coco yang pemalu tu buat tag ni dan CHAWANA!!!, Hang Dhamin, Pae dan Doc Shahrule. SILA BUAT JANGAN NAK NGELAT.. Dan satu lagi nak tag sesapa je lah dalam group TA yang rajin nak buat...maklumla memasing busy jaga anak sekarang.

Ok lah...sehingga ke titisan pena yang akan datang.

WASSALAM.


16 comments:

  1. Wah main tag2 nampak.. Copy paste ko punye je la bahahaha

    ReplyDelete
  2. Gigih nye lah baca.. haha mana tak cukup 20 ni? sila buat part 2. kbai!

    ReplyDelete
  3. Never thought that ada orang yang rasa yang sama for #10 tu. Bila cerita dengan kawan.. they said you should be happy and rasa tak nak balik-balik dah bila travel.. Well, tanah tumpah darah ku kan. Glad to know that I'm not the only one who have this 'symptom' :) -win

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winawin

      Yeay ada geng. So now you know that there are some other people yang felt the same as you are while travel in the long period of time! :)

      Delete
  4. Last part #4 paling lucu sekali. Lepas kau kau kau lagi, lepas tu aku aku aku...Hahaha

    Actually, hampir semua 10 facts of yours lebih kurang macam saya. Fridge magnets, postcards, travel with friends, never disclose to friends before travelling and so on. Saya pun jenis yang tidak boleh travel lama pasal rindu anjing saya lah, masakan mommy saya lah and bf juga xP...

    By the way, how you survived when in Japan for such a long period masa training/kursus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DT

      Haaaa mesti u pun selalu buat kan? Lepas u ...u ,....u... lepas tu i..i i hahah. Poskad, fm etc tu benda wajib bila travel hehe,

      Masa kat Japan tu, mmg homesick jugak tapi sebab ada kawan2 dan selalu berpindah randah (move to many places) so tak rasa sangat la homesick tu. :)

      Delete
  5. Ren, aku pulak yang terasa berat bila kau list segala macam mak nenek kemera yang kau hangkut.
    Well ekcelinya macam mana SOP bila terjumpa tempat menarik ni?
    adakah di kuarkan DSLR, then compact, then camera henfon with monopod ? ke cemana... ? heehee


    sankyuuu participating Ren! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana tron:

      Haaaa camtu le gayanya aku travel... sebab tu badan kene montel hahahaha.

      Delete
  6. tansree yang pemalu pun kena tag?
    banyak plak kena buat assignment!
    argh..tansree is tension now

    (sambung tido balik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      BILE AKAK NAK BUAT TAG SAYA NI?????

      Delete
  7. #6,7 & 8 sama dengan SJ...
    SJ tak suka bagi tau orang, bila orang tau kecoh la.... tanye tu tanye nih.... hari nak pergi je baru bagi tau.... bila nak mula cuti sem, tiba2 galas beg besar (walhal duduk dekat dengan asrama) dan orang ramai suspek... "ko nk pergi mane?" ...... "aku nak pergi jepun...." hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SJ:

      Ha macam tu la kan, bukan apa, kalau kecoh2 nanti ramai jugak yang nak mengirim hiks. :p

      Delete
  8. perlu ke tag2 ni.. terbatuk batuk aku..

    dah la waiting list panjang.. ko tambah lagi keje ku..

    ceit~

    hahaha

    ReplyDelete
  9. humokkk! banyaknye gejet kemera..miskiah je tak cukup ker?? ngahaha..tapi hasilnye mabeles so xpo le kalo ober berat pun kan hiks!..part 2 sila

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS