Posts

Showing posts with the label Ekspresi Diri

Ada Tips?

Image
Assalammualaikum... Hello readers ! Ye ye tau blog ni sendu, tak aktif macam dulu-dulu dah...faham. Sekarang ni memang dah jarang travel, sejak-sejak dah bersara ni...nak update blog apatah lagi. So kalau ada yang boleh bagi tips untuk rajin menulis bolehlah bagitau aku ye. Tolong selamatkan blog ini!!! Hahahahaha. Train from Bangkok to Lopburi.... (saje mengimbau) OK sekian. ;p WASSALAM.

Kalaulah.....Selamat Berpuas.....PUASA!

Image
Assalammualaikum... Selamat Berpuasa.... Kalau ada salji, boleh sedut-sedut macam ais kepal...bubuh sirap pastu tabur bijik selasih. OK bye. - Saporro 2016 WASSALAM

Ada Ni

Image
Assalammualaikum!!! Ada ni tengah update blog.... taip sikit pi makan, taip sikit pi tido, taip sikit pi tengok tv...:p sabar na...  Sesambil tu persembahkan Cik Pae selaku duta DoodlebyRen Shawl. Lols. WASSALAM .

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437!

Image
Assalammualaikum!!! Masih belum terlambat nak wish Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, terutamanya kepada pembaca blog Janggeltrekker's Life ni. Tak kiralah pembaca baru atau yang lama, sama -sama kita menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kesyukuran. Dah masuk tahun kedua berpuasa di sini. Semoga lebih tabah! Hiks. Selamat berpuasa!  WASSALAM.

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2015

Image
Assalammualaikum!!! Laaa dah habis 2015??? Dah nak masuk 2016???? Mesti ramai yang macam tak percaya masa sangat cepat berlalu kan? Dan macam-macam perkara jugak berlaku tahun 2015 ni. Aku pun tak terkecuali, rasa macam baru semalam je bawak Pon ( dear friend from Japan ) pusing-pusing KL sambut New Year .Lols. Tahun 2015 ni merupakan tahun suram kot dalam dunia blogging, rasanya ramai jugak antara rakan-rakan blogger yang dah beralih arah ke medium sosial yang lain macam facebook, Instagram dan Twitter (lebih ringkas dan senang nak bercerita). Tapi aku rasa blog masih penting untuk sumber rujukan dan maklumat, so kena lah teruskan hiks. Tapi maksud aku suram tu adalah, suram tak pegi travel ke mana-mana sangat! Hahah takde la rancak mengembara macam tahun-tahun sebelumnya. Memang obvious kot, awal tahun je sesat ke Macau denga Tansree Coco, MasMz dan Hang Dhamin ...lepas tu terus suram...suram dan suram. tambahan pulak aku berpindah lokasi ke Tawau, Sabah. ..makin su...

JOM Menderma Dengan Kempen TM #PakcikMisteri!

Image
Assalammualaikum!!! Kemain lama aku cuti raya kan!!! Siap demam-demam bagai penangan balik raya. Kekekeke. So macamana raya korang? Meriah tak? Dah submit ke belum #TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 ? Sebab dah banyak penyertaan yang kami terima! Korang jangan terlepas peluang dapat hadiah best tau! OK entry ni nak ajak korang menderma sikit...bukan susah pun just click pada LINK ni dan insyaAllah setiap kali click tu membawa nilai yang besar untuk menderma pada orang yang memerlukan. Apa yang tetiba aku cakap pasal derma-derma ni, sebenarnya TM ada anjurkan satu kempen yang dinamakan TM Raya #PakcikMisteri. Kempen ni bertujuan untuk memberi derma kepada mereka yang memerlukan sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Senang je caranya just click kat link yang diberikan dan akan terhasillah digital coin sebagai jumlah derma anda. Makin banyak anda klik makin banyaklah digital coin yang didermakan! Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat bawah ni:- ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri : Maaf Zahir & Batin 2015

Assalammualaikum!!! Wah! Esok dah nak raya!!! Amacam dah standby ke dengan persalinan raya memasing? Ada ke yang takde mood nak raya? Aku ada baca keratan akhbar mana ntah haritu, katanya menurut kajian sape yang takde mood nak raya tu tanda pendek umur! Hahaha baca boleh percaya jangan, yang penting, siapa yang ada kampung, ada sedara mara, dan paling penting masih ada orang tua (mak bapak) tu balik la jumpa diorang, eratkan silaturrahim sesama keluarga. Dikesempatan ni, macam biasalah seperti tahun-tahun sebelum ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN! Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampung! Lepas ni nak balik kampung ayah pulak di Sungai Besar, Selangor. So sesiapa yang raya kat Sungai Besar tu jemput la datang rumah nenek aku! (Hahaha tak malu betul aku ajak beraya kat rumah orang). Hari Raya kedua pulak aku akan balik Ipoh, Perak ziarah rumah arwah atok dan opah sebelah mak pulak. InsyaAllah kami buat kenduri doa selamat ...

Salam Ramadhan Al-Mubarak To All Readers!

Image
Assalammualaikum!!! Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan tahun ini. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya. Yang berada di perantauan, bertabahlah...demi keriangan berganda! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Maaf zahir dan batin.   Psstt: Ada ke yang pi travel bulan-bulan puasa ni? Share la sikit! Hiks WASSALAM.

Social Media Week 2015: Nominated For The Best Travel Blog 2015 ... Gulp!

Image
Assalammualaikum!!! Minggu Social Media kembali lagi tahun ini. Dan surprisingly i was nominated in Best Travel Blog category? OMG!!! Siapa yg nominate ni? Anyways alhamdulillah ada jugak la yang menghargai blog picisan aku ni. Sob sob. Malaysia Social Media Week 2015 Frankly speaking, aku tak rasa blog aku ni best. Maksud aku sebagai sebuah travel blog, blog aku ni ibarat Shahrul Ridzuan (siapa tu?) berbanding blog-blog setaraf Aaron Aziz tu. Hukhuk... See korang x kenal kan? HaHaHa!!! Banyak blog yang lebih hebat tercalon...segannye. Ok sebagai info Social Media Week ni merupakan inisiatif pihak-pihak tertentu untuk memartabatkan pengamal-pengamal social bukan sahaja para bloggers , termasuk juga Igers, twitters dan medium sosial yang lain. So akan ada beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti seminar, ceramah dan forum yang berkaitan social media . Boleh rujuk website www.socialmediaweek.com.my untuk maklumat lanjut. So alang-alang dah tersena...

Salam!

Image
Assalammualaikum!!! Sorry lama tak update , tengah serabut dengan beberapa perubahan dan penghijrahan kawasan. So bila dah stabil nanti aku akan teruskan perjuangan berbelog mana yang tertangguh tu ye. Doakan aku cepat stabil di sini. MULA & AKHIR Hidup ini bermula, tanpa adanya apa-apa Begitu juga penghujungnya, harus pulang cara serupa Seketika di sini, persinggahan mencari erti Sebelum waktu ku terhenti Setinggi manapun mendaki, sejauh manapun berlari dan mengejar duniawi Pasti tiba suatu hari nantiku di uji, jauh terpinggir sepi. Sungguh aku yang tak bisa Menghalang suratan yang sudah diarah Hanya mampu bersabar dan sujud padanya Sebelum dihitung sebelum dihukum Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat Moga diputihkan segalanya. WASSALAM.

Sedekad Berblog - Langsir Baru 2015!

Image
Assalammualaikum! Hahaha tetibe macam rajin pulak nak update pasal langsir baru 2015! Sempena tahun baru ni, aku pun nak tukar la langsir baru ye dak? Langsir lama tu dah setahun pakai so kene hantar dobi dulu. Bersawang bagai dah tu. Kali ni aku buat simple je la kot, tak nak complicated sangat, sempena hidupku yang simple giteww Lols. Dah jangan nak kutuk, kalau tak lawa pon korang pejam mata je la bila bukak blog ni, trus scroll laju-laju ke bawah (skipkan part langsir tu) huhuhu pasrah.  Sempena tahun baru 2015, kali ni order kat Nilai 3 je, cepat siap dan murah. Siap jahit tepi free pulak tu! Untuk tempahan sila google Nilai 3. Mengimbas kembali antara langsir-langsir yang pernah aku sangkut kat blog ni, macam-macam dah rupanya! Cuba korang tengok, walau tak lawa mana tapi langsir-langsir nilah yang menemani perjalanan blog aku sejak 10 tahun yang lalu. OMG DAH SEPULUH TAHUN!!!  Sedekad dah aku berbelog! Ya Ampun sekejap je rasanya. Macam-macam...

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2014

Image
Assalammualaikum!  Sedar tak sadar dah tiba di penghujung 2014, yang dikatakan tahun paling malang buat Malaysia, tahun paling penuh tragedi dan tahun penuh suka duka. Yeap aku mengakuinya, semuanya telah ditentukan oleh Allah untuk kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang berkelana di muka bumi. Ada yang berkata: "Teguran Allah sangat hebat tahun ini".  Sesungguhnya memang benar, lihat saja bermacam peristiwa pahit yang melanda negara, sampai sekarang pun masih belum selesai, ke mana hilangnya MH370 dan QZ8501 dan pelbagai musibah lain, tanda Allah menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menerima qada' dan qadarnya. Itu mengenai Malaysia, mengenai bangsa dan jati diri kita sebagai seorang rakyat. Untuk aku?  2014 adalah tahun pasif (agaknya) sebab aku banyak menghabiskan masa sendiri, bukan bersama teman-teman rapat seperti selalu. Dari segi kerjaya, masih sama...tidak ada apa yang berubah, cuma makin busy, tanggungjawab makin b...

Hello Readers!!!

Assalammualaikum!!! Hye semua, saja nak lari topik sekejap. Nak tanya kepada semua pembaca blog Janggeltrekker's Life ni, awak semua ada masalah tak untuk drop comment kat ruangan komen kat bawah tu? Kalau ada sesiapa yang mengalami masalah tak masuk komen, atau email bounced back atau email failed harap dapat maklumkan pada aku ye. Moga-moga dapat buat penambahbaikan kepada blog ini. So bolehlah emel aku di janggeltrekking@yahoo.com atau mention saja di twitter @janggeltrekker ye! Maklumbalas anda semua amat saya hargai! Hiks. Thanks ! WASSALAM .

Kalaulah...

Assalammualaikum! Sebenarnya... Tengah berangan. Kalaula tetibe dapat hadiah iPhone 6 Plus.... Mesti sengih seminggu tak hilang. Kalau.... Ye kalau. ( Sorry la termerepek, tengah stress ) WASSALAM .

Random Facts About Me | When I am Travelling

Image
Assalammualaikum!!! Haritu masa aku tengah bersiar-siar mengambil angin malam (konon bersiar-siar la sangat kan padahal ko jadi kutu rayau sukat jalan kat Putrajaya ), aku main la balas-balas twit dengan Kaki Berangan . lepas tu dia tanya aku: "Ko tak buat ke Tag yang si nana tron bagi tu? " (rujuk blog dia kat SINI )  Tetibe je soalan tu keluar paduhal aku tatau pun kejadian-kejadian kat dunia blog sejak dua tiga minggu ni. Maklumla busy sesangat katanya. Ye sungguh memang aku malas busy nak update blog sebab banyak faktor sekeliling yang mengganggu. So bila aku baca balik blog Nana Tron, haah la dia ada tag aku suh buat menatang alah "20 Facts About Me When I Am Travelling" ... hahahah teringat zaman Blogger tengah popular satu ketika dulu, ye masa tu kiranya semua pakat nak jadi blogger. Lepas tu main tag-tag macam-macam la kuiz la, pertandingan gambo la dan macam-macam lagi.... hmmmm how I miss those days . Tapi sekarng ni dengan kemunculan FB,...

Kisah Hari Raya 2014: Rezeki Ramadhon dan #SyawalterindahJanggel

Image
Assalammualaikum!!! Rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah , kita masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan hari raya tahun ni kan. Bagi sesiapa yang rasa hari raya dia tak berapa meriah tu, tak apalah still kena bersyukur jugak sebab dapat merasa nikmat berhari raya tu pun dah satu rahmat sebenarnya kan? Eh eh bertazkirah Syawal pulak kali ni. #SyawalTerindahJanggel (haaa sekali ada hashtag ). Sebelum tu nak wish thanks kat JM sebab bagi kad raya siap ada duit raya. Hahah duit raya pertama dan terakhir tahun ni. (gambar henpon yang tak cantik) Ok sebenarnya hari raya tahun ni agak bebeza untuk aku sepanjang aku pernah hidup di muka bumi Malaysia ni. Tahun ni kami sekeluarga tak sambut satu Syawal kat kampung nenek seperti kebiasaannya. Sebab beberapa hari sebelum hari raya tu kakak aku bersalin dan aku dapat anak buah baru! Alhamdulillah bertamba...

Doa Untuk Semua | Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Image
Assalammualaikum! Hampir sebulan dah berpuasa! Hari Raya pun dah nak sampai, s o buat beberapa waktu tuan tanah nak pegi berhari raya dengan keluarga, maka blog ni pon cuti jugak lah ( haha paduhal memang ko takde apdet entry apa-apa pun kan? ) I just want to wish:- Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin. (Tahun ni aku dapat sekeping kad raya! Alhamdulillah ingatkan dah pupus dah..hiks) Dalam kita menyambut lebaran, panjatkan juga doa untuk mangsa dan keluarga #MH17 dan #MH370. Memang sekarang ni macam-macam dugaan Allah bagi kat kita rakyat Malaysia, dan rakyat dunia amnya. Dan doakan juga kontinjen Malaysia ke Sukan Commonwealth berjaya mencapai sasaran, walau terpaksa beraya di perantauan.  Tak lupa juga kepada pasukan khas misi #MH17 yang juga terpaksa beraya di perantauan demi maruah bangsa dan negara. Dan sama-sama kita doakan saudara muslim kita di Gaza sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.   Ampun maaf kalau ada...

Selamat Berpuasa!

Image
Assalammualaikum!!! Errr sebenarnya...... saja nak wish Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia! (Dah 5 hari berpuasa baru nak wish? hikhik). Walau ada beberapa entry tak habis-habis lagi nak ditulis, sebab malas dan kelesuan sepanjang Ramadhan, tapi aku harap masih ada yang sudi singgah dan baca entri-entri yang lepas. Terima kasih di atas sokongan semua. Kita berkongsi sesama manusia katanya. :) Sepanjang lima hari berpuasa ni tak ada apa yang luarbiasa berlaku sangat pun. Pergi kerja, balik kerja, lepas tu singgah kat Bazar Ramadhan ( BazRam pulak katanya tahun ni) yang berada di tapak baru yakni di tepi Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Keluasan tapak adalah seluas dua padang bola! Ha semput jugak la nak pusing seluruh BazRam tu. Dan berhati-hatilah tak kira di mana saja, sebab malang tak berbau ( Al-Fatihah buat sahabat yang meninggal di BazRam pada 2 Ramadhan lalu).  Ok tu je nak apdet, mood malas ni menjadi-jad...