Assalammualaikum!!!
Errr sebenarnya...... saja nak wish Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia! (Dah 5 hari berpuasa baru nak wish? hikhik). Walau ada beberapa entry tak habis-habis lagi nak ditulis, sebab malas dan kelesuan sepanjang Ramadhan, tapi aku harap masih ada yang sudi singgah dan baca entri-entri yang lepas. Terima kasih di atas sokongan semua. Kita berkongsi sesama manusia katanya. :)
Sepanjang lima hari berpuasa ni tak ada apa yang luarbiasa berlaku sangat pun. Pergi kerja, balik kerja, lepas tu singgah kat Bazar Ramadhan (BazRam pulak katanya tahun ni) yang berada di tapak baru yakni di tepi Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Keluasan tapak adalah seluas dua padang bola! Ha semput jugak la nak pusing seluruh BazRam tu. Dan berhati-hatilah tak kira di mana saja, sebab malang tak berbau (Al-Fatihah buat sahabat yang meninggal di BazRam pada 2 Ramadhan lalu).
Ok tu je nak apdet, mood malas ni menjadi-jadi la! Siapa ada obatnya? Meh pos kat sini meh.
Akhir qalam.... SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA!
WASSALAM.
Nah sesiapa nak terjah Bazar Ramadhan kat Putrajaya, lokasi seperti di peta di atas. Sumber Google. |
Selamat berpuasa..lama dah tak singgah kat sini..hehe..so far, tak penah pergi lagi baram kt putrajaya ni, ce suggest ape yg sedap nnt eh..kot la tetibe malas nk masak nnt..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah..
Yayan:
DeleteSelamat berpuasa juga:)
Kat Baram ni nampak gayanya macam ramai je org jual ayam golek. mahal pulak tu huhuhuhuh. Tapi setakat nak beli makanan biasa2 pun banyak.
....
Selamat berpuasa Ren.. Al-fatihah buat sahabat itu.
ReplyDeleteMrs. Smile
DeleteSelamat berpuasa juga:)
Semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman ... amin.
besar nyer kawasannn..
ReplyDeleteIdzwa:
DeleteHaah memang besar
Selamat Berpuasa....hati-hati melangkah longkang di bazram...bazram??eh nama baru ke tu?apesal aku tak tau...hehe
ReplyDeleteDJ:
DeleteHahah selamat berpuasa jugak ye DJ. Bazram tu kengkononnya Bazar Ramadhan, tapi aku tak suka nyebutnya, aku suka lagi PARAM hahahaha
bila nak belanja akak di sini?
ReplyDeleteKaka Anash:
DeleteNile nak datang sini?
rasa serik gak nak datang sini lagi. parking hazab. pahala puasa habis kt parking separuh, kat bazar separuh haha..
ReplyDeleteselamat berposa beb. jangan ponteng, dosa :-D
Dzuchan:
DeletePaking banyak je area tepi tasik tu, seblah umai tu semua kosong takde org nak paking pun.
Ehem..ehem...semekom...ada orang kat umah ke tak ni..JM datang nk iftar sama2...matilah nanti kena tangkap basah bulan2 puasa ni ko g gatal pegi rumah anak teruna :-)
ReplyDeleteSelamat Berpuasa jugak buat Ren tu...JM pun dh lama tak singgah sini..nanti nk terjah lah entri yg x sempat nk terjah lagi tu..
Ngeri pulak bila dgr berita arwah tu..kawan kat opis kenal si arwah..sayu bila dgr ceritanya..itu lah kan kalau ajal dah sampai mmg mengenal usia. Al Fatihah kepada beliau.
Nak ubat rajin?..mudah je..bangun pagi ngadap cermin pastu senyum then cakap aku nak rajin hari ni lebih rajin dari semalam..in sha Allah..aura rajin akan datang..hambek ko..komen dh mcm buat karangan
JM:
DeleteAmbui panjangnya JM Komen. Lepas geram tak masuk blog ni lama ke hehehe.
Bile nak iftar bersama2 tu hikhik.
Selamat berpuasa juga buat JM.
selamat berpuasa bro. jgn tido plak kat opis yg macam frozen tuh..hehe
ReplyDeleteAgip
DeleteSelamat berpuasa Agip. Tido time rehat je hehehe.
Selamat berpuasa... Alfatihah buat arwah
ReplyDeleteMKL:
DeleteSelamat berpuasa bro MKL
Ubat hilangkan malas:
ReplyDelete1. cari puncanya ~ mungkin letih, banyak kerja, stress, kurang motivasi? Dah tahu puncanya, boleh rehat, tidur dan bersenam.
2. jangan lakukan aktiviti rutin ~ buat perkara yang belum pernah dibuat, misalnya tak pernah gosok baju, hari ini gosok baju, tak pernah qiamulail, malam ni qiamulail
3. Get organized ~ mungkin meja komputer bersepah, bilik berselerak. Hari ini kemaskan.
4. Belajar dari kejayaan orang lain
5. Fikirkan kepentingan menulis blog
6. Bayangkan pembaca ternanti-nanti entry dari Ren
Kalau ubat ini tak menjadi beritahu saya he he he....
Kak NA:
DeleteTerima kasih di atas tips yang diberikan. insyaAllah saya akan cuba amalkan mana yang termampu hehehe.
Selamat berpuasa jua Ren...
ReplyDeleteMie:
DeleteSelamat berpuasa Mie. :)
Selamat berpuasa juga yer. Hee..
ReplyDeleteDah lama CN tak singggah sini.. :)
CN:
DeleteSelamat berpuasa CN. Ala blog saya tak popular sebab tu tak rajin masuk kan hehee.
Hikhikhi... very humble yer :)
DeleteCN selalu lalu je sini, tak sempat tinggal komen. Hee...
CN
Deletehehehe ala mmg betul pun tak popular .... hiks.
Takpe CN, tak tinggal komen kat belog pon takpe, janji komen dalam hati ye! Hahaha
hikhikhik...
Deletebaik! CN akan tinggalkan komen di mana2 yg sesuai yer.. hehe
CN
Deletehahha letak le mana mana pun insyaallah saya baca..tak reply kat sini pon saya reply dalam hati je la hehehe.
Hehe.. Baik!!! CN pn reply dlm hati jgk la.Hee... :P
DeleteSelamat berpuasa!!!
ReplyDeleteFarikica:
DeleteSelamat berpuasa juga buat kalian.
Selamat berpuasa Mr. Blogger! Nanti saya sampai sana bawak la jalan2
ReplyDeleteUmar K
DeleteHeheh selamat berpuasa Mr Umar. Bile nak mai tu? meh sini meh
Selamat berpuasa Janggel. Ada gak terbaca pesal orang yang meninggal nak cross longkang kat Pasar Ramadhan tue.
ReplyDeleteZaraab
DeleteSelamat berpuasa Zara. Dah ajal dia camtu kan... kesian dia.