2015-10-19

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.

Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.

Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej tu). 

Perjalanan ke Bandar Semporna dari Bandar Tawau mengambil masa selama 1 jam 30 minit (lebih kurang). Dalam perjalanan tu kami didendangkan dengan lagu lagu malar segar rock kapak tahun 90-an hahah rasa macam nak karoks je kuat kuat dalam bas tu. Oh lupa pulak, masa ni jugak aku kenal dengan beberapa kawan baru di Tawau, pangkat adik-adik semuanya huhu.

Jeti Semporna, Sabah.
Ekceli ramai jugak orang hari tu.
Dalam perjalanan tu tetiba hujan pulak sekejap walaupun hujan rintik-rintik. Kami sampai ke Bandar Semporna dalam jam 10 pagi. Masa tu kami semua berkumpul dan dibahagikan kepada tiga groups (sebab ada 3 buah bot yang disewa). Destinasi pertama adalah ke Pulau Bohey Dulang! Wuhuuuuu memang dah eksaited dah masa naik bot tu tapi kena kontrol sikit la sebab nanti orang kata buang tebiat pulak, dah la semuanya baru kenal hiks.

Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Masa mula-mula sampai tu memang mendung dan hujan pun dah mula turun renyai-renyai. Adoi pasrah je la. 

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau di dalam gugusan Taman Laut Tun Sakaran. Ada beberapa buah pulau lagi di sekitar peraiaran Semporna. Setelah mendaftarkan nama di pos pengawal, kami pun bergerak naik ke atas menuju ke puncak Bohey Dulang. Nak mendaki tu kena ikut turn sebab di atas puncak tu tak boleh duduk ramai-ramai.
Puncak Bohey Dulang terletak setinggi 250 -300 meter dari aras laut dan kita kena mendaki sejauh 600 meter ke puncak. Part mendaki ni memang lemah sikit la. memandangkan aku ni dah pencen manjat-manjat bukit /gunung maka ianya agak semput jugakla. Sebenarnya track mendaki dia tak susah pun, dan siap ada tangga dan sesetengahnya perlu bergayut-gayut pada akar pokok. Seronok! first 200 meter tu boleh la senyum-senyum lagi, masuk 300 meter dah semput hahahaha.

Akhirnya dengan berkat kesungguhan dan berpandukan cogankata "Kalau Chawanna pun boleh panjat sampai puncak, kenapa aku tak boleh!!!" maka aku pun berjaya sampai ke puncak! Yeay! Alhamdulillah. Subhanallah cantiknya pemandangan sekitar kawasan pulau dari atas puncak ni. Macam tak percaya pulak aku dah sampai kat atas ni, so kira macam achievement unlock la! Kami lepak lama-lama atas tu, menghayati pemandangan yang indah walaupun sedikit berjerebu. Tapi tak kisah lah, yang penting aku taknak panjat situ lagi, cukupla sekali Hahahaha!
MALAYSIA!
Dah puas bergambar kat puncak Bohey Dulang, kami pun turun ke bawah semula. Perjalanan turun tak sesukar mendaki. Sekejap je kami dah sampai ke jeti. Di jeti kami diberi bekalan makanan tengahari. Masa tengah kebulur lapar disua makanan, makanya masing-masing senyap la makan.

Ahahah dah nak turun baru ada mood nak amik gambar kat papan ni.
Bersama geng baru.
Laluan mendaki.
Ada tangga, lega sikit.
Ok pegang tali kuat-kuat ye semua.
LUNCH!
Destinasi seterusnya adalah Pulau Sibuan. Perjalanan dari Pulau Bohey Dulang ke Pulau Sibuan mengambil masa 45 minit. Pulau Sibuan merupakan sebuah pulau yang tidak mempunyai penempatan, cuma ada sebuah pejabat Taman Laut dan Pos Pengawal. Tandas juga tidak disediakan di pulau ini. So kalau nak tukar baju, atau bilas badan kena pandai-pandai lah minta ehsan di Pejabat Taman laut tu.

Pulau Sibuan!
Register dulu
Di Pulau Sibuan kami boleh snorkling, dan yang paling penting air laut dia sangat jernih! Jernih gila! Macam tak percaya je kat Malaysia ada laut jernih macam tu hahaha. Ok aku memang kat Malaysia. Kami diberi masa selama sejam untuk mandi manda dan snorkeling kat situ memandangkan tidak boleh tinggal di pulau tersebut selepas jam 5 petang.
Jom balik!
Setelah semuanya selesai, kami pun pulang semula ke Jeti Semporna. petang tu hujan masih lagi renyai, tapi tak apalah sebab dah nak balik. Kami sampai di Bandar Tawau dalam jam 8 malam. Secara keseluruhannya, trip singkat ke Semporna ni memang best la, aku berjaya sampai ke pulau-pulau yang selalu dilihat dalam tv saja dan dapat juga kenal beberapa kawan baru. InsyaAllah lepas ni boleh la datang lagi. Hiks.

Tu dia bas kami hiks.

WASSALAM.

28 comments:

  1. "Kalau Chawanna pun boleh panjat sampai puncak, kenapa aku tak boleh!!!" HAHAHAHA!

    Btw, takde # spesifik ke utk IG meetup ni? Nak usha gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bongok la korang ni! hahahahah..tau la aku bukan kaki panjat! cissss..

      Delete
    2. Nasib baik x kena panic attack kat atas tu.

      Delete
    3. Pi cek IG tawautown. Ada la dikit diorg upload

      Delete
  2. Untunglah orang ada kawan kawan IG group kannn hehehhehee

    Memang cantik !!!

    ReplyDelete
  3. mak aih bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer best... Bile nak terbang ke mari? Tak pun berenang la. Hiks

      Delete
  4. Wei, kenapa perlu ada support tagline "kalau Chawanna boleh, aku tak boleh?" This is sooo hilarious!

    ReplyDelete
  5. chawanna jugak yang femes?
    padahal nih blog sapa?
    hahahaahah

    ReplyDelete
  6. very nice: I want to go there next January

    ReplyDelete
    Replies
    1. I had great time there on the islands. On three days I was making the trips with Semporna Blue Reef: the hiking on Bohey Dulang, snorkeling at Mabul, Kapalai, Sibuan, Mantabuan and Mataking.

      Delete
    2. Yeah it was a great experience right!

      Delete
    3. oh yes - and I am so sorry, that I cannot come back to Sabah

      Delete
  7. salam
    mind asking
    bas dari tawau ke sempoerna tu memang sentiasa ada atau ada jadual tertentu.
    tqia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut yg saya tulis kat atas tu kami naik bas yg disewa khas. Tapi kalau bas harian ke semporna mmg ada. Frequensinya saya x pasti berapa kerap tapi rasanya banyak.

      Delete
    2. Kalau mahu ker semporna, naik van saja dari sabindo tawau. bayar rm10, sampai la semporna. orang tawau panggil bas, kalau kita orang Malaya van sapu..

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi nak tanya,

    Kos dari tawau - pulau bohey jumlah berapa?Semua sekali 87 shj kah?

    ReplyDelete
  10. boleh ke nk ke bohey dulang takde pakej. sbb da amik pakej ke mabul tp tak include bohey dulang. so plan lepastu nk pegi sana dan sewa boat je.

    ReplyDelete
  11. Sy copet 1 pic bohey dulang..halal ye..

    ReplyDelete
  12. bestnye...xsabar nk pegi hujung bln ni.hikhik

    ReplyDelete
  13. Mantepppp......Wuih artikel yang sangat bagus dan menarik

    jangan lupa ya mampir juga di blogku di http://evita217.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. berhampiran bohey dulang sudah ada resort. boleh tengok
    www.latolatoresort.com

    ReplyDelete
  15. berhampiran bohey dulang ada penginapan baru di bina. boleh tengok
    www.latolatoresort.com

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS