Posts

Showing posts with the label Sabah

SABAH: Camping Konon-konon di Kota Belud - Nohutu Ecotourism (Part 3)

Image
Hari ketiga di Sabah, kita plan nak lepak santai di Nohutu Ecotourism, Kota Belud. Konon-konon nak bercamping la, feeling-feeling adventure gitu. Siap angkut stove, periuk, dan stok meggi untuk dinner special, dengan harapan dapat makan sambil layan view Gunung Kinabalu. Perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam dengan pemandangan yang cukup indah di sepanjang jalan. Kami melalui kampung-kampung kecil, sawah padi yang menghijau, dan bukit-bukit berbatu yang mempesonakan. Semakin menghampiri Nohutu Ecotourism, udara semakin sejuk dan nyaman, memberi petanda bahawa kami sudah berada di kawasan tanah tinggi. Tapi lain yang kita rancang, lain yang jadi. Sampai je campsite, gunungnya hanya sipi-sipi je kelihatan. Kabus tebal weh! Ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai yang tak reti nak berhenti. Mula-mula, kita masih optimistik, berharap kabus akan hilang menjelang petang, tapi makin lama makin tebal pula. Malamnya lagilah, gelap gelita, langsung tak...

SABAH: Kota Kinabalu, Kudat Dan Pengalaman Penuh Tragis - Hibiscus Beach Retreat (Part 1)

Image
Bukan selalu dapat ke Kota Kinabalu, sejak-sejak dah bertugas semula di Semenanjung. Sekali sekala nak juga kembali ke sini sekadar untuk bercuti dan bertemu kawan-kawan lama. Jadinya pada Januari 2023, aku decided untuk bercuti ke KK selama 4 hari. Lagipun dah lama tak jumpa kawan aku kat sana.  Dari KK, aku dan kawan aku drive ke Kudat. Masa ni lah bermulanya macam-macam kisah tragis. Hahahaha. Hari pertama di Kudat memang penuh drama. Dari Kota Kinabalu ke Kudat, hujan sepanjang jalan. Sampai di Sikuati, jalan utama banjir teruk, terpaksa tunggu hampir sejam sebelum boleh lalu. Masa ni, panik jugak sebab semua dah bayar dan booking siap-siap. Bila dah boleh redah banjir, muncul pula satu lagi cabaran, jalan rebak, langsung tak boleh lalu! Terpaksa ikut laluan alternatif yang entah ke mana, tiba-tiba je dah masuk kebun kelapa sawit. Tengah syok drive dalam kebun sawit, tiba-tiba kereta sangkut dalam lumpur! Demm, habis tayar terbenam. Belum sempat mengeluh panjang, datang pu...

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!! Ok mood  rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani. Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan.  Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih) Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau) Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy  mandi laut.  Oh by the way  kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas ! Memang ...

PART 1: Trip To Kota Kinabalu - Firstime Ke Kundasang Ni! a

Image
Assalammualaikum!!! Mood rajin kembali lagi, kali ni nak update pasal trip aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Lama dah plan sebab kononnya rindu Sabah! Hahahaha tapi memang rindu pun, sebab kali terakhir aku tinggalkan sabah pun adalah 3 tahun lepas. Sobs. Ok trip kali ni aku repeat   ke Beaufort untuk naik train ke Tenom . Ingat lagi trip Keretapi Tenom yang aku pernah buat dulu? So sebab John dan Sharule tak pernah merasa naik keretapi klasik ni so aku pun bawak la diorang. Cumanya kalini tak sampai ke Tenom pun, tengah jalan kami patah balik ke Beaufort sebab ambil masa 3 jam ye kalau total perjalanan dari Beaufort ke Tenom . Harga tiket masih sama RM 2.70 sehala. Next kami ke Kundasang ! Memang kami looking forward ke tempat ni. Sepanjang aku bertugas di Sabah 2 tahun, tak pernah langsung jejak Kundasang hahahaha sedih! So kami memang sewa kereta Viva (RM 120 sehari - boleh call atau whatsapp 019-5594009)  dan bermalam di Sulap Homestay...

From Beaufort To Tenom: Borneo 'Express'

Image
Assalammualaikum!!!  Maafkan aku, tetiba nak caras entry Cambodia dan Japan. Huhu kasi chance la kan, sebab entry ni lagi senang nak tulis, pendek je. Tak kira, aku buat jugak entry ni ok! Taknak baca sudah. Lols. OK sebelum apa-apa jom layan video ringkas sepanjang perjalanan aku ke Tenom dari Beaufort .AYUH! Tenom Valley...The North Borneo Railway Kisahnya bermula bila aku terbaca dan terlihat mengenai The North Borneo Railway ni di kaca tv dan disokong pula dengan keindahan cinematography dalam filem Ola-Bola yang sedang hagat dimainkan di pawagam. Dari situ terdetik nak 'merasa' sendiri pengalaman menaiki keretapi 'kontena' ke Pekan Tenom . Kebetulan pulak ada urusan kerja sikit di Sipitang so why not kan? Maka aku dan seorang member lama dari Labuan , merancang perjalanan. Dan sepatutnya ada sorang lagi member dari Miri nak join tapi terpaksa cancel last minute disebabkan hal kerja, maka tinggallah aku dan Kay  (nama ...

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Image
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah . Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana. Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan . Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari. Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu seb...