2019-03-22

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!!

Ok mood rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani.

Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. 

Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih)

Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau)
Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan
Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy mandi laut. 

Oh by the way kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas! Memang superb ye sunset dia! Sumpah tak tipu.

OK selebihnya layan VIDEO ye. Hahaha aku malas nak menaip!!

WASSALAM.



No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS