Assalammualaikum!!!
Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni.
Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Resort atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha.
OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak, tak jauh dari Pekan Kampar, dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha.
Fun map bagi keseluruhan kawasan PATRO |
OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan ladang mangga sahaja dah 1200 ekar. yang lain-lain tu termasuklah kawasan resort, watersport, ladang-ladang kunyit, misai kucing, itik telur, cili dan beberapa tanaman lain...oh ya ada juga ladang madu kelulut dan tempat menunggang kuda! Ha ni yang member aku ajak tu hahaa.
OK untuk masuk buat TOUR sahaja dikenakan bayaran masuk RM 5 seorang. Dan untuk ke Ladang Cili dan Itik dikenaakan RM 15 seorang. Tapi memang berbaloi la sebab boleh belajar buat telur masin dan beli cili.
Waktu operasi: Setiap hari 8 pagi hingga 6 petang (bagi yang tak menginap). Chalet-chalet dalam ni pun cantik-cantik dan berpatutan (kalau ada promo), boleh booking di Agoda dan Traveloka. Pandai-pandai la search dan boleh juga terus call di sini untuk tempahan. Maklumat lanjut boleh cek di FB PATRO.
Malas dah nak menaip, layan video je lah ye. Daaaa...
WASSALAM
No comments:
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!