2019-03-16

PART 1: Trip To Kota Kinabalu - Firstime Ke Kundasang Ni! a

Assalammualaikum!!!

Mood rajin kembali lagi, kali ni nak update pasal trip aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Lama dah plan sebab kononnya rindu Sabah! Hahahaha tapi memang rindu pun, sebab kali terakhir aku tinggalkan sabah pun adalah 3 tahun lepas. Sobs.

Ok trip kali ni aku repeat  ke Beaufort untuk naik train ke Tenom. Ingat lagi trip Keretapi Tenom yang aku pernah buat dulu? So sebab John dan Sharule tak pernah merasa naik keretapi klasik ni so aku pun bawak la diorang. Cumanya kalini tak sampai ke Tenom pun, tengah jalan kami patah balik ke Beaufort sebab ambil masa 3 jam ye kalau total perjalanan dari Beaufort ke Tenom. Harga tiket masih sama RM 2.70 sehala.

Next kami ke Kundasang! Memang kami looking forward ke tempat ni. Sepanjang aku bertugas di Sabah 2 tahun, tak pernah langsung jejak Kundasang hahahaha sedih!

So kami memang sewa kereta Viva (RM 120 sehari - boleh call atau whatsapp 019-5594009) dan bermalam di Sulap Homestay (RM 180 Semalam). Lokasi Sulap Homestay ni terletak di Kampung Mesilau, Kundasang. Kalau korang nak dapat view cantik macam yang aku nampak ni korang pi lah ke Kampung Mesilau, insyaAllah jumpa.

TIPS: Nak ambil gambar gunung yang clear macam dalam gambar yang aku ambik tu sila bangu subuh, seawal jam 6 pagi dah nampak gunung. Lepas pukul 9 pagi, kompom gunung dah tak nampak sebab awan tebal akan mula tutup puncak gunung. Kalau tak percaya cubalah.

OK malas nak cerita panjang, tips penting aku dah bagi so enjoy Kundasang! Nanti aku buat entry untuk trip pulau pulak ya! OK jom tonton video, ada banyak juga info dalam video so aku malas nak tulis kat sini. Ehekkkkk!.

WASSALAM.


Melawat Desa Dairy Farm, Kundasang RM 5 /entry.
Dapat la tengok lembu dan makan icecream
Morning View at Kg Mesilau with the Majestic Mt. Kinabalu.
Sunset View at Kg Mesilau, Kundasang


Another Sunset View of Mt. Kinabalu
Morning View of Mt. Kinabalu!
Thats all from us.



No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS