SABAH: Camping Konon-konon di Kota Belud - Nohutu Ecotourism (Part 3)

Hari ketiga di Sabah, kita plan nak lepak santai di Nohutu Ecotourism, Kota Belud. Konon-konon nak bercamping la, feeling-feeling adventure gitu. Siap angkut stove, periuk, dan stok meggi untuk dinner special, dengan harapan dapat makan sambil layan view Gunung Kinabalu.

Perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam dengan pemandangan yang cukup indah di sepanjang jalan. Kami melalui kampung-kampung kecil, sawah padi yang menghijau, dan bukit-bukit berbatu yang mempesonakan. Semakin menghampiri Nohutu Ecotourism, udara semakin sejuk dan nyaman, memberi petanda bahawa kami sudah berada di kawasan tanah tinggi.

Tapi lain yang kita rancang, lain yang jadi. Sampai je campsite, gunungnya hanya sipi-sipi je kelihatan. Kabus tebal weh! Ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai yang tak reti nak berhenti. Mula-mula, kita masih optimistik, berharap kabus akan hilang menjelang petang, tapi makin lama makin tebal pula. Malamnya lagilah, gelap gelita, langsung tak nampak apa-apa. Nak buat photoshoot epic dengan background gunung pun hancur berkecai. Mujur juga khemah yang kami bawa jenis kalis air, jadi tak adalah kena tidur dalam basah.

Nasib baik, ada geng caravan yang tiba-tiba join campsite kita. Terus tempat tu jadi meriah! Diorang siap pasang lampu, ada yang main gitar, ada yang masak-masak. Bau ayam panggang dari campsite mereka buat perut kitorang berkeroncong lagi walaupun baru lepas makan meggi. Suasana malam tu jadi sangat seronok, macam dalam drama travel. Kami berkenalan dengan geng caravan, ada yang datang dari Semenanjung, ada juga orang Sabah yang memang hantu camping. Mereka siap kongsi tips dan cerita pengalaman camping di pelbagai tempat sekitar Borneo. 

Keesokan paginya, selepas kemas barang, kami gerak balik ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan, sempat singgah makan lokan bakar dengan kelapa jelly di Salut. Fuhh, rasa dia memang padu! Lokan bakar yang fresh, cicah sambal kicap pedas, memang terbaik! Kelapa jelly pulak segar betul, sedap minum lepas makan seafood. Kedai tempat kami singgah ni memang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Ada deretan gerai yang menjual makanan laut segar seperti udang galah, ketam, dan ikan bakar.

Dan macam tu lah trip pendek ‘healing’ kita ke Sabah kali ni. Simple tapi bermakna. Walaupun tak dapat tengok Gunung Kinabalu dengan jelas, pengalaman camping di Kota Belud tetap jadi kenangan manis. Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang kan? Sabah will always have a special spot in my life. Sampai jumpa lagi, Land Below the Wind!

WASSALAM.






Nohutu Ecotourism, Kota Belud - Januari 2023


Comments

  1. Gunung kinabalu dia munculkan diri waktu pagi je bila ke petang memang dia malu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye masa terbaik adalah sebelum pukul 9 pagi.

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

Popular posts from this blog

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria