FOOD HUNTER: Lepak Petang Kat Kedei Kopi Ceruk, Sungkai

Petang tu, masa on the way balik Ipoh, perut dah start berkeroncong. Kawan aku pulak dok promote ada satu kafe kat Sungkai ni, unik gila katanya. Nama dia pun rare, Kedei Kopi Ceruk. Dengar nama je dah buat aku tertanya-tanya, ceruk mana pulak kedai ni.  

Sampai je kat Sungkai, rupa-rupanya tengah-tengah pekan! Ingatkan betul-betul ceruk kampung ke apa. Kedai dia kecik je, tapi sumpah unik gila! Masuk-masuk je, terasa macam balik zaman tok nenek dulu. Mana taknya, penuh dengan barang antik, dari radio lama, jam dinding retro, sampai basikal tua pun dia gantung kat dinding. Memang vibe nostalgia habis!  

Kami pilih duduk kat meja kayu dekat tingkap. Boleh la layan view orang kampung mundar-mandir. Menu dia simple gila, tak banyak pilihan dan ready made, roti bakar, mi kari, dengan nasi lemak bungkus daun pisang. Senang cerita, tak payah pening kepala nak pilih. Aku terus order roti bakar dengan kopi O. Feeling-feeling minum kopi kampung.  

Bila roti bakar sampai, memang nampak simple, tapi padu siot! Roti dia tebal, sapu kaya homemade dengan mentega yang tengah cair meleleh. Gigit sekali, perghhh... lembut kat dalam, garing kat luar. Kaya dia tak kedekut, manis lemak dia memang ngam.  

Kopi O dia pulak, pekat kaw! Hitam legam, tapi pahit dia ngam-ngam kat tekak. Hirup sekali terus mata segar balik. Sembang punya sembang, kami borak macam-macam, dari cerita zaman sekolah, gosip artis, sampai angan-angan nak jadi kaya raya.  

Sambil borak, mata aku asyik dok perati barang-barang antik dalam kafe tu. Ada poster filem lama, telefon rotary, jam dinding bulat yang jarum dia gerak slow gila. Memang nostalgia habis! Terasa macam masuk mesin masa.  

Tengah syok lepak, tiba-tiba ada makcik tua jual pisang goreng lalu kat tepi jalan depan kafe. Owner kedai ni rilek je panggil makcik tu, beli sekali untuk kami rasa. Respect gila! Dah la mesra, support peniaga tepi jalan pulak tu. Pisang goreng tu pulak rangup gila kat luar, manis lembut kat dalam. Cicah dengan kopi O, memang layan!  

Kami lepak tak lama, sebab masih jauh perjalanan menuju ke Ipoh. Masa nak balik, kami bersembang dengan owner kedai sambil cakap terima kasih. Dia senyum lebar, “Datang lagi, borak-borak kat ceruk ni.” Kami angguk sambil gelak. Memang ceruk, tapi ceruk yang rare.  

Kedei Kopi Ceruk  

Kecik, simple, tapi power gila vibe dia. Kadang-kadang, lepak kat tempat macam ni lagi best dari kafe hipster mahal-mahal tu. Roti bakar, kopi O, pisang goreng panas, dan borak-borak kosong, cukup dah untuk buat kenangan.  Korang google je, mesti jumpa!

WASSALAM.







Kedei Kupi Cherok, Sungkai - Disember 2024

Comments

Popular posts from this blog

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria