Posts

Showing posts with the label Ren Suka Makan

THAILAND: Mencari Breakfast di Sarnies Cafe, Bangkok

Image
Bangkok pagi-pagi dah hidup. Kat luar, jalan raya sesak dengan kereta, motor bersimpang-siur, bunyi hon bersahut-sahutan. Kami pun awal pagi dah bangun, mata masih kuyu, tapi perut dah mula buat konsert. Pagi ni, misi kami nak sarapan kat Sarnies Cafe.   Order Grab dari hotel, malas nak fikir pasal jalan. Sepuluh minit je, driver drop kami kat depan sebuah bangunan lama. Dari luar, Sarnies ni nampak old-school, rumah kedai zaman dulu yang direnovate jadi cafe hipster. Dinding bata merah, pintu kayu besar, tingkap kaca tinggi, nampak klasik, tapi ada aura cool.   Masuk je dalam, bau kopi pekat terus sambut. Aroma biji kopi yang baru digiling campur dengan bau roti bakar dan butter cair, perut aku automatik berbunyi. Cafe ni dua tingkat, tapi penuh gila. Ada yang datang solo, ada yang tengah meeting sambil buka laptop, ada geng-geng pelancong macam kami yang nak try makanan viral.   Kami dapat meja kat tengah-tengah cafe. Cahaya matahari pagi masuk samar-sama...

FOOD HUNTER: Lepak Petang Kat Kedei Kopi Ceruk, Sungkai

Image
Petang tu, masa on the way balik Ipoh, perut dah start berkeroncong. Kawan aku pulak dok promote ada satu kafe kat Sungkai ni, unik gila katanya. Nama dia pun rare, Kedei Kopi Ceruk. Dengar nama je dah buat aku tertanya-tanya, ceruk mana pulak kedai ni.   Sampai je kat Sungkai, rupa-rupanya tengah-tengah pekan! Ingatkan betul-betul ceruk kampung ke apa. Kedai dia kecik je, tapi sumpah unik gila! Masuk-masuk je, terasa macam balik zaman tok nenek dulu. Mana taknya, penuh dengan barang antik, dari radio lama, jam dinding retro, sampai basikal tua pun dia gantung kat dinding. Memang vibe nostalgia habis!   Kami pilih duduk kat meja kayu dekat tingkap. Boleh la layan view orang kampung mundar-mandir. Menu dia simple gila, tak banyak pilihan dan ready made, roti bakar, mi kari, dengan nasi lemak bungkus daun pisang. Senang cerita, tak payah pening kepala nak pilih. Aku terus order roti bakar dengan kopi O. Feeling-feeling minum kopi kampung.   Bila roti bakar sa...

Food Hunter: Review Bubur Ayam Papa Kaya - Ayer@8 Putrajaya

Image
Setiap kali jejak kaki kat Papa Kaya, Putrajaya, memang tak fikir panjang, terus order bubur ayam dia.. Claypot Porridge with egg + Steam Chicken.  Itu je menu wajib aku, tak pernah berubah. Bubur dia memang lembut, creamy, tak terlalu cair atau pekat. Ayam dalam bubur tu pun banyak, bukan jenis ‘main tabur’ je. Ditambah pula dengan kombinasi, kacang goreng, telur separuh masak, halia dan cili potong kicap… memang cukup rasa. Tapi kalau nak lagi padu, kena makan sekali dengan steam chicken with soy sauce, fuhh, kombinasi legend! Ayam stim dia lembut, juicy, dan kicap dia ada balance masin-manis yang ngam. Sekali suap, memang tak cukup satu mangkuk!   Papa Kaya ni sebenarnya satu hidden gem, dulu dikenali sebagai Papa Rich. Terletak kat Ayer@8, Presint 8, kafe ni ada vibe santai, sesuai untuk lepak lama-lama. Dekor dia simple, dengan suasana cozy yang buat kau rasa macam duduk rumah sendiri. Sebab tu aku selalu datang dengan blogger tersohor bakal Doctor Dayah DJ, sambil layan...

KL Car Free Morning – Kayuhan Sempoi di Tengah Kotaraya dan Banglo 289

Image
Pagi Ahad, Kuala Lumpur berubah wajah. KL Car Free Morning , program yang diadakan dua kali sebulan, mengubah jalan utama seperti Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, dan Jalan Sultan Ismail menjadi zon bebas kenderaan. Dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kawasan ini hanya dibuka untuk basikal, pejalan kaki, dan aktiviti rekreasi lain. Aku bersama Kori, Lizzy, dan Keri mengambil peluang untuk sertai program ni. Dengan basikal masing-masing, kami berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perjalanan. Suasana di sini sangat hidup, dari basikal klasik ke model moden yang dihiasi lampu LED, semuanya ada. Orang ramai, termasuk keluarga dengan anak kecil, berkumpul untuk menikmati pagi tanpa gangguan trafik. Perjalanan kami bermula dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Laluan yang biasanya sibuk kini terasa seperti taman rekreasi terbuka. Udara lebih segar, tanpa bunyi hon atau asap kenderaan. Kami nampak ramai yang berjoging, berjalan santai bersama haiwan peliharaan, malah ada yang bermai...