2021-01-22

Roadtrip Ke Bangkok (Part 1): Kuala Lumpur - Alor Setar - Hatyai

 Assalammualaikum!!!

Hahaha macamana aku nak mula ye, kisah 5 tahun lepas baru ada niat nak blog tahun ni. Kira ada pencapaian la kan. Ok ni pun hasil dorongan kengkawan blogger terutamanya si DJ yang katanya akan memberi sokongan padu hahahaha.

Memandangkan sempadan negara kita ni entah bilalah akan bukak (dengar cerita 2023 baru bukak) maka aku nak tulis pasal pengalaman travel yang lepas-lepas, yang aku belum sempat blog lagi. Sebenarnya banyak siri travel yang aku malas nak blog dulu, dah jadi terbengkalau di draf je. Maklumlah katanya dah bersara jadi blogger kan, tapi sekali sekali terlogin jugak benda alah ni ;p

Kerja Gila: Roadtrip Yang Panjang

Sepanjang aku buat roadtrip di dalam dan luar negara, aku rasa ada beberapa siri roadtrip mega yang paling jauh yang aku pernah buat iaitu:

  1. Roadtrip OZ: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne - Adelaide (Blogged)
  2. Roadtrip NZ: Christchurch - Aoraki - Wanaka - Kingston - Te Anau -Milford Sound - Queenstown - Dunedin - Akaroa - Christchurch (Blogged) 
  3. Roadtrip TH: Kuala Lumpur - Alor Setar - Padang Besar - Hatyai - Songkhla - Cha-Am - Bangkok - Ratchaburi - Petchaburi -  Hua Hin - Prachuap Khiri Khan - Petchaburi - Hua Hin - Surat Thani - Nakhon Si Tammarat - Alor Setar - Kuala Lumpur (Belum blog)
  4. Roadtrip OZ - Perth - Lancelin - Cervantes - Bunbury - Augusta - Leeuwin - Busselton - Perth (Blogged)
Haaaa nampak tak, dalam 4 roadtrip mega aku ni, 3 je yang dah blog. So kali ni aku nak teruskan niat untuk menulis kisah roadtrip Thailand! Bismillah. Tema roadtrip kali ni adalah Beg IKEA dan sandal. Awas pada sesiapa yang tak ikut tema ! ;p

Kami bermula dari Kuala Lumpur, perjalanan bermula jam 10 malam dengan mengutip ahli-ahli jemaah yang akan mengikuti perjalanan kali ini. Jemaah KL adalah aku, John, Nan, Rufy, Aishah dan Zura. Setelah mengutip Zura di stesen LRT Sungai Buloh, maka perjalalan meninggalkan KL pun bermula. Kami terus menuju ke Alor Setar untuk mengutip jemaah terakhir iaitu Ali.

Ahli jemaah.

Bantal dilupa jangan. Mana eh pi bantal aku yang ni sekarang? 

Kami tiba di AS lebih kurang subuh, dan cadangnya untuk terus masuk ke sempadan. Tetibe ada kejadian yang tak diingini berlaku. Ha sudah, PTPTN aku sangkut gais! Sial betul, napelah aku tak cek dulu sebelum trip ni hahhahahaha. Sumpah cuak masa ni, kengkawan dah ugut nak tinggal je aku hahahaha. Kami pun bergegas pi pejabat PTPTN kat AS dan settlekan apa yang patut. Lama jugak urusannya, dah membawak ke tengahari dah masa tu. Demmmm lari jadual trip kami. Tapi apa pun alhamdulillah syukur, selesai isu aku dan semuanya gembira. Syukur memasing saling memberi dorongan dan semangat! Hahahahaahaha. Gilalah bila pikir balik, memang lawak la masa tu. So sebab dah tengahari, maka kami terpaksa la lunch dulu kat AS sebelum terus masuk ke sempadan.

Debor kali kedua nak lepas sempadan, alhamdulillah lepas gais!!! Syukur! So kesimpulannnya sila semak dulu sebelum nak travel. Lols. 

Memandangkan jadual kami dah sedikit lari, maka kami kena cepat-cepat bergerak memasuki Thailand. Dan lokasi pertama kami adalah Hatyai. Perjalanan dari Hatyai dari Padang Besar adalah lebih kurang 45 minit. Satu yang aku suka bila roadtrip kat Thailand ni adalah jalan raya dia luas gais! Tapi kenderaan agak laju dan banyak, kena hati-hati lah. Trip Hatyai ni si Rufi yang drive. 

Kami terus ke Hatyai Floating Market. Masa tu dah agak petang dah nak masuk maghrib dah. Tapi keadaan kat sana masih sesak dengan pengunjung. Kami singgah di beberapa kedai untuk makan malam terus. Floating market ni rasanya bukak weekend sahaja dari Jumaat hingga Ahad. Jadi memandangkan kami gerak hari Sabtu, maka memang waktu puncak pengunjung ke sana.

Floating Market, Hatyai
Suasana petang Ahad
Saje lah nak zoom in.
Aumm chak.
Berwarna warni.
Kami
Kami lagi.

Dia lagi nak malam lagi ramai orang.
Share je lah, sebab miskin.
Sejenis ayam goreng cawan.
Gerai-gerai di sebelah atas pula.
Kat atas ni agak lengang.
Ada persembahan tradisional pulak.
Meliut.
Tak tergeliat ke pinggang adik ni.
Ok jom gerak.

Setelah menghabiskan masa beberapa jam kat FM, kami pun meneruskan perjalanan. Masa ni dah petang sangat dah, maka kami decided untuk menersukan perjalanan ke Bangkok. Sesambil tu singgah la kat mana-mana pekan kecik yang dirasakan menarik. Di Thailand ni, memang banyak convenience store macam 7Eleven, dan sewaktu dengannya dan segala macam benda ada jual kat situ. So kalau ada apa-apa benda nak cari seperti bekalan makanan dan minuman kami beli je kat mana-mana kedai yang kami jumpa. 

Stelah lebih kurang sejam perjalanan dari hatnyai, kami melalui Petchaburi dan nampak satu kawasan yang luas dipenuhi dengan garam bertompok-tompok. Rare gais! Kami singgah je tepi-tepi jalan untuk ambik gambar, firstime la nampak ladang garam depan mata. Ladang garam ni memang besar dan ada banyak sepanjang jalan, aku rasa masa tu kami lalu jalan kampung so memang dapat jumpa ladang-ladang garam ni. 

Ni la rupa ladang garam tu

Kami.
Lagi lagi kami.
OK last pose. 

Selesai posing-posing maka perjalalan pun diteruskan. Masa ni dah malam dah, tak banyak tempat nak singgah melainkan singgah di stesen-stesen minyak sebab nak cari tandas. Malam tu kami tidur je dalam van sepanjang perjalanan ke Bangkok. Ye la dari Hatyai ke Bangkok tu jaraknya 943 km dan masa perjalanan lebih kurang 12-14 jam! Kalau berenti banyak kali memang lusa lah kami sampai. 

OK gais, aku sambung nanti lah. Nanti banyak sangat benda korang nak digest hahaha, kasi paham dulu route pertama kami yakni KL-AS-Padang Besar-Hatyai-Petchaburi -Bangkok. Akan bersambung di Part 2 bila aku rajin.

WASSALAM.

2021-01-11

Koh Lipe, Thailand: Trip Pendek Dengan Para Diva Utara


Assalammualaikum!!!

NOTA: KISAH NI ADALAH PADA JANUARI 2020 SEBELUM PKP BERMULA DI MALAYSIA ;p

Macamana keadaan semua sepanjang tempoh PKP  ni? Samasamalah menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing ye. #Kitajagakita #StayAtHome Semoga tempoh wabak ini berakhir seperti biasa dan kita semua dapat menjalani kehidupan harian yang normal.

Ok nak share sikit pasal trip ke Koh Lipe beberapa bulan yang lalu. Trip ni aku joint sebab aku dah lama tak travel ke mana-mana since balik Umrah haritu. So memang dah janji dengan kawan aku yang long lost sejak trip mana tah dulu hahaha punyalah lama tak jumpa dia. Ye aku join Ali (baca Aliazwa) dan adik-adik dia serta sorang lagi kawan dia Pinat. So kiranya trip berlima lah. Diorang masing-masing duduk utara, sementelaah aku dan pinat masing masing dari  Perak dan KL. 

Di hari kejadian, aku gerak dari ipoh, naik ERL ke Butterworth, Penang. Lamanya tak naik ERL...last dulu masa zaman ulang-alik naik bas dari Tawau-Tapah-Tawau. La ni kira refresh balik la macamana cara-cara naik ERL. Tiket ERL beli online je, dan aku naik dari Stesen KTM Ipoh. Perjalanan dari Ipoh Ke Butterworth adalah 1 jam 30 minit sahaja. Kalau naik kereta mau sampai 4-5 jam. Banyak dah jimat masa kat situ.

Aku sampai di stesen KTM Butterworth  jam 1 Tengahari, then Ali dan adik dia pickup aku kat stesen dan kami terus bergerak ke Alor Setar. Perjalanan ke AS pun lebih kurang sejam jugak, Di AS kami singgah rumah Ali sebab nak amik adik dia sorang lagi. So kiranya kami akan naik ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi berempat. Tiket Ferry ke Langkawi pulak adalah RM 23 sehala. Yang best tu Kak Jem (mak Ali) dan Abg Wa (ayah Ali) yang hantar kami ke jeti Kuala Kedah hari tu hahaha memang havoc la.

Tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Gigih kan bawak bagpack diorang ni! Hahahaha
Sempat jugak la pose.
Tu habis ayu la tu Ali tu.

So bermulalah trip kami ke Pulau Langkawi. Kisahnya kami kena bermalam di Langkawi dulu sebab feri ke Koh Lipe adalah pagi esoknya pukul 10 pagi lebih kurang cenggitu. So kat langkawi kami jumla lagi sorang ahli kumpulan yang akan ke Koh Lipe iaitu Sapinat. So lengkaplah 5 orang semuanya yang akan ke Koh Lipe. Serius eksaited yakmat sebabnya ini merupakan kali pertama aku nak jejak ke Koh Lipe sementelaah si Ali dah banyak kali ke situ, katanya kampung halaman dia. 

Potong cite di Langkawi (sebab takde kisah-kisah menarik pun ). Keesokan paginya selepas check out, kami gigighla pi jalan kaki keliling pekan Kuah sebab nak cari breakfast, mujur la jumpa satu kedai makan yang agak happening di pagi hari. OK aku lupa nama kedai tu. Lepas makan kami naik teksi ke Jeti Kuah untuk berlepas ke Koh Lipe.

Ok kena tepek benda ni kat baju supaya senang nak cam.

Tiket pergi balik dari Jeti Kuah ke Koh Lipe berharga RM 210 (returned) dan akan berlepas dari Jeti pada jam 10:00 pagi. Perjalanan ke Koh Lipe mengambil masa 2 jam. Keadaan feri dia sama je macam feri dari Kuala Kedah ke Langkawi, kiranya feri laju la siap ada aircond jugak.

Memasing busy.

Sampai di Koh Lipe, kita akan diturunkan di satu platform (sebab feri tak boleh sampai ke pantai) dan dari platform tu kena naik pulak bot kecik ke pantai. Memang eksaited lah bila dah sampai tu sebab dah ada kat obersi kan hahahahaha. 

Tunggu bot datang kutip kami kat platform.
Rules
Koh Lipe ni sebenarnya pulau kecik je, lagi kecik daripada Pulau Pangkor. Kiranya kalau berjalan kaki setengah hari dah habis pusing satu pulau, jalan kaki tau! Oh ye dia lebih kurang besar Pulau Mabul , di Semporna atau Pulau Gili Trawangan di Lombok macam tu.

Tu dia Koh Lipe

Sampai di Koh Lipe, kita kasi settle urusan check in imigresen dan sebagainya barulah kita menapak ke chalet yang dah di book awal. Siap-siap aku dah pesan kat Ali suruh book kan chalet yang ada Aircond ye! Awas, aku taknak panas-panas hahahaha. Manakala diorang berempat sewa di chalet sebelah. Yang lawaknya sebab nak jimat punya pasal diorang book satu chalet je untuk 2 orang, yang lagi dua tu kira merempat secara haram. Nasib baik tak kantoi! "ROOM SERVICE!" Lols YTJT.

Beratur jugak la kat imigresen.
Boleh tahan ramai jugak masa ni.
Ok guide.
Jalan ke chalet
Di sambut dengan potongan nenas yang manis oleh kawan Ali.

Selesai urusan check in chalet kami rehat-rehat jap sebelom jenjalan cari makan, lapar dah sebab sampai sana pun dah tengahari. Kami jugak settlekan urusan nak island hopping esoknya dengan kawan baik Ali (dia ada kedai kat sana). Senang bukan? Hahahaha.

Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran bernama 'Thai Thai Restaurant' , makan kat sini semua alacarte, so boleh la order nasik goreng ke, tomyam ke, apa-apa je lah semua dia boleh masakkan. Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan.

Thai Thai Restaurant
Antara pilihan menu yang ada.
Pilihan hari ini.

Lepas makan kami jalan-jalan pusing pantai, konon nak layan sunset lah. Pantai yang cantik ala-ala long beach tu pun dekat je dari kedai makan tu, So kami pun jalan kaki je dan lepak sampai ke petang layan sunset.

Lalu je sini sebab lawa.
Sempat la celop-celop kaki sebab aku malas nak mandi.
Nampak tak ramai yang bergelimpangan.
Dan akhirnya sunset.
Cantik 

Sebelah malam pulak kami restoran Sip Pee Nong / Muslim Shop. Konsepnya sama je makan alacarte. Lepas makan kami jalan-jalan sepanjang walking street yang popular di Koh Lipe tu, memang banyak sangat kedai di sepanjang jalan dan sangat happening. 

Makan malam di sini pula.
Makan besar!
Ikon Koh Lipe
Suasana kedai makan

OK keesokkan harinya kami akan berisland hopping sepanjang hari. Banyak je pakej-pakej island hopping kat sepanjang laluan tu korang bolehlah try cari mana yang berkenan. Aku pun dah tak ingat pakej apa yang kami ambik, janji jalan je naik bot sambil happy-happy cuci mata tengok pemandangan sekeliling.

Breakfast dulu sebelum island hopping
Team Sengal
Tour guide kami.
Ali dan Sapinat
Lunch percuma
Rombongan.
Aumchak Aumchak

OK Skip!

Kesimpulannya percutian 3 hari 2 malam kat Koh Lipe ni rasanya dah cukup untuk orang-orang yang tak banyak cuti atau sekadar nak melarikan diri di hujung minggu setelah penat bekerja. Tapi kalau dapat duduk lama kat situ lagi best, boleh feeling macam orang pulau atau jejaka pantai la kan, duduk tepi laut sambil layan pemandangan.

Nasi goreng seafood terbaik.
Phadthai

Aku pun sebenarnya takde la beria sangat nak bercuti lama-lama, sekadar nak lepas gian pi obersi je sbab dah lama tak cop passport hahahaha. Janij jalan. 

Sunrise.

OK tunggulah kalau ada cerita baru yang menarik lagi, dan kalau aku rajin nak apdet blog, aku buat lah. Sementara tu layan je cerita-cerita lama yang ada kat blog ni, pasti terhibur! Hahahahaha kbai.

Kalau malas baca korang layan je lah video ni.

WASSALAM.


POPULAR POSTS