Koh Lipe, Thailand: Trip Pendek Dengan Para Diva Utara
Assalammualaikum!!!
NOTA: KISAH NI ADALAH PADA JANUARI 2020 SEBELUM PKP BERMULA DI MALAYSIA ;p
Macamana keadaan semua sepanjang tempoh PKP ni? Samasamalah menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing ye. #Kitajagakita #StayAtHome Semoga tempoh wabak ini berakhir seperti biasa dan kita semua dapat menjalani kehidupan harian yang normal.
Ok nak share sikit pasal trip ke Koh Lipe beberapa bulan yang lalu. Trip ni aku joint sebab aku dah lama tak travel ke mana-mana since balik Umrah haritu. So memang dah janji dengan kawan aku yang long lost sejak trip mana tah dulu hahaha punyalah lama tak jumpa dia. Ye aku join Ali (baca Aliazwa) dan adik-adik dia serta sorang lagi kawan dia Pinat. So kiranya trip berlima lah. Diorang masing-masing duduk utara, sementelaah aku dan pinat masing masing dari Perak dan KL.
Di hari kejadian, aku gerak dari ipoh, naik ERL ke Butterworth, Penang. Lamanya tak naik ERL...last dulu masa zaman ulang-alik naik bas dari Tawau-Tapah-Tawau. La ni kira refresh balik la macamana cara-cara naik ERL. Tiket ERL beli online je, dan aku naik dari Stesen KTM Ipoh. Perjalanan dari Ipoh Ke Butterworth adalah 1 jam 30 minit sahaja. Kalau naik kereta mau sampai 4-5 jam. Banyak dah jimat masa kat situ.
Aku sampai di stesen KTM Butterworth jam 1 Tengahari, then Ali dan adik dia pickup aku kat stesen dan kami terus bergerak ke Alor Setar. Perjalanan ke AS pun lebih kurang sejam jugak, Di AS kami singgah rumah Ali sebab nak amik adik dia sorang lagi. So kiranya kami akan naik ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi berempat. Tiket Ferry ke Langkawi pulak adalah RM 23 sehala. Yang best tu Kak Jem (mak Ali) dan Abg Wa (ayah Ali) yang hantar kami ke jeti Kuala Kedah hari tu hahaha memang havoc la.
Tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Gigih kan bawak bagpack diorang ni! Hahahaha
Sempat jugak la pose.
Tu habis ayu la tu Ali tu.
So bermulalah trip kami ke Pulau Langkawi. Kisahnya kami kena bermalam di Langkawi dulu sebab feri ke Koh Lipe adalah pagi esoknya pukul 10 pagi lebih kurang cenggitu. So kat langkawi kami jumla lagi sorang ahli kumpulan yang akan ke Koh Lipe iaitu Sapinat. So lengkaplah 5 orang semuanya yang akan ke Koh Lipe. Serius eksaited yakmat sebabnya ini merupakan kali pertama aku nak jejak ke Koh Lipe sementelaah si Ali dah banyak kali ke situ, katanya kampung halaman dia.
Potong cite di Langkawi (sebab takde kisah-kisah menarik pun ). Keesokan paginya selepas check out, kami gigighla pi jalan kaki keliling pekan Kuah sebab nak cari breakfast, mujur la jumpa satu kedai makan yang agak happening di pagi hari. OK aku lupa nama kedai tu. Lepas makan kami naik teksi ke Jeti Kuah untuk berlepas ke Koh Lipe.
Ok kena tepek benda ni kat baju supaya senang nak cam.
Tiket pergi balik dari Jeti Kuah ke Koh Lipe berharga RM 210 (returned) dan akan berlepas dari Jeti pada jam 10:00 pagi. Perjalanan ke Koh Lipe mengambil masa 2 jam. Keadaan feri dia sama je macam feri dari Kuala Kedah ke Langkawi, kiranya feri laju la siap ada aircond jugak.
Memasing busy.
Sampai di Koh Lipe, kita akan diturunkan di satu platform (sebab feri tak boleh sampai ke pantai) dan dari platform tu kena naik pulak bot kecik ke pantai. Memang eksaited lah bila dah sampai tu sebab dah ada kat obersi kan hahahahaha.
Tunggu bot datang kutip kami kat platform.
Rules
Koh Lipe ni sebenarnya pulau kecik je, lagi kecik daripada Pulau Pangkor. Kiranya kalau berjalan kaki setengah hari dah habis pusing satu pulau, jalan kaki tau! Oh ye dia lebih kurang besar Pulau Mabul , di Semporna atau Pulau Gili Trawangan di Lombok macam tu.
Tu dia Koh Lipe
Sampai di Koh Lipe, kita kasi settle urusan check in imigresen dan sebagainya barulah kita menapak ke chalet yang dah di book awal. Siap-siap aku dah pesan kat Ali suruh book kan chalet yang ada Aircond ye! Awas, aku taknak panas-panas hahahaha. Manakala diorang berempat sewa di chalet sebelah. Yang lawaknya sebab nak jimat punya pasal diorang book satu chalet je untuk 2 orang, yang lagi dua tu kira merempat secara haram. Nasib baik tak kantoi! "ROOM SERVICE!" Lols YTJT.
Beratur jugak la kat imigresen.
Boleh tahan ramai jugak masa ni.
Ok guide.
Jalan ke chalet
Di sambut dengan potongan nenas yang manis oleh kawan Ali.
Selesai urusan check in chalet kami rehat-rehat jap sebelom jenjalan cari makan, lapar dah sebab sampai sana pun dah tengahari. Kami jugak settlekan urusan nak island hopping esoknya dengan kawan baik Ali (dia ada kedai kat sana). Senang bukan? Hahahaha.
Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran bernama 'Thai Thai Restaurant' , makan kat sini semua alacarte, so boleh la order nasik goreng ke, tomyam ke, apa-apa je lah semua dia boleh masakkan. Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan.
Thai Thai Restaurant
Antara pilihan menu yang ada.
Pilihan hari ini.
Lepas makan kami jalan-jalan pusing pantai, konon nak layan sunset lah. Pantai yang cantik ala-ala long beach tu pun dekat je dari kedai makan tu, So kami pun jalan kaki je dan lepak sampai ke petang layan sunset.
Lalu je sini sebab lawa.
Sempat la celop-celop kaki sebab aku malas nak mandi.
Nampak tak ramai yang bergelimpangan.
Dan akhirnya sunset.
Cantik
Sebelah malam pulak kami restoran Sip Pee Nong / Muslim Shop. Konsepnya sama je makan alacarte. Lepas makan kami jalan-jalan sepanjang walking street yang popular di Koh Lipe tu, memang banyak sangat kedai di sepanjang jalan dan sangat happening.
Makan malam di sini pula.
Makan besar!
Ikon Koh Lipe
Suasana kedai makan
OK keesokkan harinya kami akan berisland hopping sepanjang hari. Banyak je pakej-pakej island hopping kat sepanjang laluan tu korang bolehlah try cari mana yang berkenan. Aku pun dah tak ingat pakej apa yang kami ambik, janji jalan je naik bot sambil happy-happy cuci mata tengok pemandangan sekeliling.
Breakfast dulu sebelum island hopping
Team Sengal
Tour guide kami.
Ali dan Sapinat
Lunch percuma
Rombongan.
Aumchak Aumchak
OK Skip!
Kesimpulannya percutian 3 hari 2 malam kat Koh Lipe ni rasanya dah cukup untuk orang-orang yang tak banyak cuti atau sekadar nak melarikan diri di hujung minggu setelah penat bekerja. Tapi kalau dapat duduk lama kat situ lagi best, boleh feeling macam orang pulau atau jejaka pantai la kan, duduk tepi laut sambil layan pemandangan.
Nasi goreng seafood terbaik.
Phadthai
Aku pun sebenarnya takde la beria sangat nak bercuti lama-lama, sekadar nak lepas gian pi obersi je sbab dah lama tak cop passport hahahaha. Janij jalan.
Sunrise.
OK tunggulah kalau ada cerita baru yang menarik lagi, dan kalau aku rajin nak apdet blog, aku buat lah. Sementara tu layan je cerita-cerita lama yang ada kat blog ni, pasti terhibur! Hahahahaha kbai.
Fuh tak habis lg semangat membara apdate blog dieeee.. .moga istiqomah!
ReplyDeleteHahahaah mesti ko kagum kan! 🤣
DeleteRindunya nak melancong lagi. Gara-gara Covid, semua plan melancong terbatal sejak 2020.
ReplyDeleteItulah...sama jugak, banyak jugak plan tergendala.
Deletewow adakah penulisan ini gara2 pkp
ReplyDeleteOpkos hahahhaa, BDR ke tuuuu.
Deletewah best2 ako memang ada plan ngan member2 nak g last yr tup2 dah pkp... pasni bole amek info2 kat sini ar hahaha
ReplyDeleteSemoga Covid 19 ni segera lenyap dari muka bumi.
DeleteHello Ren! In case you are looking for the hostel room booking in Manali Then please visit www.moustachescapes.com
ReplyDeletehostels in Manali
hostel in Manali
InsyaAllah
Delete