Showing posts with label Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Adelaide. Show all posts

2015-04-27

Kembara Selatan Australia: Its Finale!!!

Assalammualaikum!!! 

OK sementara tengah rajin ni baik aku update cepat-cepat hahaha. Sebelum tu nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang telah mengundi blog Janggeltrekker's Life untuk kategori Best Travel Blog di MSMW haritu. Alhamdulillah walaupun tak menang tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku ada penyokong jugak hiks. Thanks a lot!


Setelah sampai di Adelaide pukul 3 pagi, apa lagi tido la sementara tunggu siang. Memang flat habis la masa tu, alhamdulillah bila dah dapat tido kat katil dan tilam empuk tambahan pulak cuaca sejuk huish memang lena habis la.

Pepagi tu kami breakfast di Subuh Cafe (haha dapur rumah Abu ni dia gelar Subuh Cafe) dapat la makan cucur kodok dengan apa lagi makanan tah Abu masak. Untuk pengetahuan, Abu ni chef tetap kat Subuh Cafe ye, bertuah sungguh bini dia tu hahaha.

Tudiaaaa Subuh Cafe bersama Chef nya.
Ok aktiviti untuk hari terakhir di Adelaide adalah meronda-ronda bandar sampai pengsan. So pepagi tu kami semua naik kereta dan pergi singgah kat beberapa garage sale di sekitar taman perumahan tempat Abu dan Is tinggal. Yang bestnya, bile owner garage sale bubuh signboard kecik kat tepi-tepi jalan bagitau ada garage sale kat rumah diorang hehehe comel je.

OK jumpa satu, ayuh terjah!
Rumah makcik ni banyak jual barang.
Antara barang-barang yang dijual.
Kami singgah la kat dua buah rumah, dan ada la yang sempat membeli, frame gambar la, jaket la.... hahaha aku beli seketul buku novel. Tapi entah mana aku letak buku tu skarang pun aku tatau hukhuk Murah je kot AUD 1 makcik tu jual kekeke.

Buku-buku terpakai. Keh keh keh
Ha tu berlonggok-longgok tu.
Abu tengah belek-belek apa tah tu.
Kat luar pun ada lagi.
Seronok pulak bila ronda-ronda kat garage sale ni, bagi sesiapa yang bajet tak cukup duit dan nak cari barang-barang terpakai boleh la pegi. Kekadang tu barang-barang yang depa jual tu baru-baru jugak. Dah habis ronda-ronda kat garage sale rumah orang, kami meneruskan perjalanan menuju ke pasar karat, entah celah mana entah depa bawak aku. Pasar ni ada hari minggu je, dan kebanyakannya orang jual barangan terpakai kat sana. YaAulloh memang menarik la pada sesiapa yang gemarkan barang-barang antik, banyak gila jual kat situ. Aku ni sabit tak cukup muatan je nak bawak balik, ditambah pulak dengan ongkos yang dah kekeringan, kalau tak memang dah beli macam-macam dah. Harga pun murah semua bawah AUD 10 dah boleh dapat macam-macam barang.

Pasar karat hahaha.
Penuh padang ni dengan orang berniaga.
Macam-macam ada!

Gorge Wildlife Park.

Balik dari pasar karat tu, kami singgah di Gorge Wildlife Park. 

Opening Hours
We are open daily from 9am – 5pm (Except Christmas Day) 

Admission Prices 
Adults $15
Children (3-15 years) $9-00
Student & Senior Concession* $12
Family Passes start at $42 (2 Adults & 2 Children)

Ayuh main kanggaroo.
Entrance fee AUD15/orang.
Ok konsep Gorge Wildlife Park ni sama macam Caversham Wildlife Park kat Perth yang aku pernah pergi dulu. Ala-ala petting zoo la kita boleh main-main dengan kangaroo/wallaby, peluk koala dan semua binatang yang ada kat dalam tu la. Binatang yang ada pun bukan jenis yang ganas-ganas boleh makan orang punya, banyak binatang yang sopan-sopan je.

Eh ada sedara kat sini.
Itu je la keje deme...tido.
Tak tido, deme makan.
Jinak-jinak wallaby kat sini.
Yang Albino pon ada!
Comel!
Ha gasak, berebut la korang nak peluk koala!
Keh keh keh kita selfie dulu!

So kat situ kami pun main kejar-kejar dengan kangaroo, peluk-peluk koala dan bagi makan burung semua lah. Bila lagi nak merasa ye dak. Orang kata kalau pegi Australia, tak peluk koala maka tak lengkap la trip Aussie korang tu hiks.

Lepas melawat Gorge Wildlife Park kami singgah makan tengahari kat sebuah taman permainan depan park tu. Nasib baik dah bawak bekal siap-siap so makan je la kat bawah-bawah pokok ala-ala piknik. Sesambil tu buat surprise birthday untuk MasMZ hahaha. Sempat lagi si Is beli kek dan pasang lilin bagai dalam kereta, lepastu aku pulak kena umpan si MasMZ pegi jauh-jauh sikit dari kereta kengkonon ajak amik gambo kat tiang bendera hahaha.

Cari port makan tengahari.
Tu dia sempat sambut besday!
Mount Lofty Summit

Lepas makan, kami pergi naik Mount Lofty Summit. Tinggi bukit ni dan ada satu mercu tanda macam rumah api tapi bukan rumah api kat situ. Tugu lebih tepat. Dari atas bukit tu boleh nampak hampir keseluruhan bandar Adelaide. Lawa! Dan hari pun dah nak malam, so tak boleh lama-lama atas tu, sebab diorang nak tutup dah.

Dah nak tutup...
Capture sunset kononnya.
Mercu Tanda.
Bandar Adelaide.
Suasana petang di Mt. Lofty
Keesokan harinya kami berkesempatan menyertai Nusantara Open Day yang dianjurkan oleh bebudak University of Adelaide, so banyaklah booth kebudayaan dan makanan depa bukak kat tengah padang tu. Dan banyak jugak la student Malaysia yang berkompol kat situ, so aku dengan MasMZ pun fefiling la student kan. Hahaha, merasa la makan ayam penyet, laksa segala bagai. Rajin pulak deme masak makanan tu semua. Di samping tu ada jugak persembahan kebudayaan, main kawin-kawin, silat segala bagai dipersembahkan kat situ. Seronok la jugak.

Bandar Adelaide
Anak Mat Salleh tengah melukis batik. Khusyuk.

Ni pulak tengah mengaler batik jugak.
Malaysian Carnival La!
Tu bebudak tengah bersilat.
Lepas dah kenyang makan, kami berlegar-legar sekejap kat area town tu, amik la beberapa gambar kat tempat-tempat popular dan settlekan last minute shopping sebelum nak balik esok. Lebih kurang kami buat aktiviti santai je la hari ni. Penat dah berjalan sakan seminggu kan, balik rumah kami peking semua barang dan siap sedia nak balik esok.

Budak ni menyanyi dengan penuh konfiden sambil mintak derma. Mujur suara sedap!
Jalan-jalan tengah pekan.
Fresh Flowers...bestnya.

Bergambar dengan babi, mercu tanda Adelaide. Hahaha
Lawa bangunan cokelat ni.
Bergambar kat University of Adelaide.
OK lah bye!!!!
Sedih pulak nak meninggalkan Aussie sebab pengalaman dan keseronokan yang diperolehi sangat best. Rasa nak duduk terus kat situ tapi....Malaysia tetap di hati! HAHAHAH. Oklah, terima kasih kepada Abu, Is, Adam dan Adib sebab melayan karenah kami dan sanggup meredah beratus-ratus kilometer untuk memenuhi hajat kami ni ha.

InsyaAllah next trip kita jumpa lagi! Fuh habis jugak kisah Kembara Selatan Australia ni setelah beberapa bulan tergendala. Syukurrr.... (cium skrin komputer).

WASSALAM.

2014-11-21

Kembara Selatan Australia (Part 1): Dari Adelaide ke Canberra, Ayuh!

Assalammualaikum!

Apa khabar semua? Sihat? Ya Auloh lamanya aku tak buat entry baru! Lamanya tak blogwalking! Mesti korang semua dah lupakan aku kan... takpelah...pasrah. Kite tak glamer. Hiks.

Ok dah boleh start chapter baru mengenai cerita aku ke Australia bulan lepas, Alhamdullillah semua yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur. So ke mana sebetulnya aku di Australia tu? Untuk yang dah tengok gambar-gambar kat IG tu, dah dapat la hint ke mana aku pergi kan. So untuk pembaca blog aku ni, aku nak cerita serba sedikit mana yang patut. Walaupun trip aku kali ni takde lah sehebat trip mereka-mereka yang lain, tapi aku rasa cukup puas hati dengan trip ni sebab aku travel dengan kawan-kawan yang sekepala. Itu penting ye!!! Supaya tak berlaku kejadian tak diingini sepanjang travel.

Pengembaraan Bermula

Ok sebenarnya trip ke Australia ni dah lama aku dan MasMZ plan, sejak dua tahun lepas kot sebabnya kami ada kawan yang tinggal kat sana, dan teringin la nak menziarah diorang satu keluarga kat sana (pernah janji la dulu dengan depa kata nak menziarah)... alhamdulillah tercapai jugak cita-cita.

Satu hari tu AAX ada buat sales (biasa la AA kalau buat sales memang berebut-rebut la orang nak beli). Aku pun gatal-gatal la cek harga tiket ke Adelaide, tempat kawan aku tu tinggal. Sekali cek tengok harga tiket adalah RM 745 return! Demmmm masa tu dah tengah malam kan, terus bagitau MasMZ untuk persetujuan. Dan berlakulah kejadian membeli tiket di malam hari. Tu semua berlaku setahun yang lalu yakni tahun 2013. Semenjak membeli tiket tu, kami pu start le berangan... berangan dan terus berangan nak pi main salji bagai kat sana. Makan tak lalu tidur tak lena bagailah...sampai lah setahun kendian...jeng jeng jeng....

Ohmaigod minggu depan dah nak berangkat pi ostolia! Demmm, macam-macam benda tak prepare lagi, denga nak apply visa nya, cuti lagi...alhamdulillah berkat bertungkus lumus berusaha akhirnya semua siap sebelum masa keberangkatan ke negara ozi!.

Sebetulnya kami berangkat ke Adelaide adalah pada 12 September 2014, penerbangan sebelah malam, jam 10.50 pm. pagi tu siap gigih lagi bekerja demi mencari sesuap nasik. Dan kali ni jugak merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke KLIA2...jadi disebabkan debor sangat takut sesat bagai kat KLIA2 tu aku dengan MasMZ gerak awal sikit daripada biasa. Maghreb kami dah gerak, senang je, kami naik ERL dari Putrajaya Sentral terus ke KLIA2. (Ish kalau dulu tu mesti lagi jenuh nak ke LCCT bagai naik bas semua, alhamdulillah sekarang dah makin mudah.)

Sampai je kat KLIA2, terus macam gagau-gagau tatau nak pegi mana, orang punyalah ramai, nak cari kaunter check in beg pun ntah celah mana, so kami pun buat la rondaan dari satu kaunter ke satu kaunter (ok tipu), kami tanya je kat kaunter pertanyaan, kan mudah. So kami pun uruskanlah anak-anak gajah yang diangkut untuk di masukkan ke dalam kapal terbang. Alhamdulillah settled.


Eksaited kejap sebab first time jejak KLIA 2. So bubye Malaysia. Hiks
Lets start the journey! #Aussieseries
Dah siap check in beg, kami pun terus masuk ke boarding hall dan lepak kat McD untuk dinner sementara menunggu masa untuk berlepas. Naseb baik la ada McD, sebab nak harapkan kedai-kedai makan lain kat dalam tu macam mahal je, dah la kami ni nak pergi percutian mewah, kang tak sempat sampai Ozi dah pokai. Hiks.

Alhamdulillah, pukul 11.00 malam kami berlepas ke negara Kangaroo. Perjalanan lancar dan tak banyak songeh, flight pon penuh dari depan sampai la ke belakang. Sempat jugak makan malam pukul 2 pagi. Hahah yang tu kelakor, beli dinner set, depa served pukul dua pagi, tetengah sedap tido. Kfine, makan je lah.

Kami sampai di Lapangan Terbang Adelaide City lebih kurang jam 7 pagi macam tu. Alhamdulillah selamat sampai, urusan kat kaunter pun cepat dan tak kena tahan selongkar beg bagai macam orang-orang lain. Debor jugak la masa tu sebab kami ni bawak macam-macam makanan dari Malaysia, dengan megi, serunding, kuah kacang lagi....alhamdulillah lepas, semuanya.

Keluar je dari arrival hall, nampak la sorang mamat ni tengah pegang dua sepanduk. Memula tu aku tak perasan lagi (sebab rabun tak pakai spek) tapi dah dekat sikit baru perasan hahaha rupanya Abu! Seperti yang dijanjikan memang Abu (kawan aku yang sekarang ni dah taknak balik duduk Malaysia sebab best duduk bergaul dengan orang puteh) datang jemput kami kat epot. Ya memang perancangan kami kat Ozi ni adalah untuk mengembara bersama Abu dan family dia merentas sebahagian dari negara Ozi dalam tempoh sepuluh hari. Haaaa macam tu. Hebat tak bunyinya? Hahaha paduhal takde la hebat mana pun.

Inilah Abu! Our host! 
Posing dulu kat Epot sementara ada wifi free! 
Kami terus di bawa balik ke rumah Abu pagi tu, sempat jugak la pusing-pusing bandar Adelaide sekejap. Sampai je kat rumah, Is (isteri Abu) tengah sesiap masak breakfast sesambil tu kemas-kemas barang untuk trip kami nanti. Lega ada breakfast makanan ala Malaysia pagi tu, makan cekodok dengan apa ntah aku dah lupa, ada la sikit saki baki ayam goreng yang nak di bawa dalam trip kami nanti.

Dipendekkan cerita, kami rehat sekejap dalam sejam kat rumah Abu, sambil main-main dengan Adib dan Adam (anak-anak abu) yang memulanya macam malu-malu je kan dengan kami, lepas tu terus jadi hyper hahah. Bila diorang dah siap barang-barang semua, mandi dan isi semua barang dalam kereta, so kami pun ready untu bergerak! Fuh tak dan nak rehat kan, dah la tujuh jam naik flight, lepas tu terus nak buat road trip pulak tu? Gigih sangat kan. Lepas tu layan pulak bebudak tu yang speaking Ozi pelat tak hingat, aku ingat anak mat saleh mana la sesat bebudak dua orang tu.

Belakang rumah Abu ada kebun Lemon dan Limau yang tengah masak ranum! Petik sebijik dua buat bekal perjalanan hehehe.

Dari Adelaide ke Canberra, Australia.

Ya memang mengikut pelan asal, sebaik saja tiba di Adelaide, kami akan terus bertolak ke Canberra City yang terletak lebih kurang 1,197km dari bandar Adelaide. Makkkkk ai jauh giler tu kome, aku pun memula dulu masa dengor plan yang diusulkan oleh Abu dan Is, memang le teruja, lepas tu macam terpikir kejap, sape yang nak drive tu hiks. Hahahah so kami buat ketetapan, masing-masing kena gilir-gilir drive la, mujur jugak la pesen drive kat kampung kan, tak banyak kereta dan jalan pun lurus je.

OK sebelum bergerak, kita selfie berjemaah dulu! Kat belakang tu ada Anep, kawan Abu dan Is yang akan tolong jaga rumah sepeninggalan kami! Anep tu pemalu so dia menyorok kat tepi pokok. 
Kami bertolak dari Adelaide dalam jam 12, tengahari. Penuh la satu kereta dengan barang-barang, barang makan je dah satu tong besor siap bawak kuali, periuk, dapur, perencah dan pekakas-pekakas memasak semua. Tu belum masuk beg-beg anak gajah, mainan-mainan Adam dan Adib lagi hahaha, memang dah serupa bawak caravan dah. Tapi naseb baik la kereta kami sewa tu besar, so, memang selesa sangat! Duduk pon boleh lunjur-lunjur kaki. Nak tahu berapa bajet sewa kereta, nanti final episod aku bagitau details la...setakat ni aku just bagitau jumlah keseluruhan sewa kereta campur duit minyak adalah RM 1500 / orang untuk 8 hari. 

Lokasi perjalanan kami selama 18 JAM. Ok sila tengok jarak tu yer. Jauh Yakmats! Sumber Google. 
Memang eksaited la kan, nak buat roadtrip kat Ozi ni, tambahan pulak bila tengok kiri kanan jalan terbentang luas ladang bunga-bunga, ada lavender la, bunga kuning, bunga oren (aku tatau nama) dan paling banyak ladang anggur. Depa ni kan jenis buat wine kan, so memang bersepah-sepah la ladang wine diorang. So untuk first drive, Abu yang bawak, dia drive selama empat jam lebih kot, katanya kasi chan kat kami berehat, maklumlah dah la baru sampai dari Malaysia kan.

Ayuh gerak! Dalam bandar ni banyak la jugak kereta, tapi tak sebanyak macam kat KL!
Ok dah menjauh dari Adelaide City, dah mula nampak laut di hujung sana!
OK Kat Ozi ni depa tak panggil Burger King, depa panggil Hungry Jack's. Merata-rata ada restoran makanan segera ni.
Sepanjang jalan dapat tengok bebunga kuning ni, aku tatau bunga apa tapi lawa! Hahaha
Ha nampak kat hujung tu? Kuning emas! Memang macam ni je la pemandangan sepanjang jalan.
Lagi pemandangan sepanjang jalan, tak jemu mata memandang. Tapi lepas tu memasing tido sebab penat hahaha.
Keadaan jalan raya / highway yang kami lalui. Memang macam ni je la rupanya, takde lopak-lopak langsung!
Saujana mata memandang, kawasan ladang.
Sempat jugak la singgah kat mana-mana tah tepi jalan tu sebab nampak macam cantik je tempat tu. Kami pun singgah dan ambik gambar. Sebenarnya nak berhenti pon bukan boleh main berhenti je, kena tengok jugak sebab banyak lori besar-besar yang lalu ikut jalan yang kami lalu. Dan sepanjang jalan tu ada banyak rest area yang disediakan. Bagus sungguh diorang ni, kemudahan tersedia di sana-sini. Kat jalan raya pun susah nak jumpa lubang sana-sini.

Kami singgah kejap kat Mildura, minum kopi sebab dah tak tahan sangat sejuk dan mengantuk kata Abu. Ok, kopi pun dah harga AUD4.50, perjalanan pulak masih jauh. Layan je la.

OK abaikan orang kat depan tu, tengok rerumput kat belakang tu cantik dihembus bayu!
Kalau belakang rumah aku banyak rumput macamni, aku biar je semak samun sepanjang masa. Hiks
Hamaparan keemasan!
Kalau jumpa kangaroo atau wombat mati tepi jalan tu usah terkejut la, sepanjang perjalanan kami ke Canberra yang mengambil masa lebih kurang 18 jam, memang berpuluh-puluh kangaro dengan wombat mati kot kami jumpa. Dah jadi macam biasa pulak, depa mati sebab kena langgar dengan kereta atau lori.

Malam tu lebih kurang jam 8.30 malam, kami singgah kat satu pekan kecik (tak catat pulak nama pekan tu), kami singgah kat satu kawasan rehat, yang sebenarnya untuk lori kot. Kat situ ada la tandas semua, so apa lagi disebabkan perut memang dah lapar, kami bentang tikar dan masak la megi yang kami bawak dari Malaysia tu. Ya Auloh, sedapnya megi!!! Dah la sejuk, lapar....memang nikmat gila. Lepas makan dan solat maghrib-isyak, kami meneruskan perjalanan. Jauh lagi weh!

OK chef kita malam ni, makan megi sebab lama dah tak makan megi katanya, hahaha. Adam tu siap puji kata mak dia is the best chef tonight! Ha katanya!
Makan berjemaah la kita! 
Malam tu, masa ku tengah drive sensorang (sebab yang lain semua tido kat belakang (kecuali MasMZ yang teman aku drive jadi co-pilot)... aku nampak satu lembaga putih terlompat-lompat atas jalan....demm inagtkan apa la tu bila sampai dekat rupanya kangaroo tengah duduk atas jalan raya! Siot je, nasib baik sempat elak, dan kangaroo tu pun macam cuba nak elak-elak jugak, fuh, kalau tak dah arwah dah kangaroo tu, entah dengan kami-kami jugak la arwah. Ish nauzubillah.
Oh kat sini kalau drive kena sopan-sopan ye tak boleh bawak laju sangat, kat highway boleh la pecut sampai 110km/jam, tapi dah dekat-dekat pekan tu kene reduce speed sampai 80 dan 60 km/jam. Sebab banyak je mata-mata memerhati, silap-silap ada je polis mengejor kat belakang. Tapi sebenarnya tak risau sangat sebab jalan yang kami lalu tu memang la jauh gile dari bandar, entah kat mana-mana ntah. Bila malam memang tak nampak apa la kat kiri kanan, semua gelap. Yang best korang boleh nampak MILKY WAY jelas gila tanpa perlu nak amik gambar pakai kemera. Memang jelas gile nampak, sebab keadaan sekeliling sangat gelap.

Malam tu pulak firstime aku nampak fullmoon besar giler! Dari jauh dah nampak, memula tu kompius jugak, tu bulan ke atau belon yang orang letak api bubuh iklan tu...tapi memang betul tu bulan!!! Jenuh la drive sambil tengok bulan, nak amik gambar memang kompom la tak nampak kan sebab kemera tak 20 ribu. Tapi itu antara pengalaman best la dapat tengok bulan besar gila. SubhanaAllah.

Aku tak tau, dah kat mana-mana dah drive, main ikut je GPS tu suruh pegi mana. Hahaha
OK ni toilet kat rest area, gelap giler takda lampu, tepaksa bukak sikit pintu tu bagi cahaya lampu kereta masuk hiks. Air di maha sejuk !
Aku drive dalam empat jam jugak kot malam tu, lepas tu Abu bangun dan sambung balik drive. MasMZ masih setia jadi co-pilot hahaha. Lepas Abu dah penat drive, rasanya 2 jam je kot dia drive then MasMZ pulak sambung drive, ha macamtulah keadaannya kalau dah memasing kaki tido. Serius weh, kalau drive dalam gelap, sambil semua orang tido, ko pon akan rasa mengantuk bagai ditarik-tarik kelopak mata tu.

Hampeh, MasMZ drive 100km je! Lepas tu Abu sambung balik drive. Akhirnya kami singgah kat Murrumbateman (fuh nama tempat kemain hah) pukul 5.30 pagi, waktu tu dah nak terang dah. Kabus dia kemain la tebal tak ingat! Menurut kawan Abu (masa kami jumpa lepas ni kat Canberra), suhu pagi tu adalah 1 darjah Celsius! Mak ai patut la aku nak amik wuduk pun ketor-ketor sampai kebas tangan! Solat gigil-gigil tepi kali. Sambil-sambil tu dengar bunyi lembu sahut menyahut kat tengah padang! Ya Auloh, klasik nya macam dalam drama Little House In The Prairie !!! Hiks.

Alhamdulillah, mentari dah muncul semula. Dah pagi weh!
Tu nampak tu kabus , jakun sat.
Dapat la jugak amik gambo sunset walau dari dalam kete.
Sampai Murrumbateman, singgah solat subuh jap. Suhu time ni adalah satu darjah salsius! Kami solat kat pondok belakang tu, sambil gigil-gigil.
SEJUK!
Abu kata dah tak jauh dah nak sampai Canberra....ada sejam perjalanan je lagi kot. Dalam pukul 6.00 pagi kami gerak menuju ke destinasi. Rasa macam duduk dalam peti ais dah rasanya, mujur kereta ada heater.

Ok nanti aku sambung lagi...penat pulak naip panjang-panjang. Maklumlah dah lama tak menaip, rasa janggal pulak ...hehehe.

Ok bersambung ....

WASSALAM.

POPULAR POSTS