Assalammualaikum!
Apa khabar semua? Sihat? Ya Auloh lamanya aku tak buat entry baru! Lamanya tak blogwalking! Mesti korang semua dah lupakan aku kan... takpelah...pasrah. Kite tak glamer. Hiks.
Ok dah boleh start chapter baru mengenai cerita aku ke Australia bulan lepas, Alhamdullillah semua yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur. So ke mana sebetulnya aku di Australia tu? Untuk yang dah tengok gambar-gambar kat IG tu, dah dapat la hint ke mana aku pergi kan. So untuk pembaca blog aku ni, aku nak cerita serba sedikit mana yang patut. Walaupun trip aku kali ni takde lah sehebat trip mereka-mereka yang lain, tapi aku rasa cukup puas hati dengan trip ni sebab aku travel dengan kawan-kawan yang sekepala. Itu penting ye!!! Supaya tak berlaku kejadian tak diingini sepanjang travel.
Pengembaraan Bermula
Ok sebenarnya trip ke Australia ni dah lama aku dan MasMZ plan, sejak dua tahun lepas kot sebabnya kami ada kawan yang tinggal kat sana, dan teringin la nak menziarah diorang satu keluarga kat sana (pernah janji la dulu dengan depa kata nak menziarah)... alhamdulillah tercapai jugak cita-cita.
Satu hari tu
AAX ada buat
sales (biasa la AA kalau buat sales memang berebut-rebut la orang nak beli). Aku pun gatal-gatal la cek harga tiket ke
Adelaide, tempat kawan aku tu tinggal. Sekali cek tengok harga tiket adalah
RM 745 return!
Demmmm masa tu dah tengah malam kan, terus bagitau
MasMZ untuk persetujuan. Dan berlakulah kejadian membeli tiket di malam hari. Tu semua berlaku setahun yang lalu yakni tahun 2013. Semenjak membeli tiket tu, kami pu
start le berangan... berangan dan terus berangan nak pi main salji bagai kat sana. Makan tak lalu tidur tak lena bagailah...sampai lah setahun kendian...jeng jeng jeng....
Ohmaigod minggu depan dah nak berangkat pi
ostolia! Demmm, macam-macam benda tak
prepare lagi, denga nak apply visa nya, cuti lagi...alhamdulillah berkat bertungkus lumus berusaha akhirnya semua siap sebelum masa keberangkatan ke negara ozi!.
Sebetulnya kami berangkat ke
Adelaide adalah pada
12 September 2014, penerbangan sebelah malam, jam 10.50 pm. pagi tu siap gigih lagi bekerja demi mencari sesuap nasik. Dan kali ni jugak merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke
KLIA2...jadi disebabkan debor sangat takut sesat bagai kat KLIA2 tu aku dengan
MasMZ gerak awal sikit daripada biasa. Maghreb kami dah gerak, senang je, kami naik ERL dari
Putrajaya Sentral terus ke KLIA2. (Ish kalau dulu tu mesti lagi jenuh nak ke
LCCT bagai naik bas semua,
alhamdulillah sekarang dah makin mudah.)
Sampai je kat KLIA2, terus macam gagau-gagau tatau nak pegi mana, orang punyalah ramai, nak cari kaunter check in beg pun ntah celah mana,
so kami pun buat la rondaan dari satu kaunter ke satu kaunter (ok tipu), kami tanya je kat kaunter pertanyaan, kan mudah.
So kami pun uruskanlah anak-anak gajah yang diangkut untuk di masukkan ke dalam kapal terbang.
Alhamdulillah settled.
|
Eksaited kejap sebab first time jejak KLIA 2. So bubye Malaysia. Hiks |
|
Lets start the journey! #Aussieseries |
Dah siap
check in beg, kami pun terus masuk ke boarding hall dan lepak kat
McD untuk
dinner sementara menunggu masa untuk berlepas. Naseb baik la ada
McD, sebab nak harapkan kedai-kedai makan lain kat dalam tu macam mahal je, dah la kami ni nak pergi percutian mewah, kang tak sempat sampai
Ozi dah pokai. Hiks.
Alhamdulillah, pukul 11.00 malam kami berlepas ke negara
Kangaroo. Perjalanan lancar dan tak banyak songeh,
flight pon penuh dari depan sampai la ke belakang. Sempat jugak makan malam pukul 2 pagi. Hahah yang tu kelakor, beli
dinner set, depa
served pukul dua pagi, tetengah sedap tido.
Kfine, makan je lah.
Kami sampai di
Lapangan Terbang Adelaide City lebih kurang jam 7 pagi macam tu.
Alhamdulillah selamat sampai, urusan kat kaunter pun cepat dan tak kena tahan selongkar beg bagai macam orang-orang lain. Debor jugak la masa tu sebab kami ni bawak macam-macam makanan dari
Malaysia, dengan megi, serunding, kuah kacang lagi....
alhamdulillah lepas, semuanya.
Keluar je dari
arrival hall, nampak la sorang mamat ni tengah pegang dua sepanduk. Memula tu aku tak perasan lagi (sebab rabun tak pakai spek) tapi dah dekat sikit baru perasan hahaha rupanya
Abu! Seperti yang dijanjikan memang
Abu (kawan aku yang sekarang ni dah taknak balik duduk
Malaysia sebab
best duduk bergaul dengan orang puteh) datang jemput kami kat epot. Ya memang perancangan kami kat
Ozi ni adalah untuk mengembara bersama
Abu dan
family dia merentas sebahagian dari negara
Ozi dalam tempoh sepuluh hari. Haaaa macam tu. Hebat tak bunyinya? Hahaha paduhal takde la hebat mana pun.
|
Inilah Abu! Our host! |
|
Posing dulu kat Epot sementara ada wifi free! |
Kami terus di bawa balik ke rumah
Abu pagi tu, sempat jugak la pusing-pusing bandar
Adelaide sekejap. Sampai je kat rumah,
Is (isteri Abu) tengah sesiap masak
breakfast sesambil tu kemas-kemas barang untuk
trip kami nanti. Lega ada
breakfast makanan ala
Malaysia pagi tu, makan cekodok dengan apa ntah aku dah lupa, ada la sikit saki baki ayam goreng yang nak di bawa dalam
trip kami nanti.
Dipendekkan cerita, kami rehat sekejap dalam sejam kat rumah
Abu, sambil main-main dengan
Adib dan
Adam (anak-anak abu) yang memulanya macam malu-malu je kan dengan kami, lepas tu terus jadi
hyper hahah. Bila diorang dah siap barang-barang semua, mandi dan isi semua barang dalam kereta,
so kami pun ready untu bergerak! Fuh tak dan nak rehat kan, dah la tujuh jam naik
flight, lepas tu terus nak buat
road trip pulak tu? Gigih sangat kan. Lepas tu layan pulak bebudak tu yang
speaking Ozi pelat tak hingat, aku ingat anak mat saleh mana la sesat bebudak dua orang tu.
|
Belakang rumah Abu ada kebun Lemon dan Limau yang tengah masak ranum! Petik sebijik dua buat bekal perjalanan hehehe. |
Dari Adelaide ke Canberra, Australia.
Ya memang mengikut pelan asal, sebaik saja tiba di
Adelaide, kami akan terus bertolak ke
Canberra City yang terletak lebih kurang
1,197km dari banda
r Adelaide. Makkkkk ai jauh giler tu kome, aku pun memula dulu masa dengor plan yang diusulkan oleh
Abu dan
Is, memang le teruja, lepas tu macam terpikir kejap, sape yang nak
drive tu hiks. Hahahah
so kami buat ketetapan, masing-masing kena gilir-gilir
drive la, mujur jugak la pesen
drive kat kampung kan, tak banyak kereta dan jalan pun lurus je.
|
OK sebelum bergerak, kita selfie berjemaah dulu! Kat belakang tu ada Anep, kawan Abu dan Is yang akan tolong jaga rumah sepeninggalan kami! Anep tu pemalu so dia menyorok kat tepi pokok. |
Kami bertolak dari
Adelaide dalam jam 12, tengahari. Penuh la satu kereta dengan barang-barang, barang makan je dah satu tong besor siap bawak kuali, periuk, dapur, perencah dan pekakas-pekakas memasak semua. Tu belum masuk beg-beg anak gajah, mainan-mainan
Adam dan
Adib lagi hahaha, memang dah serupa bawak
caravan dah. Tapi naseb baik la kereta kami sewa tu besar,
so, memang selesa sangat! Duduk pon boleh lunjur-lunjur kaki. Nak tahu berapa bajet sewa kereta, nanti
final episod aku bagitau
details la...setakat ni aku just bagitau jumlah keseluruhan sewa kereta campur duit minyak adalah
RM 1500 / orang untuk 8 hari.
|
Lokasi perjalanan kami selama 18 JAM. Ok sila tengok jarak tu yer. Jauh Yakmats! Sumber Google. |
Memang
eksaited la kan, nak buat
roadtrip kat
Ozi ni, tambahan pulak bila tengok kiri kanan jalan terbentang luas ladang bunga-bunga, ada lavender la, bunga kuning, bunga oren (aku tatau nama) dan paling banyak ladang anggur. Depa ni kan jenis buat
wine kan,
so memang bersepah-sepah la ladang
wine diorang.
So untuk
first drive, Abu yang bawak, dia
drive selama empat jam lebih kot, katanya kasi chan kat kami berehat, maklumlah dah la baru sampai dari Malaysia kan.
|
Ayuh gerak! Dalam bandar ni banyak la jugak kereta, tapi tak sebanyak macam kat KL! |
|
Ok dah menjauh dari Adelaide City, dah mula nampak laut di hujung sana! |
|
OK Kat Ozi ni depa tak panggil Burger King, depa panggil Hungry Jack's. Merata-rata ada restoran makanan segera ni. |
|
Sepanjang jalan dapat tengok bebunga kuning ni, aku tatau bunga apa tapi lawa! Hahaha |
|
Ha nampak kat hujung tu? Kuning emas! Memang macam ni je la pemandangan sepanjang jalan. |
|
Lagi pemandangan sepanjang jalan, tak jemu mata memandang. Tapi lepas tu memasing tido sebab penat hahaha. |
|
Keadaan jalan raya / highway yang kami lalui. Memang macam ni je la rupanya, takde lopak-lopak langsung! |
|
Saujana mata memandang, kawasan ladang. |
Sempat jugak la singgah kat mana-mana tah tepi jalan tu sebab nampak macam cantik je tempat tu. Kami pun singgah dan ambik gambar. Sebenarnya nak berhenti pon bukan boleh main berhenti je, kena tengok jugak sebab banyak lori besar-besar yang lalu ikut jalan yang kami lalu. Dan sepanjang jalan tu ada banyak
rest area yang disediakan. Bagus sungguh diorang ni, kemudahan tersedia di sana-sini. Kat jalan raya pun susah nak jumpa lubang sana-sini.
Kami singgah kejap kat
Mildura, minum kopi sebab dah tak tahan sangat sejuk dan mengantuk kata
Abu. Ok, kopi pun dah harga
AUD4.50, perjalanan pulak masih jauh. Layan je la.
|
OK abaikan orang kat depan tu, tengok rerumput kat belakang tu cantik dihembus bayu! |
|
Kalau belakang rumah aku banyak rumput macamni, aku biar je semak samun sepanjang masa. Hiks |
|
Hamaparan keemasan! |
Kalau jumpa kangaroo atau wombat mati tepi jalan tu usah terkejut la, sepanjang perjalanan kami ke
Canberra yang mengambil masa lebih kurang
18 jam, memang berpuluh-puluh kangaro dengan wombat mati kot kami jumpa. Dah jadi macam biasa pulak, depa mati sebab kena langgar dengan kereta atau lori.
Malam tu lebih kurang jam 8.30 malam, kami singgah kat satu pekan kecik (tak catat pulak nama pekan tu), kami singgah kat satu kawasan rehat, yang sebenarnya untuk lori kot. Kat situ ada la tandas semua,
so apa lagi disebabkan perut memang dah lapar, kami bentang tikar dan masak la megi yang kami bawak dari
Malaysia tu.
Ya Auloh, sedapnya megi!!! Dah la sejuk, lapar....memang nikmat gila. Lepas makan dan solat
maghrib-isyak, kami meneruskan perjalanan. Jauh lagi weh!
|
OK chef kita malam ni, makan megi sebab lama dah tak makan megi katanya, hahaha. Adam tu siap puji kata mak dia is the best chef tonight! Ha katanya! |
|
Makan berjemaah la kita! |
Malam tu, masa ku tengah drive sensorang (sebab yang lain semua tido kat belakang (kecuali MasMZ yang teman aku drive jadi co-pilot)... aku nampak satu lembaga putih terlompat-lompat atas jalan....demm inagtkan apa la tu bila sampai dekat rupanya kangaroo tengah duduk atas jalan raya! Siot je, nasib baik sempat elak, dan kangaroo tu pun macam cuba nak elak-elak jugak, fuh, kalau tak dah arwah dah kangaroo tu, entah dengan kami-kami jugak la arwah. Ish nauzubillah.
Oh kat sini kalau
drive kena sopan-sopan ye tak boleh bawak laju sangat, kat
highway boleh la pecut sampai
110km/jam, tapi dah dekat-dekat pekan tu kene
reduce speed sampai
80 dan
60 km/jam. Sebab banyak je mata-mata memerhati, silap-silap ada je polis mengejor kat belakang. Tapi sebenarnya tak risau sangat sebab jalan yang kami lalu tu memang la jauh gile dari bandar, entah kat mana-mana ntah. Bila malam memang tak nampak apa la kat kiri kanan, semua gelap. Yang
best korang boleh nampak
MILKY WAY jelas gila tanpa perlu nak amik gambar pakai kemera. Memang jelas gile nampak, sebab keadaan sekeliling sangat gelap.
Malam tu pulak
firstime aku nampak
fullmoon besar giler! Dari jauh dah nampak, memula tu kompius jugak, tu bulan ke atau belon yang orang letak api bubuh iklan tu...tapi memang betul tu bulan!!! Jenuh la
drive sambil tengok bulan, nak amik gambar memang kompom la tak nampak kan sebab kemera tak 20 ribu. Tapi itu antara pengalaman
best la dapat tengok bulan besar gila.
SubhanaAllah.
|
Aku tak tau, dah kat mana-mana dah drive, main ikut je GPS tu suruh pegi mana. Hahaha |
|
OK ni toilet kat rest area, gelap giler takda lampu, tepaksa bukak sikit pintu tu bagi cahaya lampu kereta masuk hiks. Air di maha sejuk ! |
Aku
drive dalam empat jam jugak kot malam tu, lepas tu
Abu bangun dan sambung balik
drive.
MasMZ masih setia jadi
co-pilot hahaha. Lepas
Abu dah penat
drive, rasanya 2 jam je kot dia
drive then
MasMZ pulak sambung
drive, ha macamtulah keadaannya kalau dah memasing kaki tido. Serius weh, kalau
drive dalam gelap, sambil semua orang tido, ko pon akan rasa mengantuk bagai ditarik-tarik kelopak mata tu.
Hampeh,
MasMZ drive 100km je! Lepas tu
Abu sambung balik
drive. Akhirnya kami singgah kat
Murrumbateman (fuh nama tempat kemain hah) pukul 5.30 pagi, waktu tu dah nak terang dah. Kabus dia kemain la tebal tak ingat! Menurut kawan
Abu (masa kami jumpa lepas ni kat
Canberra), suhu pagi tu adalah 1 darjah
Celsius! Mak ai patut la aku nak amik wuduk pun ketor-ketor sampai kebas tangan! Solat gigil-gigil tepi kali. Sambil-sambil tu dengar bunyi lembu sahut menyahut kat tengah padang!
Ya Auloh, klasik nya macam dalam drama
Little House In The Prairie !!! Hiks.
|
Alhamdulillah, mentari dah muncul semula. Dah pagi weh! |
|
Tu nampak tu kabus , jakun sat. |
|
Dapat la jugak amik gambo sunset walau dari dalam kete. |
|
Sampai Murrumbateman, singgah solat subuh jap. Suhu time ni adalah satu darjah salsius! Kami solat kat pondok belakang tu, sambil gigil-gigil. |
|
SEJUK! |
Abu kata dah tak jauh dah nak sampai
Canberra....ada sejam perjalanan je lagi kot. Dalam pukul 6.00 pagi kami gerak menuju ke
destinasi. Rasa macam duduk dalam peti ais dah rasanya, mujur kereta ada
heater.
Ok nanti aku sambung lagi...penat pulak naip panjang-panjang. Maklumlah dah lama tak menaip, rasa janggal pulak ...hehehe.
Ok bersambung ....
WASSALAM.
Ya awloh! Tak sabar nak baca!
ReplyDeleteJohn KB
DeleteHaaaaaa Gitewwww
haahahahaha cisss
ReplyDeletemmglaaa bawak kejap je.... lama sangat dah tahan mata jadi copilot, huhuuuuuu masa bawak lakssss yang lain memasing tidor dengan meriahhhh gagaggagaga 😴😴😴😴
MasMZ
DeleteEleyh still tak aci!
Subhanallah pemandangan dia cantik sangat! Mula-mula baca gigih betul lah korg nak bawak kereta jauh2 macam tu dengan baru lepas sampai. Tapi tengok gambar, berbaloi2. ok, next entry!
ReplyDeleteHidayah:
DeleteHaah lawa kan pemandangan. So mmg x kisahla nak drive demi nak tengok pemandangan yg cantik! Tunggu next entry ye! Thanks for the support!
finally! haha. lame aku tunggu entry neh. hehe... oz memang best road trip ...luas seluas nye jer alam neh rasa...
ReplyDeleteAgip
DeleteHahaha sorry la sebab lama sangat nak tgu keluar entry. Yup bumi Allah ni sangat kuas dan cantik untuk diteroka. Tunggu next entry ye! ;)
Subhanallah cantiknye view ... and jeles sebab dapat tengok MILKY WAY
ReplyDeleteehh cop, kirenye diorang takde rules takleh masak sesedap hati dimate2 la ehh... aku ingat kene berenti kat proper camp site utk masak2 tu
Azra:
DeleteYup Milky Way tu mmg sangat kagum! Subhanallah lawa. Tatau lanpasal rules tu sebab kami belasah je masak2 takde sapa marah pulak. Bukan ada proper campsite pun, just park kat tepi2 jalan je.
bestnya road trip... rindu nak buat road trip jauh2 neh
ReplyDeleteSupermeng:
DeleteSeronok tapi penat. Haaaaa boleh la hang buat roadtrip lagi.
eh tahun 2012 ekk? hihihi... tak sangka Adelaide secantik tu... okey tak sabar nak tunggu next entry..
ReplyDeleteSilap tarikh hehehe. Thanks, dah amend. adelaide ke mana2 la kat oz tu semua lawa! Hiks
Deletebila view kiri kanan jalan semuanya lawa-lawa
ReplyDeletetak ler terasa sangat jauh perjalanan tu..berbaloi jamu mata
MS
DeleteHaah betul tu ms. Lawaaa sampai tahap nak duduk tepi jalan je sepanjang masa hiks. Cuma tak tahan sejuk je la.
Janggel,
ReplyDeleteyang bunga kuning tu ladang canola...
yg kemudiannya dijadikan canola oil (minyak masak)
Diandra
DeleteOh canola! Thanks for the info ;)
lm gler tggu post ni... finally...
ReplyDelete(TT)
Mashirnani
DeleteHuhuhu sorry! Thanks hope u enjoy read it! ;)
syoknye! keep writing ya
ReplyDeleteFarra
DeleteThanks! Keep supporting me ok ;)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBunga-bunga yang anda sebutkan di atas tadi ialah canola. Ladang canola memang banyak di Australia dan ianya juga diproses dan dijual sebagai minyak masak.
Kalau awak datang time musim anggur dipetik pun bagus juga. Sesetengah ladang ada menjual anggur kepada pelawat terus dari ladang mereka. Sedap betul, sangat rangup.
Berkenaan dengan kangaroo tu, kebiasaanya bila terjadi kemalangan yang membabitkan kenderaan dengan kangaroo, kangaroo tak pernah cedera. Yang teruk ialah pemandu dan kenderaan mereka yang remuk.
Kecuali lah kalau road train (lori panjang/ truck gergasi) yang langgar kangaroo, Itu baru boleh nampak kangaroo mati, terpelanting dan hancur anggota badan. Saya dah biasa nampak pun setiap kali buat road trip di dalam Australia. :)
-Shery-
Cik Canon
DeleteWow! Thanks for the info! Yup mmg saya ada terbaca pasal picking semua tu cuma tak berkesempatan pula nak buat. Maybe next time kot. Anyway ozi mmg lawa kan! Hiks.
Bestnyer! paling terbaik masa kabus tu datang, sangat epic kot. Bilalah boleh sampai ke Aussie ni!
ReplyDeleteRadin:
DeleteLawa dan sejuk! InsyaAllah nanti awak sampai la tu ke oz hiks.
Bestnyer! paling terbaik masa kabus tu datang, sangat epic kot. Bilalah
ReplyDeleteboleh sampai ke Aussie ni!
Radin
DeleteAyuh!
Wah best trip... Mana nak lupa hang.. Cerita best2. Hang kjangan lupa saya sudah. Blog ciput je.
ReplyDeleteMKL
DeleteHeheh naseb baik ada yg setia menyokong! Ala mana ada blog ciput, ok apa kita sama2 share apa yg ada je kan.
Bestnya. Agak emosi sikit bila tengok keindahan ciptaanNya. Alangkah indah jikalau diri ini dapat melihat keindahan tersebut depan mata.
ReplyDeleteThanks for sharing!
Fauzi:
DeleteWah otai travel datang komen kat blog! Terharu hehhe. Thanks for drop by here. Aussie mmg lawa dan rasa takkan habis untuk di eksplore. ;)
Sedih betul tak lepas komen guna google account. Tak apa kali ini cuba Open ID pula, lawa sungguh kabus tu, sangat epik, tetiba keluar askar askar jahat ikut situ hahahaha
ReplyDeleteRadin:
DeleteAskar jahat??? Hahaha imiginasi tinggi sungguh hahhaa. Ok dah terima komen! ;)
nama tempat macam cakap perak, morumbo-teman yop! hahahaha!
ReplyDeletemasa kat nz kitorang drive malam gak, uish kalo ada zombie ke apa kuar tengah jalan aku gelek jer hahaha!
Biqque
DeleteHaah kan,perak sungguh!
Hahha tetibe zombi pulak kan.
Yeay!! dah hapdet!! ^^
ReplyDeleteMiss
DeleteYEAY! Teruskan support ye!
Ha'a..mmg dah lama x singgah sini..Ren sihat ke :-)
ReplyDeleteHuntung ada kawan kat sana..bila lagi nk carik dorang kan
18 jam Adelaide to Canberra> Pitam!!!
Drive di Aussie mmg best..jalan lengang...sampai boleh kuak lentang kat atas jalan tu for beberapa minit
Terbaik lah jalan cerita..tgh syok baca kanggaroo lompat2 tgh jalan..tup tup sambung..nak lagik!!!
JM
DeleteHye JM! Alhamdulillah sehat.
Tu la seronok dan penat. Nanti kalau rajin mai la singgah lagi hiks ;)
Nice..
ReplyDeleteNur
DeleteThanks ;)
Fuyyyyoooo.. lama tak terjah.. sekali terjah dia ada kat aussie tu meh mehhhh hahahaa.. syiookkk sungguhh..!!!
ReplyDeleteFirst time jejak KLIA2??? hurmmmm krikk krikkk... 18 jam drive tak apa pemandangan cantik apa nak takut hilang rasa penat.. tengah2 sejuk tu kalau makan megi panas2 mmg layan huhuhu :D
TT
DeleteHa tu dia org busy travel mmg la jarang terjah kan. HaHaHa!!! amboi mmg tu firstime jejak klia2 ye.
wei Ren..sib baik gmbr mak tgh masak megi tu tgh sopan. kan?
ReplyDeleteBTW, mengapakah ku rasa gmbr kat murrumbateman tu ku x hada?
aiyokkkk
Is
DeleteHahaha aku mestilah akan pastikan gambar2 sopan je semua.
Hahaha tu gambar okid, certanya dia.
Wah seronoknya jelajah australia.
ReplyDeleteSangat menarik dan membantu.
Tq sharing.
jemput ke blog sy ye
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/
Insyaallah
Deleteassalam mr.ren,
ReplyDeletesy nk tnya penerbangan apa ya yg mr ren booking utk ke adelaide..airasia or mas? tq
Saya naik Air Asia miss.
DeleteAdoii bestnya...malangnya xmampu nk pergi..cuci mata jelah kt blog2 org..tapi harga tiket yg u dpt tu murah betul..mmg kena cari thh2 mlm pastu date yg nk pg tu setahun akn dtg ye baru dpt camtu..
ReplyDeleteHehehe plan la awal2. InsyaAllah suatu hari nanti ada la rezeki tu.
DeleteAssalam... nk tanya ada x contact no utk kereta sewa tu... u deal dr m,sia ke or deal dkt sana..? Kereta tu 7 seater ke..? Saya dan famiky dlm 6 org akan ke canberra ujung bln ni... terima kasih
ReplyDelete